Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira, dimurahkan rezeki sentiasa.
DOA TERUS MENERUS BUAT PALESTINE, YEMEN SERTA SAUDARA2 DI SELURUH DUNIA.
Dari laut ke tanah tinggi.
Bye bye COLOR RAINBOW HOMESTAY. Tak sempat snap food yang prepare pagi2 sebab nak cepat. Lepas prepare nak kena basuh dan kemas pulak kan.
Pagi2 cuaca tak terang sangat. Bye bye East Coast.
Bila ke kawasan tanah tinggi atau pergunungan, memang akan lalu banyak terowong. Snap mana sempat hehe. Perjalanan hari ke 6, timur ke barat Taiwan.
Hello Pantai Barat.
Cuaca terang tapi sejuk. Memang best la cycling time2 ni.
Buah2 di Taiwan ni, serious lah manis nya. Harga mahal sikit je tapi kalau di Jaya Grocer macam sama je. Manis dan sedap.
Taiwanese Brickkiln Chicken or Clay Oven Roasted Chicken.
Tengok je lah dari jauh. Memang famous di Taiwan. Suka tengok tempayan dan peralatan untuk masak roasted chicken ni.
Pantai sebelah barat.
Stop sekejap, pilot nak lunjur kaki. Nak makan jambu sebenarnya.
Eh ehhh elok je memancing di atas batu tu.
Punya lah banyak gerai2 dengan gambar kelawar hitam ni. Last2 kami stop jugak sebab curious.
Ohhh kacang tanduk/ubi tanduk rupanya. First time tengok. Gugel sebab nak tau. Akak tu tunjuk cara bukak dan suruh makan. Dah siap rebus dengan garam. Sedap.
Tengok bentuk memang scary lah.
Gugel. Begini lah rupa nya setelah direbus, dibuang kulit.
(Photo: Deposit Photos)
Antara nya lah. Driver dan co-driver punya jajan sepanjang jalan. Kacang, chocolate dll.
KAOHSIUNG antara bandar yang ramai pengunjung tapi kami tak cukup masa.
Terowong lagi.
Stop di R&R. Nak lunjur2 badan. Nak ke bilir air. Taiwan ni ada makanan dijual di kedai macam 7e or Family Mart tu, ada logo Halal. Lagi rajin, belek bahan2. Walau ada bahan2 yang untuk vegetarian ke, kena jugak tengok takut ada alcohol.
Nampak terang cuaca tapi sejuk sangat. Sekejap je lepak di luar, bila tak tahan sejuk cepat2 masuk dalam kereta.
Ok. Simpang kita ke kanan.
Jalanraya, bermula pattern nya mendaki.
Menuju ke tanah tinggi.
Alhamdulillah cuaca elok terang.
Pelik jugak, banyak spesis pokok pinang di Taiwan ni.
Jalan tak lebar mana.
Alhamdulillah ada petrol station di ALISHAN ni.
ALISHAN TOWNSHIP ialah sebuah perbandaran orang asli pergunungan di Daerah Chiayi , Taiwan. Alishan ialah wilayah tradisional orang Tsou yang memburu kepala , yang kaya dengan sejarah lisan menggambarkan penghijrahan setiap nenek moyang puak purba ke kawasan antara Yushan dan Dataran Chianan. Kawasan Alishan pada asalnya diselesaikan oleh suku Tsou orang asli Taiwan ; nama itu berasal daripada perkataan orang asli Jarissang . Dari 1920 hingga 1945, kawasan itu diklasifikasikan sebagai Tanah Savage di bawah Daerah Kagi, Wilayah Tainan . Selepas 1945, kawasan itu dinamakan Perbandaran Wufong (吳鳳鄉), sempena nama saudagar Cina Wu Feng , tetapi dinamakan semula kepada Perbandaran Alishan pada Mac 1989.
Geografi
Ia mempunyai jumlah penduduk 5,374 [3] dan keluasan 427.8471 kilometer persegi. Ia terletak pada ketinggian 2,190 meter (7,190 kaki) di tanah tinggi barat Taiwan.
(Wikipedia)
Cari port untuk lunch. Dah pukul 2 lebih. Check in hanya boleh jam 3pm.
