DAY 1 : MYEONG-DONG, SEOUL & ELYSIAN SKI RESORT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Asalnya nak ke Ho Chi Minh atau Jakarta sebab ada 3-4 hari. Bila ada sahabat yang sweet tanya pasal ski, saja2 tanya hubby sempat ke kalau bawa anak2 main ski saja. Hubby terus kata sempat. Dia dah bertahun2 ajak tapi kita buat tak dengar haha. Terus lah cari tiket, hubby pun book ski resort 2 malam terus. Kami tak bermalam di tempat lain dah. Bermula lah ski trip ini.
Sabtu 24/1/2026 flight 10.40 malam dengan Air Asia. Kami order makanan tapi request nak makan sejam sebelum landing 6.00 pagi . Subuh sepie makannya dalam gelap. Senang sebab bila sampai tak ada lah meracau lapar nak cari makanan halal kan payah di Incheon Airport tu. Hehe.
Subuh 6.30 ketika itu.
Ke immigration. Patut nak beratur awal sebab keluar awal. Tapi singgah toilet dulu, gosok gigi terus wuduk, sarung seluar heattech pant, panjang pula barisan di immigration. Tapi laju. Alhamdulillah smooth. Takut juga sebab ada kes sangkut, kena hantar balik. Dah keluar, baru tau prayer room di dalam. Baru perasan tempat yang ramai menunggu sebelum keluar tu adalah tempat solat. Tapi memang ramai lah singgah untuk solat Subuh.
Tak apa, wuduk dah ada. Naik atas cari tempat kosong. Sejadah nipis pun ada. Kami travel dengan satu daypack 7kg hand carry tiap seorang. Check in 2 bagpack 10kg satu beg, total 20kg.
Hubby beli Tmoney di airport. 15,000 won satu seorang. Dari Malaysia dah bawa duit USD ntuk tukar dengan Korean Won. Tmoney ni macam Touch n Go card kita. Untuk train dll nya. Hubby book taxi Uber. Kalau naik bas atau train, beza harga RM40 lebih. Naik Uber ni laju sikit. Uber dah install siap2 di Malaysia sebab nak sync dengan credit card. Install je, tak guna tak apa.
Suhu -10'C di luar memang sejuk sangat2.
Antara view sepanjang jalan.
Han River atau HanGang. Gang tu maksud nya sungai.
Januari 2001.
Januari 2026.
Selepas 25 tahun. Mencari playground lama tapi tak jumpa. Haha sihat anaknya.
Mungkin dibina yang baru.
HANGARAM APARTMENT
Di sini lah apartment kami dari September 2000 hingga Jun 2001 dulu. Ketika hubby dihantar ke Seoul untuk urusan kerja. Asalnya hubby ajak terus ke ski resort tapi saya merayu nak singgah Hangaram Apartment ni. Biarlah 10 minit pun.
Apartment kami berdekatan Han River. Nun di belakang sana, cross jalan saja. Dulu tak ada pun binaan bergulung ini. Hanya tanah rumput yang rata.
Lebih banyak bangunan tinggi di seberang sana.
Apartment kami dari tepi Han River.
Apartment kami di ICHON-DONG seperti dalam peta. Lokasi memang best Alhamdulillah. Berdekatan dengan ICHON train station, juga attraction lain.
Han River ni memang luas besar dan panjang.
Sejuk sangat suhu -10 C rasanya. Kaki saya cramp seketika, suspen betul. Foot warmer dalam beg malas nak buka kasut. Hubby tu kan sempat lagi mintak diri nak jogging sekejap nak record dalam STRAVA aiihhh tak apa kasi chance lah kat dia.
Alhamdulillah jacket masih muat. Kalau tak muat buka zip depan je lah kan.
Dulu bertiga, sekarang berempat Alhamdulillah.
Malas nak cari locker, beg tak berat sangat. Kendong je lah sebab ada 2 sado boys kan.
Itik yang sangat kebal sejuknya.
Bye bye Han River.
Nak cross jalan. Di hujung tu kenampakan NAMSAN TOWER. Apartment kami block ke 2 di sebelah kiri. Kalau jalan terus, sampai ke ICHON train station, depan tu je. Dulu2 kawan2 jalan shopping kadang tumpang solat sebab apartment diorang agak jauh. Selalu nak kejar waktu Zohor kalau keluar dari pagi. Memang seronok time tu.
