Saturday, December 21, 2024

DAY 5 : Part 2 - OSAKA CASTLE. DOTONBORI LAGI.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon, Syria dan negara2 Islam yang lain.
Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir.
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.


Masih berlegar2 di DOTONBORI, OSAKA. Selepas pukul 12pm baru nampak ramai dan sesak suasana.


Meriah dengan pengunjung.


Melonpan. Kepala lembu.



Dotonbori terkenal dengan papan tanda yang menarik perhatian dan papan iklan dengan ikan buntal gergasi, sotong, badut, ketam Kani Douraku dll, semuanya bersaing untuk mendapatkan perhatian anda dan mencipta suasana seperti taman hiburan. 
(Sumber : osakastation.com/dotonbori)



Memang luas radar DOTONBORI ni. Lain entrance, lain attraction pada papan tanda nya. 


Ok bye bye dulu DOTONBORI STREET. 


Hoenzaka Archaeological Site.
Antara landmark bersejarah di Osaka. 


Kalau MUSIM CHERRY BLOSSOM memang cantik sangat.


One for the album lah walaupun bukan musim CHERRY BLOSSOM. Daun kuning pun cantik sangat. 


OUTER MOAT (PARIT LUAR) @ OSAKA CASTLE.

Parit dalam dan luas yang digali di sekeliling istana, kubu , bangunan atau bandar, mengikut sejarah untuk menyediakannya dengan garis pertahanan awal. Parit boleh kering atau diisi dengan air. Di sesetengah tempat, parit berkembang menjadi pertahanan air yang lebih meluas, termasuk tasik semula jadi atau buatan, empangan dan pintu air. Dalam kubu yang lebih tua, seperti kubu bukit, ia biasanya dirujuk sebagai parit, walaupun fungsinya serupa. Dalam tempoh kemudian, parit atau pertahanan air mungkin sebahagian besarnya hiasan. Mereka juga boleh bertindak sebagai pembetung. (Wikipedia)


Menuju ke OTEMON GATE WESTERN (di hujung kanan gambar). Merupakan main entrance ke OSAKA CASTLE.


OCTOPUS STONE
 Taiko-ishi蛸石 (juga dipanggil " Drum Rock ") ialah batu besar di Istana Osaka di Jepun. Batu itu berhampiran Pintu Sakura. Ia adalah salah satu daripada beberapa megalit terbesar di istana (mengikut kawasan muka), pada 5.5×11.7 meter dan lebih 120 tan (130 tan). Namanya berasal daripada bentuk sotong yang kelihatan di sudut kiri bawahnya. (Wikipedia)


OSAKA CASTLE
(大坂城or大阪城, Ōsaka-jō ) ialah sebuah istana Jepun di Chūō-ku , Osaka , Jepun . Istana ini merupakan salah satu mercu tanda Jepun yang paling terkenal dan memainkan peranan utama dalam penyatuan Jepun pada abad keenam belas zaman Azuchi–Momoyama. (Wikipedia)


OSAKA CASTLE MAIN TOWER
Memang ramai petang tu, maybe tunggu sunset. Mesti cantik.


One for the album.


Luas sangat perkarangan OSAKA CASTLE ni. Malam pun dibuka, cantik dengan lampu berwarna warni, ada signboard tentangnya. By the way, ada BUGGY SERVICE di main entrance bagi yang memerlukan.


OSAKA CASTLE GOZABUNE BOAT SERVICE 

Bot ini adalah replika Houou-maru, bot emas Toyotomi Hideyoshi

Toyotomi Hideyoshi (豊臣 秀吉, 17 Mac 1537 - 18 September 1598), atau dikenali sebagai Kinoshita Tōkichi dan Hashiba Hideyoshi, merupakan JAPANESE SAMURAI, di zaman Sengoku dan Azuchi-Momoyama lewat dan dianggap sebagai "Penyatu Besar" kedua Jepun.Walaupun dia berasal dari latar belakang petani , kuasanya yang besar menyebabkan dia mendapat pangkat dan gelaran Kampaku (Pemangku Raja Diraja) dan Daijō-daijin (Canselor Alam), jawatan rasmi tertinggi dan gelaran dalam golongan bangsawan. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah menjadi Kampaku yang tidak dilahirkan sebagai bangsawan. Dia kemudiannya menyerahkan jawatan dan gelaran Kampaku kepada anak saudaranya, Toyotomi Hidetsugu. Dia kekal berkuasa sebagai Taikō, gelaran Kampaku yang telah bersara , sehingga kematiannya. Adalah dipercayai, tetapi tidak pasti, bahawa sebab dia menolak atau tidak mendapat gelaran shogun, ketua kelas pahlawan, adalah kerana dia berasal dari petani. (Wikipedia)


