Saturday, January 20, 2024

DAY 4 : TAIWAN - TAROKO GORGE & HUALIEN

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira, dimurahkan rezeki sentiasa.

DOA BUAT PALESTINE, YEMEN TERUS MENERUS.


Alhamdulillah bangun pagi cuaca sangat cerah. Siap2 breakfast di bilik, roti dll, bawak bekal jugak untuk dalam kereta, kami terus ke TAROKO NATIONAL PARK HEADQUARTERS.


Biru langitnya.


Awan putih menutupi sebahagian puncak bukit/gunung.


Cantiknya view.


Sampai2 di TAROKO PARK HEADQUARTERS, rupanya bas hampir tiba untuk ke TUNNEL OF NINE TURNS. Bus stop memang di headquarters ni.


Tandas Awam. 


Dah ramai beratur.

TAROKO NATIONAL PARK ialah salah satu daripada sembilan taman negara di Taiwan dan dinamakan sempena nama Taman Negara Taiwan. Taroko Gorge, gaung mercu tanda taman yang diukir oleh Sungai Liwu . Taman ini merangkumi Perbandaran Taichung , Kaunti Nantou dan Kaunti Hualien dan terletak di Perbandaran Xiulin, Kaunti Hualien, Taiwan.

Taman negara ini pada asalnya ditubuhkan sebagai Taman Negara Tsugitaka -Taroko (Bahasa Jepun)?oleh Gabenor Jeneral Taiwan pada 12 Disember 1937 semasa Taiwan menjadi sebahagian daripada Empayar Jepun. Selepas kekalahan Empayar Jepun dalam Perang Dunia II , Republik China mengambil alih Taiwan sebagai akibatnya. Kerajaan ROC kemudiannya memansuhkan taman itu pada 15 Ogos 1945. Sehingga 28 November 1986 taman itu ditubuhkan semula. [1] Taman Negara Taroko meliputi kawasan seluas 92,000 hektar (360 batu persegi)

Nama "Taroko" berasal daripada suku Truku , kumpulan orang asli yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Taiwan pada tahun 2004. Suku Truku pada asalnya menetap di kawasan hulu sungai Zhuoshi sebelum berhijrah ke arah timur. Daerah Hualien melalui Gunung Qilai (Gunung Qilai: bahasa Truku dipanggil ”Klbiyun”) ke Sungai Liwu. Suku Truku terus menetap di Daerah Hualien, termasuk dalam kawasan Taman Negara yang ditetapkan. 
(Sumber : Wikipedia)


TUNNEL OF NINE TURNS  ( Jiuqudong ) dianggap sebagai salah satu bahagian paling indah di Taroko Gorge. Nombor sembilan dalam bahasa Cina — menyiratkan "banyak" - banyak digunakan dalam bahasa Cina. Laluan itu sendiri adalah 700 m sehala panjang, dan pelawat masuk dan keluar dari pintu masuk Barat. Terowong Sembilan Pusingan berliku-liku tinggi di sepanjang pergunungan, di mana pengunjung boleh mengalami pemandangan Sungai Liwu yang mengagumkan dari ketinggian yang mengagumkan. Di sini, gaung sempit dengan sisi curamnya berdekatan antara satu sama lain menampilkan landskap yang mendebarkan dan megah.

Geologi. Pelbagai sesar—rekahan pada batu yang memanjang ke atas dinding gunung—boleh ditemui di pintu masuk denai. Sesar selalunya disebabkan oleh pergerakan orogenik plat tektonik di bawah permukaan Bumi. Disebabkan aktiviti seismik yang tinggi di pantai timur Taiwan, sesar (pergerakan/gelinciran) boleh dikesan dengan mudah di dalam Taman Negara Taroko. 
(Sumber: taroko gov tw)


Excited nak explore.


Tengok warna air nya.


Jeram dengan warna air yang sangat cantik.


Waktu kami sampai, belum ramai tourist lain.


Nun sayup ke bawah, gayat jugak.


Terpegun.


Bila kesejukan, macam2 la aksi masing2.



Kami berjalan slow2 dan explore je dari permulaan tunnel menuju ke hujung nya. 


Subhanallah.


Trail berakhir. Ditutup di sini. Tak pasti akan dibuka atau tidak. 


Kami patah balik ke bus stop. TUNNEL OF NINE TRAIL ni tiada parking lot, hanya ada tempat drop tourist sahaja, ada polis jaga. Itu lah sebab kami menaiki bas dari TAROKO HEADQUARTERS. Senang, parking pun memang banyak.


Kami menaiki bas semula untuk balik ke headquarters. Kami tak beli pass apa2, guna cash je.


View dari dalam bas. Cantiknya warna air.


Bas sangat comfortable. Fyi, public transport di Taiwan ni memang sangat efisien.


View di headquarters park.


Kami bawa keluar makanan yang dah siap di-prepare awal pagi.


Picnic dengan nyaman. Roti dengan tuna, peanut butter, serunding dll. Thermos air panas ada 2. 


