Thursday, January 18, 2024

DAY 3 : TAIPEI - SHIFEN WATERFALL - HUALIEN.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE. DOA BUAT YEMEN JUGA.


TAIPEI 101. Bye bye. Tengok dari jauh je.


Bye bye massage chair. 


Weather forecast, cuaca mendung. Baru check out. Alhamdulillah smooth stay di CARNIVAL MOTEL, TAIPEI.


Bye bye dari kejauhan.


Jumpa lagi Insya Allah.


Alhamdulillah ada tulisan biasa juga. Di highway senang drive nya, di bandar je sebab kalau di simpang 4 traffic light, lain sikit je style dari Malaysia. Tapi ok je Alhamdulillah, terlepas, u turn je la. Kami budak baru belajar.


Taiwan ni, pergi mana2 memang ramai hiking & cycling. Lagipun cuaca sejuk kan. 


TAIPEI KE SHIFEN WATERFALL 
35km dalam 45 minit ikut gugel map.


Taiwan dan negara berdekatan.


Taiwan, sebuah pulau. Kecik dari Malaysia.


Dari parking lot, menuju ke main building di SHIFEN WATERFALL ni. Ada toilet dan cafe. Serious lah Taiwan ni, toilet merata2 semua bersih.


Ni la gadget super penting kala bermusafir, khasnya ke negara bukan Islam. Lupa nak snap foto yang kami bawa tapi exactly yang ni lah. Besar sikit dari botol saiz biasa, bukan botol biasa ya, yang lain pada mulut botol tu je, alaa surely you all tau kan hehe.


Jambatan gantung, trek ke SHIFEN WATERFALL.


Tinggi sungguh pokok lalang ni.


Semua pun cantik, stop banyak kali untuk snap foto.


Bergoyang jambatan ni, vertigo kejap.


Walaupun cuaca mendung, tetap cantik Subhanallah.


Ada trek keretapi juga.


Patung kuda sebelum sampai ke SHIFEN WATERFALL 


 SHIFEN WATERFALL ialah sebuah air terjun yang indah yang terletak di Daerah Pingxi , New Taipei City , Taiwan , di hulu Sungai Keelung . Jumlah ketinggian air terjun ialah 20 meter (66 kaki) dan lebar 40 meter (130 kaki), menjadikannya air terjun terluas di Taiwan. Ia adalah air terjun lata di mana airnya mengalir ke satu arah dan batuan itu bercerun di sebaliknya. (Wikipedia)


Air terjun tirai adalah 20 meter (66 kaki) tinggi dengan 40 meter (130 kaki) lebar, untuk keluasan keseluruhan 800 m 2 (8580 kaki persegi). Walaupun sungai itu agak cetek, kolam di bawah air terjun sangat dalam. Berenang adalah dilarang sama sekali. 
Sumber: taiwan obsessed dot com


Tak puas tengok.


Terpaksa gerak ke spot lain.


Air Terjun Shifen dinamakan sempena perkampungan Shifen berdekatan, di mana terletaknya Jalan Lama Shifen (30 minit berjalan kaki jauhnya). Shifen (十分) bermaksud 10 bahagian , kerana 10 keluarga asal di kampung pernah meminta 10 bahagian bekalan – sama seperti Jiufen (九份) berdekatan bermaksud 9 bahagian.
Sumber: taiwan obsessed dot com


Walaupun Shifen Falls hanyalah sebahagian kecil daripada saiz Air Terjun Niagara di Amerika Utara, ia sering dibandingkan dengan yang terakhir kerana kedua-duanya adalah air terjun langsir dan tebing . Shifen mempunyai rupa yang serupa, hanya pada skala yang lebih kecil.
Sumber: taiwan obsessed dot com


Air Terjun Shifen adalah yang paling mengagumkan selepas hujan . Selepas musim kemarau, ia boleh dikurangkan kepada beberapa titisan - tajuk artikel dalam bahasa Mandarin 2022 ini membandingkannya dengan " kanak-kanak kencing " dalam satu kes yang melampau.
Sumber: taiwan obsessed dot com


Tak ada tiket pun nak masuk ke SHIFEN WATERFALL ni.


JAMBATAN GAMTUNG GUANPU


Bersebelahan trek keretapi. SUNGAI KEELUNG di bawahnya.


Comel je burung mencari makan,


Begini lah keadaan kereta, jadi tempat gantung jacket tebal. Mostly beli di Vietnam, murah dengan brand tu. Ada koleksi yang lebih 10 tahun. Yang kelabu ni, beli bulan 9 baru ni. Haha siap promo, Ho Chi Minh City memang tempat shopping bagpack, daypack, winter/rain jacket dll. Racun sekejap hehe.


Next ke SHIFEN OLD STREET.


