HIBERNATE sekejap sebelum ni. Terubat rindu dapat makan PHO BO VIETNAM. Alhamdulillah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FROM THE RIVER TO THE SEA,
PALESTINE WILL BE FREE.
Muka2 yang gembira dan ceria. Alhamdulillah tak tersangka2. Ex Boss hubby, benarkan isterinya nya ke Ho Chi Minh City, buat kali pertamanya dengan kawan2. Kak S dengan Kak N ni dah banyak kali cakap, nak sangat bercuti dengan kawan2 je tanpa suami. Mintak bawakkan ke mana2 dekat2. Kami pergi bertiga saja. Kita pun ok je, boleh la kira BIRTHDAY TRIP. Haha saja2 suka2 je claim Birthday Trip.
Flight kami pukul 9 pagi. Delay sikit. Summer Holiday ni, traffic teruk jugak untuk aircraft yang keluar masuk KLIA. Sampai TAN SON NHAT AIRPORT, kami ambil Grab ke hotel. Make sure balance Grab cukup atau top up/charge to credit card. Lebih kurang macam tu lah.
Pukul 12pm, sampai SAZI HOTEL, letak beg terus jalan2. Dah kenyang sebab dah makan atas flight. Kami ke HONG ANH BOUTIQUE dulu. Lama tak ke sini. Antara 3 kedai baju terawal yang jual telekung dan baju kurung dari tahun 1997 kami di sana. Jalan kaki je sebab dekat.
VIETNAM SPRING ROLL.
Siap beli sikit2 di HONG ANH BOUTIQU, kami ke JAMILAH RESTAURANT. Lama tak makan, sedap sangat. Nak buat, mim alif malas. Hehe.
PHO DAGING & PHO AYAM. Sedap.
Terubat rindu.
SAZI HOTEL. Nguyen An Ninh Street. Bilik bertiga.
Lunjur2 kaki rehat dulu. Borak gelak. Trip santai2, bukan trip orang muda2 remaja hehe. Kami remaja manis purba.
Ini lah NGUYEN ANH NINH STREET @ MALAYSIAN STREET.
Malam nanti meriah riuh rendah macam PETALING STREET. Sepanjang jalan ni, kedai2 jual kain, telekung dll juga RESTORAN HALAL. Hotel kami berdekatan hotel yang pokok2 tergantung tu.
BEN THANH MARKET
Dah puas rehat, keluar lagi. Masuk BEN THANH MARKET yang tersohor tu. Beli kopi, pistachio, cashew nuts, longan, red dates dll. Kak N cium bau kopi, sedap harum nya kata dia. Wajib jugak duduk minum JUS PEGAGA. Kak N dan Kak S minum AIR KELAPA & JUS MANGGA. Sedap sangat diorang kata. Ya memang jus di Vietnam ni sedap, buah2 semua manis.
Dalam pukul 6pm macam tu, NGUYEN AN NINH STREET aka MALAYSIAN STREET mula sibuk. Hotel kami di area ni juga. Di jalan yang sama. Dinner tak sure di kedai mana haha. Foto pun lupa snap. Di NGUYEN AN NINH STREET ni, ada dalam 5-6 kedai makan HALAL. Antaranya Restoran JAMILAH, AMIN, MUSA, BASIROH dan HAWA. Yang lain lupa lah.
Breakfast hari ke 2. RESTORAN AMIN.
NASI LEMAK, MEE GORENG UDANG & BANH MI DAGING (ROTI DAGING).
Kami ke SAIGON SQUARE. Temankan Kak N dan Kak S cari baju2 tshirt untuk suami dan anak2. Sebelum tu, masing2 dah dapat beli luggage bag. Kami datang dengan masing2 beg hand carry je 7kg. Cuma saya bawa duffle bag, lipat dalam hand carry beg tu. Lupa snap foto dalam SAIGON SQUARE. Sebelum tu, kami duduk tepi jalan minum AIR KELAPA dulu. Alhamdulillah akak2 ni ok je duduk minum tepi jalan.
Lunch @ RESTORAN BASIROH.