Kami bawa foldable camping chair kecik dengan meja kecik. Senang nak stop mana2 untuk lepak makan minum. Bag ada space lagi, bawak je lah. Hehe. Kesian anjing tu sama lapar. Ada roti lebih. Boleh la kongsi. Kami makan nasi dengan lauk Brahim. Dah siap masak nasi di Taimali. Dah reheat lauk. Pack dalam bag elok2 jangan kasi terdedah sangat so that tak sejuk semula. Alhamdulillah nasi dan lauk tak sejuk. Ngam2 sedap makan.
View tanah tinggi.
ALISHAN TEA HOMESTAY. 2 malam di sini.
Simple dan spacious. One and only accommodation kami yang ada heater. Sebab atas gunung kot, memang paling sejuk lah.
2 Queen size bed. Solat siap, nak explore Alishan.
Fenqihu ialah sebuah penempatan di Perbandaran Zhuqi , Daerah Chiayi , Taiwan. Fenqihu ialah sebuah bandar kereta api di Alishan Forest Railway dan terkenal dengan RAILWAY BENTO.
Sejarah.
Orang ramai mula menetap di Fenqihu sebelum Alishan Forest Railway, tetapi bandar itu kekal agak kecil. Pada tahun 1912, landasan kereta api telah dilanjutkan ke Fenqihu. Pada masa lalu, terdapat satu perkhidmatan kereta api di setiap arah setiap hari; memandangkan Fenqihu terletak kira-kira di tengah-tengah laluan, kedua-dua lokomotif wap akan berhenti di sini sekitar tengah hari untuk menambah arang dan air. Penumpang bebas masuk ke bandar, jadi penduduk tempatan mula menjual bento kereta api kepada penumpang ini untuk dimakan, dan bandar itu berkembang pesat.
(Wikipedia)
Stesen Kereta Api Fenchihu – Tempat Perhentian Terbesar Alishan Forest Railways
Stesen Kereta Api Fenchihu ialah tempat perhentian terbesar Alishan Forest Railways dan juga pusat utama untuk pembaikan dan penyelenggaraan. Kereta api hutan akan berhenti di Stesen Kereta Api Fenchihu untuk mengisi minyak.
(Sumber: Fenchichu Hotel)
Alishan Forest Railways – Kereta Api Hutan Terkenal Dunia
Alishan Forest Railways memainkan peranan penting dalam kereta api dunia. Ia adalah salah satu daripada tiga landasan kereta api utama di dunia bersama-sama dengan Kereta Api Darjeeling Himalayan di India, dan Kereta Api Pergunungan Andes di Chile. Alishan Forest Railway mula ditubuhkan semasa zaman penjajah Jepun sebagai landasan pembalakan untuk mengangkut kayu cemara Alishan yang berharga menuruni gunung. Ia pertama kali diuruskan oleh firma swasta tetapi kemudiannya dikendalikan oleh kerajaan kerana lubang hitam kewangan. Alishan Forest Railways pernah digantung semasa tempoh pembinaan kerana kerumitan dan kecuraman rupa bumi seperti cerun zigzag dan suis balik. Kereta api hutan yang terkenal di dunia ini adalah kerja yang hebat, dengan beberapa kecerunan curam, lingkaran dan empat suis balik dan mendaki melalui perubahan iklim yang paling dramatik daripada mana-mana kereta api seumpamanya di dunia yang berbaloi untuk dikunjungi sekali seumur hidup.
(Sumber: Fenchichu Hotel)
BENTO Tengahari Fenchihu Lagenda
Seseorang tidak boleh terlepas kotak makan tengah hari Fenchihu yang legenda untuk perjalanan Fenchihu mereka. Kotak makan tengah hari Fenchihu adalah hidangan ringan yang paling terkenal di tempat itu dengan sejarah yang panjang selama 60 tahun. Tempoh Fenchihu yang paling gemilang adalah apabila kereta api berhenti-di Fenchihu 7 hingga 8 kali sehari.
