Sunday, December 15, 2024

DAY 4 : Part 2 - FUJIKAWAGUCHIKO, CHUREITO, TASIK YAMANAKA

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa yang terbaik buat Palestine, Lebanon, Syria dan negara2 Islam yang lain.
Juga buat saudara2 kita yang terkesan dengan banjir sekarang. 
Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka semua.


Dari MASJID FUJIKAWAGUCHI, kami teruskan perjalanan. Subhanallah autumn masih di udara, bisa kami menikmatinya. Di mana2 ramai je yang bergambar dengan pokok2 yang masih menyala merah dedaunnya. 


OISHI PARK ( 大石公園) terletak di pantai utara tasik Kawaguchiko. Taman dengan pemandangan tasik dan Mt.Fuji yang menakjubkan sekaligus. Pelbagai bunga mekar di persiaran sepanjang tepi tasik mengikut musim.
(Sumber : sweetripjapan.com/oishi)






OISHI PARK terkenal sebagai tempat Festival Herba Kawaguchiko, acara awal musim panas yang terkenal. Membentang seperti permaidani ungu merentasi taman dengan Bunga Lavender . Padang lavender di taman dengan latar belakang Gunung Fuji memang menarik untuk dilihat. Dan, memang untuk mengatakan itu, Flower Street, dengan bunga bermusim yang mekar, juga pada musim luruh Kokia menutupi kawasan itu dan bertukar menjadi merah. Di samping itu, walaupun pada musim sejuk terdapat pencahayaan musim sejuk, juga popular. Jadi anda boleh menikmati sepanjang tahun.

Taman ini mempunyai tiga kawasan bunga. Yang Semua kawasan mempunyai keindahannya. Dan boleh melihat Mt.Fuji dengan baik.
(Sumber : sweetripjapan.com/oishi)




Nak offer tumpang kereta, mesti dia tak nak. Di Jepun, kata Janet, tiap2 hari ada subjek PENDIDIKAN JASMANI. Wowww best nya.




CHUREITO PAGODA
(忠霊塔, Chūreitō) ialah pagoda lima tingkat di lereng gunung yang menghadap ke Bandar Fujiyoshida dan Gunung Fuji dari kejauhan. Pagoda adalah sebahagian daripada Kuil Arakura Sengen dan dibina sebagai peringatan keamanan pada tahun 1963 hampir 400 anak tangga mendaki gunung dari bangunan utama kuil .

Lokasi ini menawarkan pemandangan Gunung Fuji yang menakjubkan dalam kombinasi dengan pagoda, terutamanya semasa musim bunga sakura pada pertengahan April apabila terdapat ratusan pokok yang mekar dan semasa musim warna musim luruh yang biasanya berlaku pada separuh pertama bulan November. Tempat ini sangat popular di kalangan jurugambar kerana ia membolehkan beberapa gambar stereotaip Jepun yang mengagumkan. 
(Sumber : japan-guide.com)


MT FUJI di sana.


MT FUJI lagi. Memang tak puas. 


400 ANAK TANGGA...!!! Gigih la maknya seret kaki. 


Alhamdulillah dua insan ni memahami, follow jugak perlahan2. Kadang suruh je diorang jalan dulu, sebab kawasan public ramai orang. Kita jalan pegang rail tangga. Tapi actually dengan cuaca sejuk tu, best je naik slow2. Alhamdulillah.



UBI JALAR PANGGANG. RASA MANIS ALAMI.


Sedapnya sangat sebab cuaca sejuk.


Teruskan perjalanan lagi. Asal nampak MT FUJI, memang snap selagi dapat.



Nampak tasik, ajak hubby stop.


TASIK YAMANAKA 


Matahari semakin menghilangkan bayangnya.


Subhanallah cantiknya.


Masih lagi TASIK YAMANAKA. Ramai menanti sunset. Kami turut sama.


Memang besar tasik ni.


Last but not least. Till next time Insyaa Allah jumpa lagi.


