Monday, September 30, 2024

NASI KEBULI@MS ELLIOT. WARUNG TANJUNG SELERA. TAMAN GELORA.


PANTAI GELORA, KUANTAN 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

DOA BUAT PALESTINE DAN LEBANON.


SABTU : 7.10am.
WARUNG TANJUNG SELERA (depan SEK. UGAMA AL IHSAN)
Macam biasa weekend hubby akan ajak brisk walk. Asalnya nak naik Bukit Pelindung tapi badan macam kurang best. Kena makan dulu sebab lapar. Lalu depan warung ni banyak kali tapi tak stop pun. Singgah lah, nak try. Ramai juga yang recommend dalam medsos. Macam2 kuih muih. Yeyy ada kuih favorite.


KUIH DANGAI KUKUS.
Ini lah kuih favorite. Susah betul nak jumpa.
(Foto : IG DapurKakZura)


Best ni, jumpa kedai yang buka seawal pukul 7am.

Asalnya nak makan NASI LEMAK sebab lama tak makan. Tapi bila nampak NASI DAGANG, terus tukar menu. Alhamdulillah sedap pada kami. Macam biasa, saya punya mesti banyak kuah, NASI DAGANG BANJIR.


Ada LAKSAM, LAKSA, LONTONG, NASI LEMAK, NASI KERABU, NASI BERLAUK, NASI MINYAK dll lah. 


ROTI CANAI pun ada nun di hujung sana. Tempat makan luas dan bersih.


Dah kenyang, u-turn ke TAMAN GELORA, di PANTAI GELORA.


Brisk walk. Lama tak ke sini.


Ehh ehhh, gotong royong menggaru ya.


Alhamdulillah cuaca terang cantik.



Siap 6,000 steps on the way ke kereta, jumpa kawan ITM dulu. Lama betul tak jumpa. 


AHAD @ MS ELLIOT.
NASI KEBULI. Mak punya.

Balik dari hospital ziarah saudara, ajak mak & adik lelaki (one & only), lunch di MS. ELLIOT. Bertiga je. Hubby masuk laut. Adik hantar mak balik Kuantan, petang Sabtu kelmarin, dari rumahnya di Klang. 2 minggu mak tinggalkan rumah Kuantan ni.


NASI KEBULI PAHANG

Hidangan Nasi Kebuli sangat terkenal di kawasan kampung sekitar Kampung Budu, Kuala Kenong, Jelai, Kampung Hulu, Tanjung Besar, Kuala Medang, Kampung Jeram Landak dan semua daerah di Kuala Lipis.

Nasi Kebuli ini merupakan makanan tradisi masyarakat Pahang khususnya daerah Lipis dan ia pernah dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis. Hussin dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Nasi Kebuli ini pada tahun 1944.

(Sumber : batuembun.pjk.com.my)


PIZZA DAGING SALAI. Sedap. 
Minuman : HOCK JOO SIGNATURE (kopi susu), RASPBERRY SMOOTHIE, SG PANDAN WATERFALL (macam milk green tea ada rasa pandan). Semua sedap.


FISH AND CHIPS.
Kesian adik lelaki sorang ni, sakit gigi, nak order yang lembut2. 

Alhamdulillah. Moga kita semua sihat ceria sentiasa.

36 comments:

  1. Semalam ternampak dekat IG reel pasal Ms. Elliott ni. Owner dia orang Perancis kan. Nampak best, dah masuk dalam list tempat singgah makan kalau pergi ke Kuantan lagi 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul owner nya orang Perancis, sedap2 menu yang kami dah try, Alhamdulillah

      Delete
  2. Kuih dangai kukus, pertama kali kak ana dengar dan lihat, sebelum nih tahu yang bakar sahaja.. menarik semua menu yang Mulan share ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun baru beberapa tahun jumpa kuih dangai kukus ni, sedap.

      Delete
  3. Teringin nak try mkn nasi kebuli tu🤤

    ReplyDelete
  4. selalu kuih dangai bakar, yg kukus x pernah jumpa lg..oo..nasi kebuli asal Pahang..sedap2 nya menu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dulu jumpa kuih dangai bakar je kan. Nasi Kebuli ni, maybe first jugak rasa hehe sebab tak ramai yg buat. Mak dah pernah makan.

