NOTHING'S GONNA CHANGE MY LOVE FOR YOU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah.
Jumaat malam adik lelaki no4 balik rumah mak. So Sabtu kami berbuka puasa ramai2 di rumah mak ajak uncle sekali. Tak masak, kami decide beli je sebab suruh adik bawa anaknya shopping favorite food dia, sebab tak lama lagi akan ke Germany, Insyaa Allah untuk sambung belajar, awal bulan 3 nanti. Aihh tak sempat raya sama2. Alhamdulillah semua yang dibeli sedap2. Diorang ke Bazar Ramadan di Padang MBK yang tersohor dengan berbuka puasa di padang dah bertahun2.
Sata, Otak2, Ayam Bakar & Ikan Bakar Portugis.
Nekbat (kuning menyala) & Murtabak Anuar.
Kuih Serabai & dessert Thai tak tau nama.
Kuih Nekbat yang kuning tu, selalu ada di bulan puasa saja. Dessert Pantai Timur. Asalnya macam kuih bahulu tapi kering dan tawar. Dimasak dengan air gula sebelum makan. Murtabak Anuar memang sedap dan famous di Kuantan. Kuih Serabai macam bingka kosong putih dan dimakan dengan kuah seakan serawa. Dessert Thai tu, sedap juga. Ada sagu merah, juga seakan pisang (bersalut hijau) dimakan dengan santan dan air gula melaka rasanya.
Iftar Ahad. PAN FRIED IKAN, dengan non stick pan MASAKI. Angkat ikan dan tumis semua bahan sayuran yang ada. Misi menghabiskan bayam dan cauliflower, maka itu lah sayurannya. Macam biasa tumis garlic cincang dengan butter. Masukkan sayur dan susu.
CINNAMON KERAMAT
Kuih keramat bersalut brown sugar dan cinnamon powder. Mintak mak order kan sebab supplier dekat rumah mak. Tapi tu lah, tak pernah dapat bayar. Kalau nak bayar jugak, menahan lah bebelan mak.
PRATABAK
Ada frozen prata. Ada inti ayam kuih dadar ayam baru2 ni. Campur inti ayam dengan telur sebiji, agak2 lah. Keluarkan sekeping prata dengan plastik di bawahnya, lembutkan sebentar. Letak inti ayam dengan telur. Lipat separuh dengan plastik seperti dalam gambar. Kepitkan bahagian tepi supaya inti tak keluar berlari sana sini. Masuk ke dalam freezer sebentar, supaya senang nak tarik plastik dari prata tu. Goreng lah macam prata biasa. Yes, jadi Alhamdulillah, my instant Murtabak.
Makan bersama bawang besar potong panjang + cuka + gula.
Kita bagi nama PRATABAK lah. Prata + Murtabak.
KIMCHI FRIED RICE
Sahur kelmarin kot. Nak buat BIBIMBAP, tapi nasi frozen tu rupanya beras biasa, bukan beras Sumo Jepun. Label pada bekas nasi tu silap.
LEMPENG UDANG
Bila dah malas menggoreng. Potong udang kecil2, goreng garing dengan sedikit minyak di dalam non stick pan MASAKI atau apa2 brand. Letakkan adunan lempeng + daun kunyit hiris halus. Terbalikkan. Alhamdulillah udang masih garing. Makan dengan sos keropok atau apa2 sos kesukaan lah. Boleh terus hidang.
LOPIS SUDU
Rendam beras pulut at least 4 jam dengan daun pandang dan esen hijau. Buangkan air atau boleh gunakan air rendaman untuk masak pulut. Air sama paras beras. Letak beberapa titik minyak dan secubit garam. Sudukan beras pulut yang dah masak dan golek ke dalam kelapa parut + garam. Cara saya yang rajin. Tak perlu bungkus dalam daun pisang dan kukus. Hehe.
MI REBUS MASAM MANIS
Tumis bawang besar dikisar dengan ciliboh. Masukkan ayam, udang, sos tomato, sos cili, air dan garam gula secukup nya. Bila dah menggelegak, masukkan sawi dan pecahkan telur. Tutup periuk dan tutup api. Makan dengan mi kuning.
Iftar Isnin.
MI REBUS + LOPIS SUDU + JUS TEMBIKAI + KUIH DADAR kelapa hijau (moreh malam sebelum nya)
SAHUR SELASA
Nasi putih, Sambal Penyet readymade, Timun potong, kuah frozen leftovers Masak Lemak Cili Api burung puyuh + Ayam Kalasan (guna spice mix readymade beli di Medan belum expired, marinate gaul sekejap je dan pan fry dalam non stick pan)
FOCACCIA BUN
Resepi (saya buat separuh adunan) :
2 cawan (480ml) air suam
2 sudu teh gula pasir
2 sudu teh yis kering segera
1/4 cawan (60ml) minyak zaitun extra virgin
1 sudu besar garam kosher
4 dan 1/2–5 cawan (563–625g) tepung serbaguna/tepung roti
Gaul semua, tutup mangkuk, biarkan 30-40 minit hingga naik. Bahagian pada 5-6 loyang kecil sebesar bun burger atau satu loyang. Guna apa saja sayur untuk corakkan focaccia. Biarkan 30-40 minit sehingga doh naik. Bakar 180'C hingga keperangan.
Bila siap dibakar. Simple mimple hehe.
FOCACCIA BURGER
Yang sudah diletak sos. Beef patty tu anak soleh yang buat setelah balik dari kerja. Memang dia lagi terer. Sebab dia yang buat, maka mummy nya ke sana sini lupa snap foto. Aihhh geram. Macam biasa guna non stick pan MASAKI. Daging dah siap kisar, tunggu dia mix dan masak patty je. Dah hampir masak, dia akan letak sliced cheese di atas patty dan tutup kuali supaya cheese tu lembut meleleh. Angkat beef patty terus ke atas focaccia bun yang sudah diletak daun salad.
Sahur pagi tadi. Nasi Goreng Malas.
Nasi putih RTE Chef Zam balance trip ke Korea ada 2 peket. Masak nasi goreng kampung. Tumis garlic cincang dengan ikan bilis. Masukkan nasi dengan sambal penyet + kicap. Settle sudah. Goreng keropok sikit + telur mata + timun potong.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.














Masih mencari² kaitan dgn tajuk ni Kak ahaha... Btw, lagu ni my favorite gaks :D
ReplyDeleteSemua sedap, takde yg tak sedap melainkan sedap² belaka:)
Wow! Dahsyatnya menu...satar dengan otak-otak tu mana Kak Amie nak cari di LD hihihiii.
ReplyDeleteNekbat tu mmg famous..mana2 ada..curious punya pasal sy oun beli..sekali betul la..bahulu rendam dalam air gula..yg heran bahulu tu tak kembang sangat..
ReplyDeleteSedap semua menu akak... nekbat tu menu wajib ada masa berbuka kalau balik terengganu cuma dana tak minat sebab manis sangat hehhe. Geram tengok roti focaccia akak tu, bila la nak cuba buat
ReplyDelete