SHIFEN OLD STREET adalah salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Taiwan. Setiap hari dalam setahun, pelancong asing berduyun-duyun ke kampung kecil ini di Laluan Keretapi Pingxi untuk menulis keinginan mereka pada tanglung langit dan melepaskan mereka ke langit dari landasan kereta api.
Sumber: taiwan obsessed dot com


Shifen ialah stesen tengah Laluan Pingxi di daerah Pingxi di New Taipei City . Jepun membina landasan kereta api ini pada tahun 1918 untuk mengangkut arang batu dari lombong di Lembah Pingxi. Shifen adalah salah satu daripada beberapa bandar perlombongan kecil yang dibangunkan di sepanjang laluan itu. Perlombongan arang batu di kawasan itu berakhir pada tahun 1971. Pada awal 90-an, bandar-bandar ini mula menjadi tarikan pelancong.
Sumber: taiwan obsessed dot com


Pada pertengahan 1800-an, penyamun melanda kawasan Pingxi. Apabila penduduk kampung tempatan turun dari pergunungan ke kawasan stesen kereta api untuk mengambil bekalan di sekitar Pesta Tanglung, mereka akan menghantar tanglung langit untuk memberitahu orang lain bahawa ia selamat untuk datang.

Kerana tanglung akan naik begitu tinggi ke langit, penduduk tempatan kemudiannya mengembangkan tabiat menulis hajat kepada dewa pada mereka. Ia juga menjadi perkara biasa bagi pengantin baru untuk melepaskan mereka, kerana tiandeng kedengaran serupa dengan "mempunyai bayi lelaki" dalam bahasa Taiwan .
Sumber: taiwan obsessed dot com


Happy semua tengok tanglung masing2 diterbangkan.


Tiba2 bunyi hon keretapi, excited sungguh first time tengok train lalu dekat2. Boleh sentuh sebab dekat sangat.


One for the album.


Bersungguh2 semua dengan tanglung masing2.


Comel nya dia.


Ini adalah kertas berlilin yang dibakar untuk tanglung terbang ke udara. Nipis je.


Pagar sekolah pun ada gambar tanglung.


Kami meneruskan perjalanan ke next destination. Ramai yang berbasikal, cuaca sejuk.


Melalui ladang teh.


Sepanjang perjalanan, memang melalui banyak terowong dan jambatan. Atas faktor geografi negara nya yang bertanah tinggi. 

Dulu dinamakan "Ihla Formosa", atau Pulau Cantik, oleh Portugis, Taiwan adalah tanah yang berbeza. Ia mempunyai segala-galanya daripada pekan dan bandar perindustrian ke bandar luar bandar dan pemandangan gunung yang menakjubkan, daripada upacara Konfusius berabad-abad lamanya kepada muzik moden dan lalu lintas yang huru-hara kepada orang yang mesra yang bersedia membantu orang yang tidak dikenali.

Taiwan ialah sebuah pulau kecil sepanjang 394 kilometer (245 batu) dan 144 kilometer (89.5 batu) lebar pada titik terluasnya, dan termasuk beberapa pulau yang lebih kecil. Kaki bukit dan gunung meliputi lebih dua pertiga pulau itu. Yu Shan (Gunung Jade), puncak tertinggi Taiwan pada 3952 meter, lebih tinggi daripada Gunung Fuji Jepun.

Taiwan sangat aktif secara geologi, seperti yang berlaku di persimpangan plat tektonik Filipina dan Eurasia. Bolong wap dan mata air sulfur panas berlimpah. Gempa bumi adalah perkara biasa di Taiwan.
SUMBER: country reports org


Pit stop di R&R (SU AO SERVICE AREA). Besar macam mall kecik di Malaysia. Banyak tempat makan, kedai souvenir, kedai macam 7e (memang merata2 ada) dll. Pagi2 sebelum check out dah reheat pek Brahim, nasi dan lauk. Guna kettle hotel. Kettle sekarang kan tak ada coil, rendam sekejap. Kettle kami ada tapi kecik. So kami lunch dalam kereta. Malas nak keluar. Thermos dah berisi air panas, ada kopi teh Ovaltine.


Toiletnya, bersih sangat.


BAIMIJINGGUAN BRIDGE 


Terowong.



TAROKO BRIDGE 


Perjalanan kami pada hari ke 3.
TAIPEI - SHIFEN WATERFALL : 31 km (43 minit)
SHIFEN WATERFALL - HUALIEN : 154 km (3 jam 10 minit)

Perjalanan ke Hualien memang agak lama sebab speed limit 60-70km/jam. Nak nangis rasa, tapi kena ikut lagipun jalan macam ke Genting Highland. Berbukit dan berlengkar2. Alhamdulillah ok tak pening muntah. Penampilan kena jaga walaupun duduk dalam kereta je kan, co pilot pun penat, navigator gitu. Mata pun sama sayup cuaca mendung. Macam2 jajan dah telan.


HAPPINESS IS COMING.
Nama homestay, mini hotel kami di HUALIEN. Memang happy la sebab owner AUNTY TANG tu baik sesungguhnya. Walaupun kami communicate dengan gugel translator. Sampai sebelum 4.30pm Alhamdulillah sempat solat Zohor/Asar sebab Maghrib 5.15pm. 