Bot tradisional Jepun yang keemasan ini akan membawa penumpang melawat parit dalaman Istana Osaka. Dari bot, semua boleh melihat menara Istana Osaka, dinding batu tertinggi di Jepun, batu muka manusia berazimat, dan anjing laut daimyo dari dekat, mencipta pemandangan yang benar-benar mengagumkan. 
(Sumber: osaka-info.jp)


HOKOKU SHRINE
(豊國神社, Hōkoku-jinj ) ialah sebuah kuil Shinto yang terletak di Osaka , Jepun . Ia adalah salah satu daripada beberapa kuil Toyokuni yang dibina untuk menghormati Toyotomi Hideyosh . Ia adalah sebahagian daripada OSAKA CASTLE PARK (Wikipedia)



Jalan2 sebelum pulang.


Memang luas. Istana yang dikelilingi PARIT.


OSAKA MUSEUM OF HISTORY (kiri)

(大阪歴史博物館, Ōsaka Rekishi Hakubutsukan ) dibuka di Chūō-ku , Ōsaka , Jepun pada tahun 2001. Arkitek projek ialah César Pelli & Associates dan Nihon Sekkei. Ia bersebelahan dengan atrium ke PUSAT PENYIARAN NHK OSAKA (kanan), yang direka oleh arkitek yang sama dan dibina pada masa yang sama. Bekas Muzium Bandar Osaka ditutup awal tahun yang sama. Lebih empat tingkat, paparan menceritakan sejarah bandar dari zaman Bekas Istana Naniwa, yang terletak di kawasan yang kini diduduki oleh muzium. Sisa-sisa gudang, dinding, dan kemudahan bekalan air untuk istana juga boleh dilihat di ruang bawah tanah. (Wikipedia)


Kembali ke DOTONBORI dengan menaiki train dari OSAKA CASTLE. Ehhhh BENDERA MALAYSIA di atas sana, di DOTONBORI OSAKA.


Malam telah gelap walaupun baru pukul 5pm. Antara sebab kami kembali, nak tengok keceriaan malam dengan lampu2 yang bergemerlapan. 


Cantik pada waktu malam. Suasana memang meriah. Lagi ramai dari siangnya. 


River cruise ada, tapi kami kurang berminat.


One for the album.


Waktu habis kerja kan 5pm so memang agak sesak DOTONBORI. Pilihan makanan memang banyak tapi tak halal. Though ada yang share TAKOYAKI HALAL, tak pulak kami jumpa. 


Dah malam baru nampak signboard liplap DOTONBORI.


Ok bye dulu nak balik apartment.


KINTETSHU NIPPOMBASHI STATION 

Kalau tengok map memang besar betul station ni. Dari DOTONBORI kami menaiki train dari sini ke OSAKA STATION.


DDC UMEDA APARTMENT. 
Nak masuk building dan apartment semua tekan2 nombor. Kami pilih apartment ni sebab naik SHINKANSEN terus ke OSAKA STATION dan area ni, juga banyak locker. Airport bus service pun berdekatan. Naik bas terus ke airport saja nanti.


Alhamdulillah spacious sikit dari yang sebelum ini. Ruang hujung katil, itu saja ruang yang kosong. Pandai2 lah menyusun bag dll nya hehe.


Bilik mandi.


Toilet dan washing machine. Tak membasuh pun, sebab baju kering semua cukup. Basuh di Tokyo, kering baju di Tsujido, Kamakura. Punya la jauh. Alhamdulillah dipermudahkan. Di Osaka pun ada kedai dobi self service berdekatan apartment. 


Fridge, sink, stove, microwave, kettle dan basic keperluan dapur, periuk pinggan sudu garfu semua ada. Dinner, kami makan buah, roti dan matcha ice cream. Ada je kedai halal di Dotonbori tapi masing2 tak lapar sangat. 


Alhamdulillah smooth semuanya. 

Till later. Thanks singgah, baca& komen dairi seorang Mulan. Take care semua.