Pintu masuk apartment kami. Tingkat 14. Lupa betul dulu patut nya ambil foto apartment. Comel simple je. 9 langkah x 8 langkah besarnya apartment kami sampai ke balcony yang tertutup tu. Mahal sangat sewa apartment. Kami bertiga so tak kisah kecil pun. Asalkan cukup lengkap. Agent baik dapatkan dapur siap ada oven. Biarlah tak ada microwave. Tapi ada 3 bilik juga tu. 1 master bedroom dan 2 tiny rooms. Bathroom comel juga tapi ada bath tub untuk tempat mandi. Ada satu 2 seater sofa, 1 coffee table. Tiada meja makan. Duduk makan depan TV macam dalam drama Korea. Cabinet + dapur panjang satu depa saja. Maybe apartment kami sama besar hotel room yang standard 2 bed tu rasanya.
Dulu tak ada post guard ni. Ada yang kecil je. 25 tahun mesti nya banyak berubah kan.
Ichon Train Station. Kami nak ke Myeong-dong.
Dulu jarang2 ke Myeong-dong ni. Sebab mahal. Selalu ke Namdaemun atau Tongdaemun. Takpun ke Gangnam underground. Ni jalan2 cuci mata. Anak2 soleh solehah tau ini ski trip saja.
Antara reason singgah Myeong-dong. Ada kedai halal. Di ski resort memang tiada kedai halal.
Bagus kan, kami tak solat di sini sebab akan tiba di ski resort awal sebelum Maghrib.
Hhmm selama ni tengok dalam TV je kan. Hubby order hotpot. Ramai sudah ke sini. YB KJ, Timbalan PMX, Aliff Satar dll. Penuh dinding kedai dengan signature selebriti Malaysia.
Kimchi dia memang super sedap.
Bila siap masak. Memang sedap Alhamdulillah.
Oyster Pancake yumm yumm.
Ada sebuah lagi selang 2 kedai tapi jual fried chicken.
Jalan2 sikit, terus ke Myeong-dong train station. Ticket semua guna Tmoney yang beli di airport.
Antara view sepanjang perjalanan.
Beku tau air di dam tu. Yang putih tu.
Air sungai yang juga beku.
Dalam satu jam juga perjalanan dengan train. Ada free shuttle bus ke ski resort. Tiap 20 minit.
Bilik kami untuk 2 malam. Apartment dengan 2 bilik. Boys & girls. Ada fridge yang sah2 tak guna. Ada microwave yes. Ada smart TV boleh tengok Astro Live atau TV1, TV3 live kiranya YouTube lah.
View dari balcony kami.
Siap solat kami turun. Hubby nak check tempat belajar ski untuk anak2 esoknya.
Sempat tiga beranak main snow tube. Tak join sebab tengok berpusing berputar sat lagi mummy nya vertigo..!! Haha naya.
Anak2 kata main bertiga ok tapi bila main sorang2 memang spin habis semua pening.
Macam lalok pening dah nya.
Pukul 5 petang tutup untuk kerja meratakan semula salji. Kami singgah di convenience store dalam resort untuk beli telur, kopi, roti bun dan chocolate. Anak2 soleh solehah memang kerja diorang lah scan bahan2 pada roti bun dan chocolates. Walaupun vegan kena tengok takut ada alcohol.
Malam pun meriah.
Ini bekalan kami di ski resort ni. Kami selalu refer FB ROAD TO KOREA. Tawakal bawa semua ni tapi semua ikan. Tiada ayam atau daging. Cuma nasi goreng kampung tu tiba2 ada ayam dadu sikit. Alhamdulillah semua lepas, tapi memang tak declare pun.
Dinner Mee Kari Nyonya OCOC produk Dr Rizal. Alhamdulillah sedap tapi pedas sikit. Nasi putih, nasi goreng kampung dan nasi lemak produk CHEF ZAM beli di Shopee sedap juga. Cuma nasi putih agak kering. Bila microwave tu, renjis2 air lah. Sambal tumis bilis produk Dapur Pak Amir stock yang ada di rumah, memang sedap favorite kami.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah smooth Day 1.




















































Gambar masa baby vs skrg tu mahal :)
ReplyDeleteSejuk betul Korea ye, sampai beku air sungai
Tu lah Alhamdulillah teringat nak cari foto lama. Memang suhu semua negatif PH
DeleteMeriah...tercapai juga hajat hubby nak skiing...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeletePunya la sejuk air sungai pun beku.
ReplyDeleteSuhu semua negatif Cie
DeleteTau tau Mulan ke Korea ya....mengimbau kenangan di Apartment tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah diizinkan untuk mengimbau kenangan lama
Deletewah rindu makanan korea. rindu myeongdong. Bila nak repeat lagi ni.
