Wednesday, August 31, 2016

SELAMAT HARI MERDEKA..

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. 

Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.. 


Moga Malaysia sentiasa aman damai.. Moga rakyat Malaysia yg berbilang bangsa kekal #sehatisejiwa

Dagu saya berjahit, parut kekal hingga kini.. Mengimbau sejarahnya.. Kisah pada tahun 70-an di TRANSIT QUARTERS, KUANTAN (sekarang tersergam EAST COAST MALL di atas tanah itu).. Jatuh tersungkur slide sbb lantai rumah basah (saya tak buas, cuma suka berlari hahahaa).. Rasanya aunty/uncle (berbangsa China) sebelah rumah yg hantar ke hospital, kalau pon saya silap, mereka memang sentiasa baik & helpful.. 

Di kala itu juga, Mak & arwah Papa both bekerja.. Tiada pengasuh & tiada Taska ketika itu.. Saya dihantar ke rumah jiran depan (berbangsa India) sewaktu mereka bekerja utk seketika waktu.. Saya dijaga dengan baiknya..

Bila terpegang dagu, saya teringat mereka, jiran2 lama saya.. Moga mereka sihat & gembira..

No comments: