Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
DOA BERTERUSAN BUAT PALESTINE DAN YEMEN.
Sedih tengok Siaran Langsung Keberangkatan Pulang YDP Agong dan Raja Permaisuri ke Negeri Pahang. Tapi kami rakyat Pahang, amat gembira manyambut Tuanku berdua.
Kalau search attraction di ALISHAN ni, tengok sunset sunrise adalah antara disarankan. Kami pulak memang over suka sunrise dan sunset.
Maka seawal Subuh sepi'e, berlapis2 jacket, kami berjalan ke ladang teh berdekatan. Hubby dah recce. Actually owner ALISHAN TEA HOMESTAY tu, yang recommend that spot kalau nak tengok sunrise. Owner tu, couple tu lah, suaminya Danny pernah kerja di Cherating, Kuantan. Excited jugak dapat jumpa. Berbangsa African American rasanya, sebab berkulit gelap. Baik dan soft spoken orangnya, berkawin dengan isterinya, warga Taiwan. Tingkat bawah homestay tu, kedai Teh Oolong Alishan. Family owned business rasanya.
Sunyi sepi.
Macam pekerja ladang teh nak pergi kerja je 3 beranak ni hehe. Syok jugak kalau dapat join petik daun teh kan. Masa ni ada lah bertembung 2-3 penduduk dimsitu. Ni hau, ni hau lah kami.
Subhanallah. Biar gambar berbicara.
Yeyy dah keluar. Baru nampak kelibat ladang teh.
Ladang teh memang di kawasan pergunungan kan.
Menahan kesejukan tapi syok sangat dapat tengok sunrise. Alhamdulillah.
One for the album.
Moh jalan balik. Lapar. Masak nasi lemak sebelum keluar, balik nasi dah masak. Yumm makan dengan sambal bilis Brahim. Rebus telur dalam kettle. Timun beli di Carrefour Hualien. Makan kenyang2 sebab nak jalan masuk hutan.
Alishan National Forest Recreation Area
Alhamdulillah banyak parking lagi. Ada admission ticket, sekali dengan parking fees. Alhamdulillah anak solehah ads student card, dapat discount banyak.
Alishan National Forest Recreation Area
Bukan sekadar hutan tapi juga dengan landasan kereta api hutan, Pokok Suci, lautan awan, matahari terbit dan bunga sakura, adalah kawasan rekreasi hutan yang paling terkenal dan popular di Taiwan. Boleh juga menaiki kereta api hutan jelajah gunung yang terkenal di Stesen TRA Chiayi, perlahan-lahan menuju ke stesen terminal Stesen Alishan sambil menikmati landskap hutan yang menakjubkan.
(Sumber : recreation forest gov tw)
Banjaran Gunung Alishan adalah salah satu daripada Lima Banjaran Gunung Teratas di Taiwan. Alishan (Gunung Ali) bukan sekadar gunung, tetapi nama untuk keseluruhan kawasan gunung. Kaya dengan Taiwan Red Cypress dan Taiwan Yellow Cypress sejak zaman purba, Alishan menjadi kawasan hutan terbesar pada tahun 1912 hingga akhir 1960-an. Hutan cemara primitif hampir pupus selepas pembalakan oleh Jepun dan kerajaan nasionalis.
(Sumber : recreation forest gov tw)
Coffee break. Dah prepare bawak thermos ada kopi dan Ovaltine anak solehah. Ada roti kek biskut dll. Minum Kopi O panas2 best sebab cuaca sejuk. Actually ada je kedai jual snacks, instant noodle dll tapi kami tak beli lah.
Terdapat ekologi yang kaya di Kawasan Rekreasi Hutan Negara Alishan. Khususnya, spesies paling unik di kalangan flora ialah Oleandra wallichii, Huperzia somae, Alishan Mahonia, dan Taiwan Pleione. Bagi fauna pula, terdapat kera Taiwan, Mikado Pheasant serta bintang-bintang kecil seperti Steere's Liocichla, Collared Bush Robin, dan Alisan's Salamander. Ia adalah ekosistem yang bertenaga.