(Sumber: Fenchichu Hotel)
Kalau ambil apa2 pakej, mostly akan dapat tiap seorang BENTO ni. Kami explore sendiri. Memang sah tak halal Bento ni. Actually nak tengok jugak rupa Bento tapi sampai akhir nya lupa.
Ramai jugak tourist masa ni.
Alishan Wasabi (Akar Sawi Hijau)
Kawasan Alishan ialah tempat yang sesuai untuk menanam wasabi; akar sawi hijau. Mempunyai iklim lembap, Alishan menghasilkan wasabi berkualiti tinggi yang dijadikan produk berbeza termasuk kacang wasabi dan sos wasabi. Kawasan Alishan adalah salah satu daripada beberapa tempat di Taiwan yang wasabi segar boleh dibeli di Taiwan. Akar wasabi segar ini mempunyai warna hijau pudar, haruman ringan, lembut tetapi masih dengan tendangan!
(Sumber : travel king com)
Teh Alishan High-Mountain
Kawasan Alishan bukan sahaja diiktiraf untuk keindahan alam semula jadi yang tiada tandingan dan budaya orang asli yang diperkaya, tetapi juga tempat yang sesuai untuk ladang teh gunung tinggi. Komposisi tanah, iklim lembap, dan perbezaan suhu siang dan malam menjadikan teh Alishan paling terkenal di antara semua teh Taiwan. Selaras dengan kelebihan geografi, ladang teh Alishan diairi dengan air mata air gunung tulen, dipetik tangan, dikeringkan di udara dan dipanggang secara halus dalam proses unik yang meningkatkan rasa manis dan lembut. Pengembara boleh menemui produk teh Alishan di kedai cenderamata di Kawasan Rekreasi Hutan Alishan.
(Sumber : travel king com)
Fenchihu Old Street membawa pelawat melalui perjalanan antik yang unik, dan mengalami perjalanan melalui terowong masa. Disebabkan landskap yang serupa dengan laluan cerun batu berlapis-lapis dan latar belakang sejarah ke Chiufen, Fenchihu dikenali sebagai Chiufen di Alishan.
(Sumber : travel king com)
FENQIHU OLD STREET
Terletak di Daerah Chiayi, Taiwan, Fenchihu terletak 1400 meter di atas paras laut dan pernah menjadi perhentian tengah mengisi minyak untuk kereta api hutan Alishan lama. Ia kini menjadi perhentian bagi pengembara untuk berehat dalam perjalanan ke Kawasan Rekreasi Hutan Alishan. Rumah di Fenchihu dibina mengikut lereng bukit dengan jalan lama sepanjang 500 meter di bawah stesen kereta api. Menjelang pembangunan kereta api dan jalan raya Alishan, pelbagai kedai dan penjual telah menetap di sekitar kawasan ini, Fenchihu dianggap sebagai jalan abad lama dan pelbagai restoran serta kedai cenderamata boleh didapati di sini. Disebabkan kemakmuran pelancongan di Fenchihu, jalan lama dengan ketinggian tertinggi di Taiwan ini telah menjadi salah satu tarikan yang mesti dilihat apabila mengembara ke Alishan.
(Sumber : travel king com)
On the way balik homestay. SUNSET..!!
Macam biasa. Stop kejap. To enjoy the amazing view.
Subhanallah semua cantik.
Alhamdulillah smooth road trip, smooth semua untuk hari ke 6.
Taipei - Shifen : 40 km
Shifen - Hualien : 160 km
Hualien - Taimali : 200 km
Taimali - Alishah : 270 km
Begitu lah kira2 nya.
Terima kasih singgah sini. Take care and stay safe ya.
wowww jauh betul distance ur road trip tu!! kagum laaaa..anyway nice pics and very informative entry
ReplyDeleteThanks MZ. Alhamdulillah smooth semua.
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteSemoga terus ada perkembangan yang baik untuk saudara kita di Palestine, Yemen dan seluruh dunia.
Selalu sangat tengok benda macam kelawar hitam tu di pasaraya tapi tak tahu apa dia. Rupanya kacang / ubi tanduk. Rebus dulu baru makan ye. Nanti bolehlah cuba beli nak try rasa dia. Terima kasih kongsi info.
