Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Sudah pun tiba bulan Rejab. Sekejap je masa. Doa buat semua yang terkesan dengan apa jua dugaan, konflik dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik.
Seawal 4.30 pagi kami keluar. Berjalan ke pick up point, dalam 600 meter, lupa nama hotelnya. Seriously sejuk. Alhamdulillah staff hotel bagi tumpang solat Subuh di cafe. Subuh ketika itu 5.20am. Rupanya kami berdua, yang terakhir diambil oleh van tour.
Perjalanan dengan van yang sangat selesa. Group kami 9 orang, tak termasuk driver dan tour guide yang fasih berbahasa Inggeris. Trip yang panjang hari ke 14 ini. Day trip saja. Kami book dengan Trip Advisor, sebab tarikhnya yang sesuai dengan masa kami. Ada juga local tour company tapi tarikh tak mengizinkan.
Guide suggest berhenti untuk ke bilik air atau mengopi/makan pagi.
Memang lapang tanah di kiri kanan kami.
Bermula lah perjalanan kaki dengan menggunakan tangga untuk turun nun ke bawah sana.
CHARYN NATIONAL PARK
...ialah sebuah taman negara di Kazakhstan, terutamanya di sepanjang sungai Charyn dan merangkumi Charyn Canyon. Taman ini berkeluasan kira-kira 125,050 hektar (309,005 ekar) dan terletak di daerah Enbekshikazakh, Raiymbe , dan Uygur di Wilayah Almaty, kira-kira 200 km timur Almaty. Taman ini, yang ditubuhkan pada tahun 2004, bertujuan untuk melindungi formasi geologi unik ngarai, keseimbangan ekologi sistem sungai dan gurun, dan tapak arkeologi penting di kawasan tersebut.
Taman ini juga melindungi rumpun Ash Sogdian yang tinggal, menawarkan sekilas tumbuh-tumbuhan purba. Sebahagian daripada Taman Negara Charyn dikhaskan untuk aktiviti rekreasi, menarik pengunjung untuk mendaki, bersiar-siar, dan memerhati alam semula jadi. Kepelbagaian biodiversiti dan landskap taman menjadikannya tapak ekologi dan geologi yang penting di Kazakhstan.
Sumber : Wikipedia
Tour guide memang best, student university yang buat part time job. Fasih berbahasa Inggeris. Ada bayaran dikenakan untuk ke national park ini tapi semua sudah termasuk dalam pakej yang kami ambil untuk satu hari ini.
Charyn Canyon
....sering dipanggil "Grand Canyon of Central Asia," ialah keajaiban semula jadi sepanjang 154 kilometer (96 batu) di tenggara Kazakhstan, kira-kira 200 km di timur Almaty. Dibentuk kira-kira 12 juta tahun yang lalu oleh Sungai Charyn, ngarai/canyon ini mencapai kedalaman sehingga 370 meter.
Sumber : Mod AI
Sorotan & Pemandangan Utama
Lembah Istana (Dolina Zamkov): Bahagian paling terkenal, terkenal dengan formasi batu pasir merahnya yang menyerupai menara dan istana.
Relik Hutan Abu Sogdian: Hutan prasejarah yang jarang ditemui yang terselamat daripada Zaman Ais; ia merupakan salah satu daripada dua hutan sedemikian di dunia.
Sub-Canyon yang Lain:
Yellow Canyon (Uzunbulak): Terkenal dengan landskapnya yang lebih cerah dan seperti bulan.
Temirlik Canyon: Menampilkan tebing gelap yang kaya dengan besi dan tebing sungai yang subur.
Bestamak Canyon: Ngarai pelbagai warna yang beralih daripada warna merah jambu kepada warna oren.
Sumber : Mod AI
First time ke canyon sebesar ini.
Alhamdulillah cuaca pun sangat terang dan cantik.
