Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon, Syria dan negara2 Islam yang lain.
Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir sekarang.
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.
Bukak tingkap sekejap nak tengok langit pagi. Sejuk, 10'C. Hubby dan anak soleh ke Family Mart beli onigiri dan roti/pancake untuk breakfast. Kami dah siap2 install apps HALAL JAPAN dll untuk scan makanan yang halal. Ke Jepun ni, memang tak bawa makanan langsung, sebab tau ada kedai dan cafe halal. Backpacking jugak kan, tak mau memberatkan beg.
Fajar 6.40am, Subuh 5.09am. Dah makan, terus siap untuk keluar. Maghrib 4.28pm maka siang hari nya tak lama.
Laluan ke train station.
Nak je bergambar dengan Japanese man yang lengkap dengan warna hitam outfit nya tu.
SHIN OKUBO STATION paling dekat dengan apartment kami, 350m saja.
Hubby beli daypass, rasanya JR Pass. SUICA pun kami beli dalam 2000 yen dulu seorang. SUICA ni macam TOUCH N GO E WALLET kita. Jepun ni, masih banyak tempat guna CASH tau. So kena bawak cash ke mana2 jugak. Daypass ni bukan cover satu Tokyo. Bergantung pada tempat kita nak pergi.
JAPAN RAIL PASS ialah tiket yang ditawarkan bersama oleh enam syarikat JR Group, dan ia adalah mudah dan harga berpatutan untuk perjalanan ke seluruh Jepun dengan menaiki kereta api. (Sumber : japanrailpass.net)
Bermula lah journey heret kaki. Hehe. YAMANOTE LINE, Platform 2 ke Shinjuku, Shibuya, Shinagawa.
YAMANOTE LINE (HIJAU) ni train dia, buat satu pusingan. Boleh stop di mana2 lingkungannya, ada transfer dari station nya juga. Hubby dah pesan, book apartment/hotel dekat station dalam radar YAMANOTE LINE ni. Dapat book apartment di area SHIN OKUBO station. Senang untuk transfer train ke tempat lain yang tiada dalam lingkungan ni. YAMANOTE LINE ni juga, stop di kebanyakan tourist attractions.
Laluan Yamanote ( Bahasa Jepun :山手線, romanized : Yamanote-sen ) ialah perkhidmatan gelung di Tokyo , Jepun , dikendalikan oleh Syarikat Kereta Api Jepun Timur (JR East). Ia adalah salah satu laluan paling sibuk dan paling penting di Tokyo, menghubungkan kebanyakan stesen utama dan pusat bandar Tokyo, termasuk Marunouchi , kawasan Yūrakuchō / Ginza , Shinagawa , Shibuya , Shinjuku , Ikebukuro dan Ueno , dengan semua kecuali dua daripada 30 stesennya yang menghubungkan ke landasan kereta api lain atau laluan bawah tanah (kereta bawah tanah).
(Sumber : Wikipedia)
Sebelum ke Jepun, baca trip kawan2 lain naik train, pening jadinya. Tapi hubby agak biasa so itu kerja dia bawak kami lah hehe. Lepas beberapa ketika, baru dapat register dalam kepala bagaimana cari jalan naik train ni. Senang nya, guna GOOGLE MAPS. Type je nak ke mana, dan kita dari mana. Contoh di atas, kami dari SHIN OKUBO nak ke SHIBUYA CROSSING. Klik gambar train (biru) tu sebab nak naik train, 14 minit katanya. Kalau drive kereta, 22 minit. Kalau jalan kaki 1 jam 11 minit.
Bila klik PUBLIC TRANSPORT, keluar seperti di atas menunjukkan JR YAMANOTE LINE. 14 minit dengan harga 167 yen = RM4.90. Andaikata klik Google map ni, sewaktu kita sedang berjalan atau di tempat lain, maka akan keluarlah suggestion lain, untuk sampai ke destinasi yang kita nak pergi.
Lepas klik YAMANOTE LINE tu, keluar lah seperti di atas. Siap ada waktu train sampai iaitu 10am, tunggu di PLATFORM 2, situasi crowded atau tak, nak cepat ke exit, kita boarding di tiang 1 dan 2. Train pula stop di 4 station, dalam masa 11 minit.
Sampai di SHIBUYA STATION, ikut sign ke HACHIKO GATE, keluar atau exit di HACHIKO EXIT. Kemudian jalan kaki dalam 200m, sampai lah ke SHIBUYA SCRAMBLE CROSSING tu.
