MAKI SUSHI ROLLS. Lama tak buat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FROM THE RIVER TO THE SEA,
PALESTINE WILL BE FREE.
Anak solehah cuti semester. Seronok masak sama2. Mummy masak sorang2 pun tak apa, sebab tau ada yang makan. Air fry/goreng drummets. Nak buat KOREAN SPICY FRIED CHICKEN + CHEESE.
Guna ayam DRUMMETS RAMLY.
Sumber foto : Jaya Grocer dot com
Panas kan GOCHUJANG sauce. Masukkan gula secukup rasa.
Masukkan drummets. Bila semua bersalut, baru masukkan mozzarella cheese. Gaul semua. Tapi silap sebenarnya.
KOREAN SPICY FRIED CHICKEN WITH CHEESE. Yang ni nak cepat. Cheese terlebih lama masak. Makan seiring dengan KIMCHI PANCAKE.
Hari yang lain. Jumaat. Second trip. Panas kan GOCHUJANG sauce dengan gula secukup rasa.
Masukkan drummets yang sudah digoreng/air fry.
Semua sudah bersalut.
Tabur mozzarella cheese, tutup api. Tutup periuk. Cara saya.
KOREAN SPICY FRIED CHICKEN WITH CHEESE
Biarkan mozzarella cheese cair meleleh. Macam ni lah sebenarnya yang diinginkan.
Buat telur dadar kosong dan nipis.
WAKAME. Boleh dibeli frozen. Terjumpa dalam freezer, maka terjadilah menu MAKI SUSHI. Nak mengurangkan isi perut freezer juga.
Seaweed, disusun nasi, WAKAME, carrot dipotong panjang & direbus serta potongan telur dadar.
Anak soleh ada, senang kerja. Anak solehah tolong bahagian lain.
Beberapa gulungan MAKI SUSHI.
Combo dengan KOREAN SPICY FRIED CHICKEN+ CHEESE
+ KICAP SUSHI & WASABI.
Lunch. Alhamdulillah. Biarlah sampai terkeluar WAKAME tu. Hehe.
Patutnya macam ni letak WAKAME ni tapi tak apa lah.
Sumber foto : angsarap dot net.
MS. ELLIOT at HOCK BEE.
Petangnya, early dinner. 6pm.
Antara minuman yang di-order.
Paling kiri - SUNGAI PANDAN WATERFALL (Pandan Coconut Coffee).
Paling kanan - SUNGAI LEMBING SUNRISE (Strawberry Mango Lemonade with Vanilla Foam)
PIZZA DAGING SALAI. Sedap sangat.
Lembut daging nya.
LAMB SHANK KUZI.
LAZY BONE BEEF SHORT RIBS.
Reasonable harganya, compare to tempat tersohor yang lain even yang di ibukota. Kami tak selalu makan besar macam ni. Makan bila birthday kami berempat dan very special occasion je. Sedap dan lembut daging2 nya.
Terdapat ruang (hallway) untuk display info berkenaan TENUN DIRAJA PAHANG.
Ruang makan. Sangat simple dan luas.
Couple yang dah tua.
Santai2 semuanya.
Ruang masuk utama. Cashier dan bahagian menerima order. Nak order online/QR pun boleh.
Dessert yang ummpphhh sedap nampak semuanya.
Geram je. Tapi kami tapau satu je sebab dapat Cashback 5%.
Lokasi di JALAN BESAR. Sebelum MENARA 188 KUANTAN. Lama dah viral MS ELLIOT ni. Kedai HOCK BEE ni pun memang lama, since tahun 60an.
Anak soleh belanja, belated birthday mummy, Alhamdulillah moga murah rezekinya selamanya. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Oppss. Bukan MULAN - PEACE, LOVE & HARMONY.
It's PEACE, LOVE & CHICKEN RICE.
Sebaris saja dengan MS. ELLIOT.
Berhadapannya.
Time to go.
Ehh, sebelah MS. ELLIOT ni.
Memang asalnya HOCK BEE BROS. SDN. BHD.
Berhadapan jalan saja, MS. ELLIOT at HOCK BEE.
MUKA ATELIER, cantik kedai nya. Owner yang sama dengan TJANTEK.
CAFE 1940 pun VIRAL. Tapi buka nya agak lambat untuk kami nak breakfast pukul 7 lebih. Next time lah.
MURAL lagi, yang awesome. Antara blok kedai KUANTAN PICKERS dan MS. ELLIOT.
Jom gantung bendera MALAYSIA di luar rumah. Bulan OGOS ni kan. Gantung sementara ni, nak cari bendera baru. Uzur dah nampaknya.
Lapar saya baca post ini
ReplyDeleteHehe sorry.....
DeleteMknn korea dan jepun tu fav my boys🤤
ReplyDeleteAnak2 memang suka kan Korean & Japanese food ni 😃
Deletesedapnya mknan korea & jepun tuuuuuuuu
ReplyDeleteAlhamdulillah makan anak beranak
Deletesaya pernah sekali je makan di Ms.Elliot masa birthday Pia tahun lepas,walau org Kuantan berpusing juga cari blh tak perasan tmptnya,padahal laluan hari2 tu
ReplyDeleteBetul, dok imagine tempat lain, rupanya kat situ je.
Delete🤣🤣memula sy baca missy elliot yg penyanyi tu🤣🤣
ReplyDeleteHahahaha 😆😆😆😆
DeleteYa allah kak Mulan...semua makanan buat mouth watering la..memang SA akan rujuk sini la bila pi Kuantan bulan 9 nanti ni...anniversary SA 1hb September..suami cadangkan kami ke Kuantan JJCM ...masuk wishlist la nampaknya...x leh tahan...
