Sunday, December 08, 2024

DAY 1 - KONNICHIWA TOKYO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.

Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir sekarang. 
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.


Jumaat 29/11/2024. Flight 2.50pm ke Tokyo. Balut bag dulu. Kali ni backpacking lah kiranya. Jepun kan public transport memang awesome jadinya kita gunakan lah selarat mungkin. Dalam kepala dah terbayang2 kena heret kaki. Hubby ni aiihh, tapi sebab nak pergi Jepun kena lah ikut dia chief guide.


Lunch di Food Court KLIA T2. Dah upgrade makin cantik.


Naik Air Asia X. Plan asal nak ke Beijing sebab dari dulu nak sangat tengok Great Wall of China tu. Tapi tukar plan atas beberapa sebab.


Surau sangat selesa. Dalam Terminal 2 ni memang banyak surau. Telekung pun wangi. 



Boarding.


Kami tak beli seat tapi dapat seat berdua, anak soleh duduk depan dengan passenger lain. Ke belakang juga tapi selesa. Oh anak solehah tinggal sebab ada class. Ke Taiwan awal tahun, anak soleh kena tinggal. Gilir2 lah sebab cuti tak sama.


Agak penuh flight.


Hujan dari KLIA T2.


Cerah selepas seketika.


Subhanallah view yang sangat dirindui.


Early dinner. 


Sedap Alhamdulillah.


Nasi Beriani untuk hubby.


Ralit tenung. Tak akan jemu.


Flight tak ada movie. Tumpang hp hubby, dia rajin download.


Hari makin gelap. 4.30pm waktu Maghrib di Tokyo. Subhanallah sunset yang cantik.


Kapal semakin rendah terbangnya.


Alhamdulillah. TOKYO INTERNATIONAL AIRPORT.

Lapangan Terbang Haneda (羽田空港, Haneda Kūkō, HND), secara rasmi dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, terletak kurang daripada 30 minit di selatan pusat Tokyo , jauh lebih dekat dengan pusat bandar berbanding Lapangan Terbang Narita , lapangan terbang Tokyo yang lain. Berbanding dengan Lapangan Terbang Narita, Lapangan Terbang Haneda mengendalikan lebih banyak penerbangan domestik , tetapi lebih sedikit penerbangan antarabangsa . Ia setakat ini merupakan lapangan terbang paling sibuk di Jepun dan juga berada di antara lapangan terbang paling sibuk di dunia.

Lapangan Terbang Haneda dibuka pada tahun 1931. Pada tahun 1978, Lapangan Terbang Narita yang baru dibina mengambil alih sebahagian besar trafik udara antarabangsa Tokyo, manakala Haneda telah ditetapkan untuk mengendalikan lalu lintas udara domestik ibu kota. (Sumber : japan-guide.com)


Sebelum fly, hubby dah isi siap2 terus untuk kami bertiga. Masing2 simpan QR CODE. Bila sampai di bahagian immigration, sebelum scan passport, ada beberapa tempat untuk verify cap jari dll. Tapi proses nya sangat cepat. 

Boleh rujuk untuk detail dan klik ---> SINI


Konnichiwa Tokyo.


Terus keluar terminal. Menuju ke kereta sewa, untuk bawa kami ke apartment. Asalnya nak naik bus tetapi takut flight delay dll, hubby kata sewa kereta saja. Touch down pun 10.30pm. Nak lalu immigration, nak ambil beg, tak tau pukul berapa boleh settle. Ada kala, ada ketika, kena masuk dalam perkiraan bajet.


Alhamdulillah hampir 12am kami sampai STUDIO APARTMENTS OKUBO (Shinjuku Shin Okubo). Driver tu pun silap jalan, terlepas simpang. Malam kan gelap. 


Kami book di booking.com macam selalunya. Semua instruction nak buka pintu dll, landlord dah hantar message juga Whatsapp. Alhamdulillah senang sangat.


Apartment ni kan, keluasannya 15 meter persegi. So boleh imagine lah memang comel sangat. Macam biasa, camerawoman masuk dulu. Tepi pintu ada washing machine. Atasnya microwave, ada towels juga.


Bilik mandi. Tak lah kecil sangat. 


Saiz yang ok. Tak akan berlaga2 dengan dinding hehe.


Living area + dining area. Juga sofa bed untuk seorang tidur. 


Tepi sofabed ada sini, mini stove (letrik) dan mini fridge. Pinggan dan cawan untuk 2 orang ada di cabinet atas, lupa snap. Jug air panas pun ada. 

