Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Dari SHIRAKAWA CANAL, kami naik bas ke KYOTO CENTRAL MASJID untuk solat. Tutup lah pulak.
Tunggu bas lain nya.
Kami ke KYOTO GRAND MOSQUE. Nak jalan2 lagi, so better lah solat siap2.
Berdekatan KYOTO GRAND MOSQUE je. Belum lapar so tak makan lah.
Naik bas lagi. DAYPASS untuk bas, beli awal2, tunjuk ke driver tarikh tu je. SUICA pun boleh guna rasanya, tapi mahal sikit lah. Sebab charge untuk tiap trip.
ARASHIMAYA BAMBOO FOREST
Juga dikenali dengan nama Hutan Buluh Sagano ialah hutan buluh semula jadi di Arashiyama, Kyoto, Jepun. Ia kebanyakannya terdiri daripada buluh mōsō dan mempunyai beberapa laluan untuk pelancong dan pelawat. Kementerian Alam Sekitar menganggapnya sebagai sebahagian daripada landskap bunyi Jepun. Hutan ini tidak jauh dari kuil Tenryū-ji, yang merupakan ibu pejabat sekolah Rinzai Buddhisme Zen, dan Kuil Nonomiya. (Wikipedia)
Luas ARASHIMAYA BAMBOO FOREST ni.
One for the album. Alhamdulillah di belakang tu lambat jalan nya.
Tak lah ramai sangat pengunjung di area ni. Kena cepat2 standby handphone/camera, bila tak ada orang, terus snap.
Geram tengok daun2 merah tu.
JAMBATAN TOGETSU-KYO (di belakang sana)
Ianya telah menjadi mercu tanda di Daerah Arashiyama di Kyoto Barat selama lebih empat ratus tahun. Jambatan kayu merentangi Sungai Katsura di hadapan Gunung Arashiyama, menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Bunga sakura musim bunga dan warna musim gugur menarik ramai orang, kerana pemandangannya menakjubkan.
Jambatan itu sering digunakan dalam filem sejarah. Ia juga merupakan tapak permulaan penting untuk kanak-kanak tempatan. Lelaki dan perempuan muda (yang terakhir berpakaian kimono) mula-mula menerima berkat daripada kuil tempatan dan kemudian menyeberangi jambatan di bawah arahan untuk berbuat demikian tanpa menoleh ke belakang. Jika tidak mengendahkan arahan ini, ia dikatakan membawa malang akibatnya, jadi taruhannya tinggi. (Sumber : kyoto.travel)
KATSURA RIVER
(桂川, Katsura-gawa ) ialah kesinambungan daripada dua sungai lain, Sungai Hoz , sungai kecil dan deras yang bermula di pergunungan berhampiran Kameoka dan kemudian meluncur melalui pergunungan yang memisahkan Kameoka dan Kyoto; dan Sungai Ōi (大堰川Ōi-gawa), yang muncul dari pergunungan tersebut dan mengembang menjadi sungai yang cetek dan mengalir perlahan sehingga Jambatan Togetsukyo di Arashiyama. Sejak itu, sungai itu dirujuk sebagai Sungai Katsura, dan alirannya berterusan selama beberapa kilometer melalui Prefektur Kyoto sehingga ia bergabung dengan sungai Kamo dan Uji. (Wikipedia)
Sempat zoom, tak sure burung apa.
4.30pm kami naik train untuk balik ke OSAKA.
Outlet ni memang tersohor untuk tourist dari Malaysia. Ramai yang jadi PS untuk belikan. Memang tak tau brand ni, anak2 dan hubby yang tau. Bila tengok harga dan compare, memang murah. Di Malaysia RM660, di Jepun RM390. 30-40% lebih murah.
Lapar sebab skip lunch. Asalnya nak lunch di area ARASHIMAYA, tapi fine dining rupanya. Mahal satu hal, lambat pun ya. Jumpa Family Mart, beli roti untuk alas perut sebab kami nak makan RAMEN di OSAKA, lagi dan lagi. Hehe.
Meja penuh so kami duduk depan kitchen.
Dua2 pun CHICKEN RAMEN tapi lain2 sup. Lapar kan, lupa nak snap menu. Tapi order guna QR.
HALAL RAMEN HONOLU GRANDE, OSAKA
On the way balik apartment, singgah Family Mart dan 7E. Shopping untuk breakfast siap2. 3 jenis ni disahkan Halal dalam apps. Melonpan, Pancake dan French Toast. Klik jenis lain, banyak keluar Syubhah, padahal chocolate bun je. Ada yang kata tak apa makan. Yang Haram memang lah ada. Maka seminggu di Jepun, kami makan yang ni saja gilir2 tapi sedap. Buah pun ada, Pisang dll. Nak masak mee segera, malas nak mencuci. Kalau apartment kecik, takut berbau. Boleh je nak makan tapi semua pun tak nak. Plain sandwich bread ada yang boleh makan, tapi malas nak beli tuna in tin ke, butter dan jam ke. Malas nak prepare, nak basuh. Kali ni, trip nak makan terus je.
