Tuesday, December 16, 2025

DAY 12 : RONDA-RONDA ALMATY, UZBEKISTAN


23/11/2025. Almaty, Kazakhstan. Negara ke 3 percutian kami.
Hubby share foto ini. Lepas Subuh dia pergi jogging.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua yang terkesan dengan apa jua dugaan, konflik dll nya. Moga dipermudah kan semua urusan, diganti dengan yang lebih baik. 

Jaga diri semua. Di Kuantan/Pahang hujan turun berterusan sudah 3-4 hari. Banyak tempat dah naik air. Risau dengan mak, dah ajak tidur di rumah, kata dia air longkang belum pun separuh. Sebab kawasan berdekatan, di belakang perumahan mak, ada yang dah naik air. Moga semua dalam lindungan Allah. 


CENTRAL PARK


Foto yang hubby share.


Minta dia belikan makanan untuk breakfast. Banyak kedai umpama 7E berdekatan. Sedap crepe gulung berinti daging ni. Makan dengan garlic sauce. Ada roti juga, lupa snap foto. Lapar. Hampir tiap hari makan daging. Lepas tu mencari lah jus delima.


Suasana playground di kawasan apartment ini. Macam di Malaysia juga kan.


Pagi tu, bermalasan saja. Tunggu lepas Zohor baru keluar. Zohor pun awal. Rasanya sebelum pukul 12. Hubby tengok KDrama di tablet nya. Kita pun tengok Astro dll di YouTube, di smart tv.


Lepas Zohor kami keluar.


Wahhh ada Mixue juga.



Almaty Central Mosque

...ialah mercu tanda seni bina yang terkenal di Almaty, Kazakhstan, yang terkenal dengan kubah emas yang besar dan dinding marmar putihnya.


Besar betul periuk masak PLOV ni.

Plov (juga dieja pilau atau pilaf dan dikenali sebagai palov atau osh di Asia Tengah) ialah hidangan nasi satu periuk yang mengenyangkan yang popular di seluruh Asia Tengah, Caucasus, dan RusiaIa secara meluas dianggap sebagai hidangan kebangsaan Uzbekistan, di mana ia mempunyai kepentingan budaya dan tradisional yang ketara. 

Bahan-bahan Utama : Hidangan tradisional ini menampilkan nasi yang dimasak dengan daging (biasanya kambing atau daging lembu berlemak), sejumlah besar lobak merah yang dipotong dadu, bawang besar, dan selalunya bawang putih dan rempah ratus.

Di Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Kazakhstan ni, merata2 akan jumpa PLOV.


Excited betul jumpa ikan. 


GREEN BAZAAR 
...atau Zelyony Bazaar dalam bahasa Rusia, Kök bazar dalam bahasa Kazakh) ialah sebuah pasar awam yang bersejarah dan meriah di Almaty , Kazakhstan, yang terletak di ulitsa Zhibek Zholy 53Ia merupakan hab pusat bagi penduduk tempatan dan pelancong, menawarkan pelbagai jenis hasil segar, makanan tradisional, rempah ratus, pakaian dan cenderahati.


Jalan2 dalam GREEN BAZAAR yang tersohor ini. Hubby beli stokin dari bulu unta untuk dia dan anak2 soleh solehah. Kita pun tumpang sepasang. Beli kekacang untuk kudapan je dulu.


Lunch di kedai makan berdekatan Green Bazaar. Order PLOV juga sepinggan saja. Memang dah tau, banyak portion nya. Dah kenyang, tengok dessert pun tak boleh nak order.


Qurt (atau Kurt)

Snek keju utama (foto atas) di Kazakhstan, iaitu keju keras, masin, dan kering yang diperbuat daripada susu yang ditapai (biri-biri, kuda betina, atau lembu), yang secara tradisinya dibentuk menjadi bebola kecil, menawarkan rasa yang kuat, protein tinggi, dan jangka hayat yang panjang, dinikmati begitu sahaja sebagai snek kaya kalsium, dilarutkan dalam air untuk minuman, atau ditambah kepada sup. Ia merupakan bahagian penting dalam warisan nomad Kazakhstan, yang terkenal dengan rasa masam dan mudah dibawa, dengan versi moden yang menawarkan rasa seperti cili atau selasih. 


