DIA NAK SANGAT..... ALHAMDULILLAH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga dipermudah kan semua urusan nya.
ALHAMDULILLAH blog dah OK. Risau sangat sebab kita buta IT.
Hubby nakkkk sangat. ALHAMDULILLAH smooth short trip. Sampai KLIA tengah malam tadi. Balik Putrajaya tidur selelap. Sebelum Subuh, hantar anak solehah balik campus, terus drive balik Kuantan, sampai rumah pukul 9am tadi, anak soleh kerja petang nanti. Subuh selepas Tol Gombak, takut bertemu kesesakan warga KL nak ke office.
Hubby ni memang dah lama bertahun2 sebut nak main ski. Tapi queen dia berdarah tak tahan sejuk. Bila dia sebut, kita buat macam tak dengar. Lagipun bila anak belum cukup besar, leceh nak mempersediakan masing2 dengan ski jacket seluar equipment bagai. Kena pulak meneman anak2, takut daddy nya main ski tak ingat family hehe. Now anak2 soleh solehah dah besar, maka pandai2 lah kamu ya, follow daddy kamu. Mummy ni cannot duduk luar lama2 takut jadi snowmommy ☃️☃️
Nak settle segala baju jacket seluar dll nya. Nanti kita update dan bw ya, rindu nak baca blog semua.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.


wah main snow. saya yang banyak lemak pun tak tahan. hehehehe dah rasa sekali emm cukup le. Tapi tak tahu lah kalau terjebak tempat baru ke nanti. Mana tahu kan tiba2 eh terjebak apa lagi kalau tak pernah pergi tempat tu.
ReplyDeleteKita anak Malaysia memang kurang tahan sejuknya hehe. Tapi memang cantik saljinya Subhanallah. Insyaa Allah sampai sis nanti ke tempat salji baru.
DeleteSelesai dah masalah blog ye. Bestnya main ski.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah ok. Yang main tu seronok lah hehe kita duduk dalam selimut.
Deletealhamdulillah...tercapai hajat daddynya...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteUncle main ski dalam game je....
ReplyDeleteKalau main ski betul sure pandai
DeleteTeringin nak cuba tapi itulah tak pandai.
ReplyDeleteBoleh join kelas dulu di sana
Deletesaya pun juga main skie kalau ada kesempatan
ReplyDeleteBagi yang suka, memang seronok kan
DeleteKnow² terbang lagi ye Kak :)
ReplyDeleteAlhamdulillah diizinkan
DeleteYa Allah, cantik sungguh... impian saya sejak dulu memang nak bercuti ke negara yang ada salji. Sampai sekarang belum kesampaian lagi, hahaha.
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah. Nanti Fajar akan sampai ke negara salji Insyaa Allah
DeleteSnow is another story tpi main skii tu another story yang best huhuuu..
ReplyDeleteAnak2 masuk kelas dulu sebelum main. Daddy nya terus meluncur.
DeleteKalau ski, saya memang skip. Lebih suka main snow atau seluncuran salju. Kalau itu bisa berkali, naik turun naik turun 🤣. Ski ini butuh belajar soalnya, practice. Jadi tak laaah. Lagipun saya ke tempat salah hanya sekedar main salju, dan menikmati dingin. Kalau belajar ski, sampai sebulan pun ga akan mahir rasanya 🤣🤣
ReplyDeleteSama juga memang skip. Anak2 ambil kelas dulu tapi daddy nya terus meluncur.
Deletecomelnya snowmommy.. ^^
ReplyDeleteHehe tak tahan sangat sejuknya
Deletebest sgt!!!! my boys memang nak sgt main all these snowy thingy ;) sblm2 ni dh pernah gi tmpt snow pun tapi time diaorg kecik2 so diaorg tak berapa ingat la yg lps2..kena recreate balik all the winter vacation
ReplyDeleteAnak2 kan mesti suka sangat main snow ni.
DeleteWahhhhh.....bestnya ski. KSarie tunggu Mulan berkongsi cerita main ski di mana. KSarie ni tak tahan sejuk macam Mulan. Tapi budak-budak dok meratib hendak rasa main salji. Nanti-nanti la ye😅
ReplyDeleteSki kita skip KSarie haha. Kita ski dalam selimut. Anak2 semua memang suka salji. Insyaa Allah sampai hajat anak2 KSarie nanti.
DeleteWah, mesti seronok sangat ni!
ReplyDeletePernah berada di atas salji beku di Nepal dan Gulmarg. Rupanya berada di atas salji beku tidaklah sesejuk yang disangka. Ada matahari bersinar, kurangkan kedinginan. Itu ikut pengalaman sayalah. Hanya bergambar dengan aksi sahaja, tapi tak pandai meluncur guna papan ski.
Betul Kak Amie bila di tanah lebih tinggi, kurang sejuknya kan. Ski ni anak2 dengan suami je hehe
Deletewahh...bestnya main ski...anak2 dh besar, dpt berski bersama2..
ReplyDeleteAnak2 soleh solehah dengan daddy nya je hehe
DeletePernah ski kat Korea jadi tak reti la sebab berat kasut dia tu. Tergolek kemudian minta orang bantu bangunkan. Haha. Lepas tu tak nak main dah....main tube lagi best meluncur guna tayar besar.
ReplyDeleteBetul Ezna kasut nya berat sangat dah lah sejuk haha
DeleteTau- tau travel lagi ye kak...seronoknya main salji
ReplyDeleteSejuk sangat SA. Kita original Malaysia hehe.
DeleteSeronoknya main salji! Kiteorg ni asal travel musim winter belum ada rezeki lagi bertemu salji 😅
ReplyDeleteInsyaa Allah akan sampai waktu nya 🥰
Deleteni kira plan trip last minute ke? alhamdulillah semuanya smooth je
ReplyDeleteSepatutnya ke tempat lain hehe tapi tukar ke Seoul, Alhamdulillah
DeleteBaru perasan...tulisan nama pengomen ni cursive. Cantik la Mulan.
ReplyDeleteNi template free blogger hehe main2 tukar je mana suka
Deleteseronok main salji ni tp sy ni jenis yg kena amik ms sikit. kena bg badan serasi baru ok. kalau tak asyik menggigil je hehehe
ReplyDeleteMemang sejuk
Deletekalau kat korea tu ada tak tempat utk sewa pakaian utk winter ni kat tempat2 mcm ni? kalau tak ada mmg jenuh jg nak sediakan kelengkapan... luggage kompem besar2 punya
ReplyDeleteKalau nak main ski memang ada pilihan dalam pakej kalau nak sewa jacket dan ski pant
DeleteAlhamdulillah, rezeki dapat pergi, setelah lama berhajat, ya. Tumpang seronok, dapat baca tentang ski trip Mulan sekeluarga. Balik sini, agak padat pula urusan, ya. Tapi blog ini, tak ada previous and next post, jadi kena kembali ke main page, kalau nak baca entri lain. Masih on going ya, update template blog?
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tu lah tak tau nak buat camna nak letak previous dan next post ni aduiii.
Delete