Monday, August 19, 2024

IKAN BAKAR SEDAP. STAYCATION KAWAN SEKOLAH. MARBLE CAKE.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

Lama betul tak bersiaran, ikut hubby, jadi driver ke sana sini.


SABTU 10/8. KL GATEWAY PREMIUM RESIDENCES.

Staycation dengan kawan sekolah menengah , girls only. Hubby ada dive trip ke PULAU REDANG. So kita pun buat plan dengan kawan2. Ada kawan dari Kuantan nak join, so drive lah sekali dengan anak solehah yang masih cuti.


Kemas bersih apartment nya. Dalam RM400 untuk 7 pax. Pilih apartment yang ini sebab mall di bawah. Train station pun dekat. Parking 1 free. Yang lain boleh park di Mall. Rate tak mahal sangat untuk overnight. Lupa tanya Ms M berapa. Tak sampai 20 rasanya.


MENARA REBUNG TELEKOM. 

View dari balcony.


The girls. Moga ukhuwah till Jannah. Staycation sebelum Ms A balik Bahrain. Borak malam tu sampai melepasi pukul 2am.


IKAN TERUBUK BAKAR. Sedap sangat..!!

AHAD 12pm. Check out & Ms M ajak kami ke PASAR DATO KERAMAT, makan ikan BAKAR di D LEGEND KERAMAT IKAN BAKAR. 


IKAN SIAKAP/KERAPU BAKAR.


Sedap sangat tau.


Ms M order IKAN PARI BAKAR, TERUBUK BAKAR, KERABU/SENANGIN BAKAR kalau tak silap. Yang paling benar, sedap do'oh. Alhamdulillah.


Masa sekolah, ada yang lembut baik, pendiam. Saya, geng selalu kena denda hehe. Noti sikit dulu2. Pantang jumpa geng especially kat surau asrama, terkuat gelak boraknya. Tapi cikgu sayang kami, kami lagi sayang cikgu. Kalau hari Ahad lepas breakfast di dewan makan, selalu nama naik kena denda (DC), cuci toilet lah, cuci surau lah. Sambil cuci dengan geng noti, pun sambung jugak gelak borak lagi. Kenangan yang tak dapat lupa.


Ini lah kedai D'LEGEND KERAMAT IKAN BAKAR. Recommended, memang sangat sedap.

Sumber foto : dato fareast alfiya.


Drive balik Kuantan dengan anak soleh dan kawan sekolah Ms A. Hujan selebatnya sepanjang jalan dari KL ke Kuantan. Alhamdulillah smooth semuanya.


Drive slow je.


Sangat lebat.


Lama tak drive kala hujan lebat ni. Alhamdulillah selamat sampai Kuantan yang juga hujan lebat.


SELASA. Sepupu nak singgah rumah. So buat MARBLE CAKE lah, buat 3 bekas kecil. Untuk sepupu, mak dan rumah kami.


Kalau guna premium butter, memang lagi sedap dari BUTTERCUP.


MARBLE CAKE

1 cup butter, premium better
1 cup sugar, boleh kurangkan sikit
6 egg
1 suduteh vanilla
2 cups self rising flour 
1/2 cup full cream milk

Pukul butter dengan gula. Masukkan telur satu persatu dan vanilla. Pukul adunan dan kaup sekali sekala. Masukkan tepung dulu, selang seli dengan susu, berakhir dengan tepung. Grease loyang kek.  Alas dengan baking sheet. Bakar dengan suhu 180'C hingga masak. Amaran keras hahaha, oven kita lain2 so adjust ya. Maybe 160'C untuk oven kecil macam saya punya.  Oven besar, suhu besar. Agak2 lepas 30 minit, check kek dalam oven. Cucuk kek dengan lidi, kalau lidi bersih, masak lah tu. Kalau ada melekat adunan, bakar lagi sekejap. 


RABU 14/8. Ke KL lagi. Hubby ada event. Exit Bentong untuk lunch. Ada kereta TIMBALAN MENTERI di parking lot kedai. 


BAUNG TEMPOYAK, AYAM BAKAR, IKAN KERISI GORENG, KICAP AIR ASAM. Alhamdulillah semua sedap.


ULAMAN.



Menu di sini banyak IKAN BAUNG rasanya. PATIN pun ada. Kedai ni banyak menyajikan ikan2 sungai.



Tengok gambar pun dah kecur air liur.


Exit BENTONG. RESTORAN CINTA RASA IKAN SUNGAI.

Kedai tepi jalan. 

Sebenarnya hari ni tadi, lunch pun di kedai NOHANA IKAN BAKAR di KERTEH. Lupa snap gambar. Day trip ikut hubby meeting. Gugel lah, memang famous. Dah ada cawangan di DUNGUN.

40 comments:

  1. Ikan dengan sambal dan petai tu buat terliur kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tengok gambar pun tak tahan.

      Delete
  2. Nampak sedapnyer ikan bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap Wak

      Delete
  3. Uwaaaaaaah ikan bakar dengan Pete 😍😍😍😍😍😍. Walau banyak orang tak suka petai, tapi saya sukaaaa 😂. Apalagi kalo campur dalam sambal. Memang sedaaap apalagi aroma dia 😄. Jadi teman saat masak lemak pun sedap 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny memang sedap sangat ada petai. Sampai sekarang teringat rasa nya. 😍😍😍

      Delete
  4. Nampak menarik dan sedap gambar di blog ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, juga singgah sini.