Di seluruh Jepun, air paip selamat untuk diminum dan itu termasuk air yang terdapat di taman, taman dan bilik mandi awam. Air paip di Jepun sangat bersih dan boleh diminum. Ini adalah gambaran proses dan infrastruktur penulenan peringkat kebangsaan yang menyediakan air paip berkualiti tinggi. 
(Sumber : touristjapan.com)


Foto dari sofabed.


Foto dari dinding tepi tangga. Meja kecil tu kami letak bawah tangga. Spacious sikit. Backpack besar 70 liter kami bawa 2 saja, kongsi 3 beranak. Yang hand carry pun 30 liter (day pack). 


Naik tangga, loft area di atas tu.


Tempat tidur untuk 2 orang.


Foto dari loft area (Sumber: booking.com). Sofabed tu dialihkan ke tepi tangga. Tangga boleh dialihkan, digantung ke tepi. Itu lah saiz sebenar apartment ni. Ibarat 4 meter x 4 meter besarnya. Comel cute sangat, janji dapat tidur selesa. 2 malam di sini. Kalau book, pastikan tengok betul2 harganya, tax dan service charge ni dah masuk atau tak. Kadang yang di-publish, harga sebelum tax dll.  350 meter saja ke SHIN OKUBO TRAIN STATION. Sebab naik public transport so hubby kata cari yang dekat train station. Bajet yang ada give and take. Namun, sebelum booking, wajibnya cari LOWEST PRICE FIRST & PRIVATE BATHROOM. Kami cuma ada 6 full days. Jumaat fly ke Tokyo, Jumaat juga kami fly balik ke Malaysia. 

Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua. 

44 comments:

  1. Alhamdulillah dah jejak Tokyo.
    Memang comel sangat apartmentnya dan nampak selesa untuk rehatkan diri.
    Huurrmmm... Kak Amie pun asyik tertangguh nak lawat Tembok Besar China. Sejak peristiwa MH370 tu terus sampai sekarang. Mudah-mudahan ada rezeki untuk ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok. Janji dapat tidur selesa, apartment lengkap terutama ada bilik air. Insyaa Allah moga kita dapat ke sana.

      Delete
  2. Bila cerita Jepun je mesti orang akn sentuh rumah 'comel' dia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sebelum ni baca di media social je, sekarang dapat rasa, tapi selesa especially bilik mandi dan toilet Alhamdulillah ok.

      Delete
  3. Walaupun kecil, studio apartment tu nampak bersih dan selesa. Bestnya jalan-jalan Jepun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya walau kecil tapi bersih selesa. Alhamdulillah, moga Farrah sampai Jepun nanti.

      Delete
  4. Memang imuuuut sangat semua kamar hotel dan apartemen sana kan 🤣. 2017 saya keliling jepang dari Tokyo sampai Hiroshima, itu stay di beberapa apartemen Krn pergi dengan family.

    Tapi 2019 saya kliling jepang dari Tokyo ,Hokkaido sampah Nagasaki itu stay di hotel2 dekat stasiun sebab hanya berdua dengan sahabat saya. JD drpd nyasar mencari apartemen kami putuskan hotel saja.

    Tapi kalo nanti ke jepang lagi memang suka di apartemen. Krn ada mesin cuci. JD tak harus banyak bawa baju.

    Ahhh rindu saya dengan jepang 😄. Belum tahu kapan bisa kesana lagi. Masih banyak negara2 anti mainstream yg saya nak visit hingga 2026

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny kecil sangat tapi selesa dan lengkap. Kalau dengan family eloknya sewa apartment kan.
      Betul kalau mau dekat station, apa2 yang ada walaupun hotel kalau hanya berdua.
      Ya senang ada mesin cuci. Tapi tiada dryer, harus digantung.
      Kami pun sudah rindu Jepun, harus ke sana lagi Insyaa Allah 😍

      Delete
  5. Cutenya apartment dia.
    Tapi lengkap semuanya itu yg best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cute sangat tapi lengkap Alhamdulillah

      Delete
  6. alolo.. comel betul apartmentnya tu.
    Kalau saya pilih tidur di bawah.. gayat naik tangga tu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel. Anak soleh seram tengok tangga sebab dia agak lebar hehe, mak ayah la naik tangga 😄

      Delete
  7. Kat Jepun sewa bilik/apt mahal tapi biliknya kecil je.. macam kat Hongkong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tapi lengkap dan selesa. Untuk tidur je kan, ok sangat,

