Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Dalam 2 minggu lepas ni, ulang alik Kuantan-KL. Banyak sangat hal perlu diselesaikan di area Wangsa Maju dan Setapak. Bila lunch time, ada lah 3 kali/hari berlainan kami masuk kedai Arab area Taman Melati iaitu Taj Hadramawt, Qasar Balqis dan Yahala. Yang di order Nasi Mandy atau Kabsah dan Fahsah atau Oqda. Dessert, first day tu kami try Masoub, foto di atas. Sedap pulak. Kemudian repeat order di dua kedai Arab lain. Sedap walaupun tiap kedai ada rasa lain sikit je.
MASOUB ialah puding berasaskan pisang tradisional dari wilayah Hadhramaut di Yaman. Ia diperbuat daripada pisang yang terlalu masak, roti leper yang dikisar, krim, keju, madu, dan kadangkala kurma . Ia popular di negara Arab lain seperti Arab Saudi dan UAE , tempat komuniti pendatang Hadhrami memperkenalkan hidangan itu. (Wikipedia)
Breakfast last week lupa hari apa, kami singgah KEDAI NASI DAGANG BIRA JALAN lagi. Kali ni try pulak Nasi Kerabu. Sedap sangat sebab kuah lemak tu sedap.
Anak soleh order Nasi Minyak. Sedap katanya.
Ahad semalam, sebelum brisk walk, kami ke KEDAI ROTI CANAI D'BUKIT. Lalu banyak kali sebelum ni, penuh parking sampai tepi jalan. Pukul 7.30am kami sampai, parking banyak lagi.
Aneka kuih. Pau kampung dan kuih ketayap, sedap. Kalau kuih ketayap intinya warna putih, terus nak mogok rasanya. Yang ni inti kelapa gula melaka, sedap.
2 orang tukang tebar roti canai. Ada juga warung SATE dan PIE TIE.
Juga Nasi Lemak, Mee Rebus, Soto rasanya.
Kami punya. Roti canai memang sedap. Kari Kambing pun sedap. Roti banjir saya punya.
Brisk walk lah kan lepas makan. Macam biasa, arahan ketua kontinjen. Nanti bising dia satu hari dengan ceramah kesihatan nya.
YY LANDSCAPING SDN BHD, BANGI.
Geram tengok pokok2 semua cantik. Kami beli batu2 putih, tak beli pokok.
Alhamdulillah transformasinya, sebelum tu rumput carpet artificial. Nanti lah lain masa nak top up pokok 1-2 pasu. Ruang tak besar mana.
Asal rumputnya sebegini. Yang putih tu, ubat gegat. Petua orang, menyantun-halau kucing yang datang dan tinggalkan hasil buangan. Tapi tak menjadi.
Perit jiwa, bila tiap kali balik Putrajaya, hasil buangannya merata di atas rumput carpet artificial ni. Moga dengan batu2 putih ni, kucing2 orang tak datang lagi untuk membuang. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Lunch semalam. Rindu Ramen di Jepun, kami ke SEIROCK YA di IOI MALL PUTRAJAYA.
Ala jari jemari orang lapar. Kacau lah.
Ni satu lagi. Tak perasan tangannya.
Rasa Ramen di SEIROCK ni memang seakan Ramen di Jepun.
Pagi tadi, breakfast di sini. Tempat biasa dulu2 ketika anak2 sekolah rendah, join KID SCUBA di PUSAT LATIHAN SUKAN MAYBANK, tiap Sabtu. Ulang alik kami dari Kerteh.
Kami suka ke kedai Azlina ni. Banyak pilihan makanannya dan sedap.
Pukul 9.50 pagi tadi sampai di JAKEL MALL. Belum buka. Lengang pagi Isnin.
Wahh JAKEL mendonia.
ARIANI di seberang sana. Belum pernah masuk.
JAKEL SQUARE rupanya, area ni.
Besar kedai nya KHAN ni.
The boys (hubby dan anak soleh) try juga baju melayu Fattah Amin. Ketat sikit di bahu. Tapi cutting baju melayu SENARIO yang paling elok especially di bahu. Kena cari yang ada pesak, cutting fit tak boleh sebab the boys ni bahu nya broad. Sebelum ni, cutting Aaron Aziz yang ok tapi dah tiada stok. Mummy dan anak solehah, rasanya recycle baju lama atau buat baju top je macam Kurung Kedah, kebaya loose atau Kaftan top sebab dah ada kain sarung yang warna seumpama baju melayu the boys.