36 comments:

  1. best baca your tokyo trip ni :) sambil2 plan for my trip jugak utk 2025 insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tq :) Tahun depan tunggu baca trip MZ & family pulak.

      Delete
  2. Hari-hari berjalan lebih 10K steps tak jadi hal kan sebab udara nyaman dan tak ketibas.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak peluh sangat tapi penat seret kaki je lah hehe.

      Delete
  3. Cuaca camni syok jalan jalan...Daun kuning pun dah cantikk.. Syok tengok tempat orang..Istana tu kiranya Masih ada penghuni Dan aktif la ye aktiviti kat dalam..Teringin Masuk ke dalam istana 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca memang nyaman sebab dah nak masuk musim sejuk. Alhamdulillah kami diizinkan ke sana. Rasanya Istana ni dijadikan attraction saja kot. Ada bahagian yg boleh dimasuk tapi kami tak cukup masa.

      Delete
  4. Muzium, tapi bentuk moden! I like!

    Best la hotel compact cam tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, bila tengok signboard ehhh muzium lah. Moden nya. Kat Jepun memang most compact, kalau tak compact, harga dia lain macam hehe.

      Delete
  5. Ketam tu terpaling nampak ye signboard dia tu... Dgn warna merahnya tu...
    Gambar 1st tu very stunning, seakan masa terhenti gitewww...
    Bilik kecil tapi lengkap semuanya itu yg pntg 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak terus ketam gergasi tu dengan warna merahnya.
      Cantik kan, dengan waktu yang hampir sunset, oren2 cahaya nya.

      Delete
  6. Bestnya dapat pergi ke Osaka, Japan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan Insyaa Allah Fairus sampai sana nanti.

      Delete
  7. nak cakappp banyak kali, love your blog. hehe. menongkat dagu baca

    ReplyDelete
  8. dotonbori lebih cntik pada waktu malam, meriah dgn lampu2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dengan lampu warna warni, meriah suasana.

      Delete
  9. Cantiknya Osaka Castle tu.

    Yelah, di Jepun memang 18k-20k steps setiap hari 😄
    Tapi cuaca sejuk jadi badan rasa selesa, kaki jelah yang penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, heret kaki je lah kita. Betul cuaca sejuk tak peluh sangat tapi kaki kena keras 😄

      Delete
  10. Masyallah..cantik rupanya Osaka. Tengok istana imagine cerita samurai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah, betul macam cerita Samurai tu.

      Delete
  11. Tudiaaa....18k steps haaa...kalau SA memang dah terabut dah kaki tu...hahahaha...terima kasih akak bawak kami jenjalan Osaka gak...harap2 dapat la pergi suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi jalan cuaca sejuk ni Alhamdulillah nyaman tak berpeluh sangat. Jalan slow2 dari pagi. Insyaa Allah SA sampai Jepun nanti.

      Delete
  12. Dotonbori yg org slalu posing tu . kiranya tk lengkap gmbr kalo tk posing mcm org dlm signage kt situ...kalo td tgk daun pokok merah..entry ni daunnya kuning plak ...cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu memang attraction nya Dotonbori di situ lah hehe kami pun sekali. Memang cantik pokok2 macam2 warna daunnya.

      Delete
  13. Eh tiba tiba rasa bangga pulak ada bendera Malaysia di situ kan hihii..

    ReplyDelete
  14. Kalau dah ke jepun memang kena banyak berjalan. Sebab banyak tempat nak kena explore :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu memang kena ready dengan kekuatan kaki hehe.

      Delete
  15. Terang bercahaya Dotonbori waktu malam.
    Signboard Glico-man tu memang attraction rasanya sebab rata-rata yang ke Dotonbori akan ambil gambar di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la hubby kata kena je gok Dotonbori malam jugak. Glico man tu main attraction situ.

      Delete
  16. Ketam besar tu menarik perhatian, kalau besar macam tu boleh dimakan, tersandar kekenyangan terus jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketam besar tu memang antara attraction. Memang la sedap dapat ketam besar tu kan. Mau tak kenyang hehe.

      Delete
  17. Gigih nak pegi osaka castle ni... masa kami dulu dah time2 senja baru dapat jejak situ.. dotonbori belum jejak lagi ni hahaha.. ok bole masuk list

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time senja dan sunset cantik kan Osaka Castle tu. Takpe next trip pergi Dotonbori.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com