Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua yang terkesan dengan apa jua dugaan, konflik dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik.
Sambung semula travelog holiday baru2 ni.
24/11/2025. Hubby kerja, meeting online sebelah pagi. So kami keluar lepas Zohor. Pagi tu breakfast dengan food yang beli di mini market berdekatan, sambil2 bermalasan dan menonton berita Malaysia.
Paling berdebar berita banjir, sebab mak di Kuantan. Alhamdulillah anak soleh ada dan ketika itu, tidak terjejas.
Intai2 riuh di bawah, playground di apartment area ni. Macam di Malaysia jugak. Rasanya foto ni dah termasuk entri sebelumnya. Biar lah.
Siap meeting, siap solat Zohor, kami gerak khas, keluar lah. Apartment pun tak jauh dari metro station.
Cantik kan.
Posing lah kejap.
Zhibek Zholy Metro Station.
Paling hampir dengan apartment. Kalau lah di negara kita boleh buat seumpamanya. Mesti cantik kan.
Memang nun tinggi escalator nak keluar.
ALMATY, CITY OF APPLES
....penuh dengan arca epal yang meraikan warisannya sebagai tempat kelahiran epal, dengan lukisan ikonik besar yang sering muncul semasa perayaan, menampilkan reka bentuk Kazakhstan atau mercu tanda seperti Hotel Kazakhstan, yang terdapat di taman (Koktobe) atau di jalanan (Arbat), berfungsi sebagai tempat bergambar popular yang melambangkan identiti bandar.
Mendekati apple sculpture ni, rupanya family dari Malaysia yang sedang berfoto. Berborak lah sekejap.
Arbat Street (Walking Street)
(secara rasminya Zhibek Zholy Street , yang bermaksud "SILK WAY") ialah jalan pejalan kaki dan hab budaya paling terkenal di Almaty. Diinspirasikan oleh namanya di Moscow, zon bebas kereta ini berfungsi sebagai pusat seni, hiburan dan membeli-belah yang meriah.
TSUM MALL
Scroll TikTok jumpa info nak cari souvenirs di Tsum ni. Ok lah tapi kena bargain. Tak sure kami beli atau tak.
Jalan2 di luar TSUM.
Singgah makan nampak kedai ada logo halal.. Late lunch. Sedap kebab ni, tak sempat nak intai kebab customer lain. Order 2 kebab, makkk air besar, terpaksa tapau yang tak habis. Kedai makan ni opposite Tsum saja rasanya.
Yang best, semua area ni dalam radius walking street, memang tak ada kereta. Aman damai berjalan.
Jumpa supermarket dalam Tsum. Survey dulu apa yang boleh dibawa balik. Biskut diorang ni, menarik sangat sebab semua buatan local. Packaging cuma transparent plastic. Punya la banyak jenis, rambang mata.
Geram je kan. Dah lah halal.
Sunset. Keluar dari TSUM.
Masih dalam radius ARBAT WALKING STREET
Jiwa Artistik: Jalan ini merupakan ruang khusus untuk seniman, pelukis dan karikatur tempatan yang mempamerkan dan menjual karya mereka. Ia sering menganjurkan ArtBatFest , festival seni kontemporari tahunan yang menampilkan instalasi arca dan flash mob.
Hiburan Secara Langsung: Penghibur jalanan dan pemuzik jalanan membuat persembahan sepanjang hari, memainkan pelbagai jenis muzik daripada alat muzik tradisional Kazakhstan seperti dombra hinggalah set akustik moden.
Pusat Beli-belah: Ia menempatkan TsUM (Gedung Beli-belah Negeri Pusat) yang bersejarah dan pusat membeli-belah Silk Way dan Passage moden , yang menawarkan gabungan jenama mewah dan butik tempatan.
Tempat Makan & Kehidupan Malam: Jalan raya ini dipenuhi dengan kafe, bar dan restoran yang menyajikan masakan tradisional Kazakhstan (seperti shashlik dan beshbarmak ) dan makanan antarabangsa.
Hubby kesejukan. Lupa bawak cap. Cuaca di Almaty memang lebih sejuk dari Uzbekistan dan Kyrgyzstan. Juga menghampiri musim sejuk.
Memang menarik perhatian reka bentuk playground ni.
Sunset.
Jumpa apple lagi..
Cantik kan dinding di siling metro station ni.
Gayat kadangnya, nun sayup ke bawah, station nya.
Ke mini market berdekatan cari bekalan makanan.
Rambang mata, mostly ada logo halal.
Baiknya orang2 sekeliling. Dibuatnya tempat berteduh kucing, siap dengan blanket yang tebal. Dengan makanan sekali.
Alhamdulillah smooth semuanya.
