Monday, December 29, 2025

SABTU AHAD YANG PADAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Sabtu pagi kami ke Taman Gelora untuk brisk walk. Alhamdulillah tak hujan. Breakfast dulu di Kedai Makan Tanjung Selera. Lapar, lupa nak snap foto. Kesan hakisan pasir pantai masih ada, akibat fenomena air pasang besar November lalu. 


Mungkin pihak berkuasa menunggu hingga berakhirnya monsoon untuk memperelokkan semula. Terdapat papan tanda dengan notis berhati2. 


Foto ini diambil ketika kami brisk walk awal Disember. Hujan tapi hubby suggest jalan jugak bawa payung. Tak ramai orang, dan sejuk sangat. Pasir laut dibawa ombak, menutupi sabahagian rumput kawasan taman, yang paling hampir dengan laut. 

Sabtu petang selepas Zohor dan anak soleh pulang dari kerja, kami bertolak ke Putrajaya. Dinner di SALAM NOODLES Presint 15.


Ahad selepas Subuh. Lama betul basikal tersadai kaku. Maka berbasikal lah kami bertiga di pagi Ahad yang mendung dan sejuk. Alhamdulillah tak hujan. 


Singgah ke kiosk favorite tapi baru kali ke dua je kot. Macam2 ada. Kuih muih pun sedap. Ramai pelanggannya, especially regulars yang datang jogging rasanya.


Tapi Nasi Kerabu memang top. Solok lada pun sedap.


Ini lah kiosk nya. Tak jumpa nama kedai, atau tak perasan.


Kiosk ni berhampiran ISTANA KEHAKIMAN. Memang ramai yang jogging dan berbasikal di area Putrajaya tiap weekend.


Hujung sebelah sana dan sebelah sini.


Kayuh lagi hingga ke PICC (Putrajaya International Convention Center)


Hubby kata kalau tak nak cycle jauh, kena angkat basikal turun tangga. Ikut je lah.


Cantik. Macam di overseas kan.


Dalam radar Cyberjaya.


Singgah GELATO A LAGO. Tengah berpeluh memang best lah makan gelato. Ada perisa Blue Pea Flower (bunga telang). Best lepak sini sebab dapat view tasik. Ianya sebahagian dari bangunan HERIOT WATT UNIVERSITY. Buka seawal 8.30am.


Teruskan kayuhan.



Sebenarnya, laluan berturap ini adalah baru. 10 tahun lalu ketika mula menyewa di Cyberjaya, ianya masih hutan dan tiada laluan.



Laluan untuk berbasikal dan jogging sahaja. 


Laluan ini telah ada.


Sama seperti 10 tahun lalu, tasik di bahagian hujung ini adalah port latihan water ski, rasanya anak Hanifah Yoong, Aaliyah Yoong kot.


Kayuh lagi hingga ke jambatan monorail yang tak siap ni. Construction bermula 2004. Namun dilihat ada kerja2 sedang dilaksanakan pada jambatan ini. Apa lagi gugel lah, Alhamdulillah, setelah 2 dekad, 20 tahun, dapat digunakan kelak.

Jambatan monorel di Putrajaya yang telah lama terbiar sedang diubah suai dan akan dibuka kepada orang ramai sebagai laluan pejalan kaki dan berbasikal dalam beberapa bulan akan datang. Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata struktur yang merangkumi kira-kira 200m merentasi Tasik Putrajaya antara Presint 4 dan Presint 8 itu kekal tidak digunakan selepas projek monorel bandar itu digantung.

Fadlun berkata kerja-kerja sedang dijalankan dan kira-kira 50% siap, dengan usaha tertumpu pada menghubungkan jambatan dengan tanjakan baharu dan penambahbaikan estetik. Beliau berkata jambatan yang telah diubah suai itu dijangka siap menjelang Disember atau Januari."Ia hanya untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. Kereta tidak dibenarkan kerana ia pada asalnya direka untuk monorel," katanya.