Ada couple yang sunbathing.


Siap makan, hubby drive ke SHAKADANG TRAIL. Ada parking lot di situ. Limited so kena pergi awal. Alhamdulillah ada untuk kami sebab masih awal pagi agaknya, lagipun bukan weekend dan musim cuti.


SHAKADANG TRAIL juga dikenali sebagai "Jejak Lembah Misterius" terkenal dengan air biru biru jernih yang bertaburan dengan batu marmar yang mengagumkan. Seperti Lushui Trail, Shakadang Trail sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya berbaloi untuk dikunjungi jika anda meminati landskap semula jadi. Pintu masuk ke denai terletak di pintu keluar Terowong Shakadang dan termasuk tempat letak kereta dan kemudahan bilik mandi.

Berbeza dengan Sungai Liwu yang liar dan ganas, Aliran Shakadang mengalir dengan lebih lembut. Di sepanjang laluan, anda mungkin melihat pelancong Taiwan tempatan mencelupkan kaki mereka ke dalam air. Di kawasan ini, air menjadi perlahan untuk merangkak dan membentuk kolam kecil yang cukup cetek untuk mengharunginya. Bersedia untuk menggelitik walaupun! Jika anda bernasib baik, ikan kecil yang mengembara sepanjang sungai akan berhenti di kaki kosong anda untuk menggigit. Jangan risau, ini lebih seperti pengelupasan kaki percuma, kerana ikan mencari kulit mati untuk dinikmati.

Kembali ke laluan, pergi lebih jauh ke hulu dan anda akan dihidangkan dengan sesuatu yang unik: Jejak Shakadang melalui perkampungan suku Truku. Walaupun kemasukan ke dalam tempahan mereka adalah dilarang, sebuah pasar kecil dibuka kepada pelawat dan menampilkan tukang-tukang tempatan dan penjual makanan mengalu-alukan anda untuk mencuba beberapa hidangan asli.

Walaupun berjalan kaki yang mudah (kira-kira 2 jam perjalanan pergi balik, sedikit perubahan ketinggian), pastikan anda memerhatikan kepala anda apabila melalui di bawah permukaan batu yang tergantung.

Notis:
Perlu diingat bahawa tiada penyelamat yang bertugas di Taman Negara Taroko. Batu boleh menjadi licin apabila basah dan bermain dalam air adalah atas risiko anda sendiri.
(Sumber: r taiwan r)


SHAKADANG TRAIL ni jauhnya 4.1km sehala. Pergi balik 8.2km. Kami tak habis pun, jauh sangat.


Subhanallah cantik sangat.


Kena jaga kepala.


Lagi airnya yang cantik.


Tak puas nak snap foto air ni.



Kalau ikut hubby mau diajak jalan lagi jauh. Adoi kena duduk lama Taiwan ni. 


Batu2 marmar di sini cantik coraknya.



Cantik sangat kan.



Di sini lah spot yang paling lama. Tak boleh nak alih mata daripada view ni.


Hubby cuba snap foto underwater.


Jernih betul airnya.


Cuaca pun terang Alhamdulillah.


Penuh hp dengan foto spot ni saja. 


View lain. Berbatu2. 


BIG WATER PIPE. Kami hike sampai sini je. Hiker2 tegar saja yang selalu meneruskan perjalanan. Memang best kalau banyak masa dan tenaga. 


Snap lagi foto.


Hike balik ke parking lot.


SHAKADANG BRIDGE 


Awal tadi turun tangga ok la, bila nak balik kena naik tangga. Adoi, ketat lagi peha nya. 


Bye bye.


Singgah tengok dari jauh.

CHANGCHUN SHRINE ialah sebuah mercu tanda dan kompleks kuil peringatan di Taman Negara Taroko di Perbandaran Xiulin , Daerah Hualien , Taiwan . Ia adalah salah satu tempat yang indah di taman, dengan pemandangan pergunungan dan air terjun, dan salah satu tugu peringatan utama untuk veteran. 

Ia telah dirancang untuk pembinaan pada tahun 1958 manakala Lebuh Raya Rentas Pulau Tengah dibina berhampiran. Ia memperingati ingatan 212 veteran yang meninggal dunia semasa membina lebuh raya (1956-1960).

Nama kuil itu berasal dari Air Terjun Changchun yang tidak pernah berhenti mengalir. Kuil ini terletak betul-betul di atas aliran air terjun.

Ia telah dibina semula sekurang-kurangnya dua kali, selepas musnah akibat tanah runtuh . Kuil terbaharu dibina pada tahun 1989. (Wikipedia)



CHANGCHUN BRIDGE


Bergunung ganang, maka banyak jalan melalui terowong.



Singgah QIXINGTAN BEACH. Sebab dekat je.


Pantai Qixingtan pada asalnya terletak di timur lapangan terbang Hualien. Bentuknya seperti Big Dipper, jadi ia dipanggil Qixingtan. Pada tahun 1936, kerajaan Jepun memenuhi tasik itu untuk membina lapangan terbang Hualien, dan kini hanya tinggal empat kolam.

