Friday, March 28, 2025

MI CALONG. SELAMAT BALIK KAMPUNG.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Salam 27 Ramadhan. Salam Jumaat Penuh Berkat.
Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.

Doa berterusan buat saudara2 kita di P.A.L.E.S.T.I.N.E. 
dan negara2 Islam lain yang di dalam kerumitan.

MI CALONG. TAHU BEGEDIL MINI. 
KUIH LOPES. KEK LAPIS. AIR BARLI.


Lama tak buat Mi Calong. Isi ikan pun ada.


Isi ikan tanpa tulang 1/2 cawan, 3 bawang putih, 1 /2 suduteh lada sulah, segenggam daun sup, garam, 1 sudur minyak sikit, 1 suduteh tepung ubi. Ditumbuk atau dikisar dalam food processor. Yang ni buat sikit je so guna food chopper yang tarik2 tali tu.


Tumis 8 bawang putih yang diketuk2. Masukkan 2 cawan air, 3 sup punjut, 3 kulit kayu manis, 3 bunga lawang dan tulang ikan kalau ada. Biarkan mendidih 5-10 minit. Keluarkan atau tangguk/timbok semua bahan yang ditumis kecuali sup punjut, dengan penapis macam di atas atau boleh ditapis. 

Bulat2 adunan isi ikan dan masukkan ke dalam periuk dengan sup yang mendidih. Tak sempat nak membola, guna sudu je. Maka fish ball tu tak lah bulat.


Masukkan fish cake dipotong panjang. 


Juga keropok lekor dipotong seperti di atas atau ikut suka bentuk apa pun. 


Last, masukkan tahu bulat goreng dipotong dua. Daun sup dan bawang goreng, lupa aihhh. Boleh dimakan dengan taugeh, lupa beli.


Tahu Begedil Mini. Ada filling lebih dalam freezer. Potong dua senang sumbat filling ayam dan kentang lecek tu. Celup tepung dan bakar/masak guna air fryer. 


Guna mihun, makan dengan Sambal Kicap brand Enaq. Menu Iftar Rabu rasanya.


Semalam, Khamis 7.40am drive balik Putrajaya sekejap. Day trip je ni
,Ambil barang2 perlu, ambil anak solehah di campus pukul 4pm dan drive balik Kuantan. On the way tu, area Wangsa Maju, tengok Twitter X ada accident dalam terowong sebelum Genting Sempah arah Timur. Waze suruh ikut jalan lama, lalu Jalan Gombak.


Alhamdulillah kereta pun tak banyak.


Wazers yang update. Kami di laluan jalan lama warna purple, warna pink laluan highway KL-Karak.


Berapa bengkang bengkok nya jalan kami, tapi Alhamdulillah smooth. Yang ambil jalan highway katanya stuck sejam dan lebih jugak. Kami exit di Getting Sempat.


Dari Genting Sempah, kereta agak banyak tapi bergerak.


Lepas Tol Karak, Alhamdulillah lengang sikit dan smooth.


Alhamdulillah. 7.40pm petang sampai rumah, day trip, pergi balik 12 jam. 7.40am pagi drive dari Kuantan ke Putrajaya. Kami dah siap tapau roti nan dan ayam tandoori. Beli di kedai Arab berdekatan campus sebelum ambil anak solehah. Takut kena berbuka dalam kereta. Azan Maghrib kami makan kurma je dulu dan minum air dalam kereta sebab 20 minit lagi nak sampai rumah. 

Ramai dah mula pulang ke kampung. Take care dan moga dipermudah kan semua urusan perjalanan. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<

20 comments:

  1. ramai yang balik kampung awal gayanya tu...
    selamat hari raya kak maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung awal boleh berbuka sahur dengan keluarga kan.
      Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga

      Delete
  2. Sedap tengok mi calong dan tauhu begedil mini.
    Apa-apa pun bila travel memang kena refer waze kan, takut sesak dek accident.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Masak yang ahli rumah ni suka hehe.
      Betul kena tengok Waze selalu untuk latest update.

      Delete
  3. sedapnya mee calong tu...

    ReplyDelete
  4. waahhh sis Mulan dah selamat sampai kampung ye? takpelah jln lama bengkang bengkok aslkan tak jemm hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi KL ambik anak solehah je, hala balik Kuantan jalan dah start sesak.

      Delete
  5. Kereta banyak tapi gerak ok... Jangan yang stuck tu! Stress!

    ReplyDelete
  6. Dulu2 pi kuantan memang cari mi calong ni

    ReplyDelete
  7. Belum pernah merasa mi calong. Kat mana ada jual?

    ReplyDelete
  8. Nampak sedaaaap mi calong nya kak 😍😍😍😍. Belum pernah coba kalo ini.

    Waah kak Mulan dah mudik yaaa. Seruuuu pasti. Saya tak bisa mudik lagi THN ini. Harus tunggu asisten saya balik dulu baru bisa pergi. Sebab nanti tak ada yg jaga kucing2 saya. Dah bertahun2 kami tak mudik lebaran, Krn asisten mudik. JD kami balik kampung biasanya saat sudah bukan peak season 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mi calong sedap. ini mi sup dengan fish ball homemade saja,
      Belum mudik, ke KL untuk ambil anak solehah dan ambil barangtdi Putrajaya.
      Kami beraya di Kuantan dulu. 😍

      Delete
  9. Lama jugak tu travel utk balik kg. Saya dh selamat smpai kat kg hari khamis ptg.alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Day trip tu je. Ambil anak solehah di campus, sambil2 ambil barang2 di Putrajaya. Petang balik Kuantan.
      Alhamdulillah MZ dah sampai kampung bestnya.

      Delete
  10. Mi calong nampak sedapnya Mulan. Saya tak pernah rasa tapi saya tahu sedap sebab bahan2 semua tu saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang favorite kami. Try la buat, macam sup ikan je.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com