Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
KEDAI EDA YASSIN
Suatu pagi sebelum brisk walk. Kami breakfast di sini. Pernah datang sekali sebelum kedai ini terbakar, masuk TV rasanya.
NASI DAGANG dia memang sedap. Seperiuk besar lauk nya.
Banyak juga juadah yang lain.
Ruang makan.
Punya seronok makan dengan anak solehah, lupa snap foto Nasi Dagang. Pukul 7am memang tak ramai orang. Lepas pukul 8am akan panjang la line beratur.
TAMAN GELORA
Dah kenyang kena jalan2 kata hubby.
Tasik kecil di Taman Gelora ni dulu memang banyak teratai. Kalau berbunga elok, memang penuh.
Alhamdulillah ada lah sikit beberapa yang mekar.
Ada jugak hidupan lain di dalam nya.
BUKIT PELINDUNG
Ahad baru ni, wahh pagi2 dah penuh parking. Park seberang jalan lah.
Membebel anak solehah tak nak naik bukit, alih2 dia yang laju.
KUANTAN tak banyak bangunan tinggi.
Alhamdulillah dah lepas 1km bila nampak pencawang ni.
1.4km COMPLETED
PANTAI PELINDUNG. Bawak anak solehah yang belum sampai. Hubby tukar gear pikap dia, tak perlu jalan jauh atas pasir. Park di entrance resort lama. Penat sebab dah naik bukit.
Cuaca memang agak mendung, masih monsoon.
Cuaca terang menghala ke Utara.
Sayup2 matahari di sebalik awan.
MURAL PENYU yang pernah viral dulu.
Jalan lain ke PENYU NO2.
Pasir masih cantik bersih walaupun kurang putihnya. Laluan kapal2. Hala pulang, makin ramai pengunjung apa lagi cuti sekolah dan hari Ahad.
Pantai di Kuantan ni memang panjang bersempadan dengan Johor dan Terengganu. Kegiatan ekonomi, laut dan darat, antara faktor cantik bersihnya keadaan pasir dan pantai di mana jua. Yang juga utama, kesedaran sivik pengunjung.
JAGA LAH KEBERSIHAN DAN BAWA PULANG SAMPAH KALIAN, DI MANA JUA.
Sekolah Rendah dulu.
PASAR TAN. Tak beli banyak.
WARUNG BREKPES @ SENJA CAFE
Dah hampir pukul 12, terus ke sini. Masih menu makan pagi tapi tak apa.
NASI KERABU. NASI MINYAK. NASI GULAI IKAN.
Alhamdulillah semua sedap. First time makan di sini. Baru buka beberapa bulan.
Beli dessert lupa nama, sedap sebab kurang manis.
TAMAN KERANG
Ahad ada Pasar Karat. Saja2 jalan tengok2.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Cantik2 pemandangan gambar2nya
ReplyDeleteJeles dgn org Kuantan, hari² boleh pergi pantai đ
ReplyDeleteTak ramai org dah ke Kak pergi tgk mural penyu tu?
Bab kebersihan ni t/jawab setiap orang, kena ada mindset begitu barulah persekitaran terjaga.
Nak ke Kuantan juga bulan Februari nanti.. thanks infonya..
ReplyDeleteCantik pokok teratai..seronok nih JJCM di bdr Kuantan..
ReplyDeletecantiknya bunga2 teratai tu :) ... best kalau dpt JJCM kuantan :) bln august nanti (lmbt lagi), my faculty ada nak buat family day kat awana kijal, kiranya tak jauh dari kuantan kan... anyway, selamat beristirehat sempena cny ari ni :) MZ ni tgh pulun update slides sbb mlm ni ada online class (masters class)
ReplyDeleteBreakfast kedai first tu terbakar dah? Eh sayangnya cantik tempat makannya tu. Senja tu pun nampak menarik.
ReplyDeleteCaption tu memang Pasar Tan atau typo Pasar Tani?
ReplyDeleteCantiknya pokok teratai tu!
ReplyDeleteSaya kalau singgah blog kak mulan slalu drolling tgok gmbar makanan sedap2