Selain dari Pokok Suci, terdapat banyak tarikan yang patut dikunjungi: Alishan Forest Railways, Sister Ponds yang halus, lautan awan yang menakjubkan, Chushan Sunrise yang indah, Kuil Shouzhen, Kuil Ciyun yang berusia ratusan tahun, tapak bersejarah perhutanan, pelbagai bunga seperti bunga sakura dan rhododendron pada musim bunga, dan sebagainya dan sebagainya. Kawasan Rekreasi Hutan Negara Alishan ialah tarikan pelancong bertaraf antarabangsa yang mewakili kawasan hutan awan di Taiwan.
(Sumber : recreation forest gov tw)
Nama2 pokok yang besar2 unik semua ni, tak dapat nak cari lagi sebab nak cepat update post ni haha sebelum mood ke Lautan Atlantic.
SISTERS POND
Bak cermin kan.
SHENMU (SACRED TREE) TRAIN STATION
Subhanallah cantiknya.
SHENMU (SACRED TREE) TRAIN STATION
Alhamdulillah hubby beli tiket train, kalau tak, merangkak balik ke parking lot agaknya haha. Gelak je dia. Actually dia dah study walking hiking trail hehe hala balik boleh merasa naik train kan.
ALISHAN STATION
Cantik bangunan station yang diperbuat dari kayu ni.
Dalam ALISHAN FOREST AREA ni, memang banyak sangat trail nya. Ada tinggi, ada rendah. Route kami moderate je. Super mengah jugak, plus suhu masa tu 8'C tau. Tapi syok lah, kurang peluh.
Bye bye Alishan Forest. Alhamdulillah smooth hike, smooth semuanya, cuaca cantik. Nak kena update cepat2 trip TAIWAN ni, takut mood ke laut.
Dalam few website ada baca, kalau nak drive kena extra careful sebab bila waktu petang around 2-3pm ke atas, cuaca akan lebih berkabus. Pagi, cuaca dan langitnya lebih clear langitnya.
Fyi, Taiwan ni, public transport sangatlah efisien sebagaimana di Jepun, Korea. Boleh gugel je. Klook ada dll lagi. Ke mana saja.
Gifts untuk TOP COMMENTATORS pun belum pos. Masih bermusafir Kuantan - KL - Kuantan ikut suami meeting. Ibarat nya seminggu 1-2 kali ulang alik. Ada naik kereta, ada naik bas. Vertigo pun sama naik. Insya Allah ok je.
Terima kasih singgah sini ya. Take care and stay safe. Stay sweet jugak.
kami dah dekat dah dgn Alishan masa pegi dulu
ReplyDeletetapi tu laa
x tau knape x pegi
hahaha
Maka nya kena pergi lagi ni Anies hehe
Deletejgn seru2
Deletennt terpegi
hahahaha
taiwan ni yg buat saya suka adalah kehijauan alam dia
ReplyDeletesangat2 terpelihara
kadang kawasan kecil pun diorg bercucuk tanam...
oh ya lupa tanya
ada try tak epal taiwan?
Betul, hijau di mana2 semua tempat ada pokok.
DeleteEpal ada kami beli. Buah2 semua manis kan di sana.
sedap dia lain macam kan?
Deleteblogger nina
smpi laa ni dok sebut2 kesedapan epal taiwan...
subhanallah, cantinye awan kecik2 bertebaran di langit tu.. bulan pun cantik... keciiiikkkk jerk.. yg paling berseni pokok2 tunggul tu.. indah..
ReplyDeleteMemang semua cantik dari langit hingga ke akar tanah. Subhanallah
DeleteGila punya cantik tempat ni....