Sumber : thestar.com.my


MASJID BESI



Dah pun hampir siap. Berdekatan SMOKED KINGDOM USTAZ DON AYER 8.

Fraser Residence Putrajaya, yang dijadualkan dibuka pada suku pertama 2026, terletak di lokasi strategik antara Putrajaya dan Cyberjaya, kira-kira 30 minit dari Kuala Lumpur. Ia menawarkan 283 unit pangsapuri berperkhidmatan kontemporari dengan pelbagai kemudahan, sesuai untuk eksekutif dan keluarga mereka.
Sumber AI 


Antara lokasi Drama Korea kesukaan. 


Drama ON THE WAY TO THE AIRPORT (2016)

.....lakonan Lee Sang Yoon & Kim Ha Neul. Suka dua2 ni. Ada beberapa lokasi lain juga. Menampilkan crew dan flight Air Asia juga dalam drama ini, sebab watak Kim Ha Neul adalah sebagai cabin crew Air Asia. 


Anak soleh kesayangan kami, dunia akhirat.


Alhamdulillah muat 3 bikes. 2 yang lipat, satu yang cabut2 tayar, wajib lah jatuhkan 1 seat belakang.


Hubby share link Strava dia.


Strava tunjuk 16.41km kami kayuh. Aduii patut lah keras kejung kebas dari pinggang ke bawah peha, betis semuanya. 


Lepas Zohor semalam (Ahad), kami ke GLAMHALL DAMANSARA. Wedding anak sahabat d Ho Chi Minh City dulu. Alhamdulillah walaupun agak lambat, namun masih ramai yang kami kenal, berada di dewan majlis, terutama TWIN pada UNCLE GEDEK. Ya, kami sama2 di sana dulu. Anak2 satu sekolah. Walaupun bukan satu company, namun ukhuwah kami rakyat Malaysia di sana sangat2 baik. Makan tak banyak mana, borak gelak yang lebih. Terlepas peluang untuk berjumpa dengan yang datang awal, Insyaa Allah next time. Memang kami langsung tak berjanji, semuanya rezeki. Namun dalam hati selalu berdoa moga berjumpa dengan sahabat2 lama. Alhamdulillah, syukur.


Kami nak balik Kuantan. Macam biasa Ahad petang, laluan ke KL akan sentiasa padat apalagi di musim cuti sekolah. Moga dipermudah kan dan selamat sampai nya.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

36 comments:

  1. Banyaknya aktiviti. Patut Mulan dan suami slim saja. Kalau tak briskwalk, berbasikal. Oh, uncle Gedek ada kembar rupanya. Baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubby ni jenis tak boleh duduk diam. Memang kena kerah. Ya Nur, Uncle Gedek ada twin hehe

      Delete
  2. putrajaya view cantik ala2 overseas...sronok cycling tu..sedap tgk nasi kerabu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Putrajaya memang cantik nak cycling senang. Nasi kerabu tu memang sedap

      Delete
  3. putrajaya memang cantik dan byk sgt port sesuai utk ootd :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MZ memang ramai pun kadang Pengantin bergambar

      Delete
  4. Kalau kat tasik putrajaya tu selalunya adik beradik Aaliyah Yoong lah yg concure...

    ReplyDelete
  5. Jauh jugak mengayuh tu sampai 17km. Best Putrajaya banyak port menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka jugak jauh mau tak nya, kebas punggung ni hehe

      Delete
  6. Seronok beriadah di Putrajaya, tempatnya luas lapang tersusun. Rugi kalau duduk sana tapi tak manfaatkan kemudahan kan.

