Thursday, February 20, 2025

DECLUTTERING. TERIMA KASIH TOP COMMENTATORS.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

DECLUTTERING adalah tindakan mengeluarkan barang-barang yang tidak diperlukan untuk membuat ruang dan memudahkan hidup anda. Ia boleh melibatkan pengasingan, penyusunan dan penyimpanan barang. 

Cara mengecilkan:

• Mulakan dengan kecil : Fokus pada satu kawasan atau ruang pada satu masa. 
• Tanya diri anda soalan : Pertimbangkan sama ada sesuatu item membawa anda kegembiraan atau mempunyai tujuan. 
• Buat senarai semak : Buat senarai perkara untuk disingkirkan, didermakan atau dikembalikan ke tempat yang sepatutnya. 
• Dapatkan bantuan : Minta rakan atau keluarga untuk membantu anda memutuskan perkara yang perlu disimpan dan perkara yang perlu dibuang. 
• Declutter regularly : Cuba untuk declutter untuk jangka masa yang ditetapkan setiap hari atau seminggu sekali. 

Mengurangkan faedah: 

• Mengurangkan tekanan dan menjernihkan fikiran anda
• Menjadikan rumah anda lebih menyenangkan dan berguna
• Membantu anda berasa kurang terbebani oleh harta benda, komitmen dan pemikiran.

(Sumber : Google)



Terbaca di Instagram baru2 ni. 


Memang terfikir banyak benda. 

• Pernah baca anak2 berebut harta dalam rumah bila mak ayah dah tiada. Pinggan mangkuk, bed set, Corning ware dll. Alhamdulillah ketika kami kemas rumah arwah tok, mak dan adik2 nya tak berebut pinggan Corning, periuk belanga dll. Haha, kalau gaduh, tak tau lah. Banyak dihantar ke surau dan dibagi orang. Bahagi2 mana yang betul2 nak. Kami pun kutip jugak pinggan vintage yang mak dan aunty2 tak nak. Sayang.

• Pernah baca post Tuan Syed Azmi di Facebook bila ummi nya mengemas rumah dan pilih barang2 untuk diderma/buang takut menyusahkan anak2 bila dah tiada. 

• Pernah baca nanti di akhirat nanti akan ditanya, barang2 kenapa tak diguna (maaf saya tak sure samada ini sahih atau tidak)

Kami pulak selalu pindah randah sebelum ini. Bila pindah, memang akan ada barang akan diberi atau dibuang, wajib tengok dulu keadaannya. Dari masa ke semasa juga akan spring clean (pilih, bagi, buang). Kadang ikut mood. Memang semuanya sayang. Mesti lah kan. Kita yang beli, apa lagi kalau dapat cenderahati. Namun begitu, kena akur dengan keadaan. Umur yang tak lagi perlu banyak barang. Juga tak larat dan malas nak mengemas.

Hujung tahun lalu ketika mengemas (spring clean), dikumpulkan lah barang2 kepunyaan yang belum guna tapi masih sangat sayang. Tapi juga telah memiliki yang hampir sama. Kumpul2, terdetik untuk berkongsi dengan Top Commentators yang telah meriahkan blog ini. Mohon maaf andaikata cenderahati tidak sama. Dikongsi mengikut turutannya. Mohon terima seadanya. 

Kalau ada mood dan rezeki, mungkin ada lagi tahun 2025 ini, tapi tak dapat nak janji. 

Yang serabutnya, barang hubby lagi banyak. Untuk maklum hobi nya dari laut ke gunung tinggi. Scuba diving, hiking, cycling, trekking, camping, masuk laut cari ikan. Semua benda nak repair sendiri, penuh store dengan spare part plumbing, letrik dll. Drill, gergaji, wood cutter adui macam kedai hardware. Baru ni dia sebut motor, mau kita tak hangin satu badan, muncung seribu bahasa. Dia diam seketika.

Kalau balik rumah mak, kadang awal2 dia sound, nak buang apa lagi tu haha...... Mak, oh mak. Tapi sekarang dah kurang sikit.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

41 comments:

  1. Samaaaaa i pun kena declutter banyak benda kat rumah ni..daripada rumah 5 bilik ke 3 bilik, memang suffer nak menguruskan semua barang. slowly-slowly pick and choose..kebanyakannya bagi orang..pun still rasa masih banyak barang..aduihh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya slowly2 bila ada free time, jengok bilik mama or area mana nak pilih dan let go.

      Delete
  2. betul, mmg kena selalu buat 'spring cleaning'..sorting barang2, ada yg bertahun2 tak diguna, tak dibuka...bila ada mak kt rumah, dia selalu bising kalau buang barang2..konsep minimalis tu lebih menenangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang tenang kalau barang tak banyak kan

      Delete
  3. Arwah mama mmg suka menyimpan, segala tipuware dia syg nak buang. Akan guna sampailah lunyai. Tapi masa arwah mama meninggal almari dapur/baju mmg dah susut baju. Anak buah kata mama mmg 5-6 bulan sebelumnya tiap hari duduk bersila kemas almari dapur buang mana yg taknak. Allah dah bagi hint kita je yg taktau

    ReplyDelete
  4. Saya suka barang tak banyak, rasa tenang fikiran.