TASIK YAMANAKA 
(山中湖) ialah tasik terbesar di antara Lima Tasik Fuji dan tasik kedua paling maju di belakang Tasik Kawaguchiko dengan bandar-bandar kecil di hujung barat dan timurnya serta beberapa hotel, minshuku , tapak perkhemahan dan restoran di antaranya.

Tasik Yamanakako terkenal dalam kalangan peminat sukan luar Jepun yang gemar berperahu, memancing, bermain ski air, meluncur angin dan sukan air lain di tasik, serta berkhemah, tenis dan aktiviti lain di sepanjang pantainya. Banyak kem sukan ditemui di sekitar tasik, yang menjadi sesak dengan atlet pelajar semasa cuti musim panas. 
(Sumber : japan-guide.com)


Perjalanan balik 1 jam 30 minit. Tak la jauh mana tapi speed limit hanya 60-70km/jam. Aduii. Kena estimate 2 jam sebelum pulangkan kereta 6pm.


Bye bye MT FUJI. Nampak menyorok di sebalik awan.


Semakin hilang sinaran mentarinya.


Paling sejuk petang tu, 6'C. 


Alhamdulillah sampai Odawara jam 5.30pm. Pulangkan kereta, ke Family Mart shopping makanan, then balik ke hotel. 

Alhamdulillah smooth semuanya. 

Till later. Thanks singgah, baca/komen dairi seorang Mulan. Take care semua.


36 comments:

  1. Subhanallah...takde kata² nak gambarkan cantiknya suasana di sana!
    400 anak tangan pun, alang² sampai panjat je la Akk kan... Apatah lagi pemandangan kat atas tu tak terjaga cantiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah especially dari atas tu.
      Tu la dalam hati alang2 sampai, panjat je la 400 anak tangga tu hehe, Alhamdulillah.

      Delete
  2. Cantiknya permandangan dengan pokok2 yang berwarna merah tu Mulan. Permandangan tepi tasik tu pun ya allah memang la cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah memang cantik semuanya pokok dan daun, tasik dll.

      Delete
  3. Walau guide kata 400 anak tangga, gigih jugak saya manjat sebab entah bila boleh sampai lagi sini.
    Tapi ada jugak saya ngelat ikut laluan tar. Memang terpukau mata tengok pemandangan dari atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ujie, hubby pun pujuk naik la slow2. Alhamdulillah sampai, dengan suhu rendah tu nyaman je kan.
      Haaaaa ngelat ya hehe. Kenapa tak nampak jalan tar hari tu.

      Delete
  4. walau 400 mata anak tangga tapi kalau untuk sesuatu yang patut disimpan dalam koleksi kenangan terindah..SA pun sanggup kak..bukan selalu dapat pi sana kan..belm tentu bleh repeat selalu kan...suka tengok pemandangan autumn especially pokok2 berwarna merah...mesti cantik kalau bergambar berlatarbelakangkan pokok2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dengar 400 anak tangga memang rasa macam tak boleh. Tapi dah sampai, hubby ajak slow2, dengan anak soleh pun follow, naik la jugak. Cuaca sejuk nyaman naik nya Alhamdulillah. Memang cantik dari atas tu.

      Delete
  5. breathtaking sgt2 semua gmbr yg ada mt fuji tu...moga2 ada rezeki i dan boys utk repeat cuti2 tokyo next year

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul especially Mt Fuji tu Subhanallah. Insyaa Allah next year you all sampai sana.

      Delete
  6. Sebenarnya suasana autumn memang sangat menarik dengan warna-warna terang dan suram, merah kuning, jingga. Kalau duduk di bangku bawah pokok sambil memerhatikan daun-daun berguguran, sudah tentu mengundang pelbagai nostalgia. Orang kata menghening cipta.
    Pemandangan Tasik Yamanaka sangat mempesonakan walaupun matahari sudah hilang sinarnya namun keindahannya tetap dapat dinikmati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie kalau autumn di mana2 pun memang cantik. Ralit sangat tengok daun2 banyak warna.
      Tasik YAMANAKA tu besar memang cantik walaupun hampir sunset.

