Thursday, August 08, 2024

MASAK2 DI RUMAH + KEDAI VIRAL LAMA DAN BARU.



MI KARI sarapan tadi. Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


KUANTAN PICKERS 
AHAD baru ni. Nak brisk walk tepi SUNGAI KUANTAN. Maka sini lah pilihan lagi untuk alas perut, sebab pukul 7am dah buka. Kali ni ambil ROTI JALA, POPIA BASAH & NASI DAGANG. Semua sedap, Alhamdulillah.


Foto dari KUANTAN PICKERS pintu sebelah. Kami selalu duduk di kedai hujung. Cashier dan makanan di pintu sebelahnya. Memang lain barang deko nya. Ini kedai viral lama.


JALAN BESAR, KUANTAN. Pagi memang lengang. 


Subhanallah cantiknya sunrise.


Rupanya ada PESTA 188 KUANTAN 2024
Disekat tak boleh lalu sebab tempat parkingnya POWERBOAT. Ada pertandingan juga. Namun selit tepi2, guard tu bagi lalu. Dari seluruh dunia juga. Dapat tengok dekat2. 


BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA KUANTAN.


Macam2 ada di PESTA 188 KUANTAN ni.


Dah lama bergantungnya dia.


Kreatif kan.


Kalau AHAD, kena lah ke PASAR TANI. Beli sikit2 je. Buah yang beli banyak sikit. Selalunya beli untuk lunch. Beli cukup2 tak nak simpan. Frust sebab JERING REBUS tak ada juga.

Ada OPOR PEKAN & SUP KICAP PEKAN. Alaaa next time lah sebab dah cukup kuota belian. Baru nampak gerai ni. Yang 3 talam tu, 3 jenis KUIH AKOK. Juga tak beli sebab cukup kuota, next time lah Insyaa Allah. Air balang tu, masa panas memang lah best sedut airnya.


ISNIN PAGI.
Me-LAKSA PENANG seawal SUBUH SEPI'E. 
Foto atas : Rebus ikan, blend tulang ikan, tapis airnya. 
Foto bawah : Isi ikan dikisar dengan air yang sedikit.

Blend bawang besar. Masuk sekali dengan air rebusan dan isi ikan yang dikisar.  Masukkan air secukupnya, asam keping, ciliboh, daun kesum, bunga kantan, garam, secukup rasa. Kami suka kuah pekat.


Alhamdulillah sedap. Sebab ada nenas. Hehe. Tapi lupa beli OTAK UDANG. Memang tak khasiat tapi bukan selalu. Setahun mungkin makan 2-3 kali je.


Balik rumah mak. Alhamdulillah dapat BUBUR ASYURA sebekas, mak simpankan. Ada program kacau ASYURA di rumah kawan mak. Alhamdulillah dapatlah merasa. Sedap do'oh tau. 


SELASA PAGI. Meng-KARI KEPALA IKAN.
Hubby kerap pulak ke laut tiap weekend. Alhamdulillah dapat ikan. Yang lama kena habiskan. Ini KEPALA IKAN MERAH stok lama. This time masaknya, campur rempah kari dengan rempah gulai + rempah masak TERENGGANU. Sedap macam rasa KUAH NASI DAGANG. Alhamdulillah. Makan dengan roti canai frozen.

Tumis rempah halba campur + daun kari + buah tomato. Masukkan dulu bawang besar dikisar, kacau sebentar, masukkan serbuk kari ikan, rempah gulai, rempah masak dan air sikit. Masak hingga naik minyak. Kacau lagi, masukkan santan dan kepala ikan. Tambah garam gula secukup rasa. Agak2 je lah berapa banyak rempah, kuah dll ya. Campak buang je tu. Kari kami memang tak cantik sebab kedekut minyak hehe.


SELASA PETANG. SPAGHETTI CARBONARA.

Anak solehah cuti semester. So untuk early dinner kena lah masak berat sikit, tapi tetap makan sebelum pukul 7pm. Dia ada rumah maka menu lebih pada favorite dia lah. Kami ok je. Seronok masak bila anak2 ada rumah.

Panas kan butter, masukkan chopped garlic. Masukkan ayam/udang/itik/unta etc hehe, biar masak sekejap. Masukkan shitake mushroom, susu full cream/fresh , oregano, spaghetti, garam gula secukup rasa. Makan dengan pitted olives, jalapeno + chili flakes.


MASH KITCHEN, JALAN BESERAH, KUANTAN.

RABU. Keluar dengan anak solehah untuk cari barang. Siap beli, ajak anak solehah ke MASH KITCHEN. Nak pergi sorang2 tak best. Nak pergi dengan kawan2 aje nya asyik tak jadi.


CHOUX PANDAN NISSANG. Sedap.


MEDOVIK RUSSIAN CAKE. Sedap.