    Sama la kita, barang suami lagi banyak 😅
    Beli, pakai jap, simpan. Beli lain. Geram tengok.
    Ni tadi mesej kata tengah nak beli alat memanah pulak.
    Belajar memanah pun tak pernah. Tepuk dahi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah terbalik kan, suami2 yang banyak barang. File2 yang mula kerja dulu2 pun masih nak simpan. Memang tenang kalau barang tak banyak

      Delete
  5. Oh ya. Parcel dah diterima tadi.
    Terima kasih banyak ya 💙

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah sampai. Sama2 tau 💙

      Delete
  6. Naseb baik linda nak pindah rumah.. Ibarat spring cleaning jugak lah.. Banyak juga yang dibuang dan diberi orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sangat timing, boleh kurangkan barang.

      Delete
  7. Cie sejak dah tua2 ni selalu buat. Dulu2 rasa sayang nak buang. Sekarang je memang buang je terus kalau takde kegunaan dah atau bagi orang kalau masih berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena pejam mata bagi orang kalau elok, buang kalau buruk.

      Delete
  8. Kena sewa satu rumah lain untuk simpan barang encik suami... heheheh
    Barang dah terima! Yeay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah gaduh nak buat stor lkecik uar rumah, takut bertambah barang dalam stor tu. Alhamdulillah selamat sampai, hope ok keadaannya

      Delete
  9. Lately Sy pun byk buang barang² yg dok simpan konon nak guna tp tak guna². Memang rasa lapang fikiran bila rajin declutter ni

    ReplyDelete
  10. Pernah nak berpindah dan time tu jugak menang hadiah 10kg beras dapat 2, maka... 1 beras tu jiran punya. Memang kena declutter semua ni. Nampak lebih tenang sebab kurang barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki jiran, banyak tu nak simpan 20kg.

      Delete
    2. Kami pun bertiga jadi itu yg berkongsi tu.

      Delete
  11. Saya suka proses decluttering tapi prinsip saya selalu bertentangan dengan suami.... aduhai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak ya macam kita, sebab suami suka simpan. Macam2 alasannya keluar.

      Delete
  12. lady setiap kali pergi rumah mak akan bagitahu untuk bagi pada orang , bagi pada orang.. dan di rumah lady pun lady buat perkara yg sama.. sentiasa beri pada org brg yg tidak kite gunakan walaupun barang tersebut nampak baru dan perlu.. Alhamdulillah suami jenis yg x menyimpan barang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bagi orang masa kita masih sayang dan masih elok kan.

      Delete
  13. best kalau pandai declutter ni, rumah pon bersih. Cuya sendiri start dengan laci bilik.
    Start daripada sekecil2 tempat dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kadang dalam laci macam2 ada nya.

      Delete
  14. Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
    cloud service provider
    data protection service provider
    microsoft 365 backup malaysia

    ReplyDelete
  15. baru je nak declutter tp ada masuk plak barang baharu! abis camno?

    ReplyDelete
  16. Samaaaaa i pun kena declutter banyak benda kat rumah ni..daripada rumah 5 bilik ke 3 bilik, memang suffer nak menguruskan semua barang. slowly-slowly pick and choose..kebanyakannya bagi orang..pun still rasa masih banyak barang..aduihh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Start dengan one area kan. Kadang gaduh dengan hati, masih nak simpan lagi.

      Delete
  17. Part barang husband tu mmg setuju serabut...kita nak buang eh nnt dulu...magazine motor zaman bila pun dia sanggup sorok x bagi bini dia buang...rasa menjerit..tapi sabar tu suami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhhh baru perasan magazine basikal, men's health, hydrocarbon ada penuh satu book rack. Sayang katanya. Kalau national geographic tu kita faham lah ada nilai boleh dijual.

      Delete
  18. Waktu mama mertua meninggal, banyaaaak sangat tas dan berbagai benda mama tinggalkan. Suami saya pula hanya berdua dengan kakak perempuannya. Jadi saat dipilah2 barang, yg ada kami sama2 tak teringin punya barang mama 🤣. Sebab memang saya nih minimalis sangat kak. Kalo tak perlu saya tak nak. Krn hanya memenuhi ruangan di rumah. Apalagi macam kristal2 yg mama koleksi saat masih jadi diplomat di berbagai negara.

    Letak manaaa coba kristal sebesar itu di rumah saya yang imuuut 🤣🤣

    Sudahlah, memang masih banyak sangat barang mama di rumahnya. Msh blm bisa kami declutter 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slow2 nanti boleh declutter nanti. Mesti cantik semua koleksi kristalnya. Ya sekarang memang ramai lebih kepada minimalist kan. Lebih tenang dan senang kemas rumah. 😍😍

      Delete
  19. 4 thn lps macam ni laa sy... nak pindah... ingatkan x byk brg... tuuu diaaaa... yg kecik2 tu laa yg buat brg bertambah. dr sekotak jd 3 kotak... lepas tu beranak2 adoiiii pening dibuatnya... lps tu salahkan diri sendiri yg suka menyimpan dan syg nak buang🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul masa pindah la baru tau banyak ke tak barang kita, nampak tak banyak tapi banyak.

      Delete
  20. mesti dalam stor tu penuh dengan macam2 barang kan? boleh buka bengkel 😁

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com