Wah kedai JALAN JALAN JAPAN pun ada di Almaty.


Monument Bauyrzhan Momyshuly

Monumen kepada wira lagenda Kazakh WWII, Bauyrzhan Momyshuly, berdiri di beberapa bandar Kazakhstan seperti Almaty, sering berhampiran Panfilov Park, menggambarkan beliau secara heroik dalam gangsa dengan pendirian dan pedang yang teguh, meraikan keberaniannya dalam mempertahankan Moscow, dan di Astana (Nur-Sultan) dan Shymkent, menghormati legasi beliau sebagai "Wira Rakyat Kazakhstan" dan peranan pentingnya dalam Divisyen Senapang ke-316. Monumen-monumen ini, yang sering memaparkan meriam atau melambangkan kepimpinan ketenteraannya, berfungsi sebagai peringatan penting tentang pengorbanan dan kebanggaan negaranya. 


Antara attraction di Almaty.


 Ascension Cathedral 

..(juga dikenali sebagai Katedral Zenkov ) ialahsebuah katedral Ortodoks Rusia yang bersejarah dan meriah yang terletak di tengah-tengah Taman Panfilov di Almaty, KazakhstanIa merupakan mercu tanda seni bina yang menakjubkan yang terkenal kerana dibina sepenuhnya daripada kayu tanpa menggunakan sebarang paku dan didakwa sebagai gereja kayu kedua tertinggi di dunia.

Katedral ini merupakan monumen unik yang diperbuat daripada pokok cemara Schrenk dan direka bentuk untuk tahan gempa bumi, yang terbukti semasa gempa bumi dahsyat tahun 1911, hanya mengalami kerosakan kecil.


Malas nak masuk, ronda2 luar sahaja.



28 Panfilov Guardsmen Park

...ialah sebuah taman bandar utama yang terletak di tengah Almaty, Kazakhstan, yang didedikasikan untuk memperingati 28 askar yang terkorban ketika melawan Nazi semasa Perang Dunia IITerdapat juga sebuah taman yang dinamakan serupa di Bishkek, Kyrgyzstan


Zhibek Zholy Station. Naik metro nak balik apartment.


Kedalaman: Seperti kebanyakan stesen lain di Almaty Metro, Zhibek Zholy ialah stesen aras dalam, yang terletak jauh di bawah tanah.

Kebolehcapaian: Stesen ini merupakan mod pengangkutan yang bersih dan cekap, walaupun pengunjung harus ambil perhatian bahawa eskalator yang dalam mungkin tidak boleh diakses oleh kerusi roda.


Zhibek Zholy Station

 ...stesen di Laluan 1 Almaty Metro di Almaty, Kazakhstan. Dibuka pada 1 Disember 2011, namanya diterjemahkan sebagai " SILK ROAD," dan seni bina serta reka bentuk stesen ini memberi penghormatan kepada laluan perdagangan bersejarah ini. 




Reka Bentuk Seni Bina: Stesen ini terkenal dengan reka bentuk gaya Timurnya yang rumit, menampilkan lantai marmar yang digilap dan dinding mozek.

Mural: Dewan tengah platform ini menampilkan panel seramik hiasan yang besar dan mural yang menggambarkan simbol dan pemandangan dari laluan perdagangan kuno, termasuk karavan di padang rumput Kazakhstan.




Cantik kan semua design nya.


Exit.


Jam menunjukkan 4pm.


Singgah mini market. Sausage banyak betul, halal pulak tu. Kurma chocolate tu macam yang kami beli sewaktu di Madinah/Mekah. Dah banyak jual di pasaran. Macam2 jenis roti dan biskut dijual. Tapi mostly dalam kuantiti yang agak banyak untuk kami berdua. Puff/pastry pun ada, dibakar fresh di dalam ovennya. 


