Thursday, March 8, 2012

MAAF... SAYA TERLANJUR PULAK..!!

Pagi tadi ada jemputan Majlis Baca Yasin & Tahlil di rumah anak2 yang kematian bapanya awal Februari baru ni & jugak kematian ibunya Februari tahun lepas.. Yatim piatu mereka 5 beradik.. Kesian, tetapi begitulah takdir yang ditentukan Ilahi.. Sesungguhnya segala kejadian ada hikmah disebaliknya.. Moga anak2 ini sentiasa dilindungi Allah serta berjaya di dunia & akhirat.. Mereka akan berpindah ke Johor minggu depan setelah hak penjagaan 5 beradik ini (20, 17, 16, 14 & 11 tahun) diberikan kepada makciknya yang menetap di Johor.. 


SOTO yang not SO-SO.. Very the delicious one..!!
POTLUCK.. Kami pakat bawak makanan sikit sorang untuk majlis tadi.. Maaakkk, rezeki betol.. Alhamdulillah.. Banyak nya makanan semua bawak.. Main dish = nasi + soto & few kuih2 kami tempah sebab ramai kasi duit.. Alhamdulillah... Semua urusan dipermudahkan kalau ramai kawan2 (yang memahami & bertanggungjawab)..


Maaf ya.. Sila jamu mata.. Terlanjur sudah menayang segala2 nya.. Kalau majlis makan2, hati sentiasa berbunga2 girang.. Hehehe...


Wohhooo.. Itu cempedak goreng sangat lazat.. Pakcik anak2 ini bawak dari Johor.. Masa baca Yasin memang tak khusyuk sebab bibik kawan tengah goreng cempedak ni.. Semerbak satu rumah.. Popia Basah, Kuih Koci, Tart Chocolate, Sponge Roll.. Semua sedap.. Banyak lagi kuih tapi malas nak snap sebab perut dah menyanyi2 kelaparan..


AYAM MASAK MERAH yang mebeles..


MASAK LEMAK KOBIS.. Memang sah2 kena kawin dengan lauk AYAM MASAK MERAH tu.. Baru sepadan..


Haahh.. IKAN GORENG GARING ni memang menggoda betol.. Perut ni memberontak untuk makan dengan banyak nya.. 


Hoohhoooo... Ubat rasa bersalah kalau makan banyak..


Jugak rasa tak bersalah kalau makan nasi banyak dengan SAMBAL BELACAN ini.. Sebab orang kata makan pedas boleh kuruskan badan.. Yipppii yabedu... Yes, I ate a lot.. Dont stop me aarr.. 
Walopon menu simple, tapi semua mengeluh sebab sedap & makan banyak sambil potpet ramai2.. Cuaca pulak basah sebab hujan lebat.. HUJAN = LAPAR..


I've been tagged by FAIZ (THE STORY OF LUSA).. 
*
1)  Semestinya nak ke Mekah bersama suami..
2)  Mahu anak2 berjaya hingga ke universiti, jugak sebagai Muslim sejati..
3)  Memelihara kebajikan ibu bapa, mertua & famili terdekat..
4) Melangsaikan segala hutang piutang agar tidak membebankan mereka yang ditinggalkan..
5) Memberi pada yang memerlukan esp setelah anak2 habis belajar..
6)  Memohon keampunan dari semua atas segala dosa yang dilakukan..
7)  Round the world & melihat keindahan alam ciptaan Ilahi..

27 comments:

penDragon said...

kesian...anak yatim piatu...semoga mereka sentiasa dilindungi Allah & berjaya dunia akhirat. Sblm hak penjagaan dpt kt makciknya, sape yg jaga mereka semua?

Munnafendy said...

kesiannya 5 beradik tu..besar pahala org yg berbakti kat anak yatim =)


bunyi2 pulak perut ni =.=*

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Mulan,

lepas citer sedih, tetiba ada gambor makan-makan, apa daa. Tapi soto tu dan ulaman, mak aiii...meleleh ayor liur akak kat Deredebi nih, sampai ati mu Mulan buat akak kempunan!
Anyway, semoga anak2 yatim tu selamat dan bahagia dijaga sedara diorang dan diorang diberi ganjaran!

kakcik said...

Semoga anak2 itu membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berguna. InsyaAllah.

lemongrass said...

