DAY 2 : ELYSIAN GANGCHON SKI, CHUNCHEON, SOUTH KOREA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Pagi2 bangun panaskan semua dalam microwave. Nasi putih Chef Zam ni agak kering. Renjis2 kan air sebelum masuk microwave. Kalau ada kukus lagi bagus.
Mangkuk kertas n kami beli di convenience store di ground floor. Cardboard pada kotak telur, dipotong jadikan penutup mangkuk. Letak sikit air, pecahkan telur. Tutup mangkuk dan microwave 50 saat. Kalau kurang masak, lebihkan masa. Jadilah poached egg. Kalau tak tutup mangkuk, meletup2 lah telur, renyah nak cuci.
Vitamin C.
Menu breakfast kami. Kopi beli di 7e di Myeong-dong semalamnya.
Bekalan sampingan.
Anak soleh snap foto di luar. Suhunya -12'C. Awwww....
Zoom tengok staff pada sessi briefing.
Dah ramai siap nak beratur.
View dari bilik kami. Cuaca hari tu memang dah diramal mendung dan tiada salji yang akan turun. Siap je 3 beranak keluar pukul 9 lebih, mummy nya sambung bergulung dalam selimut tengok Netflix dan YouTube. Anak2 soleh solehah ada ski lesson pagi tu. Biar daddy nya tunggu. Hubby dah book semua online. Sebab takut limited class nya dll. Apartment ni pun dah last available room di bookingdotcom. Asalnya hubby nak ke Pyeongchang Ski Resort tapi jauh lagi dari Seoul. Elysian ni dekat sikit, ramai datang day trip je. Masa tak banyak kan, pujuk hubby lain kali lah ke Pyeongchan. Memang lagi besar dan best untuk yang suka main ski.
Ralit sensorang layan TV, terlelap, bangun bancuh kopi, makan jajan/biskut, lelap lagi, memang tak ingat nak snap foto. Pukul 1 lebih call hubby. Katanya nak balik makan dan solat.
Teruslah siapkan nasi goreng kampung. Ada baki sambal nasi lemak pagi nya. Buat poached egg 3 biji. Guna 3 peket saja sebab besar portion nya.
Pukul 3 petang kami semua turun. Hubby belikan tiket untuk naik ski lift. Sight seeing di atas sana.
Bukan senang nak siapkan diri dengan equipment ni. Kita naik ski lift je so pakai biasa je lah. Kasut kena yang macam hiking tu lah ada tajam2 sikit di tapak kasut. Untuk cengkam salji. Alhamdulillah dapat kasut baru di Decathlon, biarlah pun design lama. Less than RM200. Kasut lama pun dah pecah2 permukaannya.
Anak2 di slope BEGINNER. Jacket merah dan kuning.
Dia malas, minta ditarik.
Main lah puas2.
Ok kita naik atas.
Macam senang je tengok diorang ni main ski kan.
Seriau sebab lupa bawa handphone strap.
Ada juga yang snowboarding.
One for the album.
Semua angle kita snap. Hubby dah macam cuak, tak sabar nak main ski. Haipppp, tunggu kejap lah.
Satu.
Ok ok pergilah main. Slope ni untuk INTERMEDIATE. Sebab liftnya tinggi dari slope beginner. Nak bawa pengunjung macam kita ni, untuk sight seeing kan hehe. Kalau slope beginner rendah lah sangat.
Maka turunlah seorang diri menaiki ski lift ni.
Agak lama menunggu anak solehah ni rupanya jatuh 2 kali. Ya lah baru belajar lagipun slope intermediate agak curam. Anak soleh jatuh sekali. Tak apa lah, bukan boleh pandai terus. Dia nak rest sekejap. Hubby dengan anak soleh non stop main nya.
Anak soleh berjaket kuning. Ski pant saja pakai yang sendiri. Senang pakai dari bilik. Leceh nak tukar2. Tebal. Jacket dan equipment lain disewa. Ada termasuk dalam package ski dan lesson, boleh pilih.
Ski sessi siang ditutup pukul 5 maka kita tunggu lah sekejap. Battle menahan sejuk. Apa lah 3 beranak tu discuss.
Naik lagi tapi di slope beginner. Hubby kena temankan anak solehah.
Sampai ke penghujung pukul 5 main ski.
Kenangan 25 tahun dulu. Hubby pujuk ajak main ski. Tapi ikut belakang dia. Ski di celah ski hubby. Macam naik motor berdua lah. Memang ok. Tapi masa dah nak sampai bawah, hubby lepaskan suruh jalan sendiri. Gedebap lah jatuh. Kala tak ada net, entah ke mana pergi nya. Haha.
Posing lah lepas tersungkur.
Dah ada announcement nak tutup, baru lah semua keluar.
Hampir gelap. 5.40pm masuk waktu Maghrib.
Family photo from the balcony.
Dinner. Sambung makan nasi goreng kampung.
Hubby bersiap untuk night ski dengan anak soleh. Anak solehah dah puas katanya.
Staff2 sedang bersedia.
Macamana lah diorang ni kerja dalam cuaca sejuk ni kan.
Hubby dan anak soleh main ski 15 kali...!!! Biarkan, main lah sampai puas. Berdua dengan anak solehah layan TV dan mengunyah je. Sejuk2 kan lapar.
Alhamdulillah smooth semuanya.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

















































Seronoknya. Puas cover ski lesson siang dan malam. Tapi yang seronoknya view siang dan malam tu lain sikit la.