1 queen bed & 1 single bed.


Ada balcony tapi sejuk sangat nak lepak luar, cuaca mendung kan. Kalau panas maybe sedap sikit duduk luar.


Bathroom.


Porch dijadikan tempat park basikal. FOC. Parking lot, belakang sikit je dari bangunan ni. Hubby cycle ke kedai Indonesia yang halal. Memang dah gugel, ada kedai halal Indonesia di Hualien. Makan besar la malam tu. Hubby beli 1 Soto & 1 Nasi Goreng. Sedap. Portion tapau mesti besar, ya memang. Alhamdulillah tak bazir. Cukup2. Lapar, lupa snap foto. 


Main entrance. Eh foto ni patut kat atas masa sampai, tadi tapi tak apa lah. Cacamarba.

Terima kasih singgah sini. 
Take care and stay safe ya semua.

28 comments:

  1. rasanya masa nak gi taiwan dulu saya penah masukkan shifen ni dalam iti.
    tapi tu laa masa tak cukup...

    alam semulajadi kat taiwan ni cantik dan memukau...

    nampaknya kena repeat lagi ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Anies kena repeat memang Taiwan ni banyak tempat cantik. Kami pun tak cukup masa.

      Delete
    2. insya allah
      ada rezeki mmg nak repeat...

      Delete
  2. cantik dpt tgk view waterfall tu...ramai bergmbr di landasan keretapi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik macam mini Niagara gitu lah hehe. Landasan lama banyak sejarah, dekat pulak tu.

      Delete
  3. Masa pergi Shifen waterfall tu hari hujan. Cantik waterfall dia. Kemudian memang ada pergi Shifen Old Street juga. Ada keretapi lalu kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pergi cuaca mendung tapi masih cantik. SHIFEN Old Street dekat je kan, cantik semua. Tak sangka pulak train ada lalu, excited sangat.

      Delete
  4. indah nian pemandangannya.. xdpt ke sana, dapat tengok gambar pun jadilah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah memang cantik pemandangan Allah bagi. Nanti saya share foto lain lagi Insya Allah.

      Delete
  5. wahh menara taipei 101 yg lebih tinggi dr kita punye Twin Tower tuuh kann., tp kita masih ada 2 menara tertinggi didunia ., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ps. botol istinjak tu beli kt shopee ke buat sendiri?

      Delete
    2. Betul diorang cantas Twin Tower kita tapi betul kita ada dua tower kan. Botol tu beli je air mineral pastu minum sampai habis, bawak botol kosong je. Mulut botol tu yang jenis macam Gatorade tu.

      Delete
  6. Suhunya berapa waktu itu kak? Tapi Taipei sering hujan saat January yaa.

    THN lalu Eva air promo besar ke jepang dan Taiwan. Kakak ipar saya beli tiketnya, tapi saya tak Krn nak ke US THN lalu. Makanya saya tunggu lagi lah ada promo dari Eva air 😄. Nak juga nih ke Taiwan jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling rendah 8°C memang sejuk. Ya selalu hujan juga. Nanti Fanny boleh plan untuk ke Taiwan, cantik sangat,

      Delete
  7. cantik jugak taiwan ni rupanya... x sangka pulak toilet diorg bersih... hihi... waterfall tu pun subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum beli tiket kami gugel, tengok YouTubers yang dah pergi memang cantik Taiwan ni. Subhanallah. Bersih sangat negara ni.

      Delete
  8. tempatnya bersih dan cantik. udaranya dingin mcm belas2 darjah celcius kan? aman tinggal di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang cantik dan bersih. Paling rendah suhu 8°C gigil kitorang.

      Delete
  9. Tak sangka Taiwan sangat cantik juga...saya layan baca sambil tengok gambar yang sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah sini. Taiwan memang cantik.

      Delete
  10. Rasa nyaman sungguh melihat Air Terjun Shifen. kalau saya di situ mesti hendak duduk lama-lama menikmati pemandangan dan bunyi deri air terjun.
    Patutlah ramai kawan saya travel ke Taiwan. Rupanya banyak tarikan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak puas jalan2 dimAir Terjun SHIFEN sebab memang cantik. Kami pun baru tau tentang Taiwan ni, banyak tempat cantik rupanya.

      Delete
  11. MasyaAllah memukau sungguh air terjunnya.

    Basikal tu FOC ya? Bagusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat air terjun tu Subhanallah. Ya basikal tu memang ada di homestay. Boleh guna bila2 je khas untuk tetamu.

      Delete
  12. homestay baru ni cantik juga ye.. bestnya jejalan taiwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik bersih kemas. Alhamdulillah diizinkan ke sana.

      Delete
  13. cantik sungguh pemandangan waterfall tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umpama mini Niagara Falls katanya. Memang cantik.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com