HANYA SEKADAR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah.
KUETIAW GORENG sebelum puasa. Goreng dalam periuk MASAKI. Lap tepi periuk dan terus hidang. Memang non stick. Kuetiaw goreng ni memang antara menu tercinta.
KIMCHI. Restock.
Pernah share resepi. Nanti later baru nak cari dan edit, harapnya ingat.
MASAK LEMAK CILI API BURUNG PUYUH
Hubby beli frozen puyuh dari kawannya. Alhamdulillah dah siap siang dan cuci. Segalanya masuk, cara malas saya lah. Santan kotak, bawang besar kisar (sikit), serai, daun kunyit, daun limau, asam keping, kunyit serbuk, cili api dan garam gula secukup rasa.
TERUNG BELADO KICAP
Guna sambal penyet readymade. Goreng ikan bilis sedikit, kemudian masuk kan semua + kicap pekat/manis. Menu favorite.
Cukup 2 lauk. Lunch suatu hari itu sebelum puasa.
THIN CRUSTY PAN PIZZA
Guna wraps je. Sapu sos tomato. Letak segala mala yang suka. Time ni guna sosej kuda beli di Kazakhstan November lepas. Juga capsicum, cherry tomato, bawang besar, oregano. Masukkan dalam microwave sebentar untuk cairkan mozzarella cheese. Panaskan non stick pan MASAKI dengan olive oil atau butter. Letakkan wrap pizza untuk dapatkan wrap/pizza yang crusty.
MIHUN SUP/BAKSO AYAM
Breakfast anak soleh sebelum puasa. Nak cepat, jumpa mihun dah celur dalam freezer. Juga satu bahagian dada ayam. Bila ayam diasing satu2, senang nak ambil satu bahagian dan guna. Ketuk2 cincang bawang putih dan tumis. Masukkan air, ayam, sup bunjut, serai diketuk, rempah Bakso atau pes sup (lupa dah), fish cake dan renihkan sampai menggelegak. Masukkan tahu bulat goreng dan daun sup. Basic recipe je ni kan semua dah tau. Rajin pulak menaip.
PAN FRIED CHICKEN
Suka beli bahagian chicken chop. Juga bahagian dada. Marinate je dengan apa2 rempah. Yang ni guna spice mix Turkiye kot. Pan fry dalam non stick pan MASAKI. Api jangan besar supaya ayam masak sekata. Dah masak, baru besarkan api untuk dapatkan effect terbakar2 grill2 macam tu lah. Angkat ayam.
Tumis garlic cincang dengan butter. Masukkan lah apa2 sayur yang tersadai lama dalam fridge tu. Kobis tu dah macam merayu2 suruh masak sebab memang tak pernah masak kobis dengan grilled chicken. Kita yang makan. Masukkan susu dan 1-2 cheese slice, juga oregano dan apa2 lah maybe paprika, parsley ikut lah.
Letak ayam di atas sayur, boleh terus hidang dalam MASAKI.
TOPOKKI
Jumpa sepeket dalam freezer. Dinner sebelum puasa. Tumis garlic cincang. Masukkan topokki (direbus lembut seketika), fish cake, gochujang paste, carrot dipotong panjang, air secukupnya, garam gula. Bila siap menggelegak, boleh matikan api, letak mozzarella cheese di atas nya serta serbuk seaweed. Tutup periuk tunggu cheese mencari macam tu lah. Boleh ditambah dengan Gim/Kim iaitu seaweed crispy empat segi ada dijual di pasaraya.
LAKSA PENANG
Puasa hari pertama, malas semacam je. Jumpa isi ikan rebus siap dikisar dalam freezer. Jumpa juga laksa beras siap rebus, satu bekas cukup2 untuk 3 orang. Menjadilah Laksa Penang Alhamdulillah. Bawang besar kisar, bunga kantan, daun kesum, ciliboh, asam keping. Tu je lah kan. You all masak macamana?
DADAR AYAM
Dah plan, untuk berbuka, nak buat satu main dish yang bukan nasi, 1 kuih manis dan 1 kuih masin/savoury. Ada minced chicken Ramly. Tumis bawang besar cincang, masukkan serbuk kari, daun sup cincang, sedikit sos tomato, garam gula secukup rasa. Masak sampai kering. Balance inti ni simpan dalam freezer.
Dadar tu resepi crepe. 1 cawan tepung, 1 telur, 1/2 suduteh minyak, secubit garam, setitik esen kuning, 1.5 cawan air atau secukupnya. Nak cepat, letak banyak inti, gemok2 jadinya.
Iftar hari pertama
LAKSA PENANG
DADAR AYAM
SAGU MERAH + SUSU + GULA MELAKA
AIR TEMBIKAI HOME BLEND
Iftar hari ke 2.
KIMCHI-JIGAE + UDON
KEROPOK LEKOR dalam freezer (malas & hubby approved)
SAGU MERAH leftover
JUS PISANG KURMA HOME BLEND
Sahur hari ke 3
Sahur hari pertama makan nasi dan masak Tomyam ayam juga telur dadar. Prep bahan awal2, masak sekejap je.
Sahur hari ke 2 makan nasi lemak RTE Che Zam, ada extra sepeket dari trip ke South Korea baru ni. Ada frozen nasi dan sambal nasi lemak extra juga dalam freezer. Kongsi2. Hubby sahur dengan oats + buah + kacang + susu + telur rebus. Diet tu tapi cuit juga ayam gril kami. Hehe.
Jumpa frozen nasi arab dalam freezer. Keluarkan nasi sebelum tidur, juga 2 ayam bahagian chicken chop. Bangun sahur, marinate ayam sekejap guna spice mix yang ada, terus pan fry guna non stick pot. Angkat ayam, panaskan nasi dalam periuk yang sama. Terus hidang. Makan dengan daun salad/timun juga ada sedikit frozen Kari dari freezer.
Sekadar kongsi........... Sambil mengejar mood.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.















salam ramadan kareem utk mulan sefamili. semua mknn kat entry blog mulan ni nampak sedap lebih2 lg tghari bln puasa hahahah
ReplyDeleteSedap tengok kuah laksa penang tu, cantik warna dan tekstur.
ReplyDeleteOk dapat idea…saya ada wrap, boleh buat piza.
sedap2 smua menu...terung berlado kicap tk pernh mkn...biasa mkn terung berlado biasa je
ReplyDeleteYa Allah tengok masakan semua cantik betul Mulan. Suka tengok. Kuetiau, Tteokbokki dan Pizza tu nyumss....
ReplyDelete