DAY 3 : NAMDAEMUN, SEOUL... BYE BYE SOUTH KOREA


Sunrise di Elysian Gangchon, Chungcheon.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.

Salam Jumaat Penuh Berkat.


7.40am, train ke Seoul. Seawal selepas Subuh sepie kami makan pagi. Nasi Lemak Chef Zam. Sedap. Poached egg macam biasa dimasak dalam microwave. Sambal belum dibuka dalam pek kecil tu. Ada kacang dan bilis goreng juga.


Share lagi sekali, dari post DAY 2 sebelum ini, cara buat poached egg. Mangkuk kertas ni kami beli di convenience store di ground floor. Cardboard pada kotak telur, dipotong jadikan penutup mangkuk. Letak sikit air, pecahkan telur. Tutup mangkuk dan microwave 50 saat. Kalau kurang masak, lebihkan masa. Jadilah poached egg. Kalau tak tutup mangkuk, meletup2 lah telur, renyah nak cuci. Di rumah guna mangkuk biasa je lah, yang dibenarkan masuk microwave.


Boleh repeat nanti. Nasi lemak je lah & nasi goreng kampung untuk trip ni sebab takut nak bawa RTE lauk ayam daging dan tak sempat prepare list untuk declare food. Bawak food ada ikan ni, kita tawakal lah. Alhamdulillah lepas.


Bye bye apartment.


Ada convenience store, photo booth, massage chair dll lagi. Tak explore sangat. Mana yang dekat lif saja especially convenience store.


One for the album.




Bye bye.


Free shuttle bus dari ski resort ke train station. Tiap 20 minit. 



Sunrise. Tak sempat nak tunggu lama. 


Dekat satu jam rasanya train ni. Awal2 orang tak ramai. Cantik view nun di sana.


Nak bangun snap foto tapi train laju jugak walaupun bukan speed train.


Beku sungai nya.


Suhu memang negative.


Beku sebahagian ya.


SEOUL STATION


Kami simpan 2 backpack besar. Sebab nak jalan2 sekejap.


Locker ada tapi tak ada coin. Lagipun harga lebih kurang sebab tak lama.


NAMDAEMUN, SEOUL 


Dulu2 tiada pun tiang ni.


Namdaemun dan Tongdaemun memang tersohor lah sebab tempat shopping borong. Cadar, comforter set, periuk, brooch antara nya yang pernah beli. Brooch Korea, dulu saya jual banyak, Alhamdulillah. Memang cantik dan berkualiti. Ada yang masih tersimpan.


Sungnyemun Gate (Namdaemun)

Tahun 2026.


Tahun 2001.


25 tahun. 2001 dan 2026. Hubby dan anak soleh.


Dulu bertiga, sekarang berempat.

Sungnyemun Gate (Namdaemun)

Pintu gerbang bersejarah berbentuk pagoda di Seoul dan ditetapkan sebagai Khazanah Negara Korea Selatan No. 1. Ia berfungsi sebagai pintu masuk utama selatan ke bandar berdinding Seoul semasa Dinasti Joseon. 


Memang banyak berubahnya. Pukul 10, kedai baru pun buka.


Masih lengang.



Google kedai halal untuk lunch. HAIRTAIL ALLEY.


Jumpa di TikTok.


Ramai yang telah makan di sini. 


Kedai kecil dan agak sempit namun Alhamdulillah kami sampai awal, masih kosong. Lunch awal sebab akan ke airport terus.


Takut tak habis, nak order 3 saja. Tapi tak boleh haha. 4 adults kena order 4 main dish. Masih ingat sikit2 bahasa Korea, boleh lah faham. Dalam komen TikTok semua pun mentioned yang sama. Jadi kami order lah main dish 4 tu. 


Side dish yang sedap. Boleh diminta tambah. Seaweed, taugeh, kobis kimchi.


Steamed egg, grilled salted mackerel.




3 main dish yang berkuah ni, satu rasa kimchi, satu rasa macam asam pedas rebus dan satu lagi rasa macam sardin masak pedas berkuah. Semua sangat sedap. Alhamdulillah. Licin semuanya. Kalau lagi lama, memang nak explore halal local food lebih banyak lagi.


Kenyang jom pergi airport.


Snap foto selagi boleh.




Kedai Shawarma ni baru saja buka.


Pintu train station ke Namdaemun. Paling dekat dengan Sungnyemun Gate (Namdaemun)


Naik sekejap untuk background ini.


Train ke Seoul Station.


Shinsegae ni antara 3 rangkaian department store mewah dan terkenal di South Korea, bersama Lotte dan Hyundai. Tempat kami window shopping. Juga tempat menyusukan baby dan tukar pampers sebab selesa.


Macam tak sangka berada di Namdaemun Station ni.


Cantik dibina pintu istana kecil di dalam train station ni.



