Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon, Syria dan negara2 Islam yang lain.
Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir sekarang.
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.
Lepas solat, kami keluar semula. Ehh excited pulak nampak lori ni on the way ke Shin Okubo statio. Memang Jepun sedang meningkatkan promosi dan penjualan makanan Halal. Memang patut pun, boleh tingkatkan kedatangan pelancung kan.
Keluar pagi, lengang tak ramai. Keluar petang lepas Maghrib (4.30pm), happening betul.
View sunset dari platform di train station.
SHINJUKU.
Sabtu malam. Patut pun happening. Malam minggu. Suka tengok keceriaan lampu2.
HALAL WAGYU RAMEN SHINJUKU TEI.
Dah sampai kita rasa lah. Suasana kedai. Kecik je. Rasanya maximum customer dalam 18 kot.
CHICKEN RAMEN
Nampak meja sebelah order, portion besar. Tengok je lah ayam nya banyak mana. Kami jenis dinner tak makan banyak. Sebab kalau lebih, susah nak tapau. Moto, biar tak cukup sikit asalkan jangan berlebihan. Order 2, Wagyu dan Chicken Ramen. Alhamdulillah ngam2. Hubby kata kalau order 3, memang sah kena tapau. Di apartment pun sebelum keluar dah ter-makan roti dan pancake sikit. Kami kalau travel, rasa lapar sikit, terus alas perut. Tak nak lah jalan perut kosong.
WAGYU RAMEN
Nak rasa. Memang both pun sedap. Berbaloi dengan harga. Tak sampai RM100.
L shape untuk kedudukan meja dan kerusi nya.
Mudah sangat tapi tak sure ada tempat wuduk atau tak.
View dari pintu masuk.
Worth berjalan ke kedai ni. Kaki dah macam tak terasa berpijak di bumi yang nyata sebab dah berjalan whole day. Nanti sampai apartment baru tengok berapa steps. Kalau komplen nanti hubby tinggal, tak bawak jalan2 dah. Maka, pendam aje nya chor.
Alhamdulillah moga ada lagi banyak kedai halal.
Restaurant ni di B1, basement.
Dalam area SHINJUKU, maka memang happening, malam minggu kan.
Siang tak nampak. Bila malam baru terserlah cantiknya.
Nampak ramai share 2nd STREET ni. Tak ada plan nak beli baju. Apalagi mostly baju musim sejuk.
Jalan2 malam seronok tengok lampu2.
Nak sambut musim winter, lampu pun design snow.
SHIBUYA CROSSING
Nak tengok suasana malam. Tu dia..!! Time ni baru lah nampak berjujut ramai manusia di SHIBUYA CROSSING ni.
Beginilah keadaan nya.
Seronok jugak dapat experience jalan di sini. Pagi tadinya macam lengang.
MARIO KART. GO KART. Sama je.
Harga dalam RM300. Kena ada INTERNATIONAL DRIVING PERMIT. Macam permit lesen kereta antarabangsa. Macam nak drive kereta di oversea lah. Apply/buat di JPJ. Dalam RM300. Maybe sebab bawak go kart di jalanraya, so permit macam bawa kereta betul. Kami tak naik.
Masih di SHIBUYA CROSSING.
Di Tokyo pun, masih ada construction walaupun macam dah tiada ruang. Extension mungkin. Atau penambahbaikan bangunan sedia ada.
Ok lah bye bye SHIBUYA CROSSING. See you next time Insyaa Allah.
TAKESHITA STREET HARAJUKU
Antara tempat popular. Jalan2 saja lah.
Walaupun begitu, ada MISO PASTE yang diragui kandungannya. Juga tidak disebut alkohol.
Tak nampak sangat signage TAKESHITA STREET tu, di bawah deco belon2. Tak menyala kot.
Sebelum keluar, ternampak kelibat kami di dalam skrin di bawah belon dan signage tu.
Ada FAMILY MART berhampiran. Atau 7 ELEVEN. Lupa. Saja masuk tengok2.
Try HALAL JAPAN apps. Beginilah antara yang appear di apps tu. Maka ambil lah yang Halal saja. Di Jepun ni, shortening dan emulsifier sangat detail dalam bahannya.
Ice cream halal. Anak soleh dan mak nya pun, apa lagi. Beli lah satu dan kongsi walaupun sejuk. Menunggu hubby mencari barang di pharmacy sebelah tu.
MARIO KART/GO KART. Memang banyak di jalanan malam tu.
HARAJUKU STATION. Naik train nak balik apartment.
8.20pm. Merengek ke hubby, jom lah balik. Baru pukul 8.30pm kan.
SABTU, 30/11/2024. Perjalanan kami sehari ini.
Haaa tu dia..!!! Patut la rasa peha lutut macam tak rasa jejak tanah. Macam jalan di bulan. Hubby kata, di Jepun memang la kena jalan. Kejam sikit lah dia ni. Bertabah lah isteri. Awak nak jalan Jepun sangat kan.
Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua.
memang kena jln byk la kat tokyo ..ari tu (2018) masa i pergi tokyo pun, ada one of the days tu, i rela stay kat bilik jer sbb kaki sakit, tak larat nak jln, sbb few days sblm tu memang dh beria jln merata tempat laaa..so masa i stay kat bilik tu, mr hubby and boys jer kuar repeat akihabara -my boys suka sgt shopping kat area tu
ReplyDeleteMula tu hubby pun kata kalau penat duduk apartment je lah. Hehe takkan la pulak kena tinggal. Heret je lah kaki ni. Slow2 je jalan jugak. 😄😄
Deletebestnya shibuya crossing! haritu merasa juga crossing ni tapi kt bukit bintang. haha cemas jugak rasanyaaa lagi2 bila bawak stroller anak haha. bestnyaa pengalaman ke japan!!