      Delete
  5. First time tengok nasik dagang banjir macam tu....

    ReplyDelete
  6. Selalu org makan nasi kandaq banjir, akak pulak nasi dagang banjir hehe ..
    Nasi kebuli tu tak pernah tengok. Tapi mesti sedapkan sbb menu klasik gini ada keistimewaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang suka nasi banjir2 ni.
      Nasi Kebuli kami biasa dengar tapi payah nak cari, Alhamdulillah merasa baru ni bila mak order.

      Delete
  7. Nasi kebuli…tak pernah makan.
    Rasa macam pergi pesta makan-makan bila ke sini 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi ni tak ramai yg buat. Memang susah nak cari.
      Hehehe virtual food fiesta 😍

      Delete
  8. Tengok dangai kukus tu teringin nak rasa. Lagipun hari khamis ni ada kerja sikit di Kerteh..so boleh la singgah di Kuantan cari..tapi apakan daya..hajat tak kesampaian..tiba2 lutut kiri buat hal..so terpaksa la hantar staff utk represent kita...siap ambik cuti jumaat dan isnin konon2 nak repeat jalan2 cari pantai....nasib baik tak booking hotel lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa sis, syafakillah. Moga cepat sembuh tau. Take care. Insyaa Allah next time sampai Kuantan.

      Delete
  9. Kalau ke blog akak memang lapar jelah... semua makanan nampak sedap-sedap. Kegemaran dana juga dangai kukus tu kak sedap nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kuih dangai kukus ni. Hehe singgah lagi jamu mata 😍

      Delete
  10. Macam tak pernah jumpa lagi nasi kena buli ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini pun susah nak jumpa. Sebab asalnya jauh di Lipis.

      Delete
  11. Kuih dangai tu banyak dijual di LD. Selalu Kak Amie beli, sedap!
    Oooo...nasi kebuli memang makanan tradisi masyarakat Pahang. Saya sangka nasi kebuli ini asalnya dari Afghanistan (Kabul).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kuih dangai kukus ni Kak Amie.
      Kami pun dengar je nama nasi kebuli ni dulu2 sebab jauh asalnya, Alhamdulillah sekarang dapat rasa.

      Delete
  12. wow banjir btul nasi dagang tu...1st time dgr nasi kebuli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang suka banyak kuah. Nasi Kebuli ni memang jarang dijumpa.

      Delete
  13. Lambatnya SA nak ke Kuantan...tunggu Dania cuti Sem 2 ni bulan 11....nanti SA nak rujuk blog akak je tempat2 makan best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah sampai Kuantan nanti. Banyak lagi tempat makan best tapi tak ada masa nak jejak semua hehe.

      Delete
  14. Cantiknya permandangan Taman Gelora tu. Macam nak ke area Kuantan ni juga....boleh la refer Mulan punya post.

    ReplyDelete
  15. Kue2 nya nampak sedaaap 😍😍😍😍. Suka lah mencoba aneka macam kue seperti ini.

    Nantilah kak, nak juga datang ke kuantan. Lalu nasi kebuli itu pun menarik. Makanan kaya rempah seperti ini memang favorit saya, apalagi kalo ada pedas2 sikit 😄. Nama restorannya pakai nama owner kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila banyak kuih, semua nampak sedap kan. Memang suka cuba yang baru, serupa ketika di Jakarta dulu.

      Ya Fanny mesti cuba datang rnanti ya. Oh nama kedai tu, tak sure dari mana 😄

      Delete
  16. nampaknya kita boleh geng ni
    makan nasi harusssss banjir
    tak kisah laa jenis menunya
    hahaha

    ReplyDelete
  17. huiiishhh
    kuih dangai dia ni mmg menggoda laaaa
    tgk gula tu fuhhhh

    ReplyDelete
  18. Baru pertama kali dengar nasi Kebuli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak susah nak jumpa nasi kebuli ni.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com