Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Moga dipermudah kan semua urusan mereka yang terkesan dengan banjir di SARAWAK.
Dari Tasik Biru, kami pusing2 bandar Bau, untuk mencari kedai makan. Namun tak banyak yang buka. Drive balik ke Kuching. Gugel2 jumpa CTK di TIKTOK.
CITARASA TRADISI KOPITIAM.
Lauk semuanya diletak terus dalam mangkuk, dalam warmer seperti di atas. Ambil talam, pilih saja.
Memang penuh, kami terpaksa pilih meja di luar. Itu pun satu meja saja yang kosong.
KEK LAPIS WARISAN
Selesai makan tengahari, kami ke Kedai KEK LAPIS WARISAN. Ada bahagian demo jugak. Boleh rasa macam2 sample kek lapis. Sedap2 semua. Beli jugak untuk dibawa balik.
LEPAU.
Viral tempat makan ni. Kawan hubby di Kuching ajak dinner di sini. FULL HOUSE.
So En R ajak kami ke sini. Food Court yang luas, tingkat paling atas, open air.
AYAM PANSUH
Ayam pansuh (atau Manok pansoh) merupakan satu cara masakan biasa di kalangan rakyat di Boneo (Sarawak, Malaysia). Ayam pansuh merupakan hidangan yang disediakan oleh daging ayam masak di dalam buluh dan dipenuhi dengan air (yang kemudiannya akan sup), perasa dan ditutup dengan daun ubi kayu (kemudian boleh dimakan bersama-sama dengan ayam dimasak). Asal-usul ayam pansuh tidak diketahui, tetapi kaum Iban dan Bidayuh (orang Sarawak) sentiasa menyediakan hidangan ini pada mana-mana hari perayaan, terutama Gawai Dayak (perayaan untuk akhir penuaian). Ayam pansuh merupakan hidangan biasa dikalangan penduduk Sarawak, Malaysia.
(Sumber : Wikipedia)
UMAI JELLYFISH & UMAI IKAN. Sedap sangat.
UDANG MASAK (LUPA)
AMBAL GORENG SAMBAL
LINUT
Linut atau juga dikenali sebagai Ambuyat adalah sejenis makanan tradisional bagi masyarakat tempatan di Sarawak seperti kaum Melanau, Penan dan Orang Ulu malah menjadi sajian utama selepas nasi. Jika dilihat suatu ketika dahulu linut dimakan untuk menggantikan makanan ruji disebabkan kekurangan penghasilan beras suatu ketika dahulu.
Suatu ketika dulu ia dihidangkan sebagai menu harian dan hidangan wajib semasa hari-hari istimewa seperti hari keramaian kaum berkenaan malah hidangan ini juga menjadi santapan utama sekiranya ada jiran-jiran yang bertandang ke rumah. Hidangan yang diperbuat daripada pokok rumbia itu amat terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei.
(Sumber : utusansarawak.com.my)
Semua sedap Alhamdulillah.
Wife En R kata kedai no 25 yang paling sedap. Tapi tutup sebab cuti CNY. Katanya semua kedai makan di sini ada logo HALAL, dipantau oleh Majlis Ugama Negeri.
Dalam lif ke bilik hotel. Kekenyangan Alhamdulillah. Tak suka la SARAWAK ni. 2 malam, badan naik 2kg tau.
Hari ke 3. Masih hujan. Pagi nya di sini. Dah check out siap2.
SUMIRAN.
Lunch di sini sebelum ke airport.
SET MEE KOLOK + DESSERT SAGU GULA APONG
LAKSA SARAWAK
Semua sedap2. Alhamdulillah.
Slip ni kita akan dapat sewaktu tiba di AIRPORT KUCHING. Baca detail di slip. Kena simpan sampai kita nak balik nanti, kena tunjuk di Immigration Kuching.
4 hand carry 7kg seorang (pergi) + 2 hand carry 7kg = 6 hand carry bag (balik). Tiada beg untuk check in. Itu pun banyak space lagi. Kereta dah dipulangkan, staff nya tunggu di departure terminal saja. Memang senang.
Kena tulis di slip e-boarding pass bagi yang yang menaiki Air Asia. Tak sure untuk flight lain. Asalnya kami terus ke departure lane, tapi pegawai di pintu, memaklumkan kena isi slip ini dulu. Ada di kaunter berdekatan saja.
KUCHING INTERNATIONAL AIRPORT
Banyak rupanya tempat makan di dalam ni. Masih hujan lebat dan renyai berterusan.
Alhamdulillah smooth trip. Moga dapat ke Kuching lagi. Banyak tempat tak dapat kami pergi atas faktor hujan. Namun begitu, tempat lain nya juga sangat menarik terutama juadah makanannya.
Yey, cukup kami sekeluarga, menjelajah SATU MALAYSIA. Semua negeri dan Wilayah kecuali LABUAN. Tapi Labuan kan dulu dalam Sabah. Insyaa Allah suatu hari nanti.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Tempat lain di Sarawak, kita pernah pergi macam Miri dan Sibu..Kuching jer tak jejak lagi
ReplyDeletePergi lah nanti memang best Kuching ni.