ReplyDeleteInsyaa Allah Scha sampai sana nanti. Alhamdulillah memang best ke Jepun.
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteLega rasanya kalau jumpa kedai makan halal di negara orang. Kira untung tu Mulan, sudahlah halal dapat pula merasa menu tempatan.
Banyaknya pejalan kaki di Shibuya Crossing!
Betul Kak Amie kalau ada makanan halal, tak susah nak bawak makanan banyak2 apalagi kalau backpacking ni. Memang Shibuya Crossing tu ramai pejalan kakinya.
DeleteWah! Foto keluar kat skrin besar! Rare tu!
ReplyDeleteAda camera di situ, boleh la acah2 bergambar hehe.
Deletedan lagi kebanykaan kedai makan di jepang tak boleh tapau.. krn mereka kuatir akan merusak rasa makanan mereka jika dibawa balik.. saya pernah di kyoto, mereka tak izinkan tapau.. jd pilihannya sisain makanan atau habiskan. kalopun boleh ada charge utk takeaway. beda kan macam di tempat kita ;D
ReplyDeleteshibuya crossing tu sampai legend agaknya hahahahah.. semua yg ke jepang pasti nak foto di sana :D. saya dulupun juga.. tp yg foto pastinya hanya suami dan sepupu saya... saya better jadi fotografer saja :D
Betul Fanny. Di sana susah sikit untuk take away. Ada tempat yang boleh. Tapi sebab banyak berjalan kaki, kami memang tak mahu take away apa2. Makan cukup2 saja.
DeleteShibuya Crossing memang legend. Kami pun ikut sekali ke sana, mau lihat sendiri suasana nya, siang dan malam. Tapi malam lebih happening.
Senyap² je Kak, nanti kena tinggal hikhik...
ReplyDeleteMakan aiskrim masa cuaca sejuk² best ooo..
Tu lah bebel dalam hati je, nanti kena tinggal haha. Tengah dahaga masa tu, nampak ice cream halal terus lah rembat.
Deleteini kalau niey pergi sana memang balik Malaysia turun berat badan ni hehehe...
ReplyDeletebyk berjalan kaki...bestnya semua tempat happening...
Alhamdulillah memang best. Insyaa Allah nanti Niey sampai sana nanti.
DeleteSHIBUYA CROSSING slalu tgk org posing kt situ....sedap tgk wagyu ramen tu...hah byk steps tu...mmg lenguh la kan hehe
ReplyDeleteMemang famous Shibuya Crossing tu, kami pun nak jugak lah tengok. Dah jumpa yang halal dan harga reasonable so kami try lah. Lenguh peha pinggang ni masih rasa. Hehe.
DeleteCantik semua photo2.. hidup betul suasana malam kat sana. Shibuya Crossing tu memang port wajiblah kan kiranya kalau ke Tokyo. Lenguh kaki pun kena diam-diam, karang lainkali tak diajak jalan 😅
ReplyDeleteTq tq. Malam minggu kot, happening lah semua keluar, campur tourist macam kami hehe.
DeleteShibuya Crossing tu memang antara attraction, kami pun sama menyibuk.
Tu lah, bebel sensorang di belakang 😄 hubby tak dengar.
Wah.. gambar keluar dekat skrin besar.. menarik.
ReplyDeleteKalau berjalan, selagi larat heret jelah kaki, bila tak larat, deme nak keluar berjalan pergilah.. hehehe...
Masa jalan2 tu nampak ada yang pandang skrin, ingat kan apa, rupanya ada skrin dan camera di tepi. Tumpang sekali lah, bila lagi kan.
DeleteTu lah kali ni trip naik turun train, heret kaki lah kita.
Hidup suasana malam di sini. Cantik gambar-gambar yang ditangkap. Shibuya crossing yang sentiasa ramai. Bagusnya kedai ada sediakan tempat solat. Go Kart dah jadi tarikan pelancong. Pernah tengok team rarecation naik masa explore Japan.
ReplyDeleteMalam minggu selalu happening dari biasa kan. Shibuya Crossing memang ramai apalagi malam minggu. Dengan lampu2 bercahaya. Kedai halal yang kami pergi ada tempat solat walaupun kecil. Go kart tu dah jadi attraction di sana.
DeleteBanyak tempat dah muslim friendly kat sana kan kak...seronok tengok akak selalu jenjalan obersea..hehehe..insyaallah next turn SA tapi kami pi dekat2 dulu.sebab x leh tinggalkan PZ sensorang kat rumah....Jepun memang ada dalam wishlist..tunggu la lepas Dania habis degree boleh jenjalan jauh plak..suka tgok Shibuya Crossing tu...ramai orang kita bergambar kat situ
ReplyDeleteBetul SA sebab dah banyak tempat halal, tu yang kami pun macam dah ready nak ke sana Alhamdulillah. Insyaa Allah SA akan sampai Jepun nanti. Berkat jaga orang tua, moga dimurahkan rezeki SA untuk melancung luar negeri nanti.
DeleteShibuya Crossing tu memang port wajib la ambik gambar kan?. Memang orang Jepun sihat2 walaupun dah tua sebab asyik berjalan je.
ReplyDeleteBila cari attractions di Tokyo memang akan keluar Shibuya Crossing. Betul warga emas di sana memang banyak berjalan,
Delete