Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Breakfast pagi tadi. Mihun Bakso Ayam. Perencah Bakso beli di Medan tahun lepas. Cepat, senang. Poached egg tu tenggelam la pulak. Guna lettuce dan tomato, itu je yang ada. Daun sup tak ada, bawang goreng lupa pulak nak letak. Makan dengan SAMBAL KICAP ENAQ.
CHEEZY SPAGHETTI BOLOGNESE LEMBIK + JALAPENO
Early dinner semalam. Lama tak masak sebab ulang alik KL. Rindu betul dapur ni.
Tak perasan beli spaghetti yang quick cook ni. Ingatkan yang lama. Terlebih lama rebus pulaknya. Tak apa lah. Masih boleh dimakan walaupun lembik.
Tumis garlic & bawang besar dicincang. Masukkan ayam dan carrot dipotong/cincang dadu.
Tambah sos tomato, bay leaves, oregano flakes, lada hitam, garam secukup rasa. Kalau cair sangat, masukkan bancuhan tepung gandum dan air sikit untuk pekatkan. Tepung gandum ya, tepung jagung untuk masakan China.
Mozzarella habis. So letak sliced cheese, masuk microwave sekejap nak lembutkan cheese. Makan dengan jalapeno.
Homemade Kimchi masih ada.
KIMCHI ialah hidangan sampingan tradisional Korea yang terdiri daripada sayur-sayuran masin dan ditapai, selalunya kubis napa atau lobak Korea. Pelbagai pilihan perasa digunakan, termasuk gochugaru (serbuk cili Korea), daun bawang, bawang putih, halia dan jeotgal (makanan laut masin). Kimchi juga digunakan dalam pelbagai sup dan rebusan. Kimchi adalah makanan ruji dalam masakan Korea dan dimakan sebagai ulam dengan hampir setiap hidangan Korea.
(Sumber : Wikipedia)
Nak buat Kimchi Pancake. 1 cawan tepung, 1 biji telur, air secukupnya dan Kimchi. Boleh dicincang kalau rajin, saya malas. Macam lempeng lah kiranya.
Kalau malas, ini lah dinner simple kami.
Selepas diterbalik. Tadaaa dah siap.
Masak SAGU. Ikut resepi arwah mak saudara. 3/4 cawan sagu kecik, direndam 15 minit. Tapis. Masak dengan 1 cawan air.
Kacau dan masak dengan api sederhana sehingga tak putih. Macam transparent tu.
Perlahan kan api, masukkan 1 sudubesar gula, sedikit vanilla dan pewarna merah. Kacau lagi.
Bila dah macam membuak meletup2 sikit, terus tutup api.
Saya tuang sagu ke dalam loyang kecil. Sejukkan sekejap.
Dinner 6.30pm semalam.
Kimchi Pancake makan dengan Kicap Sambal brand Enaq. Campurkan sikit Minyak Bijan (Sesame Oil) untuk bagi effect Korean cuisine.
Sagu Merah dimakan dengan susu cair dan air gula melaka. Yummm. Alhamdulillah. Sagu tu kalau dimakan dengan kelapa parut, air kena kurangkan, guna maybe dilebihkan.
SAMBAL KICAP ENAQ. Jumpa di kedai, nak try, terus beli. Alhamdulillah sedap. Makan dengan Mihun Sup, Kimchi Pancake, buah nenas, mangga buat macam colek dll.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Rindu tu...menu pun berderet...
ReplyDeleteGuna apa yang ada di dapur hehe.
DeleteSA pun suka sambal enaq tu...senang bila guna yang tu...sedap pun sedap...
ReplyDeleteBaru jumpa, terus beli extra sambal Enaq tu
DeleteTerliur bihun bakso ayam tuuuu
ReplyDeleteSup2 sedap kan.
Deletetengok sagu akak,teringat ada lagi sagu saya lebih yg hantar untuk anakdara minta buat minggu lepas,ada dalam peti lupa nak makan
ReplyDeleteMakan cepat hehe
DeleteHa! Sekali lepas kan rindu... Fuh!