ReplyDeleteBaru teringat saya dulu ke Yongpyong Ski Resort (용평리조트 스키장) tempat Goblin dan Winter Sonata shooting. Tapi...saya ikut group jadi memang dia bawa ke sini.
DeleteYongpyong Ski Resort memang antara yang besar dan famous. Dulu2 pernah ke sana juga. Memang puas lah anak2 ni main lepas join ski lesson tu.
DeleteSeronoknya ski siang dan malam. Berbaloi-baloi ambil pakej kira main sampai lebam macam tuh ye. Cantik view salji sebab putih melepak-lepak. Semoga ada rezeki hendak bawa anak-anak main salji juga satu hari nanti
ReplyDeleteDiorang yang main seronok lah KSarie. Kita dok dalam selimut je hehe. View memang cantik Subhanallah biarpun tak turun saljinya. Insyaa Allah akan sampai masa KSarie bawa anak2 main salji nanti.
DeleteSeriuuuuuus kaaaak 🤩👍👍👍👍. Memang suami kakak penyuka olahraga sangaaat yaa 😄😄. Turun ke anak2 jadinya.
ReplyDeleteEh sambal2 yg kakak bagi waktu itu , saya dah coba yg sambal hitam. Sedaaap lah. Yg sup dah buat juga. Langsung inget sup pelita zaman masih di Penang 😄👍.
Tinggal sambal nasi lemak saya belum coba. Nanti nak buat sekalian nasi lemaknya.
Ya Fanny dia memang jenis suka aktiviti outdoor. Anak2 diajak sekali, Alhamdulillah semua pun suka.
DeletePes sup tu kalau dimasak pekat memang lebih kurang sup mamak.
Sambal nasi lemak yang itu memang favorite kami cuma hubby kata kurang pedas 😄😄
best sgt!! my boys plan nak main snowboarding, moga2 lancar semuanya..i nak posing2 ajer hahhaha
ReplyDeleteBest tengok orang main ski dan snowboarding ni. Tak reti dan seram takut tergolek haha.
DeleteSiang malam berskii nya tak sesia la ye dah alang2 sampai.
ReplyDeleteTu lah memang trip main ski sampai puas. Hubby lah tu lama dah ajaknya.
DeleteCantik la pulak kejadian telur tu... Kat Malaya ada jual tak?
ReplyDeleteEeeee... sejuknya! Tengo foto pun terasa sejuk dia!
Telur tu kalau di-poach kan memang cantik. Buat je lah senang tu.
DeleteMemang sejuk uncle. Suhu negative je.
Cantik la kejadian poached egg tu. Senyuman org pandai masak :D
ReplyDeletePuaslah semua main ski ye...
Alhamdulillah elok jadinya. Try masak kejap2 dalam microwave takut meletop pecah kuning telur.
DeleteMemang puaslah daddy nya dengan anak soleh main ski.
Wah…seronoknya tengok orang main ski. Saya teringin tapi tak berani. Agaknya kalau muda belia tu lebih berani nak mencuba.
ReplyDeleteSedap pulak saya tengok telur tu. Nak cuba buat macam Mulan bagitau tulah…microwave 50 saat. Praktis sesiap senang kot travel nak masak sendiri gini 😀
Seronok kan tengok orang main. Masa muda dulu try jugak tapi aihhh takut. Sebab dah tergolek.
DeleteTry lah Ujie. Kalau macam terlebih masak, kurang kan 40-45 saat. Kadang jenis telur pun boleh buat lain2 kejadiannya. Kalau malas masak telur mata di rumah, buat poached egg macam ni jugak 😄😄
sonoknye main ski kat snow tuh., huhu
ReplyDeleteDiorang tiga beranak enjoy lah. Mak nya duduk bilik je hehe.
Deletebest ctravel time snow dpt main ski lg
ReplyDeleteSejuk sangat, diorang ni lah daddy dan anak2 seronok main ski.
DeleteMenarik tu skii lesson.. tumpu yang tu je. Lagi puas rasanya macam tu kan.
ReplyDeleteBetul, tumpu untuk ski je.
Deletebestnya main skii! kelas ni book online kat trip.com atau traveloka ke?
ReplyDeletesemoga one day ada peluang nak main skii jugak. nakla cuba sekali seumur hidup huhu
Ski lesson ni book la mana kita nak pergi. Rasanya klook dll ada ski package, day trip pun ada. Rasa menyesal pulak tak join tapi tak tahan sejuk hehe.
Deletebukan senang kan nak dpt main salji dan belajar... so once dah smpi pulun sampai boleh....
ReplyDeletetgk salji memutih ni sy x boleh byg kesejukkannyaaaaaaa
Dah cakap awal kalau nak main ski, elok masuk ski class dulu, kejap je satu jam. Memang sejuk tapi di Seoul lagi sejuk.
Deletesekali tgk mcm lokasi drama winter sonata...
ReplyDeleteke... kawasan2 resort mcm ni kat korea lbh kurang sama je?
Betul Anies, sebab diselaputi salji, camtu je lah view nya.
DeleteMemang berbaloi la, sebab naik turun main ski, siang dan malam, ya. Bukan selalu dapat pergi.
ReplyDeleteSaya rasa, saya macam tak boleh main ski kot. Sebab menuruni bukit tinggi, macam gayat.
Memang gayat Nur, sejuk pulak tapi ramai je yang level nenek2 main jugak. Diorang ni dah biasa kan.
Deletetengok seronok betul diorang...kalau diberi peluang SA nak cuba gak..sekali seumur hidup kan...
ReplyDeleteDiorang la seronok hehe kita tak tahan sangat sejuk2 ni
Delete