Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Allāhumma innaka 'afuwwun karīmun tuhibbul 'afwa, fa'fu 'annī.
"Tuhanku, sesungguhnya Kau Maha pengampun lagi pemurah. Kau menyukai keampunan, oleh kerananya ampunilah aku."
FROM THE RIVER TO THE SEA PALESTINE WILL BE FREE.
MARBLE CHOCOLATE CAKE.
Ahad. Iftar Potluck di Surau Taman kami. Tak banyak rumah, kurang dari 30 kot. Yang boleh datang pun kurang dari 40% tapi meriah. Lupa snap foto. Masing2 sibuk bertanya kabar lama tak jumpa. Mostly nya bekerja.
Main dish, surau sediakan. Set Nasi Minyak, sedap ada OPOR DAGING PAHANG. Ada yang bawa Yongtaufu, Rojak Ayam, Bubur Lambuk, Murtabak dll. Tepu nak masak apa. Buat kek je lah sebab kalau tak habis, boleh sambung Moreh atau bawa balik. Alhamdulillah elok jadi. Suspen jugak sebab lama betul tak buat kek.
Menu Iftar seminggu lepas. Tembikai blend buat jus. Hubby kata ok je makan Bagel. Dia beli TAUFUFA & SAGU COCKTAIL di kantin pejabat. Bagel tu order sebelum puasa, dari Nurul Pian di KOTA WARISAN. Memang terer buat roti especially Roti Sourdough. Dia pun buat kelas. CHEFKECIK di ECO pun belajar dengan Cik Nurul ni. Senang bagel sebab boleh simpan lama dalam freezer. Ayam tu bakar dalam air fryer je. Pinggan IKEA hitam gelap ni simpan dalam gobok dah, sebab berat. Tak nak mudharatkan bekas2 CARPAL TUNNEL di pergelangan tangan ni. Sakit.
Keluarkan set pinggan Arcopal ni, sebab ringan. HARTA PERTAMA kami suami isteri. Beli masa hubby attached beberapa bulan di Seoul. First time tu, beli sepasang pinggan makan, piring kuih, mangkuk laksa, mangkuk kuih dan mug je. Lepas 2 bulan beli lagi sepasang tiapnya. Best sebab diorang jual longgok2. Tunggu SALES lah.
Masak LAKSA PENANG sebab asyik makan ayam daging je. Senang je sebenarnya. Nak rajin, sebab makan sendiri, guna ikan tenggiri sekeping je. Itu pun berbaki, hubby nak makan untuk sahur. Alhamdulillah.
KERABU SARE.
Asal Terengganu dan Kelantan. Sedap. Tak reti nak explain rasanya. Hubby memang cari kalau bulan Ramadhan. Sedap.
Pulut Lopes minggu lepas dalam freezer. Bawa keluar awal. Takpun masuk microwave. Tekan golek2 dalam kelapa parut. Sedap sebab buat sendiri hehe.
Pinggan ni dari rumah arwah Tok. Pelik sebab masa mak aunty uncle balik kemas rumah Tok, betul2 sebelum banjir Disember 2021, tiada yang perasan. Bila lori terakhir datang untuk clear rumah Tok selepas banjir, uncle yang in charge kata jumpa sekotak pinggan ni. Dia hantar rumah mak (luar dapur mak dah jadi pusat barang terabai haha), katanya uncle ambil je lah. Mak lagi lah tak nak. Cabinet kami pun dah penuh ni, takut pindah randah lagi, tapi sebab teringat akan arwah Tok, kami ambil. Sayang. Banyak jugak barang2 lain diberi ke surau, sedekah dll.
Total campur2 design ada dalam 40 pinggan. Sekarang tengok harganya, MAHAL kan. Juga pinggan2 lama yang lain. Antique katanya.
Ini set HARTA PERTAMA saya. Bayar bulan2 ketika dapat gaji pertama dulu. Pindah randah, hasrat nak bagi sedekah je tapi anak solehah kata dia nak set ni. Mak nya kena tazkirah jugak, katanya HARTA PERTAMA beli dengan first duit gaji, tak sayang ke. Haha.
Kisah asalnya HARTA PERTAMA. Arwah ayah pernah tanya dulu, gaji nak buat apa. Saya kata simpan untuk nak kawin, joli la belanja haha. Kena tazkirah jugak. Dia kata dah duduk dengan dia, makan dia tanggung, kereta guna free, dia kata beli lah harta. Saya kata mana cukup duit, nak beli rumah atau kereta. Dia kata beli pinggan mangkuk lah. Tu HARTA jugak. So terpaksa lah ikut kata dia. Beli pinggan bayar bulan2, dulu2 kan orang jual pinggan ARCOPAL dll. Siapa ingat SYARIKAT MENANG, memang legend hehe. Betul lah kata nya, pinggan mangkuk lama2 terkini, memang mahal dari dulu kan.
