Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Gambar lebih seribu. Pinar mata nak memiilih, cantik2.
Seawal pagi 6.30am kami dah siap breakfast terus keluar. Nak ke KYOTO, naik train dari OSAKA. 13 minit.
Sunrise.
Negara matahari terbit.
Besar station KYOTO ni.
Nak beli pass untuk naik bas dan train. Nak beli di machine boleh, di kaunter pun boleh.
KYOTO TOWER
Beratur, senang di lantai ada penanda di mana perlu tunggu. Guna Google map nak tau tunggu di line mana.
Turun bas, ikut gps kami, hubby lah siapa lagi.
Mommy jadi paparazzi.
Fushimi Inari Taisha
Autumn in my heart.
Hubby tanya banyak kali tak nak pakai KIMONO ke, ehh sejuk2 nak tukar2 baju, tak lah. Banyak stall jual street food yang ringan2. Keledek Bakar, Takoyaki dll.
Fushimi Inari-taisha ( Bahasa Jepun :伏見稲荷大社) ialah kuil ketua kami Inari , terletak di Fushimi-ku , Kyoto , Prefektur Kyoto , Jepun . Kuil ini terletak di dasar gunung, yang juga dinamakan Inari, iaitu 233 meter (764 kaki) di atas paras laut, dan termasuk laluan mendaki gunung ke banyak kuil yang lebih kecil yang menjangkau 4 kilometer (2.5 mi) dan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk berjalan ke atas.
Kuil itu dikatakan mempunyai sepuluh ribu pintu gerbang sedemikian secara keseluruhan yang menandakan pintu masuk ke wilayah suci kami dan melindunginya daripada kuasa jahat.
Setiap satu daripada kira-kira 10,000 torii Fushimi Inari-taisha telah didermakan oleh perniagaan Jepun, dan kira-kira 800 daripadanya disusun secara berturut-turut untuk membentuk Senbon Torii, mewujudkan kesan terowong.
Selesai lebih seribu steps, kami gerak balik.
Kiyomizu-dera ( Jepun :清水寺, lit. ' Biara Air Tulen ' ) ialah sebuah kuil Buddha yang terletak di timur Kyoto , Jepun . Kuil ini adalah sebahagian daripada Monumen Bersejarah Tapak Warisan Dunia UNESCO Kyoto Purba .
Pada tahun 2007, Kiyomizu-dera adalah salah seorang daripada 21 finalis untuk Tujuh Keajaiban Dunia Baharu , [ 11 ] tetapi tidak dipilih sebagai salah satu daripada tujuh tapak yang menang. Kuil itu dilindungi sepenuhnya oleh perancah separa lutsinar semasa ia menjalani kerja-kerja pemulihan sebagai persediaan untuk Sukan Olimpik 2020 .
Kiyomizu-dera terletak di kaki bukit Gunung Otowa, sebahagian daripada banjaran gunung Higashiyama yang menguasai timur Kyoto. Dewan utama mempunyai beranda yang besar, disokong oleh tiang-tiang tinggi, yang menjorok keluar ke lereng bukit dan menawarkan pemandangan bandar.
Di bawah dewan utama terdapat air terjun Otowa, di mana tiga saluran air jatuh ke dalam kolam. Pengunjung boleh menangkap dan meminum air, yang dipercayai mempunyai kuasa pemberian hajat.
Memang tinggi.
Merahnya dedaunnya.
Makin ramai.
Warna merah ni memang magnetic.
Antara pintu2 di KIYOMIZU DERA.
Subhanallah cantik semua.
Tak pasti details tentang batu2 ini sebab kedudukan again rapat kalau untuk perkuburan.
Actually antara pelancung ke sini, terdapat juga ramai pelajar sekolah. Tanya juga salah seorang pelajar, katanya school trip. Memang ramai.
PICKLED CUCUMBER. Kami ingat nak try, tapi awal2 Japanese girl tu kata dengan baik, sorry got pork. Tercengang sekejap. Jeruk timun je kot. Tapi kami faham, diorang ni very particular jugak, tau kita orang Islam ada halal haram. Agaknya tak pandai nak explain, dikata saja ada pork. Bagus kan.
Bila menyusuri laluan2 lokal sebegini, takkan jalan je kot. Mesti the 2 boys kena stop dan posing dulu. Hehe. Alhamdulillah both 95% sporting. Hehe.
