Thursday, February 06, 2025

RIDE & GATHERING @ PUTRAJAYA

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Ahad lepas. Anak soleh ada. Basikal pun lama tak gerak. Lepas Subuh hubby dah bunyi siren. Kena keluar rumah. Kami gohek basikal dulu, baru cari breakfast kemudian. Alas perut makan kurma sikit di rumah.


Keliling sebahagian Tasik Putrajaya.


Lalu di LAKE CABIN. Blogger Ezna pernah ke sini rasanya. Menu banyak western. Hubby ajak ke tempat lain.


CYCLIST CAFE tutup. BIKE & BEANS pun tutup. 


Nak ke P16, terjumpa stall ni. Berdekatan JABATAN PENERANGAN & JABATAN PENDAFTARAN.


NASI KERABU + SOLOK IKAN. Sedap sangat.





Antara juadah nya.


Ruang makan.


Lama tak kayuh, jadinya memang tak lalu sini. Adik tu kata dah lama berniaga di situ. 


Kayuh nak balik rumah.


Alhamdulillah cuaca pun redup, tak lah panas sangat.


Tak sangka jugak lepas 18km. Terhegeh2 kayuhnya, sebab lama sungguh tak berbasikal. Hubby tu pandai, asyik2 cakap, tak jauh dah, dekat je. 


ISNIN. Hubby ada meeting di KL. Naik train je dia. Kak Su, geng minyak angin dari Kerteh dulu, ajak jumpa. Dia ada di KL, baru sampai dari Ipoh. Wsap akak sorang lagi. Pun free. Disuruhnya ajak geng minyak angin lain. Yang dah pindah KL/Selangor dari Kerteh. 


KEK LAPIS dari Sarawak. NASI LEMAK sempat beli di Presint 15. Yang lain semua kawan2 bawak.


MARBLE CHOCOLATE CAKE. Alhamdulillah sempat buat. Huru hara lorek marble nya. Nak cepat. Hehe.


Excited lama tak jumpa kawan2, susun sudu garfu pun terbalik.


Penuh meja, Alhamdulillah.



Kak Su bawak LAKSA PENANG. Yummm dia tau kami rindu laksa dia. Memang sedap.


Moga ukhuwah berpanjangan. Di Kerteh dulu, kami ibarat keluarga, adik beradik. Susah senang sama2 sebab keluarga sebenar jauh2. Beban kerja suami pun antara sebab kami rapat. Suami kadang lama outstation nya. Atau attachment jauh2. Saya yang pernah 2 minggu kerap ulang alik ke klinik sakit dalam perut, Kak Su lah antara yang bawa ke klinik. Menahan lebih setahun, last2 doktor hantar terus naik ambulan ke KPJ KUANTAN. Batu dalam hempedu rupanya, tahun 2019. 10 Syawal. Tak merasa banyak open house lah tahun tu. Kenangan sangat2. 13 tahun di Kerteh. January 2008 hingga December 2020. Cuma setahun 2016, hubby ditukarkan sekejap ke KL, kami menyewa di Cyberjaya.

Selasa petang baru ni, lepas hubby meeting, kami drive balik Kuantan. Sampai rumah dah malam. Pagi tadi Khamis lepas Subuh, datang KL semula. Hubby ada meeting pukul 10am. Mengantuk sambil update post ni. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

48 comments:

  1. bestnya gathering sambil mkn2 tu :) cutenya jer nama geng minyak angin...mesti ada cerita di sebalik nama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang best gathering ni. Geng minyak angin sbb semua housewife kerja masak je kan, guna minyak haha saja2 je letak nama tu, also perimahan tepi laut memang rasa lah angin Laut China Selatan.

      Delete
  2. tenangnye nampak tasik tu, makanan pun ya Allah meriah dan nampak sangat menyelerakan. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang tenang. Alhamdulillah memang meriah seronok makan2 sama2.

      Delete
  3. Alhamdulillah, semoga ukhwah berpanjangan.. Menyelerakan betul makanan semua tu. Seronoknya dapat beriadah naik basikal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Memang berselera makannya. Lama basikal tak gerak, kena kayuh la kan.

      Delete
  4. Best dapat jalan-jalan pusing tasik. Lagi best bila jumpa makanan best. 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul kan, Alhamdulillah memang best.

      Delete
  5. Pekatnya kuah laksa penang tu... mesti kaw

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tengok kuah laksa Penang tu, pekat.

    ReplyDelete
  7. Wow, laksa penang..favourite tu..marble kek mengancam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Penang memang sedap kan. Marble Cake tu biasa je hehe.

      Delete
  8. Saya pun di Putrajaya...presint 17..di mana rumah puan di Putrajaya?

