SABTU PAGI.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FROM THE RIVER TO THE SEA,
PALESTINE WILL BE FREE.
Jumaat petang drive balik Putrajaya lepas hubby habis kerja. Sabtu pagi lepas Subuh macam biasa kerahan tenaga, longgarkan otot dan lemak. Ajak hubby drive ke area MASJID BESI. Lama tak jalan2 situ.
Dengan anak solehah yang masih cuti.
Ada tempat makan rupanya.
Hubby ajak makan terus. Ada NASI LEMAK dengan macam2 lauk.
First time lalu sini.
Kami beli lauk biasa dan sotong. Semua sedap walaupun pedas sikit je. Hubby kata tak pedas. Sedang elok. Best breakfast tepi tasik, view MASJID BESI.
CYCLIST CAFE rupanya, di ANJUNG FLORIA PUTRAJAYA.
Sambung lagi jalan2.
Memang menarik.
Sunyi hening pagi, terdengar announcement. Rasanya raptai sambutah HARI KEBANGSAAN.
Ajak hubby ke DATARAN PUTRAJAYA.
Cantik kan.
SEMARAK MERDEKA.
Seronok tengok raptai pelajar2 sekolah sekitar KL dan Selangor. Tapi tak ada lagi aset2 pertahanan negara ie kereta kebal dll. Mungkin AHAD pagi raptainya.
Balik rumah, mandi siap2. Kami ke SEREMBAN. Ada wedding anak kawan di Vietnam dulu. Sampai awal, ajak hubby ke MASJID SENDAYAN dulu. Majlis 11.30am, ada 45 minit lagi.
MASJID SENDAYAN.
Subhanallah cantiknya.
Memang ramai hari Sabtu semalam di sini. Pasangan2 pengantin diijabkabulkan. Sambil2 sessi fotografi.
Subhanallah cantik semua detail binaan nya.
Ikut giliran. Memang ramai, weekend pulak kan. Tumpang seronok.
Cantik semua binaannya termasuk tempat wuduk di luar ni.
Tak ada pulak family pengantin yang pakai biru macam kami.
11.15am terus ke D'TEMPAT COUNTRY CLUB. Meraikan PERKAHWINAN anak kawan. Alhamdulillah diizinkan juga berjumpa sahabat2 lama. Yang kenal sebelum kawin, lepas kawin, di Vietnam dll. Moga ukhuwah berkekalan. Aamiin.
Selesai majlis, kami terus drive balik Kuantan. Hubby ada acara Ahad pagi tadi. Nampak durian di depan SMKIM2. Mintak hubby belikan durian murah nak kacau lempuk.
RM100 satu guni kertas ni. Patut berebut. Adik tu kata durian banyak jatuh, kena jual cepat takut buruk.
Sedap2 pulak semua duriannya. Part asingkan isi dengan biji, alahaiiiii lemah tapi kena buat.
Sebahagian biji durian.
Naik atas periuk tembaga lah kita.
Alhamdulillah ada sekeping lagi GULA KABUNG.
Bermula lah......
Kacau sentiasa supaya tak lekat dan hangus.
Alhamdulillah anak solehah ada, sama2 kacau. Naik otot lengang. Sado jadinya.
Bila dah gelap, dah berasap2, dah tak lekat sangat pada periuk, kira nak masak lah tu.
LEMPUK DURIAN SEDAP SANGAT.
Alhamdulillah. Dari seperiuk isi durian, dapat 1/3 periuk je lempuk nya. Alhamdulillah kali ni lagi kurang manisnya. Guna sekeping saja gula kabung. Lempuk ni, hanya isi durian dan gula kabung/nisan/melaka.
Jaman ni dah tak ramai orang buat lempuk durian
ReplyDeleteSimpan pes durian dalam esbok aje.
Lempuk sedap makan sekali sekala kan Wak.
Deletehari tu cuma lalu je depan masjid ni... bendera merah kann🥹
ReplyDeleteNanti singgah lagi ☺️
Deletebanyak betul isi duriannya tuuuu👍👍👍
ReplyDeleteCukup lah seperiuk tapi tak penuh pun. 😄
Deletesedapnya kak lempuk tu... makan panas2 pun sedap ni konpom berselera hahaa... kalau dapat wajik pun sedap gak ni :D
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap
Deletemenarik betul la tempat bf tepi tasik tu..nak kena usha2 jugak laa..anyway lempuk durian ni fav my arwah ayah...my mom selalu lah masak lempuk ni (every year time musim durian) masa arwah ayah ada dulu....sbb memang masa tu kebun durian pun tgh rancak berbuah...now dh 15 tahun ayah tak de..kebun durian pun dh tebang semua, dh dijadikan tapak perumahan utk adik beradik MZ..(ter pnjg plak mengomen)
ReplyDeleteTu la first time jumpa tempat bfast tu, best tepi tasik. Bestnya ada kebun durian dulu. Memang sedap lempuk durian, ni pun buat once a year ☺️
Deletebeli durian di Sultan 916 ke kak?kami dah banyak kali pergi tapi tak sanggup nak beratur,balik saja..
ReplyDeleteteringin juga nak cuba buat lempuk sendiri tapi sorang2 dekat dapur risau jadi lengan popeye
Beli depan SMKIM2 sebelum traffic light dekat kastam tu. Buat sikit2 Insyaa Allah boleh tu hehe,
DeleteCantik kan Masjid Sendayan? Kiteorang sempat singgah solat jamak di sini masa perjalanan balik ke KL dari Melaka. Tapi pegi tu sebelah malam, tak dapat la ambik gambar cantik2 mcm gambar Kak Mulan ambik ni.
ReplyDeleteMemang cantik. Tapi gambar malam pun cantik sangat Carneyz ambil tu.
DeleteRajinnya Akk kacau lempok! Kecik² dulu pernah tengok arwah Mak kacau lempok ni ... Macam macau dodol, tak leh tinggal kena kacau selalu
ReplyDeleteNak makan memang kena rajin banyak hehe. Lempuk senang lagi kot sebab tak ada santan dll. Hanya isi durian dan gula kabung. Tapi sikit je ni, takde la lama mana.
DeleteVibe merdeka. Untung lah dapat tengok walaupun sedikit sambil jalan-jalan.
ReplyDeleteMemang seronok tengok raptai MERDEKA.
DeleteAik? Ada tempat sarapan kat situ? Tak perasan pulak!
ReplyDeleteMaybe baru kot.
Deletemenarik tempat makan, tepi tasik...cantiknya Masjid Sendayan...belum berkesempatan ke NS..
ReplyDeleteMemang best bfast tepi tasik. Masjid SENDAYAN memang cantik senibina dan detail nya.
DeleteSaya ada rumah di NS, tapi masih belum berkesempatan meninjau keindahan Masjid Sendayan. Memang cantik memukau.
ReplyDeleteWah...lempuk! Dah lama tak makan lempuk. Dulu mak selalu buat, balik asrama siap bekal lempuk untuk makan dengan roti.
Insyaa Allah sampai nanti. Memang cantik masjid nya.
DeleteYa makan dengan roti pun sedap.
SA x pernah makan lempuk durian...serawa pernah la..mesti sedap kan kak
ReplyDeleteSedap tau lempuk ni SA. Macam dodol tapi durian. Serawa durian pun sedap sangat.
DeleteLempuk ini sama dengan dodol kayaknya yaaa. Soalnya cara pembuatan pun tak jauh beda. Godaan sangat memang kak, memisahkan daging durian dari biji. Saya rasa lebih banyak masuk mulut drpd dijadikan lempuk 🤣. Itu kalo saya 🤭
ReplyDeleteCantiiiiik memang mesjidnya. Pantas lah banyak yg mengadakan wedding event di sana yaa ❤️
Lempuk ni cuma isi durian dan gula kabung atau areng. Dikacau selalu supaya tidak hangus seperti kacau dodol. Betul Fanny 😄😄 sambil jugak ,asuk mulutnya.
DeleteMemang antara masjid yang cantik di Malaysia.
Seronoknya dapat beriadah di Putrajaya ni. Ada tempat riadah yang menarik dan cantik. Baru tahu juga ada kedai makan di situ. Tak pernah lagi sampai di Masjid Sendayan ni. MashaAllah memang cantik seni binanya.
ReplyDeleteZaman sekarang macam dah tak jumpa lempuk durian. Dulu masa kecik dan ada dusun durian mak saya selalu buat lempuk durian. Sekarang dusun buah dan bertukar tanaman lain pula. Ambil masa nak buatnya pun. Tapi kalau elok simpan tahan lama.
Putrajaya besar, memang tak habis explore semua. Kami pun baru tau ada tempat makan. Masjid Sendayan memang cantik sangat.
DeleteLempuk ni mak selalu buat masa kecik2. Bila suka kena lah buat sendiri, buat sikit2 je