ReplyDeleteHehe sorry, memang sedap semuanya Alhamdulillah. Wahhhh welcome to Kuantan. Roger2 lah nanti.
Deletenampak sedappp
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletekepak ayam ramly mmg 👍👍👍👍👍 ratah panas2 mmg syok. selain ni sy suka nugget tempura dia fuhhhh👍👍👍👍
ReplyDeleteKannnn, memang sedap.
DeleteMasyaa Allah... sedapnya menu-menu makanan kat sini... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah 😋😋
DeleteNak pindah Kuantan la camni haha...
ReplyDeleteDapat berjiran dgn Akk lagi best :p
Mari mariiii 😍😍
DeleteMs Elliot ni yg french guy fasih bahasa malaysia tu kan?
ReplyDeleteKita dah gantung bendera malaysia kat balcony..tapi asyik kena terbang angin waima ikat kuat2..angin sekarang kencang semacam..lagi2 tingkat 28.
Betul betul. French guy tu lah. Adeeiii ni pun lupa jugak beli yg baru.
DeleteWow…hampir kesemuanya makanan yang asing bagi saya - tak pernah makan, apa lagi membuatnya 😄
ReplyDeleteBendera saya odw, beli di Shopee. Harini sampai kot.
,menu favorite anak2, kita layankan aje. Yeyy jom pasang bendera.
DeleteSeorang ibu, kalau masak mesti anak-anak akan menikmatinya. Puas hati buat sendiri boleh letak macam-macam extra. Lagi-lagi cheese dan isi susyi tu. Wakame tu tak pernah makan lagi. Tak apalah kalau lain sikit rupa. Masuk perut sama juga rasa dia. hihi...
ReplyDeletePizza daging salai tu menarik betul. Selaku peminat daging salai, rasa teruja pula nak mencubanya. Tapi jauh pula lokasi tu.
Betul, kalau masak yg diorang tak suka, membazir kan. Alhamdulillah seronok masak makan sama2. Cheese, memang favorite ramai kan. Pizza Daging Salai memang sedap sangat yummm
Deletekula cake mana?😁✌️
ReplyDeleteHaha Kula Cake belum sampai. Anak2 suruh buat mango cheesecake kat rumah.
DeleteWah! Terlur dadar petak! Lain maciam!
ReplyDeleteSenang potong letak pada sushi
DeleteMacam2 idea Kak Mulan di dapur ye. Sekejap Korean, sekejap Japanese, sekejap Western, sekejap Melayu... Kagum saya 😄
ReplyDeleteBuat yang hubby dan anak2 suka, senang kerja hehe tak membazir. Ni semua versi senang.
DeleteCantik semua kejadian Korean foods tu. Rasa hendak menhyelit tumpang semulut hihihiii.
ReplyDeleteMesti Mulan sudah mahir dan pakar masakan Korea kan.
Saya pernah makan wakame sewaktu travel di Seoul.
Pizza tu sedap sangatlah Mulan. Sudahlah dagingnya lembut, kulit pizza nipis pula! Sukanya saya.
Hehe dah habis la Kak Amie. Buat yang anak2 suka je. Banyak lagi menu Korea yang belum cuba.
DeleteWakame tu sedap kan.
Pizza Daging Salai tu memang sedap tau.
sushi buat sendiri puas mkn tu...ayam korea bdk2 mmg suka
ReplyDeleteBetul buat sendiri memang puas makan. Ayam Korean tu mak budak pun suka hehe.
Deleteada la beberapa jenis makanan korea n jepun yg sy boleh makan. selamat menjamu selera...
ReplyDeleteSelera lain2 kan AK. Nanti Cuba yg lain pulak kan.
DeleteW'salam..
ReplyDeleteSepanjang baca post ini beberapa kali telan ailio.. so heaven makanan semua nampak sedap..
LZ nak pi cari ayam goreng Ramly pek hijau tu sis.. bye ;-)
Hehe. Bila anak2 ada rumah, memang terlebih kisah makanan. Beli banyak2 ayam RAMLY tu hehe.
DeleteKadang2 rakut nak terjah sini sebab selalunya makanan sahaja di sini..salah timing baca mmg terliur la... Hahahahaha spicy korean ayam crispy tu Allahu...... Sedappp nyaaa....
ReplyDeleteHehe memang seronok cerita bab makanan ni especially bila anak2 ada rumah. Korean spicy chicken tu memang sedap.
DeleteFix lah, next ke Malaysia, saya mestiiiii ke kuantan 😍😍😍😄. Banyak sangat tempat makan menarik rasanyaaaa 😍🤤😄. Lihat sushi wakame dan chicken wings keju, jadi teringin kan makan sushi 😄. Wakame memang sedaaap. Apalagi kalo dingin
ReplyDeleteYaaa Fanny mesti datang ke Kuantan nanti ya. 😍😍😍 Betul wakame memang sedap kalau sejuk
DeleteKorean Spicy Chicken with cheese tu menarik juga guna sos Gochujang. Biasa tengok anak masak guna Korean sauce Adabi. Lainkali boleh try guna Gochujang sauce pula.
ReplyDeleteActually rasa tak jauh sangat dengan Adabi, cuba tambah sikit gula je.
DeleteKorean spicy chicken tu nampak sedap. Dania suka.
ReplyDeleteKami anak beranak memang suka jugak hehe
Deletebanyak cafe hipster...menarik JJCM Kuantan...ayam goreng korea..2 versi..nyum, nyum...
ReplyDeleteMana2 pun memang banyak cafe hipster kan. Kami ni jenis jarang jugak keluar. Àyam goreng Korea tu, memang ramai suka kan. Senang buat sendiri, puas makan.
DeleteSusyi merupakan kegemaran anak saya
ReplyDeleteAnak2 memand suka kan
Delete