Tak ada pun koleksi ni, cuma terbaca mengenainya. Arwah Tok ada few pieces. Anak menantu belikan. Ada yang kena curi dulu2. Diorang dah tau value semua ni ke. Padahal masa tu, Tok duduk di kampung lagi.
Berapa lah harga dulu2 kan. RM20 sekarang kalau 1 unit memang mahal.
Semua ni tengok di CAROUSELL.
Ehh ya ke harga ni. RM100/pc. So suami2, jangan halang isteri2 nak beli pinggan mangkuk. Nanti mana tau lepas 10-20 tahun, jadi antik, vintage harga makin naik. Kereta pun harga tak naik kan, hehe. Memang suka pinggan mangkuk ni, ya lah ibarat peralatan dalam office. Suka, tapi yang harganya berpada2.
cantiknya pinggan arwah tok tu. Saya pun ambil juga pinggan bunga kekwa hitam tu dari rumah mak dan abah. Dah tak pakai sebab berat, mak abah malas nak handle
ReplyDeleteBetul pinggan2 jenis seramik ni cantik tapi berat sikit.
DeleteOtai masih lagi berbisa, buat kek menjadi je tu. Set pinggan IKEA tu berat. Saya ada set warna brown gelap. Ya, pinggan lama mahal sekarang. Ada juga mintak mak punya beberapa untuk buat props gambar makanan. hihi...
ReplyDeleteKerabu sare tu memang rarelah. First time dengar dan tengok.
Alhamdulillah kek jadi :)..... Memang cantik pingganIkea tapi berat. Kalau ada pinggan lama, elok simpan sikit2 kalau tak dapat banyak kan hehe. Kerabu Sare tu sedap, boleh jumpa di Pantai Timur je
Deleteakak beli mana kerabu sare tu?tak pernah jumpa di kuantan,saya pernah makan kerabu sare di kelantan masa pergi kenduri...
ReplyDeletedulu saya pun suka masuk kedai syarikat menang area megamall tu..suka sgt la kalau masuk situ dapat cuci mata tengok pinggan mangkuk
Lupa tanya suami. Tak selalu ada Kerabu Sare tu. Memang syok masuk SYARIKAT MENANG kan
Deletekerabu sare fav husband,...kita walaupun ore klate tp tk reti mkn....pinganmangkuk yg nilai 24k tu ada tgk org share sebelum ni...mmg ada koleksi tu umh mak...time raya ada guna
ReplyDeleteJarang2 dapat Kerabu Sare ni, memang sedap. Mak pun guna set tu utk Raya je.
Deletekerabu sare tu fav my mom..MZ pun mkn jugak kalau ada..insya Allah nak balik kg esok pagi kalau tiada aral, sbb nak berpuasa kat kg over the weekend :)
ReplyDeleteKerabu Sare memang sedap, best balik buka puasa di kampung.
Deletekenapa laaa kek marble tu nampak sungguh menggoda seleraaaaaa
ReplyDeletetolonggggg
Puasa tu tengah puasa nampak semua sedap haha
Deletehahaha
Deletesabarrr anies
baru kol 11
kat rumah saya masih pakai pinggan bunga hitam tu
ReplyDeleteyang bunga kangkung pun sama
tapi dah tak sebanyak dulu
sbb ada je yang pecah
Dulu2 arwah Tok memang guna pinggan lama tu tapi maybe sebab berat kot, dia guna arcopal sebab lebih ringan. Betul kalau belek2 memang ada yg serpih dan retak
Deletebetul tu
Deletekelebihan arcopal dia lbh ringan
tp since nak pakai setiap hati
pinggan bunga kangkung laa jadi pilihan
sbb lasak n tebal..
ni pandangan sy laa ;-)
Bagusnya Kak, masih tersimpan elok segala koleksinya...
ReplyDeleteAlhamdulillah, rasa sayang dan banyak memory
DeleteTak pernah makan kerabu sare.
ReplyDeleteCantik menarik koleksi pinggannya.
Memang jadi harta sungguh ni, boleh dipusaka ke anak cucu.
Gaji pertama saya belikan cincin emas, masih ada sampai sekarang 😀
Kalau jumpa nanti try Kerabu Sare tu. Pinggan mangkuk ni corak lain2 memang suka tengok, ya boleh turun ke anak cucu. Ya betul Emas pun bagus untuk dibeli.
DeleteSaya belum pernah makan kerabu sare. Nanti ada kesempatan jalan-jalan balik Malaya, mudah-mudahan dapat jumpa.
ReplyDeletePinggan mangkuk lama tu memang cantik! Kalau balik kampung selalu pandang-pandang almari emak masih penuh dengan pinggan bunga kangkung dan kekwa. Ada mangkuk bertutup bunga kangkung yang sudah pecah, aduh! Sayang sungguh.
Nanti try la Kerabu Sare tu Kak Amie sebab sedap, kami suka.