Suka tengok kipas bergantungan di lobi hotel ni. Lepas lunch, masuk BEN THANH MARKET lagi. Cari t-shirt untuk cucu2 Kak S. Malam tu kami dah book, massage di spa dekat2 depan area hotel. Hehe best tau.
SAIGON RIVER
Hari ke 3. Lepas SUBUH SEPI'E, ajak Kak N dan Kak S tengok sunrise di tepi sungai. Kami ambil Grab ke SUN WAH TOWER. Kemudian jalan sikit ke tepi sungai. Kalau ambil Grab ke MAJESTIC HOTEL lagi dekat dengan sungai, tapi tak lalu lah NGUYEN HUE STREET. Jalan yang selalu diadakan PESTA BUNGA ketika TET FESTIVAL (LUNAR NEW YEAR). Nguyen Hue Street ni umpama dataran lah untuk event dan program yang besar2, akan ada pentas dan sebagainya.
NGUYEN HUE STREET
Nun di sana SAIGON RIVER
Juga NGUYEN HUE STREET
Nun di sana pula bangunan yang bersejarah. Lupa detail, nanti later cari info nya.
Alhamdulillah cuaca cantik.
Ramai berjogging, berbasikal dan beriadah ketika itu, pukul 6 pagi.
Dulu2, bangunan2 tinggi boleh dikira dengan jari. Bak kata Kak N, udohya seghuper MANHATTAN, bior ler tak sampei sana pun lagi. Nampok dalam TV jer Manhattan tu haha.
Dulu, tepi sungai ini memang lain rupanya. Memang tiada akses untuk awam, tiada ruang berjalan dan sebagainya. Namun sekarang, sangatlah cantik dan terbuka, untuk beriadah, menikmati terbitnya matahari dll nya. Ada juga photoshoot pengantin.
Dah puas di tepi SAIGON RIVER, book Grab untuk ke Masjid JAMIUL ISLAMIYAH di TRAN HUONG DAO.
Nak bawak akak2 ni ke kedai PHO MUSLIM. Tapi tutup lah pulak. Katanya baru sudah kenduri kawin anak nya. Sibuk kot. Tak ada rezeki nak makan BO KHO.
Jadinya kami ke gerai tepi masjid. Jalan2 jugak tengok keadaan tempat tinggal di sana, di lorong2 sempit tapi bersih sangat.
BANH MI BO. Sedap sangat.
PASTA DAGING pun sedap. CAFE SUA DA (KOPI SUSU AIS) tu of course lah sangat sedap.
Masjid di TRAN HUONG DAO ni adalah masjid terdekat dengan pusat bandar, yang ada kedai makan HALAL. Dulu di MASJID DONG DU, ada tempat makan Halal, tapi tiada lagi sekarang. Sudah tak dibenarkan menjual makanan di situ. Rindu nasi panas dengan kari, ikan goreng garing, telur dadar dll, banyak lauk berasaskan Kari.
Dari TRAN HUONG DAO, kami ambil Grab ke BEN THANH MARKET. Last dah ni hehe. Beli sikit2 souvenir dan tambah apa yang patut, muatkan beg. Wajib lah snap foto untuk kenangan.
Last but not least.
Last jugak, singgah kedai jus. Order SAM BO LUONG (LAICIKANG) & JUS DURIAN BELANDA. Sedapppp sangat.
Sebelum check out, Zaytun (pembantu rumah kawan masa dulu2) hantar BINGKA UBI yang kami order. Zaytun duduk di perkarangan MASJID PHU NHUAN. Masjid ni kalau dari/ke airport, akan nampak di tepi jalan je. So on the way ke airport kami drop dia dulu. End of girls' trip. Alhamdulillah smooth trip especially buat both akak2 ni. First time fly tanpa suami. Both suami pun punya pesan macam2. Ada yang hampir cancel, tak bagi wife nya pergi. Biar lah burn ticket pun. Punya risau sangat. Alhamdulillah lepas pergi. Kita yang bawak pun suspen jugak.
Bye bye Ho Chi Minh City.
Flight 4.25pm (5.25pm waktu Malaysia).
