Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
SALAM JUMAAT PENUH BERKAT
Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.
Khamis. Semalam sampai Putrajaya 3pm. Hubby kata drive pergi BAZAR RAMADHAN MASJID BESI terus. Memang tak dapat masak lah, tak sempat. Asalnya tak nak ikut sebab penat drive sorang2 dari Petronas Gambang. Hubby online meeting dalam kereta. Anak soleh drive dari rumah, mintak tukar sebab mengantuk sangat. Hujan pun lebat di beberapa kawasan. Pagi ni Jumaat hubby meeting di KL.
Ikut jugak la sebab nak tengok. First time ke Bazar Ramadhan ni. Haaa amik pukul 3pm, panas litlit. Payung tak bawak.
Gerai banyak belum bukak.
Dulu viral kan. So kita beli lah.
Lama tak makan, beli 5pcs.
Pengunjung non Muslim tu, enjoy nampak membeli sambil minum hehe.
Dapat peluk balang tu best sebab agak panas.
Anak soleh punya.
Rojak Cucur Udang. Taufufa. Putu Piring. Burger. Keria. Air Soya.
+ Tepung Pelita
Ayam Bakar Bazar PRESINT 15.
Ayam Bakar Bazar Masjid Besi belum masak. Beli untuk sahur, hubby nak buat sandwich. Hidang je dulu. Actually hubby ada beli Kuetiaw + Mi Siput goreng, makan dengan Ayam Bakar ni masa sahur.
Perlis Cheese Steak. Memang sedap. RM15.
Agak banyak menu nya tapi kami makan untuk berbuka, moreh sikit dan sahur. Alhamdulillah kenyang dan ada yang lebih, masuk freezer boleh sambung makan hari ni lagi. Alhamdulillah semua sedap.
Minggu lepas, buka TIKTOK nak cari resepi. Tiba2 keluar live palazzo ni.
Macam comfortable sangat sebab loose. Terasa nak beli.
Sesungguhnya memang 28 sen...!!!
Selasa dah sampai. Ini lah palazzo nya. Tebal sikit saja dari jeans biasa tapi ok lah sangat. Tapi rasa macam biasa je tebal macam tu. Memang ada jenis tebal kan. Pakai masa bercuti tempat sejuk pun ok. Drive/duduk depan dalam kereta sejuk2, nak bersila dalam kereta memang selesa. Apalagi nak jalan2. Bahagian punggung memang loose sebab potongan macam seluar tidur dulu2. Love it. Boleh pakai travel dalam kereta balik Raya ke Selama & Taiping nanti.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<
Oh Palazo ni kat Panda Eyes ya? Ada kawan Dania sorang keje situ branch IOI City Mall. Berbaloi betul harganya tu. Nampak Mulan gi Bazaar tu macam tak ramai orang je lagi. Time saya gi ramai....sebab dah lewat dah dalam jam 5 ptg camtu
ReplyDeletemurah betul 28sen. ammi selalu beli set baju dari panda eyes ni buat pakai gi kerja. senang takyah iron
ReplyDeleteinsya allah mggu dpn kalau x hujan sy nal drg sini
ReplyDelete28 sen gula2 sebiji dpt laa,😁
ReplyDeletePatut ramai yang membeli di tiktok, boleh dapat harga murah sangat.
ReplyDeleteMenarik bazar ramadan putrajaya. Perlis cheese steak, nampak sedap.
Uncle masih tak pandai shopping kat TT
ReplyDeleteMemang harus lah chek out kalau 28 sen je..
ReplyDeleteEsok cadang nya nak ke putrajaya juga.. Insya-Allah
tu diaa Mulan, meriah menu itu lah bahaya kalau masuk bazar kan :)
ReplyDeleteSesungguhnya 28 sen!
ReplyDeleteYa ampun....
Mulan, Kak Amie terliur tengok tepung pelita dengan putu piring tu.
Murah betul 28sen je tu. Berbaloi beli. Meriahnya menu berbuka. Cie sampai hari ni belum pernah jejak bazar lagi.
ReplyDelete