Barisan ONIGIRI yang segak cantik sedap, yang mengenyangkan kami sepanjang di JEPUN.
Paling banyak steps bercuti ke Jepun ni. Pagi gagah perkasa lagi, bila ke petang memang seret kaki. Macam dah boleh join Marathon 15km kan. Insyaa Allah. Hubby ajak join yang 5km pun banyak alasan. Hehe.
Alhamdulillah smooth semuanya.
Till later. Thanks singgah, baca& komen dairi seorang Mulan. Take care semua.
memang cantik arashiyama ni, tapi tempat ni selalu penuh dgn tourist. kalau bergambar tu memang agak susahlah nak dapat background yg clear
ReplyDeletebroth ramen tu nampak pekat!
Hari kami pergi memang macam ramai jugak tapi Alhamdulillah bila jalan2 lagi ke dalam, dah kurang orang.
DeleteBroth ramen tu memang pekat sedap.
Cantiknya hutan buluh tu!
ReplyDeleteMemang berbaloi sungguh Akk travel ke Japan ni, semua tempat pergi cantik² belaka
Memang cantik Subhanallah. Autumn pun lambat so dapat la kami rasa Alhamdulillah
DeletePeniaga lemang mesti suka bamboo forest ni.. hehe
ReplyDeleteYang ni kalau potong buluh ni memang kena kejar dengan penguasa haha.
Deletegambar2 pemandangan semuanya cantik sgt!! MZ tak pernah sampai kat bamboo forest tu...
ReplyDeleteMemang cantik sangat Subhanallah
DeleteBestnya bergambar kat Bamboo Forest...SA selalu tengok ramai yang pi sini...
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat kami ke sana tengok Bamboo Forest ni. Insyaa Allah SA sampai sana nanti
DeleteKalau nak tunggu takde orang kat bamboo forest memang tak merasa ambil gambarlah kan.
ReplyDeleteSentiasa je ada orang. Rasa best lah tengok jalan-jalan dalam cuaca sejuk.
Kena standby je handphone atau camera, Insyaa Allah ada ketika tak ada atau tak ramai orang.
DeleteTengok hutan buluh ni terus teringat pelakon LeMinHo (Korea) The King: Eternal Monarch
ReplyDeleteKan, ada scene dalam bamboo forest jugak.
DeleteBamboo Forest tu memang trade mark kan kalu ke Osaka nih, anak kak ana tahun depan ni plan nak ke sana in Syaa Allah
ReplyDeleteBetul Kak Ana memang tourist attractions ni. Best ni anak Kak Ana nak pergi Jepun jugak
Deletecantiknya hutan buluh. jika dibuat pondok buluh pasti sy suka duduk di situ.. boleh rehat ptg2..
ReplyDeleteSubhanallah memang cantik tengok pokok buluh yang beribu2 ni.
DeleteOnitsuka Tiger tu saya pun baru tau bila search pasal Jepun di grup Road to Japan. Orang siap memborong sebab murah. Tapi kami tak pergi outletnya sebab tak berminat membeli.
ReplyDeleteKami aritu pun langsung takde memasak walaupun mi segera, penat tau jalan-jalan kat Jepun ni sebab kita naik public transport. Balik bilik nak rehat jelah.
Ada kawan yang baru balik pun cerita pasal jenama ni, nak pergi baru google. Tengok jugak dalam medsos attraction di Jepun, ada jugak part shopping kasut.
DeleteBetul kan Ujie kalau naik turun train dan bas ni memang tak ada masa nak masak. Maggi pun malas.
Cantik ! Subhan Allah...maha suci Allah mencipta semuanya. Terima kasih berkongsi gambar.
ReplyDeleteSama2. Memang cantik semuanya Subhanallah.
Deleteomomo baru pasan akak pegi jepun ye... adoii rindu nya nak jejak lagi... harap2 ada la rezeki tahun depan... arashiyima bamboo tu kemain payah nak dapat slot kosong hahahaa.. kena bertabah sungguh kan!! ada member pegi awal2 sesudah subuh memang gigih la..
ReplyDeleteMemang rindu Jepun ni, sebab cantik. Insyaa Allah Retna sampai Jepun lagi tahun depan. Bamboo Forest tu kena standby je handphone atau camera, sap sap snap kalau orang lain jauh ke belakang hehe,
Deletemmg geram tgk daun-daun yg kemerahan... hutan bamboo pun masya allah sukanya vibes mcm tu.. onitsuka tiger tu mmg... ramai peminat dr malaysia.. hihi
ReplyDeleteBetul Kak Mim, memang ralit tengok semua daun2 banyak warna tu.