Subhanallah cantiknya.
Tak pernah dapat tengok view sewaktu ini dari dalam aircraft.
Subhanallah view yang sangat2 suka tengok.
Alhamdulillah smooth semuanya. Book Grab balik Putrajaya. Akak2 ni diambil suami dan anak2.
Esoknya flight petang balik Kuantan. Subhanallah view nya yang super duper suka.
Lunch MAS FOOD @ Putrajaya sebelum balik Kuantan. Dalam flight Ho Chi Minh City ke KL, stewardess tu punya la baik bagi kami extra food. Tapau lah sebab kenyang. Sampai rumah, masuk freezer. Kacang pun dapat extra. Rasanya kami je warganegara Malaysia kot. Pakai tudung style Malaysian. Seriously airport kita dan di sana, packed sangat2 dengan manusia. Mestinya sebab SUMMER HOLIDAY satu dunia. Yang transit pun sama. Alhamdulillah flight delay pun tak lama. Tapi sampai on time. Alhamdulillah smooth trip, yang di-sponsor, Alhamdulillah.
Lupa snap foto BINGKA UBI yang order dengan Zaytun. Ni foto lama. Yang bawak balik ni, dah dipotong2 simpan dalam freezer. Yang kelakar, sewaktu bawak hand carry bag ke Kuantan, selepas beg lalu di scanner, pegawai tu tanya, "Kak, apa yang bulat besar dalam beg tu". Saya kata BINGKA UBI dari Vietnam. Dia kata, besarnya BINGKA. Kami sama2 gelak. 12 inci rasanya.
Anak Kak N pulak, ketika tengok beg yang ada berisi bekas bulat, katanya Mak beli PIZZA di Vietnam ke. Haha. Ya lah, BINGKA tu bulat besar leper. Memang macam Pizza.
"HAPPY BELATED BIRTHDAY, JUNE BABIES, TO ALL JUNE BLOGGERS JUGAK"
Tepi sungai tu cantik view dia dan view awan dari flight tu.
ReplyDeleteMemang cantik kan..
DeleteJauhnya sambut birthday
ReplyDeleteSaja2 je claim tu Wak haha
DeleteEhh...sama la kita Jun!
ReplyDeleteRamai jugak ya blogger kelahiran Jun.
Seronok kawan-kawan tu ada orang yang mahir jadi tour guide. Saya belum pernah ke sana, boleh ambik rujukan kat sini.
Hehe ya baca sebelum ni ramai bloggers lahir bulan June kan.
DeleteTempat yang biasa Alhamdulillah boleh la bawak jalan2
Alhamdulillah.. Selamat pergi dan balik... Seronok dapat jalan2 dengan kawan2 perempuan ja...
ReplyDeleteAlhamdulillah smooth semua dan santai2
DeleteLepas ni arrange trip utk geng blogger pulak Kak 🤭
ReplyDeleteSeronok ladies trip camni, makan shopping, makan shopping, makan shopping haha...
Hehe tak berani tapi mesti seronok kan. Mana tau boleh jadi Insyaa Allah
DeleteSeronok JJCM gegirls je. 😄😄
sedapnya pho daginggggg 👍👍👍👍 sy penah terfikir nak g HCM semata2 nak makan pho daging😁😁 ntah bla laa nak buat keje gila ni
ReplyDeletePergilah memang sedap😄😄
Deleteamboiiii kemain menggalakkan yaa🤣🤣
Deleteok tlg suggest hotel yg best🤣🤣
laa kenapa dah x ada lagi makanan kat masjid tu? dah pindah ke tmpt lain ke?
ReplyDeleteRasanya memang tak ada tempat makan dalam perkarangan MASJID DONG DU tu. Tapi resto Halal@Saigon ada di depan masjid.
Deletesebab teringat psl covid. kan mcm2 boleh jd...
Deletefoto2 yang dishare pemandangannya bagus sekali
ReplyDeleteTerima kasih singgah sini dan komen ya.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTertypo pula. Singgah sini lagi ternampak vietnam roll tu. Sukanya.....