Untuk balik semula ke van/drop point, ada dua jalan. Patah balik dan menaiki tangga yang turun pada awalnya atau menggunakan trek ini. Katanya trek ini lagi dekat. Tapi diorang semua menipu. Trek ni kurang jauh tapi steep lah sikit. Sikit? Steep gila tau (untuk saya) haha. Orang lain steady je. Memang tak dinafikan kami pasangan paling berumur. Yang lain nampaknya 20s. Tak sure Azerbaijan girl sorang tu, rasa macam 20s atau 30s. Even tour group lain, tak nampak yang seumur kami. Hanya guide yang tau umur kami sebab ada ditulis dalam detail peserta. Patut pun dia tanya ok ke tak. So sweet and nice. Tapi tour ni dah dinyatakan age group 5-60 rasanya. Ehhh kami tak lah sampai 60 tau hehe. Tapi ada je umur 70s still fit kan. Even di Malaysia pun. Alhamdulillah pakai hiking shoes, grip kuat sikit.
Penat tau. Stop untuk minum dan snap foto. Guide dah kata, jalan santai2. Walaupun penat sikit (read banyak haha) tapi sebab view yang super cantik Subhanallah, tak terasa lah penat nya. Lagipun cuaca sejuk. Belas2 darjah Celcius.
Yang sorang ni, paling tak diam. Ke sana sini, kemudian suruh snap foto dia.
Hubby ajak naik untuk berfoto, ehhhh thanks lah.
Tempat melepaskan lelah maybe, boleh duduk2 lepak.
One for the album.
Jalan balik. Jangan lah you all pergi musim panas. Ni pun berpeluh jugak sikit.
Subhanallah cantiknya.
Berfoto dengan YURT. Alhamdulillah dalam pada merintih dalam hati haha, sampai juga akhirnya ke atas. Actually ada spot yang ada signage CHARYN CANYON yang besar tapi guide tak bawa ke situ. Besar kawasan ni, maybe ada few other spots kan. Yang ni pun dah best sangat untuk kami.
YURT
....atau GER dalam bahasa Mongolia) ialah sebuah kediaman mudah alih, bulat, seperti khemah yang digunakan oleh nomad di Asia Tengah, menampilkan rangka kekisi kayu yang boleh dilipat, bumbung berkubah dan penutup daripada kain felt atau fabrik, menyediakan rumah yang tahan lama, selesa dan mudah diangkut selama ribuan tahun, masih digunakan hari ini untuk kediaman, pusat kebudayaan dan juga glamping moden.
Sumber AI
Ke lokasi lain nya.
BLACK CANYON
...ialah bahagian dramatik Charyn Canyon yang lebih dalam, yang terkenal dengan tebingnya yang dalam dan gelap yang diukir oleh Sungai Charyn, menawarkan pemandangan yang menakjubkan . Ia merupakan bahagian terdalam sistem Charyn Canyon, mewujudkan kontras yang menarik dengan permukaan batunya yang gelap.
Sumber : AI
Memang gelap, seperti yang dinyatakan.
Subhanallah cantik.
Cara pembuatan minuman teh secara tradisional.
Ke lokasi seterusnya. Lembu, kuda, kambing biri-biri memang banyak di merata tempat.
Perkampungan penduduk setempat.
Bagi laluan, kuda-kuda melintas jalan.
SATY VILLAGE
...ialah hab pelancongan yang indah di Wilayah Almaty, Kazakhstan, terkenal dengan pemandangan gunungnya yang menakjubkan, berdekatan dengan Tasik Kolsai dan Kaindy (sering dipanggil "Mutiara Tian Shan"), dan Charyn Canyon, yang berfungsi sebagai pangkalan untuk mendaki, menunggang kuda dan pengalaman budaya, diiktiraf oleh UNWTO sebagai Kampung Pelancongan Terbaik pada tahun 2023 kerana pelancongan berasaskan komuniti yang mampan.
Sumber : AI
Sebenarnya kami ditukarkan dari menaiki van kepada bas mini 4W. Memang bas kecil 4W ni harung jeram kecil dll. Tak dapat snap banyak foto sebab terhuyung hayang melantun badan dalam perjalanan nya.
Yang putih tu, adalah van/bas mini 4W kami. Kami ke satu tasik yang tersohor. Untuk ke tasik, ada pilihan untuk menunggang kuda atau taxi. Kesemua kami memilih kuda. Excited lah jugak. Hubby tengah bayar harga untuk menunggang kuda. Bayaran ini tidak termasuk dalam pakej sebab ada beberapa pilihan.