Ini yang bestnya kalau tak ikut travel agen. Boleh berhenti di mana-mana tempat untuk ambil gambar. Memang teruja sungguh melihat pelbagai pemandangan yang indah sepanjang jalan.
Ciptaan Allah tiada siapa dapat menandinginya.
Doa sentiasa kan Kak Amie moga dihentikan kekejaman terhadap Palestine.m
DeleteKami first time tengok ubi tanduk macam kelawar tu, excited sangat.
Alhamdulillah dipermudah kan semua buat kami, dapat tengok bumi Allah yang indah.
ya Allah tenangnya pantai...
ReplyDeletekacang tanduk tu x pernah rasa..
ldy suka pemandangan sunset/sunrise.. rasa bersama2 mentari menerobos alam..
Kami pun first time tengok ubi tanduk tu, sedap.
DeleteSubhanallah memang tenang, cantik pantai dan semua nya, sunrise sunset
Hehe ingatkan betul-betul jual kelawar rupanya buah.
ReplyDeleteCantik di setiap tempat persinggahan, tempat sejuk.
Kannn memang sebiji macam kelawar.
DeleteMemang cantik semuanya Alhamdulillah
sunset yg lawa., hehe
ReplyDeleteMemang lawa Wak
DeleteAmboi... Jauh 'man bai' merenung bintang di langit....
ReplyDeleteTengok laut tu lama tak menyelam hehe
DeleteCantiknya gambar permandangan ni......
ReplyDeleteAlhamdulillah memang cantik sangat
Deleteingatkan tanduk betul, bila baca kali kedua rupanya kacang.. mcm mana rasanya tu ye.. ngeri rupanya
ReplyDeleteMemang banyak gerai jual ubi tanduk tu. Rasanya macam buah berangan tapi tawar sikit
DeleteBestnya jalan-jalan macam ni. Jalan-jalan stop menikmati permandangan sambil berehat. Enjoy sangat kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok sebab tak terikat dengan orang lain dan schedule yang dah ditetapkan
DeleteKacang tanduk tu ada jual di Malaysia. Saya jumpa di Aeon kalau tak silap. Tapi tak pernah membeli.
ReplyDeleteSis explore Alishan ni naik kereta jugak ya? Atau jalan kaki je.
Tu la hubby kata macam pernah jumpa.
DeleteALISHAN FOREST tu kami drive dari homestay. Parking di dalam recreational park area tu pastu explore kena jalan kaki lah.
Tak pernah cuba lagi kacang tanduk ni tapi apa-apapun cantik lawa sungguh pemandangan kat sana, tak puas tengok. (saya baca entry dari hadapan ke belakang).. patut baca dari hari pertama trip.. hahaha..
ReplyDeleteMemang first time jumpa kacang tanduk ni. Memang cantik Taiwan ni Subhanallah.
DeleteHaha takpe takpe baca la dari mana pun & Terima kasih singgah baca.
travel self drive gak yg best.. boleh singgah kat mana2 suka :)
ReplyDeleteInsya Allah, free and easy. Dapat singgah tempat cantik lama sikit
Deletepertama kali tengok ubi bentuk tanduk....scary kan....bestnya, driving di westcoast line, view laut...
ReplyDeleteSaya pun first time, shape dia memang scary kan. Alhamdulillah memang best dan cantik drive di east dan west coast Taiwan ni.
DeleteKalo jadi ke Taiwan, rasanya rute kakak bisa saya contoh. Jadi teringin pula sewa mobil kalo kesana. Jadi gampang transportnya kan.
ReplyDeletePas lihat kacang tanduk, saya pikir jual kelelawar juga 🤣. Tak menyangka itu kacang😅. Unik tapi memang seram bentuk dia.
Boleh saja Fanny. Kami juga tak sempat ke banyak tempat lain sebab masa yang limited. Kacang tanduk tu sedap tapi bentuk memang seram kan, berupa kelawar.
Deletecantik la tempat nie...yang pasti sejuk dan cuaca begitu sangat bagus untuk bersiar-siar
ReplyDeleteSubhanallah. Memang cantik dan seronok jalan2 sbb cuaca sejuk
Delete