BFF & JJCM SELANGOR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
WARUNG KOPPI 70'S, SHAH ALAM
Sabtu, brunch dengan kawan2 geng masuk air di ITM dulu. Cik W ajak ke Warung KOPPI 70's. Blogger MAMA TISYA dah pergi dua kali. Yeahh kita pun terus setuju.
Jumaat drive balik Putrajaya. Sabtu lepas Subuh, hubby dengan kawan2 sekolahnya dah plan nak hiking Bukit Dinding. So kita pun siap plan lah jugak, terus calling2 geng kita. Hubby kena keluar awal so dia belanja Grab ke Shah Alam. Alhamdulillah jalan smooth tak ada jem. Dua tingkat kedai ni.
Bahagian atas, luar.
Bahagian atas, dalam.
Bahagian bawah.
Menu nya.
Bahagian bawah berdekatan cashier.
Memang ramai, Alhamdulillah tunggu meja kosong tak lah lama.
Dalam pukul 11 lebih, meja makan semakin banyak. Pastinya lunch time, akan sesak semula.
Dari tepi bangunan.
Kopi Butter, Roti Bakar Gula, Roti Titab, Lempeng Sambal. Menu berdua dengan Cik W.
Nak sangat try Kopi Butter. Ok sedap cuma agak buttery. Of course lah nama pun butter. Kena ceduk keluar sikit butter tu, letak atas roti. Maybe patut letak sikit je. Tapi memang sedap Kopi Butter ni. Roti Titab nampak biasa tapi sedap. Sambal lempeng pun sedap, kami makan kongsi2.
Cik F sampai order Kacang Pool. Juga sedap.
Cik J sampai lambat. Order Lontong Kering. Serious lah memang sedap. Kami tumpang makan haha. Tak cukup, dia order Lontong Biasa kuah lemak kuning, pun sedap. Berborak sakan lupa snap foto.
Selalu kalau ajak keluar geng ITM, muka berempat ni lah jugak. Kita je sensorang dari Kuantan, diorang duduk Shah Alam & Klang. Tapi dari yang berempat ni, 3 orang Pahang. Yang duduk Klang tu, asal Klang.
Early Birthday celebration acah2 nya.
Siap makan, acara berebut nak bayar. Kita bagi berdua tu battle depan cashier siapa dapat bayar. Love them till Syurga. Moga murah rezeki selamanya.
View dari parking lot.
Snap dari dalam kereta. Balik rumah Cik W di Shah Alam. Lepak sekejap.
Lepas Zohor, berdua dengan Cik W ke Tanjung Karang. Jauhnya 1.5 jam. Layan Cik W drive, segala cerita keluar, memang gelak sepanjang jalan.
Wahhhh cantik sangat. First time tengok dekat2 depan mata.
Hijau sungguh sawah padi nya.
Park kereta di tepi jalan di sini.
Subhanallah cantiknya.
Actually singgah dulu homestay di Tg Karang, pick up Cik Z. Berwefie lah kita.
Dari zaman ITM hingga kini, masih lah kecoh begini.
Best nya rumah tepi bendang.
Meraikan jemputan kawan ITM, kenduri kawin anak saudaranya, yang kami juga kenal baik keluarga nya. Kenduri kawin masak sendiri. Yes, cheat day. Rezeki jangan ditolak. Dipaksa kami ratah lauk. Serius semua sedap.
First round je sempat snap foto. Sate pun sedap, kuah pekat.
Sepinggan with the awesome view.
Moga ukhuwah kami kekal selamanya, Aamiin. Cik J dan Cik F tak dapat hadir. Campur tolak berenam ni, memang geng masuk air. Nak borak kena jauh2, hiruk pikuk pekiknya. Family masing2 mak2 pun tau.
Ke petang, cuaca makin muram. Seketika ada nya hujan rintik.
Cik W hantar ke Masjid Shah Alam. Hubby tunggu queen nya balik bercanda dengan kawan2 nya. Dia pun full activity nya. Balik hiking ke KLCC ada Dive Expo katanya. Survey dive package murah2 lah tu.
Ahad pagi tadi lepas Subuh ke kedai dobi. Pukul 9 book seorang cleaner, tolong sama2 vacum mop mengelap dll di rumah. Selalu buat dengan anak2 soleh solehah tapi masing2 tak free, kena lah panggil cleaner, ni preparation cuci kemas sebelum Ramadan. Hubby ke kenduri kawin anak kawannya pukul 11. Lunch kita, dah siap tapau dari Food Court P15 ketika breakfast. Pukul 2 siap semua, terus drive balik Kuantan. Alhamdulillah smooth dan sampai 5.30pm.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.




































bestnya vibes warung tu. warung dalam bandar. kacang pool tu nampak macam budu pulak. ihihhi.
ReplyDeleteMemang best makan di Warung KOPPI 70's ni. Haha ya lah warna sama budu.
DeleteVibes tempat makannya memang sesuai sangat untuk lepak ya kak. Rasa boleh duduk lama-lama di situ dengan kawan, tanpa rasa bosan. Lepas tu suasana sawah pun memang terbaik sekali. Terus buat saya rindu kampung halaman, hehehe.
ReplyDeleteBetul memang seronok makan di sini sebab vibes juga makanan yang sedap apalagi dengan teman2 satu kepala. Suasana sawah di mana juga memang cantik tenang kan.