Suka lah sangat kan mula2 nak naik kuda. Rupanya, group berkuda ini dibahagi kepada 4 orang, satu kumpulan. Kumpulan kami paling depan. Yang paling suspen sebab owner kuda, guide kuda2 kami nun dia dari cerun di bawah. Bayangkan perjalanan kami tanpa tuan kuda, melalui jalan yang sempit juga mendaki tanah agak tinggi. Mulut memang mengucap panjang sepanjang jalan. Cara diajar pun macam dia ingat kami biasa naik kuda. Tarik tali ke kiri untuk kuda ke kiri, cara yang sama untuk ke kanan. Dah la kuda saya paling depan, ada seketika dia stop. Hubby di belakang, jerit suruh tendang sikit badan kuda supaya dia gerak. Ehh buatnya kuda ku lari kencang....... Serius seram, pandang ke kanan, curam ke bawah ada dalam 100 meter atau lebih curamnya.
Geram jugak sikit dalam hati, tapi cool kan jugak sambil istighfar dan mengucap. Alhamdulillah, Lowell dari Filipina, group kami berempat, maju ke depan saya dan lead group kuda kami. Slow2 sampai juga. Group2 lain dengan guide masing2 bersama2, memang siap2 lintas kami hehe. Slow sangat. Kalau tanah biasa tak apa lah jugak. Ini kan, naik bukit, jalan sempit, curam nya lebih 100 meter nun ke bawah. Alhamdulillah selamat semuanya. Jumpa guide kuda ketika pulangkan kuda, rasa geram sangat tapi tahan je. Guide kuda tu pulak jenis sempoi gelak2 muka selamba. Tapi rasanya kuda2 ni pun semua dah biasa dengan laluan tu. Kerja dia kan, bawa pelancung pergi balik ke kawasan tasik.
Ke sini lah kami, berjalan dari tempat kuda, ke tasik tersohor.
KANDY LAKE
.....tarikan semula jadi yang unik dengan hutan yang terendam, terletak di pergunungan Tian Shan di Kazakhstan, kira-kira 300 km timur-tenggara Almaty, berhampiran kampung Saty. Pertanyaan tersebut menggunakan "Kandy", yang nampaknya merupakan variasi daripada "Kaindy".
Lokasi : Taman Negara Tasik Kolsai, berhampiran kampung Saty, Wilayah Almaty, Kazakhstan. Tasik ini terletak kira-kira 2,000 meter (6,600 kaki) dari paras laut.
Asal : Ditubuhkan pada tahun 1911 selepas gempa bumi besar yang mencetuskan tanah runtuh yang mewujudkan empangan semula jadi.
Ciri Unik : Tasik ini terkenal dengan "hutan tenggelamnya", di mana batang pokok spruce yang terendam telah dipelihara oleh air yang sejuk, mewujudkan pemandangan bawah air yang indah.
Akses : Untuk sampai ke tasik memerlukan usaha. Dari Almaty, anda biasanya memandu ke kampung Saty (kira-kira 4-6 jam), dan dari sana, naik kenderaan 4x4 tempatan (seperti van Soviet lama) atau mendaki/menunggang kuda beberapa kilometer terakhir di jalan tanah yang sangat kasar.
Sumber : AI
Subhanallah cantiknya. Tasik ada bahagian yang membeku dan berais sebab cuaca yang sejuk.
Rasanya kami diberi masa 30 minit tapi tak tahan sebab sejuk. Untuk pulang ke bas 4W, juga diberi pilihan, kuda atau taxi atau berjalan. Sebelumnya ramai yang memilih kuda, tapi saya memilih untuk naik taxi. Namun guide suggest untuk berjalan sebab view berlainan dan santai juga cantik. Hubby dan seorang lagi memilih kuda. Rasanya ramai yang suspen naik kuda sebab perjalanan naik turun bukit yang curam.
Trek platform pejalan kaki yang berkayu, memang mudah dan cantik viewnya.
Kalau January ni rasanya beku semua.
Tak sure berapa suhu ketika itu.
Paling akhir.
Memang tak puas snap foto.
Sana sini semua cantik.
Sampai akhirnya.
Bertiga dengan 2 anak muda dari Singapore, seronok kami berborak dan ambil gambar. Kami paling last tiba di bas mini 4W.