      Delete
  7. Subhanallah... semuanya cantik sgt view masa autumn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kakmim, semua cantik Subhanallah.

      Delete
  8. Masyaa Allah....cantiknya macam lukisan

    ReplyDelete
  9. Seronoknya...
    Tapi bila tengok tangga2 tu.... rasa ketaq lutut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Slow2 naik Insyaa Allah sampai.

      Delete
  10. cantiknya view di Jepun..teringin nak travel Jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Insyaa Allah Radhia sampai sana nanti.

      Delete
  11. Suka sangat view kat tangga tu... kombinasi daun hijau, merah, kuning, jingga terlalu cantik.
    Ubi jalar panggang tu mungkin translated dari Bahasa Indonesia. Dapat makan panas-panas dalam cuaca yang sejuk memang sedap sangat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik view di sepanjang laluan tangga ke atas. Daun macam2 warna.
      Rasanya macam tu lah, alih bahasa Indonesia. Memang sedap makan panas2.

      Delete
  12. Dari sana memang Mt Fuji terlihat jelas di mana2 ya kak 😍😍😍. Gagah sangat. Saya teringat dulu saat naik rollercoaster di Fuji Q, kereta nya berhenti di puncak, dan dari situ bisa melihat jelas gunung Fuji juga.

    Saya antara amazed lihat ke depan dengan gunung Fuji depan mata, tapi juga gemetar lihat ke bawah dari rollercoaster 😂😂😂. Tinggi sangat. Berhenti hanya beberapa detik, lalu meluncur jatuh pula. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang nampak di mana2, semua pun cantik. Wahh kalau dari puncak di Fuji Q, mesti lagi cantik dapat lihat Mt Fuji tu.

      Seronok dapat naik rollercoaster. Cakap sama anak soleh nanti datang semula naik rollercoaster dll dengan wife nya nanti 😍😍😍

      Delete
  13. cantik sekali pemandangannya. Rasanya ini musim luruh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Ya AK ni musim luruh dah penghujung nya.

      Delete
  14. MasyaAllah, cantiknya mount fuji. bestnya view puncak gunung tak kena tutup dengan awan!
    family saya ada yg pergi bulan 9 dgn awal bulan 11 tahun ni, diorang tak berkesempatan nampak puncak gunung yang diseliputi salji. mount fuji lagi cantik bila ada salji kat puncak tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Oh ya ke time tu tak nampak ke. Betul Mt Fuji memang cantik kalau bersalji putih puncaknyamkan,

      Delete
  15. Cantiknya suasana disana Mbak. Langit cerah dengan dedaunan pohon yang dominan berwarna merah. Cantik sekali.

    Sunset di Danau Yamanaka itu terlihat sangat indah ya. Dan disini beberapa foto terkait Gunung Fuji tetap menarik untuk dipandang.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak. Memang cantik sangat Subhanallah memang terpegun.
      Juga cuaca yang sangat terang dan baik Alhamdulillah.
      Sunset di Tasik Yamanaka juga sangat cantik dengan Mt Fuji di belakang nya.

      Delete
  16. Cantiknya view...nk plak nmpk Mount Fuji tu... tasik besar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik apalagi dengan Mt Fuji dan tasik tu, Subhanallah

      Delete
  17. Satu lagi entry berjaya saya habiskan pembacaan. Semua gambar pemandangan cantik sungguh, view sunset dekat tasik mengadap Mt Fuji tu paling saya suka tengok, lawa sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akh thanks tau baca post ni. Memang cantik Subhanallah. Rasa nak share semua gambar tapi penat la nak memilih hehe. Sunset dekat Mt Fuji memang cantik.

      Delete
  18. Kitorang x jejak mt fuji tapi kitroang ke Fuji Q .. sibuk nak main games extreme kat situ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuji Q pun best. Cakap dengan anak soleh, pergi dengan future wife lah nanti haha.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com