Suasana dalam train. Penuh sebab time warga Jepun ke Pejabat. Sabtu pun kerja, macam di Malaysia jugak. Adik2 no2 dan no4 kerja hari Sabtu, 2 kali sebulan.
Keluar dari station, terus nampak patung anjing ni.
Patung anjing AKITA HACHIKO, yang diingati kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada pemiliknya yang telah meninggal dunia, dipasang di luar Stesen Shibuya Tokyo, di Jepun. (Sumber : Wikipedia)
SHIBUYA CROSSING. Belum ramai, nak kata kawan yang baru balik dari Tokyo, katanya pergi pagi2 memang tak ramai.
Shibuya Scramble Crossing (渋谷スクランブル交差点, Shibuya sukuranburu kōsaten ) , biasanya dikenali sebagai Shibuya Crossing , ialah lintasan berebut pejalan kaki yang popular di Shibuya , Tokyo , Jepun . [ 1 ] Ia terletak di hadapan pintu keluar Stesen Shibuya Hachikō dan memberhentikan kenderaan ke semua arah untuk membolehkan pejalan kaki membanjiri seluruh persimpangan. Patung Hachikō , antara stesen dan persimpangan, adalah tempat pertemuan biasa, yang hampir selalu sesak.
(Sumber : Wikipedia)
Oh begini lah rupanya SHIBUYA CROSSING ni.
Naik train semula, kami ke MEIJI JINGU.
MEIJI JINGU terletak di Tokyo yang berteknologi maju dan hanya beberapa minit dari jalan-jalan Harajuku yang unik. Kuil Shinto yang terkenal ini tersembunyi di antara kawasan hutan tebal, mewujudkan suasana ketenangan di tengah-tengah kota metropolis Jepun yang sibuk. Meiji Jingu adalah salah satu kuil paling popular di Tokyo dan dikunjungi oleh berjuta-juta orang setiap tahun. Upacara harian kuil, seni bina yang luar biasa, dan kawasan yang indah menjadikannya destinasi yang tidak dapat dilupakan dan meremajakan untuk pelancong dan pengamal Shinto.
Kuil yang agak baru dibina pada tahun 1920 untuk memperingati maharaja dan permaisuri moden Jepun yang pertama, Maharaja Meiji dan Empress Shoken. Pada tahun 1867, Maharaja Meiji menaiki takhta, secara berkesan menandakan berakhirnya era feudal Jepun dan permulaan Zaman Meiji. Semasa pemerintahannya, Maharaja Meiji membimbing Jepun ke arah cara hidup yang lebih moden dan kebaratan serta merombak hubungan antarabangsa dengan membina hubungan dengan negara lain. Kuil itu musnah secara tragis oleh pengeboman 1945, tetapi dibina semula dengan cepat pada tahun 1958 berkat sumbangan orang ramai.
(Sumber : japantravel.com)
9am kami sampai ke MEIJI JINGU. Belum ramai.
Redup dengan pokok2 di kiri kanan.
Alhamdulillah cuaca cantik. Kata mereka, AUTUMN agak lambat, makanya kami masih berpeluang menikmati musim luruh walaupun sepatutnya sudah musim sejuk, daun2 sudah gugur.
Cantik kan.
Subhanallah cantiknya.
Menghampiri MEIJI JINGU MAIN SHRINE.
Perkarangan MEIJI JINGU MAIN SHRINE.
Kebetulan ada Majlis Perkahwinan Tradisional Jepun. Dapatlah kami saksikan sekejap.
Bye bye MEIJI JINGU.
GINZA, UNIQLO. Murah dari Malaysia. Mula tu tak percaya.
Ehhh terjumpa akak senior di ITM dulu, punya la lama tak jumpa. Alhamdulillah jumpa di Tokyo.
GINZA. Banyak kedai branded jugak. Hubby beli stokin di Uniqlo Ginza. Anak soleh beli sehelai hoodie sweater. Mommy, tak minat. Baju semua untuk musim sejuk. Duduk Malaysia boleh pakai di Genting Highland je. Tiada dalam plan nak beli pun.
Teruskan perjalanan, ehh excited sangat tengok signage TOURISM MALAYSIA.
Singgah Family Mart berdekatan.