Deleteduuuuh tempat makan warung koppi 70s itu memang saya teringiiiiin nak coba... dari tempat dah terlihat lawa sangat kak ^o^.... trutama deko tumbuhan di atas yg menjuntai itu, kreatif mereka buat :D
ReplyDeletekopi butter nih fav saya.. tp memang tak semua sedap... pernah rasa di kopi tiam sini, rasanya belemak sangat.. tapi akhirnya saya ketemu yg sedap juga di salah satu kopitiam di jkt.. itu langganan saya skr.
sukaaa lihat rumah yg di tepi sawah begitu... ya allah, sedapnya tiap pagi masih melihat view begini yaaaa.
hanya saja yg saya takutkan 1, ular sawah masuk rumah... sebab teman saya ada yg rumahnya di tepi sawah juga, dan tiap musim hujan, dia seriiiiing kemasukan ular ke dalam rumah kak...
Memang cantik Warung KOPPI 70's n8 Fanny. Deco cantik dan makanannya memang sedap.
DeleteKopi Butter ni first time cuba, sedap cuma kena kurang kan butter nya.
Rumah tepi sawah memang cantik tenang mata memandang.
Aduii jangan disebut ular. Geli sangat Fanny 😄😄😄😄
warung kopi 70s ni dah banyak cawangan. Dekat2 jalan simpang masuk nak ke Putrajaya dari Serdang melalui Jalan Abu Bakar Baginda pun ada..cuma parking la kena hati2 sikit..
ReplyDeleteOhh banyak cawangan ya. Boleh cari yang dekat Putrajaya lah nanti.
Deletemenarik kedai kopinya...kalau gi kenduri, mmg kena cheat day...sesekali..hehe..view pun awesome...
ReplyDeleteMemang menarik warung ni. Hehe biasa lah kan cheat day pergi kenduri.
DeleteWarung Kopi 70's rupanya banyak cawangan ya. Saya selalu kat Pintu 1 Putrajaya tu. Paling dekat sebelum nak hantar Dania ke Fakulti. Shah Alam punya luas ya Mulan....
ReplyDeleteTu lah ingat kan di Shah Alam saja. Boleh try yang dekat nanti.
DeleteTengok curtains tu terus teringat MT pergi makan di sini hari tu... Best Akk, selalu juga jumpa kawan² seuni...
ReplyDeleteTu lah rezeki dapat makan di situ. Tengok MT pergi dua kali, Alhamdulillah dapat rasa.
DeleteAlhamdulillah sempat jumpa. Memang best dan seronok.
bestnya dpt gather dgn kwn2 ;) interior deco cafe koppi tu unik dan lawa sgt!! i terliur roti bakar tuuuu!!
ReplyDeleteGather2 memang best dan seronok sambil makan2. Deco kedai memang cantik. Tu lah menu banyak, roti bakar jugak yang pilih dulu.
DeleteSyoknya melihat pemandangan di tepi bendang.
ReplyDeleteMemang syok
Deleteselalu nampak Amy share kan Warung 70's ni...ntah bila la dapat sampai..SA pun ke Tanjung Karang attend wedding kawan Dania...lepas tu jenjalan area Sekinchan..x tau ada pemandangan cantik macam ni kat Tanjung Karang..kalau tau kami pergi...
ReplyDeleteWarung Koppi n banyak cawangan SA. Tu la Tg Karang memang cantik sekarang sebab sawah tengah menghijau.
DeleteSeronoknya ada sahabat yang masih berkawan dari zaman belajar hingga sekarang. Semoga ukhwahnya berpanjangan sehingga akhir hayat. Ini betul-betul sesi berjimbaan dengan kawan-kawan dari pagi sampai malam yr. Sure tak cukup masa juga tuh kan sebab banyak yang nak diceritakan. Sawah menghijau di Sekinchan dan Tanjung Karang memang tak jemu mata memandang. Sedapnya dapat makan kenduri lauk masak sendiri/rewang
ReplyDeleteAamiin. Moga ukhuwah kami berpanjangan. Alhamdulillah memang seronok KSarie jumpa sekali sekala. Sawah menghijau tu memang cantik sangat Subhanallah. Lauk kenduri masak sendiri memang lah marbeles sedap.
Deletewarung kopi 70s tu pernah baca kat blog mama tisya. bestnya girls day out, dapat lepaskan rasa rindu. oh rupanya kak mulan je yg duduk jauh sikit dri yg lain ye, sekali sekala berjumpa kann.
ReplyDeletesedap pulak tgok makanan kenduri tu. meti sedap kalau semua masak sendiri!
Betul Mama Tisya dah pergi dua kali. Bila bff sebut warung ni terus lah OK. Ya kita duduk Kuantan yang lain semua di kotaraya.
DeleteLauk kenduri masak sendiri mau tak sedap. Rasa tak nak bangun je haha.
wow weee menu2 nya mangenepati selera tempatan. boleh rambang mata dibuatnya ms nk order
ReplyDeleteBetul memang sedap semua
Deleterumah kg sy tepi bendang... memang best sbb bila angin msk sejukkk je. tp yg x best nya banyakkkk nyamuk🤣
ReplyDeleteWah best tepi bendang ya ada dengar jugak banyak nyamuk
Deletewah dh smp warung kopi..menu breakfast kita tk pernh try lg..tenang tgk view sawah padi tu
ReplyDeleteMama Tisya dah racum hari tu bila bff sebut warung koppi terus lah setuju. Memang tentang view sawah kan.
DeleteSeronoknya, ada kawan-kawan baik sejak zaman ITM, dapat pula berjumpa dari breakfast sampai ke malam. Susah nak cari kawan-kawan satu kepala. Pemandangan sawah padi di Tanjung Karang memang terbaik, kan.. tenang saja.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok masih berkawan hingga kini. Cantik sangat kan sawah apalagi kalau ada rumah berdekatan
Delete