Wednesday, December 20, 2023

PUDING RAJA HOME MADE. WEEKEND & GATHERING.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia selamanya.

DOA TERUS MENERUS BUAT PALESTINE

PUDING RAJA PEKAN, PAHANG

Sabtu pagi baru ni, 11am ke KL, Alhamdulillah mak nak ikut.


(Bunga2 kuning, mak, 3 aunty & me)
Lepas Tol Gombak, ambik aunty di Ampang dulu. Then drive ke Putrajaya, pick up 2 aunty lagi. Sangka kami, Makcik Senah ni duduk Bangi, rumah anak. Rupanya duduk Ampang, rumah dia. Maka patah balik ke Ampang. Alhamdulillah tak jem. Asalnya nak drive Honda Jazz aunty, tapi sebab berlima so hubby drive Jazz aunty (dia ada event lain petang ke malam). Sampai tol, baru perasan kad TnGo dalam kereta Jazz, hubby pulak ambik smartag sebab nak drive ke KL. Kami asalnya plan ronda area Bangi & Putrajaya je kan. Try IC mak dekat tol, sebab mak kata ada duit dalam IC dia. Tapi tak lepas. Andak kata IC buruk sangat sebab dah kuning haha. Nervous kereta belakang banyak. Acik bagi IC dia. Alhamdulillah lepas, ada duit yang dia tak tau pun ada haha. Fuuhhhh. Berpeluh dalam aircond. Wa macam biasa relax cool je. Lepas tu gelak bagai nak rak la 5 beranak ni.


Seronok mak jumpa kawan baik lama dia. Kami semua pun sama kenal, sama baik. Macam keluarga. Selesai dijamu mee goreng anak nya masak, kami tengok2 pokok. Macam2 jenis, subur elok cantik semua.


Makcik Senah offer ambik lah pokok mana2 berkenan sebab tak larat nak jaga dah. Uihhh aunty bertiga tu punya excited.


Suka nya dia ya.


Angkut jangan tak angkut. Habis kereta kita haha. 


Tak tau pokok apa tapi boleh makan jadikan ulam.


Sessi mengenal pokok. POKOK AJINOMOTO. First time dengar.


Macam2 lah cerita ya.


Penuh. Sarat haha. Hingga hari ni tak sempat nak basuh kereta lagi. Masih di KL. JJCM. Jalan2 cari family dan kawan2 lama tak jumpa. 


Ahad 10am ke Food Court Presint 9. Brunch dengan mak, hubby & 2 aunty.


Sedap nya Mee Rebus ni. Cekodok Pisang yang goreng panas2 pun sedap.


Memang ramai, Ahad pagi kot.


Ahad petang. Potluck & gathering di rumah aunty Sg Merab.


Mak & 3 adik.


Sepupu2 & anak2.




Sambut birthday. Alhamdulillah penuh meja. Macam2 ada.



PUDING RAJA. 
Lama tak buat. Alhamdulillah frozen JALA EMAS ada lagi, bawak siap dari Kuantan. Bawah tu pisang emas digoreng. Dah tak nampak, ditutup dengan Jala Emas.


Begini lah rupa Pisang Emas yang digoreng. Api yang kuat tapi goreng sekejap saja. Buat sendiri boleh control gula dalam kuah susu. Sebab yang lain dah manis. 


Isnin. Ajak mak, aunty, cousin, anak solehah & niece lunch di IOI Mall. Ke Restoran Indonesia. Favorite mak, Jus Avocado.


Lupa snap foto. Ambik video je. Borak2, lupa.


Sedap. 


OBJET. Acik nak cari carpet. Tak ada yang berkenan.


Sebelum balik, makan dessert dulu. Croffle favorite di sini.



Alhamdulillah. Time well spent. 

46 comments:

  1. Masyallah..cantiknya puding raja tu...

    ReplyDelete
  2. nasib tak bawa Jazz kalau tak takdapat la aunty2 nak menyumbat pokok2 tu...
    tengok puding raja akak baru perasan eh dah lama juga xbuat puding raja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau bawak Jazz memang terkenil je la tengok pokok hehe. Sekali sekala buat dan makan puding raja ni memang sedap kan

      Delete
  3. Allahu seronoknya gegirls day out dgn mak & aunties gini. Enjoy the moment to the most, sy dah takde mak & mak2 sedara semua dah kembali kepada-Nya.
    Dulu sy pelik nape makcik² suka bila nampak pokok, angkut bawa balik rumah. Now dah 40-s baru faham, sebab diri sendiri pun suka angkut pokok rumah org, provided that depa offer la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami duduk jauh2 bila sekali jumpa memang best sangat. Betul kan, suka sangat kalau orang bagi pokok

      Delete
  4. seronoknya bergather2 macam ni tentu byk perkara nak bercerita. mama first time jmpa puding raja beberapa tahun dulu di kuantan. manis kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang best kumpul ramai2. Last kumpul ramai2 hari tu lepas raya. Memang ramai di KL/Sel lagi. Puding Raja kalau buat sendiri boleh kurangkan gula

      Delete
  5. sedapnya makanan....memang layan makan ramai-ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua sedap. Paling best gather ramai2.