Lunch kami, onigiri lagi. Tuna mayo, udang mayo, telur ikan, antara yang kami beli. Ada pancake dan melonpan juga. Kalau ke kedai makan halal, kami terpaksa patah balik. Rugi masa so kami makan je apa yang ada di Family Mart sebab mana2 jalan memang jumpa je FMart ni.
Satu pun dah kenyang. 130 yen = RM3.85. Hubby dan anak soleh, 2 onigiri seorang.
Jalan lagi.
IMPERIAL PALACE.
Hubby kata kalau ke Tokyo kena datang sini. Ikut je lah, dia yang bawak kita kan.
Memang penat, jalan je slow2. Heret je lah kaki.
IMPERIAL PALACE (皇居, Kōkyo , secara harfiah 'Kediaman Imperial') ialah kediaman utama Maharaja Jepun . Ia adalah kawasan besar seperti taman yang terletak di daerah Chiyoda di wad Chiyoda Tokyo dan mengandungi beberapa bangunan termasuk Istana Fukiage (吹上御所, Fukiage gosho ) di mana Maharaja mempunyai tempat tinggalnya, istana utama (宮殿, Kyūden ) di mana pelbagai upacara dan resepsi berlangsung, beberapa kediaman Keluarga Diraja , arkib, muzium dan pentadbiran pejabat.
(Sumber: Wikipedia)
Kawasan istana dan taman seluas 1.15 kilometer persegi (0.44 batu persegi) dibina di atas tapak Istana Edo lama. (Wikipedia)
Dalam 3.30pm kami tiba di apartment untuk solat Zohor dan Asar. Maghrib 4.30pm. Nanti nak keluar lagi.
Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua.
yayy bestnya baca entry ni :) sambil mengimbau kenangan jugakkk rasa familiar jer bila tgk gmbr2 dlm entry ni esp train station etc ;)
ReplyDeleteThanks MZ. Time ni la belajar naik turun train. Di KL tak la susah sangat sebab tak banyak.
DeleteSeronoknya musim autumn di Jepun....x pernah rasa lagi...bila la SA nak sampai sini..laluan bertangga tu dh macam kat Korea..banyak tangga...
ReplyDeleteAlhamdulillah cantik autumn. Insyaa Allah SA sampai Jepun nanti. Ya tangga banyak ni memang Korea pun banyak.
DeleteCantiknya daun pokok2 musim autumn ni Mulan. Memang indah ciptaan Allah. Tak jemu mata memandang.
ReplyDeleteSubhanallah memang cantik sangat. Rasa tak nak balik ralit tengok nya.
DeleteSubhanallah cantiknya dedaun warna warni tu... Memang ciptaan Allah tiada tolok bandingnya.
ReplyDeleteEh, jumpa kawan pulak kat sana ye hehe
Memang cantik Subhanallah semua ciptaan Allah. Tu la rezeki, jauh kami jumpa.
Deletesaya ingatkan di area meiji jingu tu banyak daun dah merah2, memang tahun ni musim jadi lambat kan. salji di gunung fuji yg biasanya start bersalji bulan 10 pun turun lambat tahun ni..
ReplyDeletecantiknya imperial palace tu.. dulu tak pergi pulak. boleh masuk ke dalam tu?
Betul diorang kata tahun ni autumn lambat, winter pun sama. Tak boleh masuk kot Imperial Palace tu tapi besar area tu, ada spot yang cantik jugak tapi tak sempat nak cover semua.
Deletemenarik tmpt yg dilawati...musim autumn dpt tgk pokok daun merah mmg cantik
ReplyDeleteAlhamdulillah memang cantik semuanya.
Deletelove the picturessss!! Tqq sudi share pengalaman!
ReplyDeleteAlhamdulillah dan thanks singgah sini.
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteIndahnya pemandangan, warna-warni menyegarkan mata.
Biasanya saya masuk UNIQLO di KLIA saja. Bestnya di sana harganya lebih murah.
Nampak bersih sungguh persekitarannya, airnya pun jernih.
Memang sesuai sungguhlah dulu Tun M menyeru Dasar Pandang ke Timur!
Subhanallah memang cantik pokok dengan daun2 bermacam warna. Mula tak percaya je Uniqlo sana lebih murah, tapi betul rupanya
Deleterinduuunya dengan jepang.... saya nih sejak harga JR PASS naik tinggi, jadi tak mau beli jr pass lagi kalau nanti ke jepang.. dulu saya beli jr pass karena memang tujuannya ke banyak prefectures jepang, sampai nagasaki dan hokkaido.. walaupun belum semua prefectures saya visit.