      Delete
  8. i love this entry!! mengimbau kenangan my tokyo trip in 2016 dan 2018. part apartment size comel tu, memang norm dah, tu laaaa...depending on how much we pay and how far it is from train station. anyway, tokyo ni dlm my wishlist utk repeat with my boys la thn 2025 insya Allah ;) ..can't wait to read your next entry!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh MZ dah pergi dua kali ya best nya. My first trip dengan anak soleh. Hubby dah pergi few times untuk kerja. Jepun ni priority nya jarak dengan station hehe. Hotel/apartment asalkan lengkap especially bathroom, ok je. Kami pun memang nak repeat Jepun ni Insyaa Allah

      Delete
  9. Kecik ye biliknya..tapi takpe la kan kak..janji ada tempat nak tido dan berehat..ooo anak solehah tu tak ikut ada kelas...x sabar nak baca lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kecik tapi selesa dan lengkap. Hehe tinggal anak solehah. Soon update next post.

      Delete
  10. Memang dengar2 rumah kat Jepun ni kecik je tempatnya ya. Tak pernah lagi jejak kaki ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kecik apartment kami, kalau lagi besar memang lagi mahal kan. Insyaa Allah nanti Ezna sampai Jepun.

      Delete
  11. Rumah2 kt jepun mmng kecik comel. Dulu masa saya pergi n duduk rumah utk 8 orang tu pun mmng sedikit sempit sebenarnya, tpi utk buat tidur je kira okaylah. Bathroom dia yg paling buat buat sesak napas sbb kecik betul xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kecik comel kan. Yang besar lagi mahal lah kan. Betul kita travel nak untuk tidur je, bagi kami lah. Bathroom tu pun mesti nak yang attached sebab leceh nak bukak pakai tudung.

      Delete
  12. compact sungguh ruang tidur di sana, Mulan .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Ana tapi lengkap dan selesa, cukup lah.

      Delete
  13. Wak belum pernah sampai Jepun.
    Kalau Kg Parit Jepun selalulah sampai sebab dekat aje dengan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun first time. Insyaa Allah Wak sampai nanti.

      Delete
  14. Whoaaaa! Bestnyaaa dah sampai sanaaaa! 🤩 Enjoy tengok tempat orang..One day nak ke Tokyo lahh 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 😊😊😊 In syaa Allah nanti Nona akan sampai sana.

      Delete
  15. lamanya tk naik air asia...last travel ke korea 2013..jepun tk pernh smp lg...tgk kwn2 share gmbr dlu...mn tau rezeki bole smp....cute la tmpt stay tu...walaupun kecik tp selesa & lengkap peralatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cute apartment tu, selesa dan lengkap. Insyaa Allah Mama Tisya sampai Jepun nanti.

      Delete
  16. comel je apartmentnya tp lengkap.. nmpk bersih pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang lengkap walaupun comel apartment nya.

      Delete
  17. Ehh…kalau ikut tarikh travel tu, ada hari yang kita sama-sama di Tokyo!
    Cuma kita tak terserempak je, walaupun hari-hari saya jumpa Malaysian 😀

    Penginapan sana compact size, tapi lengkap semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh cop, kami di Tokyo 30/11. Ujie pergi 3/12 kan. 1/12 kami dah check out dari Tokyo.
      Memang kan, kecik tapi lengkap.

      Delete
  18. Wah asyik nih Mbak backpacker sampai ke Jepang juga...
    Foto sunset yang diambil dari jendela pesawat, indah sekali...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kami diizinkan ke sana. Foto sunset memang cantik sangat.

      Delete
  19. Asalkan ada tempat tidur dan selesa ok je + ada mesin basuh, jadi tak perlu bawa banyak baju.
    Nice view dalam kapal terbang tu.. cantik. Saya dah lama tak naik kapal terbang, bila lagi entahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul janji selesa bersih kemas. Ada mesin basuh tu bonus, dapat basuh sekali pun cukup lepas 3 hari. Ulang pakai je yang dah basuh. View dari atas flight memang cantik Subhanallah. Insyaa Allah naik nanti bila2.

      Delete
  20. bole bayang kan tmpt tgl kat jepun secomel2 alam hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sebesar bilik tidur umpama 4m x 4m hehe.

      Delete
  21. Tempat tinggal di Jepun semua kecik2 ya. Kalau kita Malaysian nak tinggal di space kecik2 ni mesti rasa sesak nafas. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sana sejuk tak apa lah kan, kalau di Malaysia ni, mau lenjun, aircond kena pasang banyak,

      Delete
  22. Minimalis sokmo orang Jepun. Sesuai dengan ruang yang comel lote

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu memang kena minimalis ni sebab ruang yang kecil.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com