Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Dah masuk malam 21 Ramadhan.
Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.
Doa berterusan buat saudara2 kita di P.A.L.E.S.T.I.N.E.
dan negara2 Islam lain yang di dalam kerumitan.
Iftar tadi. BIBIMGUKSU, BAKWAN LEPER, KOREAN FRIED CHICKEN, JELLY MANGO, BUBUR SOM SOM, SOYA CINCAU, LAICIKANG.
Spaghetti yang tersilap rebus lama, terlembik, ada lagi dalam freezer. Pujuk anak soleh buat Bibimguksu favorite dia dan Cheesy Korean Fried Chicken tu. Dia ok je. Air fry drummet Ramly. Coated dengan sos Gochujang dan mozzarella cheese. Alhamdulillah. Soya dalam kotak + Cincau. Jelly Mango ada extra buat dua hari lepas kot. Tepung Bakwan ada separuh lagi, terlebih air, leper jadinya. Macam jemput2 gitu. Sedap guna tepung tu. Tambah daun sup & udang kering cincang dengan bawang besar potong dadu.
Bubur Som Som siap tadi. 10 minit je buat nya, Alhamdulillah.
SPAGHETTI ALA LASAGNA
Semalam hubby berbuka di luar. Spaghetti yang terlebih rebus tu memang banyak. Kita cipta resepi baru. Anak soleh ok je asalkan ada bahan yang dia suka, apalagi cheese lah.
Balik rumah mak semalam. Mak bagi Ayam Bakar seketul . Dalam freezer pun ada ayam bakar seketul. Carik2 ayam tu. Ada jugak Sos Chicken Bolognese leftover dalam freezer.
Tumis bawang besar dadu. Masukkan ayam dicarik, sos ayam Bolognese, tomato + capsicum potong dadu, sos tomato, serbuk paprika, oregano, onion powder, garlic powder, lada hitam & garam. Jangan masuk air sebab tak nak berkuah. Kacau sebentar. Ketepikan.
Sos Bechamel Derhaka.
Cairkan 1 suduteh butter, masukkan 3/4 cawan susu fresh, tepung gandum 1 suduteh & garam 1/2 suduteh. Kacau sampai pekat. Ketepikan. Kalau gugel resepi, lain caranya. Yang ni derhaka sikit resepi dan cara nya.Panaskan non stick pan. Tuang minyak sikit dan ratakan. Spread spaghetti. Sepatutnya pukul 2 telur dan curah atas spaghetti tapi tak sempat, malas pun ya. Letak topping ayam yang dimasak sebelumnya, diikuti sos bechamel dan tabur mozzarella cheese. Tutup kuali dan biarkan cheese cair. Tak perlu lama sebab semuanya telah masak.
SPAGHETTI ALA LASAGNA
Bila tak letak telur, spaghetti tu tak melekat sama sendiri, maka dah jadi macam Cheesy Spaghetti Bolognese. Tapi kita buat, kita makan. Anak soleh kata sedap. Alah ada cheese kan, favorite nya. Makan dengan Jalapeno dan Pitted Olives memang sedap.
LAKSA SARAWAK.
Iftar AHAD rasanya di Putrajaya. Masak Laksa Sarawak guna pes dari sana. Nak makan tapi malas sikit so topping atas laksa tu caca marba je. Tauge lupa buang ekor. Udang tak buang kulit. Ayam carik kasar2.
Untuk sambal tu, dalam freezer ada sikit sambal nasi lemak leftovers makan2 dengan geng minyak angin sebelum puasa. Defrost sekejap. Kisar halus udang kering sedikit, guna chopper mini yang tarik tali tu. Masak sekejap dengan sambal nasi lemak, tambah gula melaka sedikit. Sedap.
Ada extra keledek 2 ketul. Bubur Cha Cha siap rebus pun ada dalam freezer. Masak Bubur Cha Cha dengan keledek. Kek Lapis ada lagi. Stok Keropok Lekor dan Karipap frozen ada dalam freezer.
LAKSA PENANG. BUBUR PULUT HITAM. MANGGA. KEK LAPIS. MANTOU (Bazar Ramadhan) KARIPAP + BUBUR CHA CHA (semalam nya).
Hubby ni rajin betul beli tembikai. Banyak sangat so kita blend buat jus.
Sahur. Ada ayam bakar leftover. Carik2 kan + capsicum & tomato potong dadu. Panaskan dalam non stick pan dengan sedikit minyak, curah telur yang dipukul. Letak wrap. Sapu butter atas wrap, untuk dapat kan wrap yang garing. Terbalikkan bila telur dah masak. Letak sliced cheese. Tuang sos dan letak lettuce atau sayur apa2 lah.
IKAN GRIL BER-CHEESE
Iftar Rabu. Hubby berbuka di luar. Minta tolong dia siang ikan besar sebelum pergi. Ikan yang dia tangkap tahun lepas. Ada bahagian di fillet kan. Buat grilled fish. Marinade dengan garam, lada hitam, paprika dan jus lemon. Yang ni bakar atas non stick pan, guna api sederhana kecil. Bakar dua2 belah, sebelum angkat, tabur mozzarella cheese dan tutup pan sekejap untuk cairkan cheese. Makan dengan salad dan apa2 sos yang suka. Anak soleh suka Tabasco dan Sriracha.
Laicikang ni masak hari Selasa rasanya. Jelly Nona ni akan dimasak kalau dessert tak sempat buat awal. Yang merah tu strawberry. Kena simpan stok jelly ni.
Ini lah ikan yang di pan fry.
Sambil pan fry ikan, masak Kari Kepala Ikan jugak. Simpan untuk sahur esoknya Khamis, makan dengan Prata. Alhamdulillah atas nikmatNya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<
Kreatif la Mulan, masakannya beraneka, ada menu yg kita tak pernah tahu pun kewujudannya.
ReplyDeleteNampak menarik juga spageti tu. Meriahnya menu semua.
ReplyDeleteKreatifnya, dalam menggunakan bahan tak habis. Dan nampak sangat menyelerakan!
ReplyDeleteKreatif + dapat elakkan pembaziran.
ReplyDeleteSaya pulak, jika lauk banyak, saya simpan separuh dan sejukbekukan, hanya simpan sikit untuk sahur nanti. Lauk yang dah simpan tu boleh guna akan datang. Paling mudah dan jimat bila balik kerja terus panaskan je. Anak2 tak cerewet, mudah kerja mak budak.. hehehe..
lepas 'pergi' sarawak 'pergi' penang pula ya hehehe
ReplyDeletewahhh besar betuk kepala ikannya tuuuu
ReplyDeletekompem banyak isiiiiii
Bukan beshe2 menu ni... Orang bayak ilmu memasak je tau...
ReplyDeleteMenu semua superb la Kak...
ReplyDeletekak mulan, sedap sungguh makanannya... akka tinggal di mana? nk datang rumah sebab nak makan... :D :D :D
ReplyDeletePerghhh kari ikan tu Mulan.....bab bab pasta ni Dania la peminatnya. Nak nak ada cheese lagi.....
ReplyDeleteMenarik menunya.
ReplyDeleteW'salam sis,
ReplyDeleteWah banyak jenis juadah dari citarasa tempatan hingga over the sea :-)
Semua nampak sedap dan menyelerakan..