      Delete
  5. Bestnya dapat staycation dengan kawan2. Ikan bakar pun nampak sedap tu pelbagai pilihan jenis ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok staycation dgn kawan2. Ikan bakar tu memang.

      Delete
  6. waduhh mmg sedap menternak lemak sepanjang jalan., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seiring dan sejalan, lalalalaaaa haha.

      Delete
  7. Bestnya dpt staycation dgn kwn2 gegurls tu...kek marble tu nmpk sgt sedapppp🤤🤤🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best staycation borak gelak macam zaman sekolah. Alhamdulillah kek marble elok jadi nya.

      Delete
  8. dari atas sampai bawah menu2 ikan tertelan2 airliur sambil baca kak...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah especially ikan bakar tu memang sedap

      Delete
  9. Kedai ikan bakar kat pasar keramat tu kalau bulan puasa laku keras..sekejap jer dah sold out.
    Ikan baung memang sedap..rindu pulak kat ikan baung asam podeh di Pekan Kuok kampung suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada few kedai ikan bakar di area Pasar Keramat kan, semua sedap dengarnya. Ikan baung masak apa pun semua sedap.

      Delete
  10. Amboi Kak, Kuantan -KL tu macam sebelah2 je ye hihi...
    Tak pernah tau pun kedai ikan bakar kat Keramat tu.. yg Sy tau dulu zaman study suka lepak dekat Air Gelas Besar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe begitu lah life kami selama ni, Alhamdulillah moga smooth sentiasa. Try la ikan bakar di Pasar Keramat tu, sedap tau.

      Delete
  11. Staycation dengan kawan-kawan tu syok. Rasa muda kembali bila jumpa kawan sekolah 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul sangat2, nasib tak ada neighbor sebelah. Mau kena komplen, kuat gelak nya. 😂😂

      Delete
  12. Cantik apartment bersih dan very need .. kalau dah RM400 tapi beramai2 okla tu.. Seronok blh staycation dgn kawan2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kemas bersih, harga pun berpatutan sbb kami 7 org. Limit banyak tu je. Seronok toksah cakap lah, tak ingat umur berapa. Anak2 dok talipon, kena sound lah. 😂😂

      Delete
  13. ikan bakar, ikan sungai...sedapnya...nak try jg ikan bakar keramat tu..tapi kwsn tu mcm susah parking....lama tak dgr DC...hihi..dulu satu kelas kena denda kutip sampah sbb buat bising..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap ikan bakar. Parking tu, ada orang jaga, bila kereta keluar, dia akan panggil kita masuk.

      DC, hehe macam2 kisah kan.

      Delete
  14. Pernah plan ajak kawan2 staycation, kawan sekolah...eh..semua x nak kalau free dan ditaja diorang nak,..sudahnya berhuhu je la..sedapnya macam- macam ada ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami share tapi kadang ada je yang sponsor. Tapi kalau spend pun untuk tidur dan makan je. Kadang kami tapau bawak sekali masa staycation tu.
      Yumm yumm memang sedap ikan bakar kan.

      Delete
  15. tak pernah tau ada ikan bakar kat keramat hehehe.. nnt bole try juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak jugak kedai ikan bakar di Keramat tu rupanya

      Delete
  16. Sepanjang baca entry kak Mulan ni, memang terliur je hehe. Dulu sebelum kawen, Encik Tunang (suami) selalu la ajak makan ikan bakar di Pasar Keramat ni. Memang sedap. Teringin nak cuba kedai makan ikan sungai tu. Macam menarik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru je tau kedai ikan bakar di Keramat ni, sedap. Try la kedai ikan sungai tu, semua sedap.

      Delete
  17. dugaan tgk gmbr makanan time tgh puasa...ikan bakar keramat tu bole try nanti....sebelum ni ada kwn beli yg Mat Teh ikan bakar keramat...terliur tgk udang galah tu...sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ya Makteh IKAN BAKAR pun famous. Udang galah tak ambik hari tu sbb geram tengok ikan.

      Delete
  18. uishhhh menggoda betul kek marble nyaaaa
    sy pula yg terhidu2 bau wangi sampai ke sini hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mai datang kuantan kita buatkan Insyaa Allah

      Delete
  19. perghhhh ada patin yang tak menahan tuuuuu....
    kecur laa pulaaa hehehe
    cepatlah msk tengah hari hahaha

    ReplyDelete
  20. Sesekali dapat berkumpul macam ni memang seronok. Bersembang sampai tak perasan dah lewat. Ikan terubuk tu memang sedap. Lagi² dibakar. Tapi itulah banyak tulang. Saya kalau jumpa kedai ikan bakar macam ni boleh rambang mata nak pilih ikan mana satu sebab semua sedap kecuali ikan pari, keli. Sebab tak makan. hihi...Selaku pencinta ulam-ulaman, rasa macam boleh jadi gila kalau tengok banyak ulam macam ni. Tak tahu nak ambil mana satu. Daun selom, jantung pisang, tenggek burung favourite tu. Petai, jering tu buat sambal je baru boleh makan.

    Kek marble dengan butter memang lagi sedap. Baunya pun best betul. Rasa tak sabar nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok kumpul kawan2 sekolah, macam2 cerita keluar. Memang jadi budak sekolah dah masa tu. Sakan boraknya. Terubuk tu ada 2 org kawan tu yg rajin belek tulang nya haha. Ikan bakar apa pun saya suka. Ulam2 semua tu memang tak reti nak pilih.

      Marble Cake memang sedap, apa lagi guna butter premium. Cicah kopi pun sedap

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries.
>> o-mulan@hotmail.com <<