DeleteKak Mulan pun June baby jugak ke? Sama la kita hehe. Bila baca entry ni mcm pegi berjalan2 di HCM jugak walaupun tak pernah lagi jejakkan kaki ke sana.
ReplyDeleteHehe ya sama kita June baby jugak. Insyaa Allah nanti Carneyz sampai HCMC tu.
DeleteNampaknya ramai geng lahir bulan June ni..kak..buat la gathering...mesti best
DeleteSA.. Jomm Insyaa Allah hehe.
DeleteAllah..macam biasa cantik pemandangan masa sunrise tu. Kita pun tak tau bila lagi trip dapat pergi ke sana. Rindu pikul kain telekong..hehehehehe
ReplyDeleteSunrise memang cantik kan Subhanallah.
DeleteInsyaa Allah sampai lagi nanti. Hehe.
Asyik berjimba je... jeles betul!
ReplyDeleteOrang sponsor Alhamdulillah
Deletebest betul trip gini...teringin la nak join hahahahah
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Mana tau nanti impian jadi kemyataan bloggers trip hehe
Deletebestnya gegerl trip mcm ni & tak rushing! enjoy santai-santai hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best santai2
DeleteBest ni trip santai2 geng remaja manis purba.
ReplyDeleteMakan... shopping... makan...
Alhamdulillah memang best JJCM santai2
DeleteSemua tempat tu SA pernah pergi..Kat sana SA suka beli jus buah, beli buah makan kat bilik atau sambil2 jalan..lama dh x kesana..kena pergi lagi ni....tapi x ank pi shopping..lebih kepada nak pi healing...masa pergi dulu zaman kain cotton silk tgh popular dengan tudung nealofa kalau x salah..
ReplyDeleteBetul buah kat sana manis sedap sangat kan. Tak nak shopping, boleh ambil half day trips. Hari tu tak check pun sebab memang tak plan nak pergi.
DeleteTumpang melerai rindu makanan Vietnam di sini. Memang banyak pilihan makanan yang sedap-sedap terutama jenis sup, sedap hirup panas-panas. Ada jus pegaga! Belum pernah jumpa jus pegaga di mana-mana. Menyihatkan sungguh ni.
ReplyDeleteBetul Kak Amie macam2 jenis sup ada di sana, semua sedap.
DeleteJus PEGAGA memang sedap walaupun rasa daun je.
Girls out day.. seronok hanya bertiga tak ramai ..mmg best nak pergi berjalan-jalan.. Alhamdulillah revisit kg halaman.. Vietnam spring rolls dgn sup ayam sup daging tu.. PHO tu ... Nampak banyak dah berubah Ho Chi Minh dgn 12 tahun lepas.. nak kena repeat juga ni hihihi...
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok. Pho & spring rolls tu memang sedap. Lama tu 12 tahun lepas, memang banyak sangat berubahnya especially tepi Sungai Saigon tu.
DeleteAlahmdulillah...dapat berjalan dan bersiar di negara orang ...luas pandangan
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteBest betul dapat sambut birthday di luar. Bukan biasa-biasa ni. Seronok dapat jalan-jalan, shopping dan jalan-jalan cari makan bersama kawan-kawan sekepala. Comel je ayat remaja manis purba.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan kesihatan yang baik serta dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan dan kecukupan. Aamiin...
Hehe saja je sebut birthday di luar. Kebetulan tarikh dekat. Alhamdulillah memang seronok JJCM dgn kawan2 remaja manis purba hehe, Terima kasih atas ucapan dan doa. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Doa yang sama untuk Azhafizah.
DeleteBaca ini saya tak sabar nak ke Vietnam December 😍😍😍😄. Sayangnya kalo Hanoi dan Sapa ini tak banyak bahkan sedikiiit sangat halal foods. Beda dengan HCMC yg dah ramai yaaa. Pho dan bahn mi yg saya nak puas2kan makan nanti. Juga spring roll lah 😍😄😄.
ReplyDeleteHave fun nanti di Sapa dan Hanoi. Moga nanti Fanny ke sana, sudah ada lagi banyak kedai halal nya. Pho dan Banh MI memang sedap.
Delete