ReplyDeletejadi pakai jr pass memang worth it lah krn hemat banyak.. tapi krn naik nyaris 70% dari harga lama, akhirnya saya pikir kalau kesana lagi nak pakai pass sesuai prefctures saja.. lebih murah.. tapi berarti saya tak bisa eksplor banyak, hanya bisa lebih detil .
uniqlo sana terkadang memang jauuh lbh murah.. beberapa kali saya beli winter coat dan winter jacket di jepang atau di uniqlo selalunya dpt harga jauuh dr yg di indonesia :D.. yalaah bagi mereka jacket winter memang keperluan wajib kan..
kalo di tokyo, osaka, kyoto makanan halal dah banyak memamg.. mudah carinya..
saya ingat saat di hachinohe, susaah sangaaat hahahaha.. jd memang saya langsung switch prinsip yang penting bukan porky tiap beli makan.. .
Di Tokyo hubby cuma beli daypass. Lupa yang mana, namun tak cover semua train. Maka kami guna SUICA. Top up sikit2. JR pass kena tengok ke mana kita mau pergi supaya berbaloi kan.
DeleteMulanya tak percaya Uniqlo sana murah, tapi betul rupanya. Tak boleh beli sebab winter jacket sudah ada, nak beli blouse semuanya yang tebal2 😍😍😍 tak sesuai di Malaysia yang panas.
Tokyo, Osaka banyak makanan halal. Tapi sekarang pun, di bandar kecil2 juga ada. Kena google. Selalunya kedai Pakistan.
Cantiknya view autumn... dpt cuci mata tgk gambar pun dh rasa happy dh... apatah lg bila ada di depan mata
ReplyDeleteSubhanallah memang cantik, rasa tak nak balik, nak tenung lama2.
DeleteTempat-tempat di atas yang Mulan pergi, kami cuma pergi ke Uniqlo Ginza je. Shopping barang heattech yang mana belum ada. Memang murah dari di Malaysia.
ReplyDeleteBoleh pulak terjumpa kenalan di sana ya 😀
Kami pun ke Uniqlo Ginza mula nya. Jalan mana2 memang banyak sangat Uniqlo ni kan. Tu la rezeki, terjumpa di Tokyo, punya la jauh.
DeleteJapanese man yang pakai outfit serba hitam tu buat apa kat situ ya, staff train station ke? Kot lah nak memperkenalkan pakaian tradisional Japan. Menarik tu dapat tengok perkahwinan tradisional. Mudah ada Family Mart, bolehlah makan dulu onigiri yang bersesuaian.
ReplyDeleteGambar last tu, rumah dan jalan nampak kecik, parkir kereta pun muat-muat. Mujur kereta pun comel je.
Japanese man tu memang berdiri tegak je di situ. Tapi pakaian Tradisional tu memang menarik.
DeleteBetul ada Family Mart senang nak cari makan, murah pun.
Memang pun, rumah dan jalan kecik2 je tapi kemas, parkir kereta tu betul2 ngam2 je kan.
Bestnya jalan-jalan Japan. Jalan kaki lama-lama dan berjalan jauh pun takpe. Dapat menikmati suasananya tu dah cukup mahal. Kalau jumpa pun saya teringin bergambar dengan Japanese man serba hitam tu atau berpakaian tradisional mereka. Tak sangka dapat jumpa kawan lama juga ye. Kecilnya dunia. Cantik betul musim Autumn. Gambar macam dalam poskad.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best ke Jepun. Memang seret kaki haha. Betul rasa nak bergambar dengan Japanese man tu tapi takut rude pulak. Alhamdulillah jumpa seniormdimITM dulu. Autumn memang cantik apalagi cuaca sangat terang. memang best ke Jepun. Memang seret kaki haha. Betul rasa nak bergambar dengan Japanese man tu tapi takut rude pulak. Alhamdulillah jumpa senior di ITM dulu. Autumn memang cantik apalagi cuaca sangat terang.
DeleteSemua gambar cantik2, jadi ralit menengoknya.
ReplyDeletePart 'heret kaki' tu buat saya tersenyum sebab saya bayang saya berjalan hingga sampai satu tahap nak heret je kaki ni supaya terus berjalan.. hehehe..
Memang cantik view sana Subhanallah. Hehe memang heret kaki belah petang tu, kadang merengek kat hubby, slow la sikit, slow la sikit hahaha.
Delete