ReplyDeleteInsyaa Allah sampai lagi nanti
Deletetrip ni kira mengimbau jugaklah kan ie revisit the place after 25 yrs! lamaaa tuu! best dpt buat pic recreate the moment! pantas sungguh u plan dan terus fly!! i went to korea dh lamaaa jugak..masa razeen kecik lg (2 thn rasanya)..now dia dh 12 yrs old ....best betul tgk gmbr snow dan ski view tuuuuu!!! tq for sharing this sweet entry ;) me and boys counting days now tp i tgh bergelumang marking exam papers and thesis niiiiii
ReplyDeleteYa MZ trip mengimbau kenangan lama ni after 25 years. Gambar snow cantik kan putih je tapi sejuk sangat. Have fun nanti.
Deletethe best part ada gambar dulu dan sekarang...mengimbau memory bila singgah sekejap rumah lama....
ReplyDeleteAlhamdulillah teringat cari foto lama, seronok dapat singgah apartment lama
DeleteBestnya.. tgk gambar pun jadilah... selalu tgk dlm kdrama je kan han river.. gambar² masa di apartment lama tu xde ke kak? penat sy imagine dlm apartment yg thn 2000-2001 tu.. hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah. Han River ni memang selalu ada dalam KDrama kan. Kakmim ukur je lah 9x8 meter besar tu lah apartment kami hehe.
DeleteRupanya Mulan sekeluarga pernah tinggal di Korea. Haha.. larat pula mendukung anak bujang itu. Sungguh kuat! 💪😁 Wah... bestnya, dapat pergi ski trip. Sejuk betul ya, suhu sampai negatif.
ReplyDeleteAlhamdulillah dalam 10 bulan. Haha tu lah risau tengok daddy angkat anak soleh sado. Diorang enjoy la main ski hehe mak nya ski atas katil sensorang. Memang sejuk Nur, suhu negative
DeleteWah....tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat pernah bermastautin lebih 1 tahun ye. Kuat ayahnya mendukung baby yang dah besar itu. Korea ini memang bersih macam dalam KDrama ke? Sure sedap pengsan kan segala ramen, kimchi semua tu. Geram tengok salji memutih
ReplyDeleteDalam 10 bulan gitu KSarie. Haha risau tengok daddy angkat anak soleh tu. Kat sana memang bersih. Dulu kami tak makan ramen sebab tak jumpa yang halal. Salji putih cantik kan.
DeleteSaya rindu sebenarnya nak ke korsel lagi. Sebab sukaaa kuliner dj samaaa. Memang sedaaaap lah. Apalagi kalau bisa boring skincare utk setahun 🤣🤣🤣. Sebab dah lama pakai skincare Korea.
ReplyDeleteMasih dingin sangat cuaca nya ya kak. Kalau saya di sana, memang puas2in main snow tube hahahahah. Kalau ski, give up lah. Patah kaki pula nanti 😄😄.
Insyaa Allah Fanny akan ke sana lagi. Skincare sana memang bagus kan. Makanan juga sedap2.
DeleteJanuari memang bukan yang paling sejuk di sana. Main snow tube memang seronok tapi takut pening. Ski memang untuk hubby dan anak2 😍😍😍 mummy nya ski atas katil sambil tengok Netflix
Alamakkkk... macam berjodoh je... tahun lepas baca blog Mulan ke Japan.. kebetulan kami ke sana juga. Kali ni baca Korea pulak dan kebetulan memang nak ke sana akhir tahun ni. Nampaknya memang kena follow trip Mulan ni untuk dapatkan info.
ReplyDeleteHehe, Alhamdulillah tumpang seronok dengar nak ke Korea.
Deletecutenya re-create balik gambar lama tu. memang dah berkurun jugaklah tak datang ke korea ye, sampai anak soleh dah besar panjang :D
ReplyDeletebusan jib tu macam fav port orang malaysia jekan. setiap kalu tengok orang gi korea, mesti makan kat situ. makan hotpot time musim sejuk memang ngamm
Memang cari foto lama nak capture foto after 25 tahun. Memang lama betul.
DeleteTu lah gugel2 memang naik lah nama Busan Jib, Alhamdulillah tak jauh. Sejuk2 memang sedap hotpot.
part kena hantar blk tu laa yg sy waswas nak ke sana even kalau pergi dgn TA pun...
ReplyDeleteooo dah ada surau. baguslah kalau mcm tu. satu perkembangan yg positif
Memang suspen tapi kalau lengkap dokumen Insyaa Allah ok. Bagus kan kedai ada surau.
Deleteberapa harga sewa apt tu dlm RM?.booking kat mana?
ReplyDeleteDalam 500 rasanya di bookingdotcom
Delete