ReplyDeleteProfession kita kan haha.
Deletedan lagi ya buat sago gula melaka ya,👍👍👍
ReplyDeleteCepat dan senang
Deletetgk pancake tu dicicah dgn kicap tetiba terasa nak cr goreng pisang cicah kicap😁
ReplyDeleteBanyak jual tu
Deleteinternational menu-menu Mulan , meriah dan berselera semuanya kak ana lihat ,alhamdulilah..
ReplyDeleteAlhamdulillah ni menu yang diorang ni suka, senang2 je
DeleteSekali masuk dapur, berderet menu keluar.
ReplyDeleteHehe apa yg ada di dapur
DeletePertama kali nampak spagetti quick cook dan sambal kicap enaq. Dua-dua saya tak pernah jumpa. Mungkin kena cari di pasaraya besar, kot. Senang kerja memasak, ni.
ReplyDeleteSecond time terbeli spaghetti ni, aduii terlembik. Sambal kicap Enaq ni senang kalau ada.
Deletewaduhhhh sedapnyaaa spaheti & sagu gula melaka!
ReplyDeleteTq tq, masak ikut selera diorang di rumah ni. Sagu memang favorite kami.
DeleteBaru tahu ada spaghetti quick cook. Banyak menu keluar ni, nanti Ramadhan mesti lagi banyak.
ReplyDeleteInsyaa Allah moga diizinkan. Hhmm tu la lepas ni kena baca betul2 plastik spaghetti ni.
DeleteSamalah kita Mulan.
ReplyDeleteKak Amie tinggalkan dapur 31 Januari, sampai sekarang belum lagi lepas rindu sepenuhnya... aduhai, sudahlah dekat nak puasa.
Tak puas kan, kalau tak masak. Hehe.
DeleteCocok di makan saat hari hujan nih mihun ayam bakso kakak 😍😍😍.
ReplyDeleteSelama ramadhan ini saya nak masak yg serba gampang saja. Spaghetti, ayam kecap, pokoknya yg tak perlu banyak rempah. Sebab kalo puasa, takut terlalu Masin atau hambar pula 🤣🤣. Jadi yg mudah buat sajalah.
Saya sukaaa bubur sagu begitu. Tp tak mungkin buat. Sebab yg makan hanya saya. Jadi macam mubazir nanti. Cuma kalo dah dekat puasa begini, biasa banyak yg jual. JD nanti nak beli saja 😄
Betul mihun ayam Bakso sedap masa hujan, sup2 kan. 😍😍
DeleteYa sama, Ramadhan ni masak yang simple dan semua makan. Moga tak membazir.🥰
Dessert pun kena buat yang semua suka, kalau tidak, membazir kan. Baik beli saja.
sedapnya menu pengakhiran Syaaban... selamat berpuasa n bertarawih ye...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat berpuasa buat AK dan keluarga
Deletesedapnya tgk bihun ayam bakso tu....sagu gula melaka tu kalo bln puasas ramai juga suka buat..nk2 cuaca panas dpt mkn sejuk2 nyaman tekak
ReplyDeleteSedap perencah Bakso tu. Sagu gula melaka tu memang laku bulan puasa kan.
DeleteKenapalah tak pernah terfikir nak buat kimchi pancake tu ek.. sebab saya pun suka makan kimchi dan sentiasa je ada stok kat rumah ni. Thanks bagi idea!
ReplyDeleteLamanya tak makan sagu gula melaka. Fav tu. Mudah rupanya cara nak buat :D
Kimchi pancake memang senang nanti buat tau.
DeleteSagu tu pun senang buat 😍
Senang la ada sambal kicap ni Mulan. Boleh makan dengan apa sahaja.
ReplyDeleteBetul senang kan ada sambal kicap ni.
Deletenampak sedapnya spaghetti tu
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteKimchi tu buat sendiri ehh
ReplyDeleteYa hehe sebab senang buat nya dan favorite kat rumah.
Delete