Wednesday, February 26, 2025

REZEKI RABU

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Alhamdulillah. Seronok nya dapat macam2 hari ni. Petang semalam, Selasa, lepas hubby meeting, kami sampai Kuantan dengan selamat. Alhamdulillah meeting hubby di KL pada esok Khamis, cancel. Hoorayy.

Alhamdulillah boleh bawa mak ke Klinik Kesihatan, appointment nya Rabu, 8am pagi tadi. On the way ke klinik, mak kata rasa nak makan Mee Calong tapi ada kelas di surau pukul 9am. Takut lambat. Cakap mak, tak apa kita order je, grab rider hantar. Lagipun traffic sesak di bandar. Hubby dan anak soleh, tapau breakfast. Tak sempat nak siapkan.


KEDAI MEE CALONG SERAMBI ni favorite mak dan kawan2. Tauke nya Cik Li memang kenal geng2 mak ni. Dulu dikenali dengan nama Mee Calong U Turn. Kedai asal tepi Sungai Kuantan, Tanah Putih. Nak ke kedainya kena u turn. Sekarang kedai Cik Li di SERAMBI TERUNTUM, on the way ke Tanjung Lumpur. Call Cik Li nak order. Nanti grab rider ambil. Siap jumpa doktor, bagitau mak dah siap order. Rider pun dalam perjalanan hantar. Simpul senyumnya. 
(Sumber Foto: Google)


Sedap tau especially dengan telur, poached egg tu. Lama pulak tak buat. Sekarang dah ramai buat sup dari tulang daging. Asalnya resepi, patut supnya dari tulang ikan dan kulit ikan. Mak cakap dulu2 orang buat macam tu.
(Sumber Foto seperti dalam gambar)


Ada juga Mee Kari. Favorite mak.
(Sumber Foto seperti dalam gambar)


Mihun pun ada, nak campur mi kuning dan mihun pun boleh.
(Sumber Foto seperti dalam gambar)


Order 2 Mee Calong dan 2 Mee Kari untuk mak makan dan simpan dalam freezer. Lupa snap foto tadi sebab mak nak cepat ke Surau. Nanti lah satu hari nak ke Kedai Cik Li ni. Makan Mee Calong. Selalu buat yang simple je.
(Sumber Foto seperti dalam gambar)


Rezeki pagi tadi. Balik dari klinik, duduk sekejap, rider pun sampai. Mak mintak hantar ke Surau Taman Guru dulu, sebelum balik, dekat je.  Sampai surau, ustazah pun baru sampai. Penuh kereta dengan anak2 pokok, soya dan kurma. Mak suruh tolong angkat masuk surau. Siap angkat, ustazah suruh ambil soya, kurma dan bagi anak pokok Bunga Raya. Alhamdulillah. Seronok dapat jumpa kawan2 rapat mak, memang kenal jugak.

Pekasam tu ada kawan mak jual. Mak beli 2, bagi kita satu. Alhamdulillah rezeki, mak belanja. 


Roti Paung, sepupu mak bagi kelmarin, mak bagi 3 ketul. Yang atas ni, macam Biscotti Biscuits dan Granola Cubes, mak bawak balik dari Mekah. Mak pergi Umrah baru2 ni. Mak kata, anak Cik As (dua pupu mak) bagi. Dah plan nak jumpa di Mekah. Tapi dia bawak dari Los Angeles sebab dia duduk sana. Mak kata, awak pergi lah Los Angeles, beli kat sana sebab sedap. Tapi macam homemade je ni. Kena cari resepi. Nak tanya segan. Tapi kalau mintak, mesti diorang bagi resepi kot. Kita cari je lah resepi nanti.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

36 comments:

  1. Hihi.. suka mak, dapat makan mee calong. Saya tak pernah makan. Lebih kurang macam mee sup ya, rupa dia. Alhamdulillah, rejeki hari Rabu. Sedap tu, pekasam daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang favorite mak ni. Mee Calong ni mee sup tapi dari ikan. Pekasam daging boleh makan masa puasa.

      Delete
  2. Rindunya mee calong Cik Li...sempat lagi ke ni sebelum puasa kena pergi juga la

    ReplyDelete
  3. Jauhnya sampai ke LA tu. Mee Calong tu nampak sedap la Mulan. Ada buat entry TQ untuk Mulan tapi entry tu kuar ahad lepas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la jauh nya biscotti ni. Mee Calong memang sedap, favorite kami. Thanks ya Ezna.

      Delete
  4. Pernah makan Mee Calong kat Beserah. Tu la sekali dan tak pernah makan lagi walau dah beberapa kali ke Kuantan. Mungkin lain kali boleh singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Calong ni kalau ikutkan asalnya rasa dari Berserah.

      Delete
  5. Alaaaa...nak tau x kak..lepas SA gerak dari Dapur Ali Russia tu..hujung jalan tu ada kedai jual Mee Champa...haih...kenapa la SA x nampak...sedapnya Mee Calong...x pernah makan lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Champa pun sedap. Tak apa lain kali datang lagi tau.

      Delete
  6. kalau buat dari isi/tulang ikan lagi manis ke supnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak reti nak explain tapi kain sikit dari sup daging

      Delete
  7. sedapnyaaaa pekasam.... pekasam telur sotong dia ada jual tak?

    ReplyDelete
  8. Seronok tengok Akk masih ada rezeki jaga & santuni Mak ☺️
    Sedap nampaknya Mee Calong tu, nampak healthy...
    Bestnya dapat anak pokok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Moga mak terus sihat.
      Mee Calong memang favorite kami.
      Seronok dapat anak pokok, belum ada pokok bunga raya

      Delete
  9. tak pernah tahu pun ada mee nama mee calong heheh nampak sedap tu..nampak mcm mee sup/mee hailam jer kan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Calong ni mee sup ikan. Hitam sikit tu maybe kicap sambal hehe

      Delete
  10. Lama tak makan mi calong yang hanya ada di kuantan. Dulu arwah makcik duk beserah. Sepupu selalu bawak pi makan mi calong kalau ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Calong memang asal Berserah rasanya.

      Delete
  11. Replies
    1. Asal Ganu rasanya, dari nama roti paun omputih.

      Delete
  12. Tak pernah makan mi calong. Kalau jumpa, nak jugak mencuba.
    Senang kan, beli lebih terus. Simpan frozen, bila-bila teringin boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang lah Kuantan jom makan Mee Calong. Betul kalau simpan freezer boleh makan bila2 kan.

      Delete
  13. wahh blm pernah mkn lg mee calong sbb blm pnh jumpa di Perak Selatan.. wahh granola cubes tu mcm menarik juga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jim datang Kuantan makan Mee Calong. Granola Cubes tu sedap tau.

      Delete
  14. Sedapnya makanan berkuah terutamanya jenis sup. Kalau saya jumpa memang melekat terus di situ!

    ReplyDelete
  15. Perlu saya coba rasanya mie calong ini. Tp tak nak telur yg setengah matang 🤣.

    Hahahhaa perlu ke LA untuk beli roti itu ya kak 😄. Tapi saya yakin kak Mulan pasti bisa buat sendiri juga 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja telur yang betul2 masak 😄
      Insyaa Allah akan diusahakan mencari resepi dan cuba buat 😍

      Delete
  16. sedap tu mee calong...ni tekak belum baik mmg suka la kalo dpt menu sup2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup2 memang sedap kalau badan kurang sihat, get well soon ya.

      Delete
  17. Roti paung niii ada dekat terengganu

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com