Seoul Station 

Ambil backpack besar yang disimpan di stor ini. 2 backpack kami masih lagi kedua2 nya total 20kg sebab tiada tambahan di dalam beg. 10kg tiap satu. 


Menuju ke platform untuk ke INCHEON AIRPORT.


Dalam satu jam juga rasanya. Bye bye Han River. 


Selalu baca dan refer FB ROAD TO KOREA. Ramai yang share pergi airport seawal 4 jam. Kami juga suka awal ke airport untuk check in. Nak balut backpack juga. Belum pun 3 jam sebelum departure, kami terus beratur. Nak check in awal untuk cari tempat solat. Alhamdulillah selesa tempat solatnya walaupun berkongsi. Hubby tolong jagakan pintu supaya kami yang perempuan dapat solat tanpa lelaki di dalamnya. Ada shower room juga. Prayer room ni di Gate 29 berdekatan Duty Free Shop. Luas banyak kerusi tempat menunggu di atas, siap ada yang tidur berselimut. 


Alhamdulillah flight semua on time.


Seat sebelah saya ni perempuan so hubby duduk dengan anak2 lah. Flight 5.50pm so kami dah order makanan awal2 untuk dinner, sebelum fly ke Seoul. 


Sunset cantiknya Subhanallah. Terlelap terus. Bangun untuk makan, terlelap lagi. Touch down KLIA T2 pukul 11 malam. Ambil kereta terus balik Putrajaya. Tidur sebentar, esoknya 5.30 pagi hantar anak solehah balik campus. Kami bertiga terus drive balik Kuantan. Singgah Subuh selepas Tol Gombak, mengelakkan jem warga KL ke pejabat. Alhamdulillah tiba Kuantan jam 9.30 pagi. Anak soleh kerja sebelah petang. 


Jumpa di dalam handphone hubby. Night ski dua beranak 15 kali turun naik..!! 

Alhamdulillah diizinkan buat kami dan smooth semuanya, 3 hari 2 malam. 

Sharing trip singkat kami, seperti di bawah.

Book return ticket Air Asia direct ke Seoul (Incheon Airport)
Book accomodation (ski resort, bookingdotcom)
Apply K-ETA <<< (dalam RM30 seorang)
ESIM untuk handphone daddy/mummy (di Seoul mostly free public WIFI)
Tmoney beli di airport (macam Touch n Go) untuk train, kedai dll

Print semua ticket pergi balik, hotel/homestay/Airbnb, K-ETA, travel itinerary, bank statement dan passport. Simpan dalam clear file atau apa2 lah. Better ada dari tak ada.

Kami bawa makanan sebab ski resort tak ada kedai halal. Di Seoul ada banyak kedai halal. Kami tak declare sebab semua packed food ikan (sambal bilis dan nasi goreng kampung), bukan ayam atau daging. Pek ada sticker seller (ada tulis bahan2) dan bukan retort sendiri. Lagipun tak banyak. Semua ni rezeki, masing2 dengan pengalaman masing2. Tak sama. Tapi, seram jugak lalu kastam nya sebab tak declare. Alhamdulillah smooth.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Comments

  1. Replies
    1. Nak masak telur mata susah kan hehe buat poached egg je lah

      Delete
  2. Cantik betul view dari dalam train tu...
    Sempurna betul kejadian poached egg tu. Nak set suhu @ masa brp lama tu Kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan. Microwave 50 saat tapi tengok kejadian yang first tu camna terlebih/terkurang masa, later adjust time di microwave ya.

      Delete
  3. 3h2m ala2 cuti2 msia dah tuuu! best sbb mulan sefamili memang jenis selalu travel so boleh terus pergi jer lps beli tix flight! i suka tgk gmbr recreating the moment after 25 yrs tu ;) Namdaemun station tu cantik sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya ke tempat lain. Bila discuss nak main ski je, bertukarlah destinasi. Seoul ni plan asal, hujung tahun hehe. Alhamdulillah jumpa foto lama. Dulu Namdaemun Station tu lain, sekarang makin cantik.

      Delete
  4. dah nama tekak 🇲🇾 nasi lemak ke mana sahaja😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sebab nasi lemak lauk ikan dan RTE cuma reheat dan terus makan.

      Delete
  5. sy belum jejak korea lg. tp bila baca psl immi diorg yg ketat tu trs jd tkt nk pergi wpn ikut TA

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Nanti email info kat saya ya. Nak hantar kain raya

    ReplyDelete
  7. Sungnyemun Gate tu nampak bangunan tu ada unsur2 dari negara China juga. Pernah juga masuk Shinsegae Mall tu. Time tu tahun 2018.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, belah2 sana memang banyak senibina berunsurkan pagar umpama pagoda seperti di China kan. Shinsegae memang famous.

      Delete
  8. Tengok gambar telur tu rasa macam dah komen... tapi cerita macam lain...
    Owh... edited rupanya...