Kami dibawa ke satu guest house. Rupanya rumah driver bas mini 4W. Pakej kami disertakan lunch. Kami request yang halal. Tapi guide, driver semua nya pun adalah orang Islam. Memang halal kata guide. Seronok jalan2 negara Tan Tan ni sebab negara Islam. Makan PLOV lagi. Sedap sangat wife driver tu masak, lupa betul namanya. Kami berdua sempat tumpang solat Zohor/Asar, Alhamdulillah.
Siap makan, van telah pun tunggu. Ke lokasi seterusnya.
KOLSAY LAKE
....juga dikenali sebagai "Mutiara Tien Shan", adalah trio tasik gunung yang menakjubkan di tenggara Almaty, Kazakhstan, terkenal dengan perairannya yang jernih seperti zamrud, hutan pain dan puncak yang dilitupi salji, menawarkan aktiviti mendaki, berperahu dan sesi bergambar yang luar biasa, dengan Tasik Kaindy ("Hutan Tenggelam") berdekatan, menjadikannya tempat percutian alam semula jadi utama yang boleh diakses dari Almaty, paling baik dikunjungi melalui lawatan atau pengangkutan tempatan ke kawasan taman negara yang indah ini. Keindahan Alpine dengan air hijau/biru yang pekat, dikelilingi oleh hutan dan gunung, sering dibandingkan dengan "Kazakh Switzerland".
Sumber AI
One for the album.
Hari semakin petang dan sejuk juga gelap.
Untuk mendekati tasik, wajib berjalan turun.
Cantiknya warna air tasik.
Terdapat trek pejalan kaki berkayu disediakan di sebelah sana. Tak larat dah.
Kalau cuaca terang semestinya sangat cantik.
Betul juga, umpama Switzerland. Cuma sudah gelap sebab waktu ketika itu sudah menghampiri Maghrib, 4.30 petang masuknya.
KOLSAY LAKE adalah destinasi terakhir untuk pakej trip kami. Perjalanan balik 4 jam lebih. Mostly tidur. Stop sekali di R & R untuk makan/minum dll nya.
Imagine one way saja hampir 6 jam, campur2 stop di setiap attraction dll memang trip ni dalam 16 jam totalnya, 5.30 pagi bertolak dan sampai Almaty 9.30 malam. Tapi memang best..!!
Van drop kami di hotel yang kami tunggu awal pagi. Mulanya memang nak jalan saja sebab kaki penat dan berat. Hubby kata, takut kalau book, Yandex/Grab tak nak ambil sebab dekat. Ya jugak. Maka mengheret lah kaki dengan tangisan di dalam hati hehe.
Alhamdulillah seronok, smooth, diizinkan semuanya. Penat sekejap je. Memori kekal selamanya.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.






























































view tasik tu cantik sgt! as usual, MZ suka semua view yg ada snow hehheh ;) lawa sgt tempat ni. naik kuda tu mcm best tp MZ gerun jugak laaa if nak try ;)
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah walaupun beku sikit. View ada snow memang lawa kan. Memang serik rasa naik kuda. Next time nak kena confirm dengan tuan kuda route dan guide hehe.
DeleteMaha Suci Allah yang menjadikan segala planet dengan pelbagai bentuk dan rupa.
ReplyDeleteAllahu Akbar! Sebagai hamba memang tiada daya dan upaya untuk menandinginya.
Subhanallah. Memang cantik kan semuanya Kak Amie.
DeleteTak rugi berjalan banyak. Suasana canyon dah macam di planet lain. Seram baca kena naik kuda first time tu. Cantik betul tasik-tasiknya.
ReplyDeleteTu lah hubby selalu support kata dia jalan banyak boleh tengok lagi cantik. Canyon tu terasa dalam movie je. Memang lain. Memang agak seram naik kuda masa tu, lain kali nak kena confirm guide dan route.
Deletememang cantik macam kat swiss! tak jemu mata memandang di setiap sudut! even canyon tu pun cantik sangat walaupun banyak benar tangga nya hehe. ni kalau mak saya ni, memang membebel nampak tangga banyak2 camni.