    Pergi majlis kawin dah macam gathering sahabat lama, seronok tu. Memang tak makan banyaklah kan asyik berborak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend memang ramai beriadah di Putrajaya sebab luas dan parking pun senang.
      Seronok kan pergi majlis perkawinan sebab boleh jumpa ramai

      Delete
  7. Seronok beriadah di Putrajaya ni. Pernah naik basikal kat tasik di Cyberjaya kemudian tembus di Putrajaya. Kemudian balik ke Cyberjaya. Ikut laluan tasik. Aktiviti yang meletihkan tapi menyihatkan. Majlis kahwin yang ada kawan2 lama ni memang seronok sebab boleh bertanya khabar kan....sama juga la kalau ada saudara mara. Time majlis kahwin la kita boleh jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laluan cycling Cyberjaya dan Putrajaya memang bersambung kan. Best jugak sebab banyak pokok. Betul time majlis perkawinan memang best sebab dapat jumpa kawan2 atau saudara mara

      Delete
  8. 17km berbasikal, kalau saya memang tak larat dah nak ke majlis kawen lepas tu 😅

    ReplyDelete
  9. SA ni x explore pun Putrajaya lagi...x habis kata orang walau suami kerja kat Putrajaya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putrajaya ni besar kami pun tak habis explore

      Delete
  10. Teruk juga kesan banjir hari tu ye :(
    Wah 17km, hebatnya ! Kalau sy confirm tercabut lutut haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang sampai ke kawasan rumput yang lapang, jauh dari pantai. Cycling santai2 je tu bawak tak laju.

      Delete
  11. Wahhh.....mantap Mulan dan keluarga berbasikal 17 km. KSarie ni apa nak jadi la naik tangga dari tingkat 12 ke tingkat 13 udah semput meminta nyawa😅Putrajaya dan Cyberjaya banyak tempat riadah dan kawasan hijau seluas mata memandang. Alhamdulillah dapat jumpa kawan-kawan lama di kenduri. Semoga ukhwah berpanjangan semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Santai je cycling tu KSarie bawak slow2. Ehh naik tangga setingkat memang semput, memang kurang suka hiking naik bukit. Betul Putrajaya dan Cyberjaya banyak riadah, weekend memang meriah. Kami pun tak habis explore. Majlis perkawinan memang best sebab dapat jumpa kawan2 atau saudara mara kan

      Delete
  12. Rindu pula rasa nak berbasikal :)

    ReplyDelete
  13. Selamat tahun baru, Mulan.
    Mulan salah seorang top pengomen di blog saya. Nanti singgah blog ya. 😊

    ReplyDelete
  14. Putrajaya klu wiken mmg sunyi dr kenderaan eh hehe.... klu lalu situ malam² pun rs seriau gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putrajaya jalan biasa memang sunyi tapi area tasik dan dataran memang meriah. Betul ada laluan yang sunyi.

      Delete
  15. Saya memang kalau ke KL lagi, nak stay di Putrajaya saja kak. Sebab saya lebih sukaa suasananya. Lagipun ada MRT menuju KL kan. Jadi mudah juga.

    Sukaaa lihat nasi kerabu. Dah lama tak makan itu 😍😍😍. Salam noodle tuh saya ada lewati kemarin, tp sebab masih kenyang jadi tak mampir 😄

    Eh twin nya uncle yg wajahnya tak di blur ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny di Putrajaya senang ada train juga tenang dari KL. Nasi kerabu nya memang sedap cukup rasa. Salam Noodles juga favorite kami. 😍😍 Ya twin uncle wajah tidak di blur.

      Delete
  16. 16km berkayuh, boleh ketar kaki kalau saya ni xD bestnya basikal tu boleh lipat2. rumah saya dah lama takde basikal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak jauh tapi santai2 je sebenarnya. Asal jangan banyak jalan mendaki haha kalau flat ok lah.

      Delete
  17. Perasan juga jambatan siap tapi tak ada function..baru tau utk monorail.. okla diubah suai utk kegunaan pejalan kaki dan basikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambatan tu belum siap pun, sekarang baru nak disambung penambahbaikan supaya dapat digunakan.

      Delete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com