Sunday, December 14, 2025

DAY 11 : ALA ARCHA & BYE BYE BISHKEK, KYRGYZSTAN.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua yang terkesan dengan apa jua dugaan, konflik dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik. 

Jaga diri semua. Di Kuantan sejak semalam, hujan turun dengan agak lebat tapi tidak berterusan. Sejuk cuaca. Monsoon telah tiba. 


Awal pagi kami berkemas, makan pagi dan check out. Tak dapat jumpa owner sebab dia tak dapat sampai awal. Maka duit homestay dia minta kami pass pada security guard. Siap lah hubby berfoto dengan security guard bersama duit. Dari perbualan Whatsapp, owner sangat baik. Reply dengan segera. Tanya lah apa pun. Asalnya nak jalan2 dulu baru balik homestay dan check out, tapi khuatir lambat. Kereta sewa akan dipulangkan petang nanti. Seat belakang, jadi tempat bagpack jalan2 juga jacket2. 


Jalan2 tengok gunung.


Kenampakan salji melitupi puncak pergunungan.


Awal pagi agak lengang. 


Trek/jalan yang seakan diturap tar itu, adalah jogging trek, mungkin juga basikal dibolehkan. Sangat menarik. Hubby macam story teller, katanya bestnya kalau dapat duduk atau bercuti area di sini, dapat jogging, cycle. Macam2 ngomelannya.


Sepanjang jalan memang terdapat deretan chalet, hotel, juga kawasan perumahan.


Subhanallah.


Kami park kereta di parking lot yang disediakan. Beli tiket, tunggu bas dan naik bas yang disediakan ke tempat masuk utama ALA ARCHA ni.

ALA ARCHA NATIONAL PARK 

...ialah sebuah taman negara alpine di pergunungan Tian Shan, terletak kira-kira 35-40km di selatan Bishkek, ibu kota KyrgyzstanIa merupakan destinasi popular bagi penduduk tempatan dan pelancong, menawarkan pelbagai landskap, daripada lembah dan hutan yang subur hinggalah glasier dan puncak gunung yang tinggi.

Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat kemahiran dan dibuka sepanjang tahun. 

Berjalan-jalan & Berkelah: Bahagian bawah taman ini sesuai untuk berjalan-jalan santai di sepanjang sungai Ala Archa, berkelah di kawasan yang ditetapkan, dan menikmati udara segar dan pemandangan. Tupai merah dan burung hitam yang mesra selalunya boleh diberi makan kacang terus dari tangan anda.

Pendakian Sederhana: Pendakian pergi balik selama 4-5 jam yang popular membawa kepada air terjun Ak-Sai pada ketinggian 2,860 meter. Pilihan lain ialah laluan ke batu "BROKEN HEART" untuk pemandangan panorama.

Pendakian & Pendakian Gunung yang Mencabar: Pendaki berpengalaman boleh meneruskan pendakian melepasi air terjun ke pondok Ratsek (khemah asas untuk pendaki) pada ketinggian 3,300 meter , dan seterusnya ke glasier Ak-Sai. Taman ini mempunyai lebih 140 laluan pendakian gunung terperingkat di puncak melebihi 4,000 meter, termasuk Puncak Korona dan Puncak Korea Bebas.

Aktiviti Lain: Bergantung pada musim, boleh menikmati menunggang kuda, bermain ski dan mendaki ais.

Sumber Mod AI 


Kalau musim lain, boleh duduk lepak sebentar. Kena jalan cepat sebab hari masih awal pagi, mentari pun belum keluar sepenuhnya. Memang sejuk.


Alhamdulillah kami ada biskut. Boleh kongsi sedikit. 


Get ready lah kita menapak kaki, mengukur jalan di ALA ARCHA NATIONAL PARK ini. 

Just sharing, seeloknya pakai hiking shoes yang water resistant/proof sebab kalau terpijak salji tebal, dan salji mencair, kasut boleh basah. Kalau walking shoes biasa, material nya boleh serap air. Tapak kasut hiking shoes direka khas untuk memberikan cengkaman (grip) dan kestabilan yang optimum di pelbagai permukaan rupa bumi luar. Kalau high cut lagi elok. Yang pakai ni, bukan high cut, dah 4-5 tahun kot. Rasa nak mintak yang baru, yang high cut hehe.


Subhanallah cantiknya. Air dan ais.


Risau sungguh lah hubby ni, nak explore sampai ke bawah tepi jeram. Licin. Hampir terjatuh sebelumnya. Macam lipas kudung, ke sana sini. Memang excited kami di sini. Semua nak tengok.


Memang sejuk.


Tak puas tengok semuanya. Sama naik kami berdua macam berlumba nak snap gambar.


Takut sangat dia sebut ajak hiking naik bukit tu. 



Agak nya Januari atau mungkinkah sekarang seluruhnya sudah dilitupimsalji.







Ada jalan dan trek disediakan namun pengunjung belum ramai, sunyi dan sejuk.


Kami hanya berjalan, mengikuti pengunjung di hadapan kami.


Semua pun cantik2.


Susah jugak nak berfoto berdua, yang proper. Snap je lah buat kenangan.


Dia berjalan lagi. Aduiii sejuk.


Bag chance lah kan.


Close up foto air di jeram kecil.


Jangan sesekali nak try berjalan atasnya.


Terjumpa 3 sekawan local ini, sangat friendly.