Kami singgah DEGIRMEN. Nak tapau saja. DEGIRMEN ni, kedai yang kami makan sewaktu lunch tapi kedai nya yang berhampiran Green Bazaar. 


Hubby dengan hasil tapau kami.


Sikit lagi nak Maghrib, ketika itu waktu Maghrib 4.30pm rasanya. 

Alhamdulillah smooth semuanya. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

20 comments:

  1. bestnya tgk mulan2 jln2 kat almaty. saya 1st time dgr psl almaty ni when my ex-PA ckpw almaty is her travel wishlist...so MZ pun jd curious kenapa..then nampak mek yun influencer tu promo2 psl almaty dan nampk jugak air asia ada fly to almaty (best giler if saper2 yg grab tox promo time launching)...so now MZ pun dh ter suka laaa dgn almaty ni...so boleh masuk dlm my long travel wish list laa esp lps baca entry mulan ni! nasi plov tu nampak sedap dan crepe inti daging tu pun i terliur jugakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Almaty memang best MZ. Senang je pergi tanpa tour company. Moga MZ sampai sana nanti.

      Delete
  2. Kita pun excited tengok ikan haha...

    ReplyDelete
  3. Cantik pula corak pada badan ikan.
    Saya rasa gayat pula tengok eskalator yang jauh ke dalam underground tu.
    Seronok sebab ada laluan jogging yang aman damai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan corak macam ular pun ada. Memang gayat escalator tu, tak boleh pandang lama. Seram. Best kan ada laluan khas untuk jogging.

      Delete
  4. KakMulan, Kurt tu sepertinya sedap? kak cuba tak? kenot brain taste nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah rasa sikit. Keras, masam, masin macam cheese.

      Delete
    2. Boleh makan sambil layan perasaan nih, ihiks~

      Delete
    3. Hehe ya jugak, biar perasaan berbicara

      Delete
  5. Crepe gulung tu nampak sedapnya. Seronok tengok gambar2 cantik yang Mulan share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu Ezna. Macam dadar inti daging. Alhamdulillah memang cantik kat sana. Moga Ezna sampai sana nanti

      Delete
  6. meleleh tengok makanan berdaging kat sana, yummy! nasi plov tu mmng nampak sedap betul. haritu ada baca blog encik afif timetravel tu, pun makan plov jugak. bila lah saya nak rasa plov ni hehe.

    coklat kurma tu, masa kat mekah ngan madinah baru ni saya try cari, tapi tak jumpa huaaa. memang nak beli tu tpi tak habis2 jumpa coklat cedok je. ke saya yg tak reti cari...

    wow random betul tiba2 ada jalan jalan japan kat sana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah semua nampak sedap. Seram jugak dengan kolesterol. PLOV ni lebih kurang nasi arab tapi kurang minyak nya. Oh tak ada ke, masa kami pergi few years back banyak chocolate kurma tu. Cer tengok kat Shopee hehe. Kaaann excited pulak tengok Jalan Jalan Japan kat sana.

      Delete
  7. besar btul periuk menu PLOV tu ye..cantik la Ascension Cathedral

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada yang lagi besar tapi kami tak sempat ke situ. Ascension Cathedral tu senibina memang cantik.

      Delete
  8. Cantiknya hiasan dinding Zhibek Zholy Station tuh lawa sungguh. Tiba-tiba eh ada Jalan Jalan Japan terselit. Semua makanannya aneka macam sampai terkebil-kebil KSarie ngences. Nasi plov tu haish😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Metro station diorang memang cantik KSarie. Ralit tengok coraknya. Hehe kan memang excited tengok JJ Japan kat sana. Nanti KSarie pergi sana, makan tau plov tu.

      Delete
  9. Sedapnya nasi Plov tu kak..SA nampak ikan fresh dan buah2 tu...segar2 semuanya....Zhibek Zholy Station tu cantik betul la...x puas SA tengok gambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Plov tu macam nasi arab tapi kurang berminyak nya. Ikan dan buah memang fresh. Metro Station tu memang cantik2 kan design nya.

      Delete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com