DeleteTu la kasut onitsuka tiger tu famous betul.
Antara destinasi dalam impian...Semoga satu hari nanti dapat jejak kaki ke negara Matahari terbit ni...Masyaa Allah,sangat mempersina
ReplyDeleteIn syaa Allah sampai sana nanti. Memang negara impian juga dari kecil.
Deletebamboo forest tu kalo dkt msia tk silap ada la ala2 view tu kt putrajaya tk silap..yela tk dpt pi jepun..posing dlu kt putrajaya tu amik feel dlu hehe
ReplyDeleteAda rasanya di Alamanda rasanya.
Deletehutan buluh yang sentiasa ramaiiiii orang...
ReplyDeleteagak2 kalau kat malaysia buat macam ni dapat tarikan tak?
hehehe
Mestinya, di Kijal dan Kelantan rasanya ada spot bergambar celah2 pokok, cantik.
Deletekawan sy cakap kita pindah dok jepun laaa boleh kurus. sebab kena jalan hari2 hahahaha
ReplyDeleteMemang banyak jalan kat Jepun kan,
DeleteNampak cantik bamboo forest ni Mulan. Memang tempat wajib ni kalau ke Jepun. Jepun ni kalau mengikut kata anak kawan yg belajar kat Tsukuba University...memang dia asingkan sampah....plastik satu tempat....etc....minyak pun tak boleh buang merata. Jadinya memang bersih la sungai mereka tu....
ReplyDeleteMemang cantik bamboo forest tu. Bab buang sampah, memang strict rasanya ada CCTV boleh tengok org buang sampah.
DeleteCantik sekali pemandangan di hutan bambu itu Mbak.
ReplyDeleteTinggi-tinggi ya pohon bambunya. Jadi tampak cantik juga berfoto disana.
25.741 langkah? Wah cukup membuat pegal kaki nih Mbak...
Salam,
Salam Pak. Memang cantik Subhanallah pokok2 buluhnya banyak betul.
DeleteYa Pak kaki saya jadi pegal dengan 25000 langkah hehe.
Dulu saat ke jepang, adik saya masih kerja di Osaka. Jadi dia ada ajak jalan2 ke Kyoto, tapi day trip lah , sebab tak jauh kan. Cuma hutan bamboo itu memang kami tak DTG, sebab dah banyak turis kesana. JD saya minta ke tempat yg agak sepi, less crowded. Ada dia bawa ke kuil, cantik, dan banyak penjual mochi 😄😄. Cuma saya lupa nama kuilnya.
ReplyDeleteOnitsuka itu fav suami saya. Saya kurang suka brand ini Krn kaki saya sakit tiap pakai 😅. Tp memang di jepang harganya lumayan murah, hanya saja itu yg made in VIetnam atau Indonesia 🤣🤣. Sebab ada pabriknya di Indonesia. Krn yg made in Japan ttp mahaaal kak 😄. Labor cost mereka tinggi saya rasa.
Ramen honolu itu favorit sayaaaa 😍😍😍😍😍
Waktu makan di sana pekerja part time nya orang Malaysia. Ramah sangat. Tapi owner aslinya juga baiiik sangat. Apalagi adik saya bisa cakap japanese. JD mereka ngobrol lah
Ada ramen halal 1 lagi, Ramen Ya kalo tak salah ingat. Adik saya tak nak kesana. Krn dulu dia pernah makan di situ, dengan teman yg bawa baby. Dan owner ramen tak ramah, malah marah ke teman adik saya sebab bawa makanan baby. Masalahnya baby tuh masih di bawah 1 tahun. Tak mungkin makan ramen. Dia kalo baik2 cara menyampaikan, mungkin adik saya tak akan marah. Tp Krn arrogant sangat, adik saya langsung tak nak makan di ramen satu itu.
Oh adik Fanny kerja di Osaka. Senang sangat holiday di Jepun. Hutan bamboo tu luas, ada bahagian yang kurang tourist. Atau mungkin waktu kami ke sana, memang kurang orang.
DeleteKasut onitsuka itu cantik2 juga. Memang ramai yang membeli. Kalau di Malaysia RM700, di sana boleh dapat RM350. Ada warranty juga.
Ramen HONOLU memang sedap kan. Kami tak sempat ke kedai ramen lain sebab tak cukup masa. Maybe next time Insyaa Allah. Kenapa ya arrogant begitu, kalau dengan customer sepatutnya friendly.
Tapi ada yang mention dalam sosial media yang orang Jepun bukan semua yang friendly sangat.