      Delete
  6. sedappnya puding raja tu lama x mkn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la senang je cuma jalamas tu memang beli yg siap sbb renyah nak buat hehe

      Delete
  7. Waaah baru lihat puding raja...jadi di bawahnya ada pisang ya kak. Nampak sedap. Jalan2nya saya penasaran cara nak bikin.

    Bagi yg suka gardening memang excited pasti melihat banyak pokok begitu 😄. Saya hanya sebatas suka, tapi memang tak bisa kalo disuruh merawat tanaman.

    Jus alpukat memang best. Favorit anak2' saya tiap kali pergi makan di restoran.

    Dulu saya pun suka dan buat sendiri supaya tak terlalu manis. Tapi skr lebih suka alpukat dimakan begiu saja unyk sarapan. Tambah madu dikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap puding raja. Ya pisang di bawah nya. Jus alpukat juga favorite kami.

      Kalau pokok2, saya suka tapi kurang pandai sebab banyak pokok tak tumbah cantik hehe aduh :(

      Delete
  8. terliurnya puding raja tuuuuu

    ReplyDelete
  9. sedap tgk mee rebus tu...wah puding raja homemade....atas croffle tu aiskrim ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap mee rebus. Puding raja tu senang je buat cuma jalamas beli siap sebab renyah nak buat. Atas croffle tu yogurt aiskrim, tambah topping cokelat sedap.

      Delete
  10. Tu dah jadi 'green car'.... :D

    ReplyDelete
  11. puding raja tu x pernah makan. cuma mampu makan jala emas n buah tanjung aje pd bulan puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jala emas & buah tanjung byk dijual pada bulan puasa

      Delete
  12. Replies
    1. Alhamdulillah, memang meriah sbb lama tak jumpa :)

      Delete
  13. nak buat tak reti. bla jumpa kat luar, rasa mcm tak senonoh je org yg jual puding raja ni haihhh... seddapnyaaaa lahaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli frozen jala emas je, yg lain buat sendiri senang je mmg sedap

      Delete
    2. nnt sy try riki2 kat kedai dessert...

      Delete
  14. Betul2 menarik pusing diraja...lama benar dah rasanya tak makan.nak buat sendiri memang x terbuat nak beli tak tau naknbeli kat mana....

    ReZeki dapat berkumpul semoga semuanya sihat belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Alhamdulillah dapat berkumpul ramai2. Senang je buat puding raja ni kecuali jala emas tu

      Delete
  15. Cuya tk pernah merasa lagi puding diraja...mana nk cri la klo area Melaka ni

    ReplyDelete
  16. terliur la puding raja tuuuu

    ReplyDelete
  17. sedap2 semua makanan...mee rebus tu..yummy! pernah makan puding raja, beli dgn kwn ofis..manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mee Rebus tu mmg sedap. Puding raja tu kalau buat sendiri blh kurangkan gula sbb Pisang dah manis tambah pulak Jala Emas, prunes dan cherry kan.

      Delete
  18. Dapat bayangkan 'meriah' cuba IC masing-masing untuk lepas tol hehehe.. Rasa seronok bila berkumpul ramai-ramai, dapat makan sedap dan kongsi rezeki dapat bawa balik pokok hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang kepoh la dalam kereta masa tu. Tak sempat pulak nak record ya la tgh kalut. Memang seronok sebab jarang dapat jumpa ramai2. Dpt pulak pokok free hehe Alhamdulillah

      Delete
  19. Seronoknya dapat jumpa kawan² lama. Bila hubungan baik dah macam keluarga dah kan. Alhamdulillah..sesi bawa bunga atau benih bunga tu wajib bagi mak-mak..hihi...
    Tak pernah lagi rasa puding diraja ni. Teringin juga rasa tapi tak jumpa orang yang menjualnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang seronok apa lagi kalau ada yg uzur. Auto jadi happy dapat jumpa kawan lama. Aunty2 tu memang suka la pokok bunga. Di KL ada rasanya jual puding raja tapi tak tau la di mana.

      Delete
  20. Puding Di Raja tu macam memanggil2 SA la kak...hehehehe...seronoknya JJCM jumpa kawan- kawan saudara mara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puding Raja memang sedap. Buat pun senang asalkan cukup bahan tabur2 atas tu hehe. Betul JJCM dgn kawan2 dan keluarga memang seronok.

      Delete
  21. Pernah dengar nama pokok ajinomoto. Ada beberapa orang rakan blogger share gambar. Katanya boleh dibuat sayur. Macamanalah rasanya ye.
    Pernah sekali makan puding raja... hehehe teruk betul kan. Tapi lupa dah apa rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time tengok pokok ajinomoto tu. Ohh boleh makan ya. Puding Raja tu sedap Kak Amie hehe macam Pisang makan dengan susu

      Delete
  22. Naik seri puding di raja tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sebab warna kuning terang benderang kan.

      Delete
  23. Pernah dengar tapi tak pernah makan. Cantik warna kuning diraja dengan warna yg lain dalam satu bekas.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com