Kerajaan Jepun memaksa penduduk yang tinggal di Qixingtan asal untuk berpindah ke "Crescent Bay". Penduduk menamakan tempat itu Qixingtan sebagai mengenang Qixingtan yang asal. (Wikipedia)


Memang panjang betul pantai ni.


Ada few fighter jets training. Sebelah je airportnya.


Homestay hotel Aunty Tang ni, smart TV ada Netflix dan YouTube. Boleh la tengok berita terkini.


Kain dah banyak. Basuh dulu di tingkat atas.


Then hubby drive bawak ke kedai dobi untuk keringkan. Alhamdulillah dapat baju bersih.

Terima kasih singgah sini. Take care dan stay safe ya.

31 comments:

  1. Best tu dpt enjoy nature dan scenic view.loveeee♥️🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang plan macam tu, Subhanallah cantik.

      Delete
  2. Menarik dapat pengalaman berjalan tempat orang. Teruja juga membaca pengalaman orang. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diizinkan Ilahi. Terima kasih singgah sini.

      Delete
  3. blog ni sesuai untuk dijadikan rujukan jika nak travel :D.. xyah tercari2 lokasi baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. setuju sangat.

      Delete
    2. Ladybird & Aizamia : Alhamdulillah dan Terima kasih, jalan2 tengok alam semesta. Memang cantik Taiwan ni.

      Delete
  4. Wow! Peacefullnya! Tapi kalau tengok foto takde nampak tourist lain... Agaknya sebab tu nampak tenang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang bukan peak season kot sebab tak ramai. Ada group senior citizen, family dengan anak2 kecik, muda mudi maybe sebab sekolah, kolej, uni dah bukak. Dah lepas new year 1/1.

      Delete
  5. Subhanallah, cantiknya! Sangattttt memukau pandangan mata.
    Bersih dan terjaga alam sekitar mereka ye Kak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang cantik dan bersih Taiwan ni.

      Delete
  6. Subhanallah.. cantik.. lawa pemandangan dekat sana. Saya pulak rasa ketat peha.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang cantik semuanya. Haha sampai ni peha ketat lagi.

      Delete
  7. Masyallah..cantik la Taiwan ni..air sungai tu..mcm warna turquoise...ke mata saya yang nampak warna tu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Betul tu airnya warna turquoise. Macam tak percaya kami tengok depan mata Alhamdulillah.

      Delete
  8. Antara keajaiban alam yang memukau
    Kadang terfikir… kalau kat dunia ni dah cantik sebegini… kat syurga tu entah macam mana laa cantiknya, kan?
    TG antara tempat paling best utk healing.
    Sayangnya saya tak sempat jejakkan kaki ke sini…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Anies. Banyak tempat cantik sangat di Taiwan ni. TG ni memang tak puas explore. Kena repeat. Anies kena balik kampung semula nanti hehe.

      Delete
  9. gerammmm je kan tengok air warna biru tu?
    rasa nak terjun je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul warna air tu memang buat mata terpukau sangat. Kalau la tak sejuk memang cabut kasut je masuk dalam air sikit.

      Delete
  10. Waalaikumussalam.
    Semoga para pejuang Palestin dan Yaman, serta penduduk kedua-dua negara tersebut terus diberi ketabahan dan kesabaran menghadapi dugaan berat sekarang ini.
    Subhanallah!
    Terpegun melihat air yang kernih, nampak jelas ikannya dengan batu-batu yang sangat cantik. Syukur Alhamdulillah, direzekikan dapat menyaksikan sendiri keindahan alam ciptaan-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Doa terus buat mereka.

      Kak Amie kena pergi Insya Allah sampai sana nanti. Alhamdulillah. Subhanallah memang cantik sangat.

      Delete
  11. Taroko Gorge antara tempat yang saya teringin nak pergi jika ke Taiwan.
    Tapi belum ada rezeki, saya ambil pengalaman kat sini jelah dulu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah nanti Ujie akan sampai Taroko. Terima kasih singgah sini ya.

      Delete
  12. Memang laaah saya harus masukkan Taiwan ke bucket list dlm waktu dekat. Cantiiik sungguh 😍😍. Benar kata orang, ada sebut kalo Taiwan ini mirip jepang tapi versi lebih murah 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny, kalau ada kelapangan nanti boleh visit Taiwan. Memang cantik.

      Delete
  13. cantiknya view gunung yg berawan tu.. nikmat sgt kan bila travel dan baju semua bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Ya betul kalau dapat basuh baju memang la nikmat Alhamdulillah

      Delete
  14. cantik sungguh ciptaan Allah...best tgk jalanraya di Taiwan..besar & cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah.
      Betul. Jalanraya sana besar2.

      Delete
  15. Replies
    1. Memang seronok enjoy nature ni kan, memang cantik semua.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com