Tak lama di JAKEL, kami terus ke Taman Melati settle kan hal yang tertangguh. Alhamdulillah selesai semuanya pada jam 3pm, terus drive balik Putrajaya takut jam orang balik kerja.
Lunch+dinner bertiga tadi pukul 4pm @ SALAM NOODLE PRESINT 15, restoran China Muslim. Favorite kami. Minuman free flow ada lemon tea, green tea, soft drinks, orange, sarsi dan sirap rasanya. Sup pun free flow.
Caca marba post kali ni. Tak dan (sempat) nak buat entri satu2. Nak bw pun sama, belum lapang masa.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Oooo... guna ubat gegat ke? Baik boleh cuba!
ReplyDeleteKena letak semula bila ubat gegat habis
DeleteSesedap menunya
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Terima kasih Wak
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteBusy memanjang ye Mulan. Tak apalah, kiranya banyak pergerakan dan guna tenaga.
Maka terbakarlah lemak, badan pun sihat. Alhamdulillah.
Bestnya shopping di JAKEL. Dah lama tak nasuk JAKEL...jauh di KK.
Insyaa Allah moga kita semua sihat selalu. Kebetulan kami di KL terus lah ke JAKEL 😍
DeleteGuna ubat gegat x menjadi ye kak...itu rumput carpet betul ke palsu punya...nanti Saa tanya-tanyakan petua halau kucing sari membuang kat rumput rumah kita...tangkap sekor2 sunat eloknya kan..hahaha...Salam Noodles tu darindulu nak terjah, x lepas2 lagi..pi Putrajaya pun meeting aje..x dan nak ajak makan ke apa...
ReplyDeleteKalau ubat gegat habis kena tabur semula. Tu rumput artificial. Try la cari Salam Noodles di KL, ada kot 😊
DeleteTiga2 restoran arab kat tmn melati tu mz dh try mkn..ok jer taste-wise😁
ReplyDeleteTak tau nak compare sebab lebih kurang sama je kan, except for dessert Masoub tu. Ada yang rasa lebih Pisang ya 😊
DeleteDatang blog ni je tak sah kalau tak terliur, gambar makanan semua sedap2 😋
ReplyDeleteGambar first tu saya ingatkan macaroni cheese, dessert rupanya. Kalau pergi restoran arab saya tak pernah makan dia punya dessert. Asyik order nasi takpun kebab jela
Manis sangat tak dessert tu?
Hehe memang suka tengok makanan. Sekali pandang memang macam mac n cheese kan. Tak manis sangat. Manis dari pisang dan madu.
Deleteyang rumput hijau yg akak letak ubat gegat tu kan... lady nak cube letak di laman lady... tp kan bimbang si kucing buat tandas... huhuhuhuhuhu... rasa nak buat dinding sehingga ke atas.. :P
ReplyDeleteUbat gegat tu hujan panas, dia habis. Kena tabur lagi. Maybe la time baru tabur, kucing tak datang kot. Bila habis, dia datang ukk ukk lagi.
Deletewahh...dah shopping baju raya...Qaisar Balqis pernah try, sedap ...ooo...dari kecik dah join scuba, bagus aktiviti mcm ni...
ReplyDeleteSementara ada di KL, kita terjah dulu hehe. Sedap jugak Qaisar Balqis tu. Hubby lah yang encourage anak2 masuk laut jugak.
DeleteOrang kata, letak buah citrus, sama ada lemon, limau nipis ke, limau kasturi ke, kucing tak suka buah citrus dan baunya. Sedap-sedap tengok gambar makanan. Tiba-tiba nampak kari kambing. Aduh...
ReplyDeleteNak try la jugak letak lemon, limau tu. Kari Kambing memang sedap kan,
DeleteSalaam Noodle tu sesekali teringin memang akan ke situ. Food Court KDABB ni lama tak pergi. Time Dania SK kat Bukit Jalil je mesti singgah. Masa tu saya dok KDABB, Dania sekolah kat SK Bukit Jalil.
ReplyDeleteSalam Noodles ni sedap food dia bagi kami. KDABB ni senang singgah sebab tepi jalan. Variety kan makanannya.