◼️◼️ Alhamdulillah juga rumah mak tak teruk sangat banjirnya. Memang masuk rumah cuma selut tak setebal sebelumnya. Half day hari ni Jumaat sessi pagi, kerahan tenaga berdua dengan hubby. Keluarkan otot2 tersembunyi. Cuci bilik mak, ruang tamu + makan di depan. Bilik kecik, ruang dapur, stor dan lantai belakang dapur, panggil cleaner sebab tenaga dah kaput. Longgar semua organ badan. Otot pun terkedu tak terjangka haha. Alhamdulillah ada cleaner free sebelah petang. Baru perasan nombor plat kereta kami dan kereta uncle hilang ketika meredah banjir agaknya. Memang banyak kereta di Kuantan tanpa nombor plat kereta sekarang. ◼️◼️
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.





































Gayat pulak tengok escalator tu.
ReplyDeleteTu lah memang sayup je
Deleteunik betul ada sculpture epal merata2 tu...oooo hubby mulan ada urusan keje ker kat almaty tuuu...bestnya sbb mknn halal byk dan cuaca sejukkkk i likeee
ReplyDeleteMemang unik kan sculpture apple. Hubby meeting online dengan office di Kuantan tu. Holiday pun selit2 meeting. Sekarang kan pergi mana pun boleh meeting. Betul memang senang sebab banyak makanan halal
DeleteCantiknya metro station tu .. nampak moden dan selamat
ReplyDeleteSpaghetti ke tu? Sedapnya...
Alhamdulillah rumah bonda pun tak terjejas teruk.
Memang cantik PH, macam2 design station nya.
DeleteMenu yang ada spaghetti pun ada di sana.
Alhamdulillah rumah mak ok.
Cantik seni bina stesen metro.
ReplyDeleteSaya tertarik dengan lukisan yang banyak tu, saya suka lukisan walau tak pandai melukis.
Alhamdulillah rumah mak dah tak banjir. Penatnya nak bersihkan rumah banjir walau bukan selut tebal. Saya pernah ada pengalaman rumah masuk banjir, memang letih sangat buat kerja pembersihan.
Memang cantik Ujie stesen metro di sana. Sama lah kita walau tak pandai melukis tapi suka tengok painting kan.
DeleteAlhamdulillah rumah mak tak teruk. Biasa lah bab mencuci tu hehe.
cantikkknyaaaa
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah
Deletebestnya pergi kazakhtan, one of my bucketlist. pasaraya dia yg best sbb banyak produk halal. daging2, sosej2 pun mesti murah kat sana kan
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Moga Mazni sampai sana nanti. Memang mostly halal tu yang geram tu.
DeleteSiapa sangka sculpture apple bertemu jodohkan rakyat Malaysia! Terima kasih apple!
ReplyDeleteAda jugak orang Malaysia jumpa kat tempat lain lupa nak cerita.
Deletecantik snap gmbr view apple sculpture tu...sedap tgk kebab tu
ReplyDeleteUnik kan apple sculpture tu. Memang sedap kebab tu.
DeleteDia macam setiap genap inci ruang tempat mengundang untuk bergambar ye. Kebab tuh 😋 sangat
ReplyDeleteYa KSarie beribu gambar dalam hp. Kebab memang sedap
DeleteBestnya!
ReplyDeleteHujung tahun depan plan nak ke 3 Tan termasuk Uzbekistan dan dua lagi tu susah bak eja dan sebut hihihii....
Sayangnya ejen kata hujung tahun tak sesuai travel ke situ.
Alhamdulillah memang best Kak Amie. Betul jugak sebab kalau musim sejuk, tak banyak aktiviti boleh buat. November low season. Tak ramai orang, best jugak. Banyak nya aktiviti outdoor yang tak dapat buat. Kalau setakat jalan2 tengok masjid, madrasah, jalan dalam bandar, hujung tahun ok je.
DeleteAlangkah bagusnya kalau kat Malaysia pun ada tempat bebas kereta, boleh berjalan saja.
ReplyDeletePenat juga nak mencuci rumah yang dilanda banjir ni.
Kan, senang kita nak berjalan. Betul bab mencuci tu penat sikit tapi biasa lah.
DeleteKebab bersaiz besar ni teringat masa beli kat Swiss dulu. Siap boleh tapau buat makan esoknya pulak dan kebab tu masih sedap.
ReplyDeleteBetul kan kebab diorang ni besar betul. Selalu kena tapau.
DeleteGigil jap tengok escalator tu Ya Robbiii.
ReplyDeleteBiskut tu seksi, kita mmg kalah betul tengok biskut atau roti, harus ada satu yg ikut berjalan sama.
Betul Cha, perasaan nak turun naik escalator tu, uihh sayup je. Lagi best kan tengok biskut terang terangan macam tu.
DeleteMetro station pun diorang buat cantik- cantik ye kak...nasib baik ada cleaner yang free..memang nak harap tenaga sendiri memang x larat la kan kak...bukan sikit2 nak kena bersihkan...
ReplyDeleteBetul SA semua metro station d sana cantik2. Alhamdulillah ada cleaner free, cuma bahagian dapur dan store juga belakang dapur. Alhamdulillah tak seteruk sebelum ni
Delete