    ReplyDelete
  9. wah main ski time malam...kita dlu ke korea dh summer tp sempat juga tgk pokok2 daun merah time autumn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai pukul 3 pagi tau buka untuk main ski. Kalau hujung summer memang dah ada pokok bertukar warna jugak rasanya.

      Delete
  10. Puan Mulan email masuk spam. Tapi bila nak trace balik tak jumpa. Boleh email balik tak dengan no phone sekali. Maaf ye

    ReplyDelete
  11. Wahhh... ni memang traveller tegar... 3H2M je dan fokus pada satu tujuan, skii lesson. Masa baca awal² tulis nak ke Incheon Airport rasa.. ehhh.. macam sekejap je.. ada entry yang tertinggal ke.. rupanya memnag short trip. Best nya bila travel jenis plan & go on the spot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah smooth semua walaupun agak last minute. Kalau tiket mahal sangat memang tak pergi.

      Delete
  12. lama sangat ke saya tak singgah blog ni ye.. tau2 je dah habis entry di korea huhu.
    menarik poched egg tu, guna microwave je. nanti nak try lah! kalau buat kat atas stove selalu tak jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kena update cepat takut mood ke laut. Tu lah rasa senang buat poached egg dalam microwave walaupun tak secantik atas stove.

      Delete
  13. Terima kasih, share camana nak buat poached egg guna microwave. Cantik kejadian, telur tu. Saya baru tahu.
    Lauk di Seoul tu, nampak sungguh sedap. Masakan dia orang ni, banyak dimasak macam tomyam ya? Maksud saya, masak air saja dan tambah rencah. Tidak ditumis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi senang dalam microwave. Kalau malas buat telur mata, memang buat poached egg ni.
      Betul diorang kurang menumis macam masak sambal atau kari kita.

      Delete
  14. makanan nampak sedap..kimchi...tauge..aduhai..terliur...fav SA tu...SA rasa memandangkan ramai tanya macam mana nak buat Poached egg tu..apa kata Kak Mulan ajar step by step..hahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada letak foto step by step. Mungkin kurang jelas. Nanti lah lain kali buat post poached egg hehe tengok camna

      Delete
  15. Pemandangan sana sini yang dikongsikan semuanya cantik banget. Gambar sungai beku pun molek aje. Nanti nak cuba buat poach egg walaupun awaknya dengan kisah memasak ni memang tiada jodoh antara kita begitu😅. Korea Selatan adalah antara negara yang KSarie berangan hendak pergi. Semoga ada rezekinya satu hari yang indah nanti harapnya in sya Allah. Suka baca perkongsian perjalanan 4 beranak ini sebab luggage minimal gila. Teringat baru-baru ni kawan saya pening kepala travelling dengan isterinya 1 luggage sahaja untuk kasut😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah memang cantik. Boleh nya KSarie bua poached egg tu. Dulu2 berkali2 jugak coba nya. Insyaa Allah KSarie sampai South Korea nanti. Leceh la nak bawak banyak2 barang sebenarnya. Kena plan sikit2 tengok berapa lama dan duduk mana kot ada tempat basuh baju, lagilah tak perlu bawak banyak 😍😍😍

      Delete
  16. Aaahhhhhh saya sukaaaa, blog kakak dah mobile friendly 🤩😍😍😍. Yg kemarin2, saya harus buka laptop, sebab kalau lihat di hp, tulisan JD keciiiil sangat. Yg skr baru jelas 😄👍👍.

    Oh JD cuma 2 malam saja kak???? Ya Allah, cepatnya.... Tp Krn Malaysia free visa kesana kan, kalau saya ke korsel memang hrs lama, sebab tak nak rugi visa yg sudah di apply mana buatnya mahal 🤣🤣.so kalau cuma 2 malam rugi bagi saya.

    Nanti nak coba buat lah poached egg macam tuh. Yg suka suami. Kalau saya memang tak akan sentuh telur dengan kuning cair 🤣🤣.

    Walaupun di Korsel wajib pesan makanan sesuai orang yg DTG, tp bagi saya worth it. Sebab sedaaap. Saya pun selalu habis makan apapun di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boring sama template yang lama tu Fanny 😍😍.
      Ya cuma 2 malam tapi dapat 2 full days juga half day untuk hari terakhir. Visa kami bertahan sehingga passport expired, ada beberapa tahun lagi. Sudah plan cuma ski trip maka begitu lah.
      Poached egg itu senang saja. Dulu pun dicuba beberapa kali baru jadi. 😄😄
      Ya Fanny food di sana memang sedap, apalagi sekarang banyak yang halal. 😋😋😋

      Delete
  17. Makanan Korea sedap-sedaplah. Kalau yang tradisional banyak banchan...eh, betul ke banchan yang banyak jenis dalam piring mangkuk kecik-kecik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu banchan aka side dishes memang macam2 jenis. Semua sedap. Moga lepas ni lebih banyak makanan halal nya.

      Delete

Post a Comment