DeletePinggan mangkuk lama2 memang cantik kan. Ni pun tengah jeling2 mak punya, mangkuk bertutup. Hehe.
Alasan nak kumpul pinggan le tu....
ReplyDeleteHaha kalau tak pindah randah, tak tau la gobok dapur camna. Penuh kot pinggan mangkuk. Tapi tak boleh la banyak2 kan, ishh ishh haha
Deletepinggan-pinggan dan cawan tu kalau buat hidang waktu raya pun berseri-seri kann vibes ii nyee tu hehehehe
ReplyDeleteKalau cukup set lagi lah berseri-seri kan, complete dengan serving dish nya
DeleteDuuuuh jadi penasaran dengan rasa kerabu sare 😄..
ReplyDeleteKalo lihat koleksi pinggang begini, dah pasti saya ingat mama. Sampai buat lemari khusus pinggan. Kalo ditanya kenapa beli banyak seperti ini, jawabnya nanti nak diwariskan ke anak2 perempuan dia yg 3 orang ini 😂.
Tapi saya tipe yg tak suka mengumpulkan barang pecah belah, Krn rumah saya kecil, tak tau simpan mana hahahha. JD pinggan di rumah memang lah terbatas dan yg digunakan saja. 😅
Ya betul Fanny nanti boleh diwarisi. Yang lama nanti value nya lagi tinggi 😍 Fanny mesti simpan juga
DeleteIbu Cuya ada lah pinggan dan set cawan lama yg harga sekarang memang mahal
ReplyDeleteCuya je sorang anak perempuan, biar Cuya sapu semua set pinggan mangkuk ibu jadi harta Cuya
HAHAH XD
Wahhh best anak perempuan tunggal. Kalau Cuya tak suka pinggan mangkuk ibu, bagitau ya 😍😍 haha
DeletePerempuan tunggal tapi Cuya ada abang yang minat kat set pinggan ibu tu. Ada pesaing la nampaknyaaaa XD
DeleteHehe kena meeting lah nanti tu 😍😍
Deletekerabu saree tu ldy xpernah makn.. ape rsnye ek..
ReplyDeleteKerabu tu dibuat dari rumpai laut, makan dengan sambal kelapa dan sambal tumis. Masam masin ada lada putih.
DeleteTu nama nya sentimental value hahaha.. kena ceramah pulak yer sbb first gaji beli.. tapi lama betul simpan tu.. brg2 antik mmg ada harga yg tersembunyi.. value kdg2 mencecah harga yg tak disangka2..
ReplyDeleteAlhamdulillah makan-makan di surau walau komuniti tak sampai 30 rumah tapi yg penting ukhwah sesama kejiranan tu yg penting .
Haishh betul nak komen.. pasal makanan tak sempat lak nak komen tadi hahaha.. kek marble tu alahai favourite wife dgn anak2 mau sekali makan je besar seloyang tu huhuu
DeleteBetul tu sentimental value. Dulu tak cara sangat sebab dulu mana ada pinggan mahal2. Jenis tu je rasanya atau yg macam pinggan kenduri yg transparent. Arwah ayah memang garang haha nanti story pasal dia.
DeleteAlhamdulillah memang seronok iftar dengan jiran2. Mostly kerja, itu sebab jarang jumpa.
Mai la datang Kuantan makan kek marble :)
Pinggan mangkuk kalau dijaga elok...boleh tahan lama dan tak sangka harga juga boleh naik berganda-ganda
ReplyDeleteTak sangka kan, harga pinggan mangkuk lama2 boleh jadi mahal
Deletepinggan mangkuk legend tu susah dah nak jumpa skrg. kalau ada tu simpan la utk anak cucu...
ReplyDeleteBetul memang susah nak jumpa, boleh turun ke anak cucu
Deletemacam mana la rasa kerabu sare tu yea..
ReplyDeleteResepinya guna rumpai laut, sambal tumis dan sambal kelapa. Masam masin berempah sikit. Sedap :)
Deletewah..coningware bunga sayur tu saya pun ada. beli dalam tahun 90an di langkawi. jenuh bawa balik naik feri , berat.
ReplyDeleteTak apa, berbaloi bawa balik naik ferri, sekarang dah mahal. Boleh turun ke anak2 Insyaa Allah.
DeleteKerabu Sare tu buat daripada apa...SA paling suka pinggan mangkuk lama tu..memang harganya sekarang mahal..yg jual kat shopee pun nipis je..x sama dengan yang dulu
ReplyDeleteKerabu Sare tu buat dari rumpai laut. Pinggan mangkuk lama2 ni ada istimewanya tersendiri kan. Oh shopee ada jual jugak ke, nipis ya.
Deletepinggan vintage mmg ada yg mencari.. so, en suami sekalian kena baca pesanan mulan di akhir post tu ye
ReplyDeleteYa wahai suami2 sekelian, biarkan lah isteri kalian menyopping pinggan2 hehe
Delete