Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia dan dimurahkan rezeki sentiasa.
DOA BUAT PALESTINE DAN YEMEN TERUS MENERUS.
Lepas Subuh hubby kerah pakai jacket nak ke pantai. Tengok sunrise. HUALIEN ni macam KUANTAN, KUALA TERENGGANU & KOTA BHARU. Bandar tepi pantai. Di Pantai Timur.
6.15am di Taiwan sama je waktu di Malaysia, 6.15am jugak. Tapi Subuh nya awal 5.10am.
Seawal 6.30am dah ramai rupanya.
QIXINGTAN SCENIC AREA. BEACH. Panjang pantai ni. Ada yang camping jugak.
Pantai di sini tidak berpasir tapi berbatu2.
Cantik batu2 nya, memang batu pebble yang digunakan untuk landscaping kan. Bersih pulak tu.
Khusyuk dua beranak ni.
Semua pun sama, menikmati sunrise.
Subhanallah.
Cuti foto hubby.
Sejuk sangat. Patut pakai selapis lagi.
Hp kita buat hal, kadang2 hang tekan tak berfungsi. Alhamdulillah ada 2 photographer ni hehe.
Matahari dah naik. Pulang mari lah pulang.
On the way, balik terperasan kawasan lapang yang berbunga ni. Apa lagi. Stop kejap.
Not sure tumbuh liar atau memang ditanam. Tapi cantik sangat.
Bye bye. Balik bilik, prepare breakfast, makan roti dengan tuna, peanut butter, chocolate spread, serunding dll Alhamdulillah memang kenyang. Check out, letak kunci di meja Aunty Tang, dia tak ada la pulak. Baik sangat orangnya.
Dah tau kedai Ibu Yani dari Indonesia buka, so kita tapau nasi dan lauk. Serious sedap nampak semua, tapi memang sedap.
Rasa nak tapau semua.
Yang macam KUIH GETAS tu kami tapau.
Dua dua ni pun beli.
Mini kedai runcit. Macam2 ada. Ibu Yani berkawin dengan warga Taiwan. 20 tahun dah katanya.
Suaminya, rajin membantu. Lupa nak snap foto dengan Ibu Yani. Lagipun dia sibuk memasak seorang diri. Kami gugel cari kedai halal di Hualien, jumpa RUMAH MAKAN YANI ni. Maybe ada yang lain tapi yang ni dekat homestay kami.
FARGLORY OCEAN PARK
Tepi jalan banyak gerai jual buah. Geram tengok Pisang. Tak ada orang jaga. Bila snap foto dan guna google translator, ianya GERAI SELF SERVICE. Harga buah ada pada buah. Letak duit cukup2 dalam PETI DUIT tu. Ada cctv tau pada tiang gerai tu. So interesting.
Then tepek harga buah pada peti duit tu. Agaknya lah.
Tengok ada parking lot, ada kereta berhenti. Ada trek rupanya. Kami turun sekejap saja sebab jauh lagi perjalanan.
Public toilet macam biasa sangat bersih.
DAWAN RECREATION AREA
Provincial Highway 11
Atau Lebuhraya Wilayah 11 ,juga dikenali sebagai Lebuhraya Pantai Hualien-Taitung kerana sambungannya antara Daerah Hualien dan Daerah Taitung terletak di pantai timur Taiwan. Lebuh raya ini, iaitu 178.229 km, bermula di Bandar Hualien dan berakhir di Bandar Taitung. Ia juga mempunyai 3 baris cawangan. Kawasan Pemandangan Negara Pantai Timur dan Taman Laut Farglory (Taman Lautan Hualien) juga terletak di lebuh raya ini. Ia dipanggil Tōkaidō semasa zaman pemerintahan Jepun.
Lebuh raya bermula di Ji'an, Hualien di persimpangan Lebuhraya Wilayah 9. Jalan itu berjalan selari di sepanjang pantai timur Taiwan untuk sebahagian besar panjangnya, melalui perbandaran pantai Shoufeng dan Fengbin di Daerah Hualien, serta Changbin, Chenggong, Donghe, Beinan, Bandar Taitung di Daerah Taitung sebelum berakhir di Lebuhraya 9 di Taimali, Taitung.