DeleteSaya makan awal, jadi sekarang dah rasa lapar. Scroll pulak deretan gambar makanan...hahaha!
ReplyDeleteSaya pulak kalau balik rumah NS, kerja buang najis kucing depan pagar rumah. Ada pasir halus dari jalan depan tu, itu pun boleh buat port dia membuang. Hmm...
Sama lah kita makan awal. Lepas pukul 9.30 kadang berkeriuk perut. Orang kata kucing ni dia akan TANDA tempat dia buang, tu sebab kerap dibuang tempat sama.
DeleteMudah-mudahan takde lagi kucing buat onar ye Kak. Sakit jiwa rasanya kalau rumah kita jadi port depa 'melepas':(
ReplyDeleteAda antara kedai yg Akk cerita saya baru pergi pagi tadi :)
Aamiin, moga tak ada dah buangannya lagi. Ohh kedai Roti Canai ya, sedap kan.
Deleteaduhai mmg sakit jiwa bila kucing membuang sisa dia kat rumput carpet T____T nti try tu citrus pulak maybe blh menjadi mghalau kucing..
ReplyDeleteMemang sakit jiwa raga, sedih sangat dan penat.
DeleteMenarik ramen tu berkuah kuning.
ReplyDeleteBoleh murung dibuatnya bila balik rumah nengok najis kucing merata-rata ☹☹
Sedap kuah Ramen tu. Sangat murung kalau tengok hasil buangannya.
Deleteberapa lama boleh tahan ubat gegat bila buat macam tu?
ReplyDeleteTak pasti sebab tak duduk Putrajaya, datang kadang2.
Deletewahhhh dah shopping baju raya yaa...
ReplyDeletedlm bulan puasa nanti siap laa mmg penuh JAKEL ni...
Senang settle awal2 kan.
DeleteAwalnya dulu saya tak terlalu suka puding yg lembek begitu kak. Tapi perlahan coba, memang suka lama2, asaaal rasa manisnya jangan over sangat. Masoub saya blm coba. Palingan dessert arab yg saya pernah rasa Umm Ali. Iy saya sukaaa. Nanti nak coba masoub kalo ke resto arab lagi
ReplyDeleteYa Allah nasi dagangnya, terliur langsung. Untung blm puasa 🤣🤣
Roti canai d bukit ini tadi baru saja baca di blog kak PH. Langsung masuk list saya utk coba lah.
Semoga yaaa setelah diksh batu, tak ada lagi kucing nak membuang sembarangan. Saya tak tahu kucing lain, tp kucing saya tiap main di ruangan berbatu rumah saya, mereka tak nak poop di situ. Tp bisa JD Krn mereka dah terlatih utk poop di pasirnya 😅
Seirock yaaa memang fav saya jugaaa 😍😍😍. Issh Dah lama lah tak makan ini. Jadi rindu pula. Untung ada di aeon. Memang sedap ramen nya.
Teman2 dah banyak sangat cari baju raya yaaa 😄🤭. Saya THN ini mau pakai baju yg belum pernah terpakai sejak tahun lalu saja. JD hanya beli buat anak2.
Kami pun first time order Masoub ni, anak2 suka. Nasi Dagang memang sedap, kalau kuahnya pekat cukup rempah.
DeleteSedap roti canai nya, dekat Putrajaya saja. Moga begitu lah Fanny, agar kucing tidak membuang lagi. Owner nya tak ajar kucing2 buang di pasirnya.
Seirock memang sedap, anak2 yang jumpa di IG. Ada yang review kata sedap. Jadi kami cuba dan terus suka hingga sekarang.
Hubby dan anak soleh ini, saiz ya sudah tukar. Jadi mau pakai warna baru, baju baru. 😍😍 Mummy dan anak solehah tengok dulu bagaimana, mau recycle atau cari yang baru. 😄😄
Taj Hadramawt pernh mkn..yg 2 lg restoran arab tu tk pernh lg cuba.....jakel mmg sesuai smp awl sblum buka so tkde la crowded
ReplyDeleteYang 2 lagi tu sedap jugak. Kedai cantik lagi dari TH. Oh betul memang JAKEL kena datang awal sebelum sesak.
DeleteBanyak aneka juadah kuih muih
ReplyDeleteAlhamdulillah
Delete