Semua dibuat fresh tiap hari. Hanya pastries dan dessert. Tiada makanan berat. Tapi serius kenyang sampai petang, makan 2 dessert tu + ICED CHOCOLATE & ICED MOCHA. Owner kata mostly ingredients nya, yang premium, patutlah sedap, harga pun lebih sikit. Sama lah kawan2 review. 


Kami punya. Ok done JJCM kedai viral di Kuantan ni.


MI KARI. KHAMIS PAGI TADI.
Sebelum tidur otak berputar nak masak apa untuk breakfast. Alhamdulillah bahan MI KARI ada except SAWI. Tak apa potong lettuce je lah.


Ada udang, fish cake, ayam, mi kuning.

Tumis bawang besar & garlic kisar. Masukkan rempah Kari Ikan, bukan Kari Ayam. Mak ajar. Tunggu naik minyak. Masuk ayam. Kemudian masukkan udang, fish in cake, santan dan air, ikut citarasa pekat nya. Masuk garam gula & kiub ikan bilis jika mau. Kalau tak nak, boleh blend udang kering sikit dengan bawang besar sebelum tumis. Makan dengan mi, telur rebus, sawi celur (tak ada, guna lettuce). Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

Thanks singgah sini, take care ya.

46 comments:

  1. Ya allah dugaan apa ni..macam- macma SA nampak ha, kari kepla ikan, laksa,mee kari...huwaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry sorry, hehe SA masak pun kita tengok meleleh air liur tau.

      Delete
  2. Wow 😋
    Cuci mata sambil telan air liur tengok gambar makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak2 ada anak kat rumah memang seronok.

      Delete
  3. Cantiknya sunrise. Kek russian dan lain2 tu nampak sedap la Mulan. Tak pernah pergi lagi Pesta Kuantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunrise memang cantik kan. Betul Russian cake tu memang sedap. PESTA KUANTAN ni kami pun tak pernah pergi. Banyak jugak acara.

      Delete
  4. Masyallah..kita telan ayor lior jer ler...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sorry sorry. Tengok lama2 ya hehe.

      Delete
  5. Lapar betul kalau singgah ke blog akak ni, memacam gambar makanan yang sedap-sedap, tempat makan yang cantik betul. Dah lama betul dana tak sampai kuantan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa masak2 simple untuk family hehe. Nanti datang Kuantan roger2 ya.

      Delete
  6. Home cooked foods & kedai viral bikin leleh ailio...choux pandan nissang - first time nmpk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe 😂. Sedap tau CHOUX PANDAN NISSANG tu.

      Delete
  7. sayu tgk gmbr as-syahid Ismail Haniyeh...'I'm not dying'..ya, betul, mereka yg syahid itu tidak mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sayu sangat. Terasa as-syahid ada lagi.

      Delete
  8. Belum jumpa jering rebus ye Mulan.
    Nampaknya kenalah cari jering dan rebus sendiri.
    Ya ampun! Memang nampak sedap sungguhlah Medovik Russian Cake tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sedih tak ada jugak jering rebus. Mak kàta nak kena pilih jering yang betul, nak rebus pun ada cara, tak berani nak try tapi tengok lah maybe boleh cuba.

      Memang sedap MEDOVIK RUSSIAN CAKE tu Kak Amie.

      Delete
  9. pekat padu kuah mee kari Mulan, owh kak ana pernah lalu cafe antik tu masa pi Kuantan dulu tapi tak sempat nak singgah memang rare sangat kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekat baru sedap kan kuah mi kari. Next time singgah la cafe antik tu, makanan sedap2.

      Delete
  10. gmbr2 mknn semuanya menggiurkan!! terliur la bubur asyura tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tq tq. Ya sesungguhnya memang sedap bubur asyura tu.

      Delete
  11. Baca dan tengok gambar2 yang menggiurkan sambil terliur huhu 🤤 tak pernah lagi try buat mi kari tapi tengok mcm best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Buat la mi kari tu, senang je. Kuah pekat baru sedap.

      Delete
  12. waduhh waduhh mee kari, roti jala aaaaa sedapnyaaa! kuah pekat kawww fuhhhhhhh

    ReplyDelete
  13. Penuhnya dekorasi kedai tu...nampak sarat, susah nak bersihkan tu hehe
    Kak Mulan macam Cuya la, pos banyak gambar dlm satu entri
    Tapi Cuya suka buat photodump entri sebab leceh nak cerita satu entri satu gambar
    Cuya pos semua sekali 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai2 la diorang cuci kan, haha 😂😂 adoi tu la tak sempat nak post kerap kali, memang rojak post kat blog ni, serba mak nenek cerita nya haha.

      Delete
  14. Alhamdulillah penuh nikmat rezeki entry ni hihii.. nak comment yg mana pun dah tak tahu hahah.. Kari kepala ikan tu sedap tu... