LANGIT TIDAK SELALU CERAH, TAPI MERIAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.

Lama jugak tak update blog dan tak sempat bw. Banyak hal nak settle sebelum puasa. Gift Top Commentators pun tak siap lagi, aduii.

Sabtu baru ni, gathering di rumah aunty. Jumaat, bakar kek dan brownies. Drive dari Kuantan hari Sabtu lepas anak soleh balik kerja pukul 1. Singgah rumah Putrajaya ambil anak solehah, deco touch up kek sekejap. Nak buat di Kuantan takut kek comot.

Aunty2 request KEK LEMON. Lama sangat berbulan2 tak buat. Kek tu cacat sebenarnya. Mendap di tengah. Tapi naik elok asalnya, tiba2 tengahnya, jadi kawah meteor. Down/stress agaknya kek ni macam tukang buat haha. Texture dah elok macam kek. Tak apa. Makan2 keluarga. Minta tolong hubby belikan blueberry. Kita susun je lah di tengah mendapan tu. 


Brownies sebenarnya. Pun tak jadi. Dah macam tray bake cake. Cairkan chocolate compound, sapu atas nya. Nak tutup surface yang tak macam brownies tu. Tabur chocolate flakes, susun blueberry.


Kek Lemon yang mendap sebelum di-deco tapi licin hehe.


Brownies ni memang silap langkah. Memandai2 kan. Juga lama tak buat. Alhamdulillah licin semuanya. Sedap tapi bukan texture brownies. Benar, langit tak selalu cerah. Tak selalu yang dibuat itu menjadi.


Uncle & aunty2, adik mak dah lama ajak makan2, tapi tak jadi2. Alhamdulillah elok2 je sebelum nak puasa, diorang plan buat gathering makan2 sekali pakej birthday cucu2 juga yang lahir January/February sebelum puasa. Hubby pun sekali. Cuti sekolah juga kan, meriah lah suasana. Alhamdulillah ramai datang walaupun tak semua, sepupu2 dan mak pak saudara dari Alor Setar & Pendang, Kedah juga dari Jerantut & Kuantan, Pahang. Yang lain2 memang dah jadi warga KL dan Selangor. Havoc betul suasana. Memang meriah. 

Moga silaturrahim kami kekal abadi walaupun arwah tok dan tokki tiada lagi. 


Asalnya potluck tapi aunty kata dia order sikit, siap canopy sebab petang selalu hujan katanya. Betul memang hujan sekejap petang tu. Antara makanan yang dibawa caterer. Mak punya special request, Pulut Kuning.


Antara yang dibawa oleh barisan sepupu2 yang awesome.


Puding Raja adik no2 buat, laku keras. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Comments

  1. Seronoknya dapat berkumpul ramai2. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Selamat Berpuasa Cie dan keluarga

      Delete
  2. Betul juga, kat sini semalam seharian hujan. Hari ni cuaca mendung. Mulan sekali-sekala baking tak menjadi. Saya, setiap kali baking tak menjadi. Hehe.. tapi makan sajalah kan, hasil air tangan kita. Seronok dapat gathering sesama keluarga jauh dan dekat, sebelum berpuasa. Sedap-sedap tengok hidangan yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba banyak kali macam2 dulu2 mula buat kek. Suka jugak buat kek dari buat biskut. Kadang tak jadi, kek ni boleh jadi kuih lain. Asal jangan hangus hehe. Alhamdulillah memang seronok gathering hari tu.

      Delete
  3. Selamat berpuasa Kak Mulan..seronoknya ada makan-makan keluarga tu..benda x jadibtakpe akak pandai jadikannya kan..hehehehe....doakan SA sihatvye..x tahan la batuk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Berpuasa SA. Alhamdulillah dah lama plan, baru jadi gathering ni. Alhamdulillah dapat ilham untuk deco2 kek hehe banyak tengok kat TV. Moga SA dah sembuh sepenuhnya

      Delete
  4. walaupun mendap kek oren & tk jd brownies tu tetap licin kn...meriah menu2 lain juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah licin hehe. Memang meriah gathering dan food nya

      Delete
  5. Kalau saya sih tak terlalu peduli dengan rasa mbak. Asalkan rasanya enak.. cuss, pasti saya habiskan, hahaha.
    Ini masakannya enak-enak semua lho mbak. Kalo nggak puasa, sepertinya saya bakal langsung melipir ke toko kue terdekat, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan2 sama family, tak jadi pun tak apa asalkan rasa nya ok kan haha. Alhamdulillah memang enak sedap semuanya apalagi dengan keluarga

      Delete
  6. Meriah betul juadahnya, semua nampak sedap...
    Kalau dah berkumpul ramai² gini, apa saja licin je, jadi ke tak ke mesti sold out hehe...

    Selamat berpuasa sista 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang meriah semuanya. Ya betul makan2 family ni yang tak jadi atau tak sedap pun semua akan habis.

      Selamat Berpuasa PH 😘

      Delete
  7. Meriah semua makanan dan yang dapat join gatherings ni. Fuhhh seronok ni Mulan.

    ReplyDelete
  8. Saya masih penasaran rasa puding raja. Macam apa yaa? Sepintas mirip ifumie yg kuning2 itu 😅

    Seruuuu bisa berkumpul ramai begini kak. Teringin lah kumpul dengan adik2 semua, tp kami terpencar2 beda pulau. Memang susah kalau ketemu 😂.

    Cake mendap, tapi tetap sentuhan kak Mulan bisa membuat cake jadi cantiiik lagi, yg penting sedaap 😍😍😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lah satu hari moga dapat buat puding raja untuk Fanny. Yang kuning tu dipanggil jala emas, manis rasanya dibuat dari telur kuning. 😋😋
      Alhamdulillah memang enjoy semua dapat berkumpul. Masih ramai tak dapat datang. 😍😍
      Hehe gugel2 untuk solusi nya. 😄😄

      Delete
  9. dulu saya pernah baking kek, pastu jadi berlobang camtulah. sampai sekarang merajuk taknak buat kek dah, tak reti.
    lepas tambah deco blueberry tu jadi cantik dahh. yg penting makan sampai licin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mazni, dulu2 memang camtu jugak. Tapi memang lebih suka bakar kek dari buat biskut atau masak lauk pauk kampung yang renyah menumis haha. Makan memang suka sangat.
      Kek kalau tak jadi memang deco je lah tutup bahagian cacat tu.

      Delete
  10. tetap mengancam tengok kek akak tu.... alahai mesti sedap harum je bau kek lemon tu kan kak... meriah majlisnya tu kak, makan-makan sebelum puasa ya. Selamat berpuasa kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kek lemon ni bau memang semerbak. Alhamdulillah memang meriah. Selamat Berpuasa ya Dana.

      Delete
  11. Banyak familinya pasti meriah, dari pelbagai tempat juga tu. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang meriah walaupun ramai lagi yang tak dapat datang.

      Delete
  12. tak menjadi tapi yang penting rasa dia tu... mantopppp!!!

    ReplyDelete
  13. seronok kan bila dapat berkumpul macam ni... ya laa time raya nanti belum tentu semua dapat bertemu... dpt pula makan sedap2...

    ReplyDelete
  14. terliur kek lemon tu! always my fav (selain carrot kek dan butter kek)

    ReplyDelete
  15. Terus jadi Family Day ya.. siap ada games lagi.
    Kek dan Brownies tu tukang buat je yang tau jadi ke tidak... tukang makan bukan perasan pun sebab dah memang sedap 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sempat kami berkumpul. Haha games tu ad-hoc sebab yang kecik nak main something. Tu lah memang biasa kadang elok jadi kadang tak

      Delete
  16. Pernah makan puding raja waktu balik kampung dulu. Di LD tak pernah jumpa. Kalau nak makan kena buat sendiri kot hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je Kak Amie cuma trademark kena ada jalamas tu. Kalau cari resepi mesti Kak Amie pandai buat.

      Delete
  17. Salam Ramadan untuk Mulan sekeluarga. Semoga semua ibadah kita dipermudahkan dan Ramadan tahun ini yang terbaik untuk kita. Seronoknya berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara menjamu selera makan maknanan sedap-sedap😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima Kasih KSarie. Alhamdulillah memang seronok masing2 😍😍

      Delete
  18. Sedap kek2 tu. Creativenya sis ❤️

    ReplyDelete

Post a Comment