SHIRAKAWA CANAL
SHIRAKAWA CANAL ialah tempat yang sesuai untuk berjalan-jalan romantis di sepanjang pokok ceri yang menangis, pokok willow, rumah teh dan machiya lama, jalan batu buntar, restoran yang bagus dan kedai. Masa terbaik untuk datang ke sini ialah semasa musim bunga sakura . Anda akan melihat di sana pasangan yang baru berkahwin, geisha, maiko (geisha perantis muda), dan sudah tentu ramai pelancong. Pemandangan yang indah hanya dipertingkatkan dengan briged yang cantik melintasi terusan. Yang paling terkenal ialah jambatan Tatsumi-bashi. Tempat ini menjadi hotspot dalam zaman Instagram kami :) Tidak dinafikan, ia adalah salah satu tempat terbaik untuk berjalan-jalan pada waktu siang dan malam di Kyoto. Terusan ini terletak dalam daerah Gion berhampiran jalan sesak Hanamikoji Dori.
(Sumber : japan365days.com)
Kedai atau rumah. Love the design.
Memang cantik sangat SHIRAKAWA CANAL ni. Ralit sangat. Kalau musim sejuk, bagaimana lah view nya dengan salji nanti, mesti cantik kan.
Alhamdulillah smooth semuanya.
Till later. Thanks singgah, baca& komen dairi seorang Mulan. Take care semua.
Cantiknya tgk view langit yg biru dgn pokok dedaun yg merah tu..cuaca cantik
ReplyDeleteMemang cantik kan Subhanallah.
DeleteCantiknya autumn..bertuah dpt merasai
ReplyDeleteAlhamdulillah, autumn memang cantik
DeleteAlamak rindu sudah pada kyoto... suka dengan suasana kampung di kyoto.. dulu saya naik bas dari Osaka..
ReplyDeleteKyoto memang best bandar sunyi tak macam Osaka apalagi Tokyo. Kami nak cepat so kena naik train.
DeleteGmbr2 musim autumn ni semuanya breathtaking laaa🤩🥰❤️🍁🍁🍁
ReplyDeleteMemang cantik kan autumn ni Subhanallah 😍😍😍😍
Deletecantik2nye pemandangan di sana kak mulan...
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah..
Deletesubhanallah, cantik sangat daun2 kemerahan. Cuaca pulak elok sepanjang hari, ambil gambar pun lawa hasilnya :D
ReplyDeleteAlhamdulillah cuaca terang, semua pun cantik Subhanallah.
DeleteCantik betul suasana Autmn...cantik semua tempat untuk bergambar...
ReplyDeleteBetul memang autumn cantik Subhanallah.
DeletePokok dedaun merah tu memang cantik sangat.
ReplyDeleteMana-mana view pun cantik.
Pickled cucumber ada pork.. agak-agak tang mana ya ada pork nya tu. Bagus si penjual sangat particular.
Betul pokok daun merah tu memang cantik sebab selalu tengok yang oren2 je.
DeleteMacam pelik kan pickled cucumber ada pork, tapi bagus la diorang ni sebab cakna.
Kenapa no eating while walking ye? naik bukit atau untuk menjaga kebersihan?
ReplyDeleteView pokok tu cantik dengan gambar yang atas sekali - lawa sungguh.
No eating while walking tu kira adab di sana. Banyak tempat ada signage tu.
DeleteMemang cantik kan, banyak warna view tu.
Cantik sungguh daun kemerahan tu, memang geram saya tengok.
ReplyDeleteKagum bila ke Jepun sebab banyak notis - jangan makan/minum sambil berjalan, suruh mute hp bila dalam tren dll. Itu cara nak mendidik orang ramai.
Betul daun merah tu memang betul2 merah menyala. First time tengok.
DeleteMemang merata2 banyak notis sebegitu kan, untuk mendidik dan mengingati sepanjang masa.
ok list Fushimi Inari tu belum kesampaian lagi.. harap ada rezeki jejak situ!!
ReplyDeleteInsyaa Allah sampai sana nanti.
DeleteWah posting ini penuh dengan foto-foto yang indah Mbak.
ReplyDeleteSaya terpesona melihat daun pohon yang berwarna merah. Sungguh indah.
Asyik sepertinya menyusuri jalan-jalan kecil dengan rumah penduduk di kiri dan kanan jalan. Jalannya tampak bersih dengan lantai dari paving block...
Btw. Selamat tahun baru 2025 Mbak. Sukses selalu buat Mbak dan keluarga.
Salam,
Terima kasih Pak singgah blog saya dan baca posting nya.
DeleteSemua memang indah cantik bersih Subhanallah.
Salam 2025 buat Pak Asa dan keluarga. Sihat dan sukses selamanya.