Kami diturunkan dari bas di depan bangunan utama ini. Kemudian jalan kaki ke parking lot. Ada yang terus hiking dan berjalan kaki tanpa menaiki bas.


Selepas lebih 2 jam, penuh parking lot dengan kereta. Sememangnya ketika berjalan untuk menaiki bas, memang ramai pengunjung yang baru sampai.


Bye bye Ala Archa.


Masjid Dzhal, juga dikenali sebagai Masjid Abdulkarim Satuq Bughra Khan atau Masjid Mahmud al-Kashgar.

....terletak di barat daya Bishkek, di kampus Universiti Manas Kyrgyz-TurkiIa merupakan permata seni bina yang menakjubkan yang terkenal dengan suasana yang tenang dan reka bentuk yang indah. 

Seni Bina : Masjid ini mempunyai kubah yang besar, kaligrafi yang rumit, dan halaman yang tenang. Reka bentuknya telah diperhatikan menyerupai masjid-masjid yang terdapat di Turki.


Menghampiri waktu Zohor, hubby terus drive ke Masjid Dzhal. Kami solat di sini. Ruang solat wanita di tingkat atas. Tandas dan tempat wuduk di luar.


Cantik ruang dalam masjid. Foto dari tingkat atas, dari ruang solat wanita.


Cantik kubah di dalam masjid. 


Selesai solat, tiba masa untuk pulangkan kereta sewa. Ke stesen minyak berdekatan untuk penuhkan tangki minyak kereta sebagaimana kami mula sewa sebelumnya. Kereta perlu dicuci namun kalau tak cuci, ada bayaran akan ditolak dari deposit. Foto kanan/atas, kereta yang berwarna pink. Warna pink adalah sabun basuh kereta sebenarnya, cantik pulak kan. 

Di Bishkek, tempat cuci kereta, kebanyakan nya, self service. Cuci sendiri tapi tempat, air, sabun, blower semua disediakan. Khuatir tersalah cuci, juga kekangan bahasa, hubby decide biarlah tolak dari deposit. Sebelum pulangkan kereta, nampak kedai Kebab Halal, hubby stop dan tapau. Sedap sangat, rempah tak sama macam kebanyakan di Malaysia. Besar sungguh, terpaksa share satu, lagi satu tapau.


Alhamdulillah smooth semua dengan kereta sewa. Pihak kereta sewa puas hati semuanya tak ada calar dll. Baik2 diorang tu. Settle semua, hubby book Yandex/Grab untuk ke airport. 


Bye bye KYRGYZSTAN. Kami enjoy sangat. Hubby dengan tab nya tengok KDrama dalam flight. Penumpang sebelah hubby introduce dirinya berasal dari Korea. Dia tanya hubby suka tengok KDrama ya. Flight satu jam lebih saja. Alhamdulillah smooth.


Hello ALMATY, KAZAKHSTAN.

Tiba di airport, hubby book Yandex/Grab lagi untuk ke apartment/homestay.


Apartment kami untuk 5 malam.


Modern dan nice sangat.


Lengkap, bersih, kemas. Alhamdulillah. Di Bishkek, kami basuh semua baju kotor tiap pagi/petang sampai habis. Cuaca kering so baju dicuci mesin basuh,  sangat cepat keringnya.

Alhamdulillah smooth semuanya. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

22 comments:

  1. Subhanallah cantik sungguh pemandangannya!
    Sejuk ya amat la kan... Sampai air Tasik tu beku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Betul PH air tasik pun beku sebab sejuk.

      Delete
  2. Pemandangan dah macam dalam movie dah, dengan saljinya.
    Masjid itu pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan salji nya. Masjid pun sama cantik sangat.

      Delete
  3. Uish! Tak boleh bayang la dia punya sejuk tu!

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah cantiknya suasana di taman negara tu 😍. Kalau saya harus sangat teruja sebab belum pernah tengok salji depan mata. Hiking shoes water proof high cut saya dah beli, tapi itulah belum ada rezeki ke tempat begini 😄

    Selesa sungguh homestay-nya…kemas dan lengkap semua keperluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Moga Ujie sampai sana nanti. Homestay memang best semua bersih lengkap.

      Delete
  5. Menarik sangat Kak Mulan...air bercampur dengan salji tu memeberi gambaran yang indah...

    ReplyDelete
  6. cantiknya view subhanallah...

    ReplyDelete
  7. Saya datang bagi love dan like.

    ReplyDelete
  8. Saya blogwalking guna handphone tak nampak jelas. Bila guna laptop baru perasan. Air beku di jeram kecil tu, macam itu rupanya, close-up. Subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami berdua dalam pada sejuk menggigil, gagah snap foto sebab seronok sangat.

      Delete
  9. subhanallah, cantiknya semua gambar2 ni. apatah lagi bila tengok depan2. kalau saya pun excited nak meneroka sana sini kat setiap pelusuk. view yg takkan pernah ada kat negara sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Beribu foto kami snap.

      Delete
  10. Subhanallah cantiknya view Air dan ais tu....senibina kubah masjid tu cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah semua view nya, juga kubah masjid.

      Delete
  11. Menjamu mata saya tengok semua gambar yang dikongsikan lagi-lagi gambar gunung, sungai dan salji. Memang awesome teruk semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik semuanya KSarie, memang awesome. Moga KSarie sampai sana nanti.

      Delete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com