    ReplyDelete
  9. huru hara pun nampak molek sangat kak kek nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi macam tak puas hati tengok nya

      Delete
  10. jln di putrajaya luas n x sibuk pd weekend jd sesuai sgt la nak mengayuh basikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kalau weekend memang lapang dan lengang, sesuai berbasikal

      Delete
  11. Gang Minyak Angin? Hehe sedapnya nama group. Bila dah berkumpul ni macam2 nak dibualkan. Kat Putrajaya ada booth kecik2 ni jual macam2. Kalau gi hari biasa ada jualan jugak kat Jabatan Kerajaan ni. Meriah la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang geng minyak angin kadang2 bila jumpa macam2 cerita naik angin ada keluar. Oh ya ke, ada jualan ya. Boleh tengok2 nanti.

      Delete
  12. Nasi kerabunyaaa 😍😍😍😍. Saya paling suka makan itu dengan telur asin. Tp penasaran juga Solok ikan apa ya kak. Menarik nampaknya...

    Memang banyak tempat menarik di Putrajaya ini yaaa. Tak sabar nak kesana.

    Seruuu sangat bisa ketemu dengan teman2 lama begini. Pada bawa makanan juga. Sembang lama tak berasa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solok ikan tu, lada hijau yang disumbat dengan ikan yang digaul sama kelapa parut, santan, bawang2 kisar dan lain2. Kemudian dikukus. Memang sedap.
      Bila jadi housewife, kadang2 gathering begini dapat hilangkan rasa bosan dan stress. 😁😁

      Delete
  13. Dah lama tak makan nasi kerabu, dulu zaman diploma suka sangat nasi kerabu di UITM...rindu

    ReplyDelete
  14. jauh jugak cycling tu, hehe productive morning!
    seronoknya gathering dgn kenalan lama, semoga ukhwah berkekalan sampai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok cycling tapi kalau jauh sangat tak larat lah. Bebel la ke hubby ajak balik.
      Dia pun tau kot maximum 20km je cycle santai2 hehe.

      Memang seronok gathering sbb lama tak jumpa. Makanan tu buat hidang je, borak yang banyak. Hehe.

      Delete
  15. seronok cycling di Putrajaya, time cuti, jalan besar, kereta x bnyk...seronok jumpa kawan2 lama..semoga ukhwah berpanjangan..bila diperantauan, kawan mcm saudara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok cycling sbb weekend kereta tak banya. Gathering ni memang best sbb lama tak jumpa, macam2 cerita keluarnya.

      Delete
  16. Lepas penat ride, pekena nasi kerabu memang nikmat.
    Seronok, dapat jumpa sahabat-sahabat lama. Saya tertarik tengok marble cake. Itu yang saya nampak dulu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang nikmat rasa Alhamdulillah.
      Rindu kami lama tak jumpa. Alhamdulillah diizinkan dan semua free hari tu. Ada yang masih di Kerteh.

      Delete
  17. SA ni kan kak ada je niat nak buat gathering macam ni,..tapi nanti la..rumah pun x berapa nak ok lagi..nak kena buat renovate sikit..ada duit lebih skit nanti boleh la renovate sikit2...insyaallah...seronok la tgok ramai yang beriadah dan bersenam area Putrajaya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah terlaksana nanti SA nak buat gathering tu. Aamiin.
      Weekend memang ramai riadah termasuk pelancung.

      Delete
  18. Banyak pilihan breakfast tu.
    Bila gathering, sorang bawa sedikit penuhlah meja. Bila lama tak jumpa tu banyaklah yang nak dibualkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak borak bila gathering ni, makan sikit2 je. Yang banyaknya, tapau bawak balik hehe.

      Delete
  19. mmg heaven ni lpas penat berkayuh pekena nasi kerabu fuhhh

    ReplyDelete
  20. makan sambil bersembang...
    fuhhh tahu2 je dah kenyang ;-)

    ReplyDelete
  21. Waalaikumussalam.
    Solok ikan!
    Hari tu waktu balik kampung dah pegang-pegang lada solok di Puncak Alam tapi tak jadi beli sebab rasa tak sempat nak buat solok lada. Sekarang terkenang-kenang pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solok ikan memang sedap. Takpe Kak Amie mesti pandai buat dan sedap.

      Delete
  22. Banyak rupanya cafe dan kedai makan di Putrajaya yang saya tak tahu. Harus buat lawatan secara berjemaah ni nampaknya. Alhamdulillah rezeki dapat kawan-kawan yang baik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dah plan tu JJCM di Putrajaya. Betul dapat kawan2 baik memang rezeki.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com