Sedih baca cerita anak2 yatim piatu yang masih muda2 ni kan. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan berjaya dunia dan akhirat.
Tapiiii....
memang meleleh leleh tengok makanan2 yg segala mcm tu. Kalau I jadi you pun, memang tak kuasa nak snap gambar bnyk2, makan lagi bagus!
hehehe

kasihredha said...

kesiannya anak2 yatim tu...semoga mereka sentiasa di lindungi Allah...

oh mulannnn...selalu membuat akak telan air liur

Fabulous Me said...

Alhamdulillah.. Murni hati kakak kite ni. Mtk ayam msk merah tu sket bole? ;p

whitecappuccino said...

kesiannya mereka tapi begitulah ketentuan Ilahi yg perlu dihadapi..soto ke tu?? suka!!

aNIe said...

Mulan... kesian kat anak2 tu ye...anak2 kita patut bersyukur kerana masih ada mak dan ayah...

Tapi... tiada maaf bagi mu kerana menayangkan gambar2 makanan yang mengiurkan...hahaha

Mr.Clive said...

God willing 7 perkara tu akan tercapai...

hmm...round the world?where to first?hehe

So Shy Lady (SSL) said...

moga mrk kuat smngat mnghadapi ujian Allah.


mn nk kusyuk jika t bau cmpdak goreng tu kan he..he..ala syok sgt tngok gmba mknn tuh. smuanya mabeles

Nieza said...

semoga anak-anak yatim piatu tu sentiasa dirahmati Allah selalu. semoga mereka tabah menjalani kehidupan yg mencabar ini..insyaAllah.

sedapnya tgk makanan tu semua..suka:)

m.u.l.a.n said...

pendragon: lepas je ayah depa meninggal feb baru ni, makcik depa dah datang sini tengokkan.. memang kesian..

m.u.l.a.n said...

munnafendy: moga mereka yang menjaga mereka akan sentiasa dirahmati.. bunyi perut? meh sini makan sama2..

m.u.l.a.n said...

mohkembara: hahaa, sini terlior tengok butter & cheese buat sendiri, tengok hazel & kofta pon dah ternganga mulut ni...

moga mereka sentiasa dipelihara dunia & akhirat..

m.u.l.a.n said...

kakcik: betol tu kakcik..

m.u.l.a.n said...

lemongrass: sedih kan sbb i pernah rasa sbg anak yatim masa arwah ayah meninggal.. alhamdulillah mak ada lagi..

tu la, i yg tengok semua makanan tu lagi la terliur.. banyak sangat food orang bawak.. alhamdulillah.. tapi awat i tak larat nak makan semua.. sedih sbb perut dah ketat..

m.u.l.a.n said...

kak kasih: betol, moga mereka sentiasa dilindungi Allah.. maaf ya sbb terpaksa pedih mata tengok semua makanan tu... hehehee, syukur sebab ramai yang menyayangi anak2 ini.. membawa pelbagai juadah..

m.u.l.a.n said...

whitecappuccino: kesian kan kat anak2 tu..

ha aahh, soto tu.. cater dgn akak parit raja.. memang mabeles sedap nya..

m.u.l.a.n said...

kak anie: betol tu kak anie.. kita patut bersyukur sbb ada mak ayah lagi..

mai la sini makan sama2..

m.u.l.a.n said...

mr clive: round d world tu cannot la pi one trip.. kena sikit2 la sbb kena penuhkan tabung jalan2 dulu.. dah start few places, will continue kalau ada rezeki nanti..

m.u.l.a.n said...

ssl: betol tu, moga mereka kuat mengharungi hari2 mendatang..

cempedak tu kan, so noti kacau konsentrasi baca yasin.. hehe..

m.u.l.a.n said...

nieza: sedih pulak diorang nak pindah johor ni.. moga mereka berjaya dunia & akhirat..

memang sedap semua makanan yg kawan2 bawak tu..

Zareda Norman said...

rezeki anak anak yatim tu... Insyaallah mudah mudahan kehidupan meeka lebih baik selepas ini..

m.u.l.a.n said...

zar: amin.. insyA..

faiz fakhirin said...

banyaknya kueh...ni nk balik kelantan nih cari kueh kt sana..hahahal....

m.u.l.a.n said...

faiz: cari...!! jgn tak cari... kuih kat kelantan pon sedap2..