ReplyDeletebagusnya guide tu buat part time tour guide sambil belajar!
Subhanallah memang cantik tau Mazni. Canyon memang rasa dalam movie. Kuda tu aihh lain kali kena confirm semua dulu.
DeleteMemang tak ramai orang ke sana ke sebab akak pergi bukan musim cuti? Nampak lapang dan puas sebab boleh bergambar dan ambil gambar dengan tenang. Cantik betul keindahan alam ciptaan Allah ye kak... mula-mula tengok macam lapang macam panas pastu tengok ada ais pulak
ReplyDeleteBetul Dana masa tu low season. Syok jugak sebab orang tak ramai. Subhanallah memang cantik.
Deletegambar kat Charyn Canyon tu kalau tipu caption 'berada kat Grand Canyon' pun ada org percaya agaknya hehehe
ReplyDeleteMemang boleh sangat kan
Deletekawasan bersalji ni walau apa pun bentuk muika buminya, tetap cantik dan memukau pandangan
ReplyDeleteBetul Anies view bersalji memang forever cantik
DeleteHehe.. seronok pengalaman naik kuda. Dah macam di Grand Canyon. Cantik sangat tasiknya. Semua pemandangan cantik.
ReplyDeleteSeram dan geram naik kuda hehe. Canyon dan tasik tu memang semua cantik.
DeleteBest nya dapat tengok canyon depan mata. Ingat lagi belajar Geografi dok cerita pasal Grand Canyon di US tu
ReplyDeleteMenarik betul Kazakhstan ni. Banyak tempat utk dilawati.
Alhamdulillah memang best tengok canyon. Macam kat US pulak kan. Betul PH Kazakhstan ada semua, tasik gunung cuma tak ada laut.
DeleteMcm Grand Canyon di US plak...Teruskan menulis komen di blog abam kie supaya kekal menjadi top 5 commenters yg bakal dpt cash pd awal thn 2026 ni. Cepat! Sementara tawaran masih ada...
ReplyDeleteBetul macam rasa di Grand Canyon
DeleteMasya Allah..tak tau nak komen macam mana. Semuaaanya menarik cantik wow sangat 😍
ReplyDeletePart tunggang kuda sendiri tu, alamak serem!
Moga ada kesempatan saya jejak kaki ke semua tempat ni jugak. Ok, jangan ambik musim panas 😄
Subhanallah. Memang semuanya cantik Ujie. Seram dan geram naik kuda. Moga Ujie sampai sana nanti
DeleteKalau naik kuda ni memang saya tarik diri la Mulan sebab kena pandai gak....terfikir kuda ni terkejut lalu dia naikkan 2 kaki dia. (banyak tengok cerita ni. Hehehe) Rumah bulat tu macam pernah nampak juga gambar kat Mongolia. View tasik ya allah cantiknya.
ReplyDeleteKalau laluan kuda landai tak bercuram mesti enjoy kan Ezna ini sebab bercuram tanpa guide, memang geram sikit hehe. Tapi maybe kuda dah biasa route kot. Rumah bulat tu namanya Yurt, memang banyak di Mongolia jugak.
DeleteCantik tasik tu mcm cermin
ReplyDeleteBetul memang cantik Subhanallah
DeletePemandangan sama macam dlm drama. Lawa sangat, gabungan warna alam semulajadi.
ReplyDeleteSatu je word: LOVE.
Subhanallah memang cantik semuanya Cha.
DeleteSeronok betul la tengok entry ni...penuh dengan pemandangan yang cantik2...kalau ada depan2 mesti lagi best ni...
ReplyDeleteMemang cantik semuanya Subhanallah
DeleteBerapa ribu gamaknya gambar yang Mulan ambil sepanjang trip ni kan sebab setiap pelusuk lawanya bukan kaleng-kaleng. Pemandangan cantik dan cuaca molek memang awesome untuk terapi minda dan mata. Cuma kena bertabah mengheret kaki ke hulu ke hilir la ye☺️
ReplyDelete2 ribu KSarie semua foto yang di-snap. Tu pun reminder dari gugelfoto manage storage dan suruh upgrade. Semua cantik Subhanallah. Hubby kata nak cantik kena heret kaki lah haha 😆😆😆
Delete