DeleteObor-Obor rupanya boleh makan ya Mulan?. Tak pernah mencuba lagi. Cantik gambar first tu macam glow in the dark.
ReplyDeleteKami pun first time makan umai jellyfish tu. Cantik kan frame National Geographic tu.
Deletepernh mkn juga kt topspot time outstation dlu...1st time mkn umai time tu
ReplyDeleteSedap kan food kat situ.
Deletesy nampak kek lapis warisan
ReplyDeletemy favvvvvv
tidakkkkkkkkkkkkk
Sedap tau
Deletesumiran tu kat area mana?
ReplyDeletesebab nampak mcm sedap jeee
mana tau nnt g kuching boleh singgah
Sumiran ada di airport jugak. Yang kami pergi di Jalan Tun Jugah.
DeleteKalau Lepau tu tukar jadi LAPAU , bagus juga!
ReplyDeleteYa kot. Viral kedai tu.
DeleteMakanan² Sarawak semua unik dan pastinya sedap.
ReplyDeleteAda rezeki boleh fly lagi Kak.. baru 2 kg naik hihi 😁
Betul sedap2 semua. Kena turunkan badan dulu ni baru boleh ke Kuching lagi hehe.
DeleteUnik la makanan orang Sarawak... taktahu la kena dengan tekak ke tak sebab tak sama dengan semenanjung kan
ReplyDeletehehe
Memang unik. Ok je rasa makanan sana, sedap tau.
DeleteLepau tu katanya kena buat reservation.
ReplyDeleteSaya pun tak ke situ. Prefer ke tempat yang lebih santai.
Kawan hubby kata boleh jugak walk in tapi sebab CNY kan, full house.
DeletePernah makan di Gerai 25, memang sedap.
ReplyDeleteKami masuk Kuching & KK guna passport je jadi takde form kena isi.
Tu la wife En R pun kata kedai no 25 sedap. Hubby malas nak bawak passport, jadinya kami kena isi form.
Deletecantiknya sarawak kak mulan, rasa nak terbang sendiri ke sana andai ada sayapnya.. hehehehe..
ReplyDeleteMemang cantik. Insyaa Allah Lady sampai sana nanti.
DeleteMeriahnya makanan sarawak
ReplyDeleteMemang meriah dan sedap Alhamdulillah
DeleteSuka Kuching....x serabut..makan sedap..rindu mee kolok Hj Salleh...
ReplyDeleteSeronok pergi Kuching, makanan pun sedap. Belum pernah rasa Mee Kolok Hj Salleh
DeleteSumiran resto itu keturunan Jawa kah? Ada tulisan Sugeng rawuh di plang nya 😄. Bahasa Jawa.
ReplyDeleteAyam pansuh saya pernah lihat juga di pontianak Kalimantan. Waktu teman kesana, dia cerita di stories makan ayam pansuh . Restorannya memang khusus ayam pansuh. Tapi memang di sana juga banyak warga dayak.
Kalo lihat makanan di sana, memang rasanya saya bakal suka juga . Apalagi mereka pakai banyak rempah kan. Biasanya makanan yg memakai banyak rempah, JD lebih kaya rasa 👍👍
Mngkin juga keturunan Jawa sebab gaya nya ada unsur Jawa kan.
DeleteAyam pansuh di recommend oleh kawan suami, tapi pernah nampak di media sosial.
Sedap rasanya.
Fanny mesti pergi, mesti cuba makanan Sarawak.
umai dgn ayam pansuh tu belum pernah try lagi, nampak menarik lah
ReplyDeletedalam malaysia ni saya belum sampai sarawak je lagi. mmng teringin nk kesana! lagipun saya penggila laksa sarawak.
muzium borneo tu is in my wishlist. lagi satu teringin nk ke sarawak cultural village tu
Umai dan ayam pansuh memang sedap. Umai kami pernah makan ada kawan buat kan dulu. Laksa Sarawak memang sedap kan.
DeleteAnak2 yang gugel Muzium Borneo sbb tempat lain tak boleh pergi atas sebab hujan berterusan.
Rindunya nak makan umai.
ReplyDeleteDulu pernah makan di Miri. Sedap sangat.
Mudah-mudahan ada kesempatan untuk jalan-jalan Sarawak. Banyak makanan sedap di sana. Pansuh Manuk itu pun saya belum pernah rasa.
Umai memang sedap. Insyaa Allah Kak Amie sampai Sarawak nanti. Ayam pansuh pernah dengar, Alhamdulillah kami dapat rasa.
DeleteMenariknya, jalan-jalan di Kuching, terutama makanannya. Oh, nanti turun la berat tu, sebab Mulan rajin brisk walk. :)
ReplyDeleteMemang menarik dan sedap makanan nya. Insyaa Allah moga turun berat nya hehe lately selera lain macam naik nya.
DeleteLamanya udah tidak jejak kaki ke Kuching. Baca post ni buat rasa terkinja-kinja hendak tengok flight ticket ke sana😅
ReplyDeleteCari tiket cepat, hehe sedap2 makanan di sana.
Delete