Lebuh raya ini merupakan pintasan indah yang popular di Lebuhraya 9, yang melalui Lembah Huatung yang lebih padat penduduk . Lebuh raya ini menarik pengunjung kerana formasi batuannya yang unik di sepanjang Kawasan Pemandangan Negara Pantai Timur, seperti Shitiping di Fengbin, tapak arkeologi Baxiandong di Changbin, serta Sanxiantai dan Shiyusan di Chenggong. Lebuh raya ini juga melalui Chihpen, sebuah pinggir bandar di Bandar Taitung yang terkenal dengan mata air panasnya.
(Wikipedia)
Asal saja nampak view cantik, memang kena stop.
Tengok warna air laut ni. Subhanallah cantiknya.
Ada stretch yang boleh park tepi jalan. Ni jalan highway so agak bahaya jugak. Tak boleh stop sesuka hati.
Alhamdulillah cuaca terang cantik.
JING PU TROPIC OF CANCER LANDMARK
Ianya ialah penanda geologi khas di sepanjang jalan di pantai Daerah Hualien, terletak pada 23.5 darjah N, dan merupakan garis pemisah antara iklim tropika dan sederhana. Anda akan melihat bahawa lebih banyak buah tropika tumbuh di selatan sini. Pada waktu tengah hari semasa solstis musim panas, cahaya matahari akan memancar ke bawah pusat hitam monumen, bermakna semuanya tidak akan mempunyai bayang-bayang di bawah matahari. Jingpu telah didiami oleh orang asli selama beribu-ribu tahun. Berdekatan anda boleh menikmati budaya orang asli tempatan, makanan dan menikmati pantai.
(Sumber: foreigners in taiwan)
Masa lalu nampak binaan ni, hubby suruh gugel. Baru tau ini penanda geografi untuk iklim tropika.
Perut dah lapar, intai2 picnic area. Alhamdulillah jumpa yang view awesome ni. Memang ada tepi East Coast Highway beberapa tempat stop untuk lepak kejap. Group motor besar pun ramai yang stop.
Alhamdulillah kami je di sini. January ni bukan peak season untuk orang bercuti.
Dah isi perut, isi minyak kereta, isi angin dalam tayar. Wahhh isi minyak penuh, dapat sebotol air mineral dan tisu satu paket. Alhamdulillah.
CHENGGONG TOWNSHIP. TAITUNG COUNTY. Tak sempat study mukim, daerah, negeri di Taiwan hehe.
Taiwan ni antara negara cycling friendly. Banyak signboard untuk cyclist.
Tak singgah TAITUNG. Tak cukup masa.
Ladang Garam di tepi jalan.
Alhamdulillah sampai TAIMALI. Kira dalam negeri (county) TAITUNG. Ni homestay kami untuk 1 malam. Ada 4 unit berasingan.
Kiri kanan ni milik Rainbow, nama owner ni. Baik akak tu.
Unit kami. 1 Queen bed dan bunk bed. Ada attached bathroom nun di hujung bunk bed.
Living Area. Asyik sangat la anak solehah ni tengok macam2 ada. Belakang tu dapur. Tak ada stove. Ada kettle, fridge besar, sink dapur. Building kecik yang satu lagi tu, ada macam complete kitchen di balcony atasnya. Tengok ada beberapa kereta dengan surf boards. Diorang duduk situ. Siap memasak.
Rainbow dan hubby berkomunikasi guna google translator. Lucu sikit di sini. Tak ada towel mandi besar. Ada hand towel je. Alhamdulillah kami dua beranak memang bawak extra hand towel. Rainbow bagi 4. Dapat lah guna 2 hand towel seorang. Haha.
Front yard. Nak buat campfire pun boleh. Ada meja dan bangku kayu untuk lepak. Tapi kan, sejuk sangat nak lepak luar. Malam tu makan mee segera. Bawak jugak beberapa pek. Standby lah, emergency atau malas. Hehe. Ada seasoned seaweed, ada serunding. Sedap sangat lah. Alhamdulillah.
Baru dapat keluar peta. Hiking TAROKO semalamnya, dengan QIXINGTAN BEACH.
PERJALANAN HINGGA DAY 5.
Taipei - Shifen : 40 km
Shifen - Hualien : 160 km
Hualien - Taimali : 200 km
Begitu lah kira2 nya.
Terima kasih singgah sini. Take care and stay safe ya.