ReplyDeleteMemang cantik sangat2 Subhanallah tak puas tengok
DeleteBerbaloilah menunggu dari awal Subuh hingga sunrise untuk dapat melihat permandangan sebegitu. Alishan Forest tu pun cantik sangat tempatnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah cuaca pun cantik langit terang hari tu. Semua pun cantik Subhanallah
DeleteBahagianya dapat menikmati keindahan alam dari awal pagi, melihat matahari terbit, merasai kedinginan dan menyedut udara segar hasil bekalan oksigen dari tumbuh-tumbuhan hijau di sekeliling!
ReplyDeletePemandangan di ladang teh memang mengasyikkan. Kalau dahulu daun tek dipetik secara manual, gunakan tenaga manusia sepenuhnya. Sekarang sekali harung dipotong gunakan mesin.
Alhamdulillah kami diizinkan menikmati semua keindahan alam di sana. Tak puas duduk tengok. Tunggu jugak orang petik daun teh kot dapat try tapi tak ada. Awal sangat kot. Atau mungkin belum sampai masanya.
DeleteSubhanallah... viewnya awesome sgt
ReplyDeleteMemang sangat awesome Subhanallah.
Deletetentu segar udara pagi berjalan2 waktu ni kan. cantik sunrise
ReplyDeleteMemang bersih rasa udara nya. Sunrise memang super cantik Subhanallah
DeleteMashaAllah cantiknya gambar dan permandangan tu. Apatah lagi dapat menikmatinya depan mata kan.
ReplyDeleteSedih juga bila Agong dan permaisuri yang disayangi ramai kembali ke Pahang semula. Dalam masa yang sama, kami bangsa Johor berbangga Sultan Johor menjadi Agong seterusnya.
Semua pun cantik Subhanallah. Kami pun sama2 gembira dengan perlatikan Sultan Johor sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 17.
DeleteTrip yang menarik sangat ni, menikmati keindahan alam.
ReplyDeleteAkar pokoknya cantik, unik!
Taiwan ni memang kaya dengan alam semulajadi yang cantik. Pokok2 dengan akar2 yang unik kan.
DeleteCantik sungguh gambar-gambar pemandangan tu. Terasa diri turut berada di sana sekali.
ReplyDeleteMemang cantik semuanya. Tak puas tengok Subhanallah
Deletecantik ciptaan yg maha esa..... tgk view awan kecik2 tu....tenangnya rasa
ReplyDeleteMemang cantik tenang semuanya Subhanallah.
DeleteCantik pemandangan. Sejuk je mata tengok.
ReplyDeleteMemang cantik semuanya Subhanallah. Tak puas tengok
DeletemasyaAllah cantik amat sunrise ittewwww., ;p
ReplyDeleteMemang cantik Wak sunrise tu dan semuanya Subhanallah.
Deletemenarik gak taiwan.. banyak nature :)
ReplyDeleteBetul, ingatkan tak ada apa2 sangat Taiwan, Subhanallah banyak tempat cantik2
DeleteSubhanallah, cantiknya view sunrise di tanah tinggi..
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah
DeleteSaya suka dengan trekking hutan begini, apalagi jalurnya rapi dan tertata. Tak macam hutan di sini yg benar2 masih hutan 🤣🤣. Kalo yg Medan nya berat, saya tak suka 😅.
ReplyDeleteNtah kenapa melihat foto2 nya langsung teringat dengan jepang. Memang cantik sangat ❤️❤️❤️. Hanya saja di sana tak ada salju kalo winter kan.
Mood saya menulis saja naik turun kak. Ini masih banyak cerita ttg US, Melaka, Penang, blm selesai saya tulis. Udah ditambah pula Ama trip baru azerbaizan, Belarus dan Georgia 🤣🤣🤣. Ntah kapan selesai memang 😂
Hehe terpaksa akur pada suami yang suka trekking, tapi memang enjoy dengan nature, cantik sangat.. Betul Taiwan tak ada salji. Kalau trekking, hiking memang seronok dan nyaman cuaca sejuk kalau hujung tahun.
DeleteYa Fanny, saya paksa diri untuk update trip Taiwan, takut nanti mood ke laut haha.