Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
WARUNG KOPPI 70'S, SHAH ALAM
Sabtu, brunch dengan kawan2 geng masuk air di ITM dulu. Cik W ajak ke Warung KOPPI 70's. Blogger MAMA TISYA dah pergi dua kali. Yeahh kita pun terus setuju.
Jumaat drive balik Putrajaya. Sabtu lepas Subuh, hubby dengan kawan2 sekolahnya dah plan nak hiking Bukit Dinding. So kita pun siap plan lah jugak, terus calling2 geng kita. Hubby kena keluar awal so dia belanja Grab ke Shah Alam. Alhamdulillah jalan smooth tak ada jem. Dua tingkat kedai ni.
Bahagian atas, luar.
Bahagian atas, dalam.
Bahagian bawah.
Menu nya.
Bahagian bawah berdekatan cashier.
Memang ramai, Alhamdulillah tunggu meja kosong tak lah lama.
Dalam pukul 11 lebih, meja makan semakin banyak. Pastinya lunch time, akan sesak semula.
Dari tepi bangunan.
Kopi Butter, Roti Bakar Gula, Roti Titan, Lempeng Sambal. Menu berdua dengan Cik W.
Nak sangat try Kopi Butter. Ok lah cuma agak buttery. Of course lah nama pun butter. Sedap kopi ni cuma kena ceduk keluar sikit butter tu, letak atas roti. Maybe patut letak sikit je. Tapi memang sedap Kopi Butter ni. Roti Titab nampak biasa tapi sedap. Sambal lempeng pun sedap, kami makan kongsi2.
Cik F sampai order Kacang Pool. Juga sedap.
Cik J sampai lambat. Order Lontong Kering. Serious lah memang sedap. Kami tumpang makan haha. Tak cukup, dia order Lontong Biasa kuah lemak kuning, pun sedap. Berborak sakan lupa snap foto.
Selalu kalau ajak keluar geng ITM, muka berempat ni lah jugak. Kita je sensorang dari Kuantan, diorang duduk Shah Alam & Klang. Tapi dari yang berempat ni, 3 orang Pahang. Yang duduk Klang tu, asal Klang.
Early Birthday celebration acah2 nya.
Siap makan, acara berebut nak bayar. Kita bagi berdua tu battle depan cashier siapa dapat bayar. Love them till Syurga. Moga murah rezeki selamanya.
View dari parking lot.
Snap dari dalam kereta. Balik rumah Cik W di Shah Alam. Lepak sekejap.
Lepas Zohor, berdua dengan Cik W ke Tanjung Karang. Jauhnya 1.5 jam. Layan Cik W drive, segala cerita keluar, memang gelak sepanjang jalan.
Wahhhh cantik sangat. First time tengok dekat2 depan mata.
Hijau sungguh sawah padi nya.
Park kereta di tepi jalan di sini.
Subhanallah cantiknya.
Actually singgah dulu homestay di Tg Karang, pick up Cik Z. Berwefie lah kita.
Dari zaman ITM hingga kini, masih lah kecoh begini.
Best nya rumah tepi bendang.
Meraikan jemputan kawan ITM, kenduri kawin anak saudaranya, yang kami juga kenal baik keluarga nya. Kenduri kawin masak sendiri. Yes, cheat day. Rezeki jangan ditolak. Dipaksa kami ratah lauk. Serius semua sedap.
First round je sempat snap foto. Sate pun sedap, kuah pekat.
Sepinggan with the awesome view.
Moga ukhuwah kami kekal selamanya, Aamiin. Cik J dan Cik F tak dapat hadir. Campur tolak berenam ni, memang geng masuk air. Nak borak kena jauh2, hiruk pikuk pekiknya. Family masing2 mak2 pun tau.
Ke petang, cuaca makin muram. Seketika ada nya hujan rintik.
Cik W hantar ke Masjid Shah Alam. Hubby tunggu queen nya balik bercanda dengan kawan2 nya. Dia pun full activity nya. Balik hiking ke KLCC ada Dive Expo katanya. Survey dive package murah2 lah tu.
Ahad pagi tadi lepas Subuh ke kedai dobi. Pukul 9 book seorang cleaner, dapat adik manis. Selalu buat dengan anak2 soleh solehah, vacum mop mengelap etc. Sebab diorang tak free tiap weekend ni, kena lah panggil cleaner, ni preparation cuci kemas sebelum Ramadan. Hubby ke kenduri kawin anak kawannya. Lunch kita, dah siap tapau dari Food Court P15 ketika breakfast. Pukul 2, terus drive balik Kuantan. Alhamdulillah smooth dan sampai 5.30pm.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.




































No comments:
Post a Comment