Cantiknya kak...terpegun saya tengok gambar2 tu,dapat juga menumpang tengok suasana kat sana walau tak dapat pergi sendiri
ReplyDeleteGerai buah tu kalau tempat kita agaknya sekejap je dah lesap semua tinggal gerai kosong je
Alhamdulillah memang semua cantik. Tak puas tengok. Hehe tu lah, kalau di Malaysia camna lah. Tapi kalau ada cctv ok je kot.
Deletegambar bunga kat ladang tu cantik sgttt, gmbr laut biru tu pun niceee...dan self-service stall tu menariknyaaaaa. suka la baca entry u niiiii
ReplyDeleteThanks MZ. Memang geram tengok bunga selaut tu. Self service stall tu, memang menarik kan.
DeleteCantik2 tempatnya dan bersih sekali. Nampak macam New Zealand pun ada. Syok berroad trip di tempat orang.
ReplyDeleteTaiwan memang bersih sangat. Betul ada jugak macam NZ. Alhamdulillah smooth road trip kami.
Deletetenang nya tgk gambar
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Terima kasih singgah sini
Deleteseronoknya kalau dapat berbasikal petang2 sepanjang pantai niiii
ReplyDeleteKan, dengan cuaca sejuk mesti tak terasa penat
Deletegerai buah biasa biasa je
ReplyDeletehaaa siap ada cctv uuuu
jgn nak ngelat tak bayar ya hahaah
view laut mmg superb!
suasana macam ni laa buat kita rasa tak nak balikkkkkkkkkkk
Ada cctv memang jangan la ngelat sat lagi viral kan. Betul view laut dengan cuaca cerah Subhanallah memang tak puas tengok
DeletePemandangan waktu pagi di tepi laut memang sangat mengasyikkan!
ReplyDeleteCantiknya bunga warna-warni tu. Mungkin tumbuh liar, biji benih tersebar di sekitarnya dan terus tumbuh di situ.
Makanan di kedai Ibu Yani pun pelbagai, nampak sedap semuanya dan yang penting dijamin halal.
Air laut yang membiru... aduhai! Kalau saya nampak pemandangan cantik, memang hendak tangkap gambar seberapa banyak yang boleh.
View memang Subhanallah cantik sangat Kak Amie. Penuh hp dengan foto. Bunga2 tu memang cantik. Makanan kedai Ibu Yani memang sedap, menyesal tak tapau banyak lagi.
DeleteGerai self service tu sangat menarik!
ReplyDeleteBetul, memang menarik sangat kan.
DeleteMasyaallah lihat airnyaaaa, warna toska cerah 😍😍😍😍. Memang cantiiiik Taiwan. Dan makanan halal pun mudah di sana yaa. Akhir tahun ini saya msh galau nak liburan kemana. Ditambah baca ttg Taiwan, jadi teringin pula ajak anak2 kesana kak 😄.
ReplyDeleteKedai ibu Yani kliatan sedap. Saya denger memang banyak orang Indonesia yg tinggal dan buka restoran di Taiwan. Dulu teman ada yg sekolah di sana. Dia banyak cerita sering makan di resto Indonesia selama di sana.
Betul Fanny memang cantik Taiwan ni. Ya ada kedai halal senang mau makan, tapi banyak nya di bandar besar. Memang sedap makanan dari kedai Ibu Yani. Ya kalau ada kelapangan, Fanny boleh ke Taiwan nanti.
Deletesubhanallah.. cantik2 pemandangan semua ni. mama mmg suka sunset dan bunga2
ReplyDeleteCantik kan sunset sunrise bunga2 semua, Subhanallah
DeleteMasyaAllah…cantikkk pemandangan alam di sana 😍
ReplyDeleteGerai self service tu pun menarik, siap peti duit.
Seronok dapat drive sendiri, boleh stop sesuka hati.
Alhamdulillah smooth drive dan semuanya. Pemandangan memang semua cantik Subhanallah. Kami pun excited tengok gerai tu siap ada peti duit.
DeleteSubhanallah.. cantiknya gambar pemandangan laut tu. Cantik.. gambar-gambar lain pun menarik, suka tengok.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang semua cantik, tak puas tengok
Deletewalaupun berbatu-batu tapi cantik....seronok self-drive di Taiwan..boleh jalan-jalan countryside..
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok. Cantik semuanya
Deletepantai kat taiwan mcm kat jeju pun ada.. cantik :)
ReplyDeleteMemang cantik sangat.
Delete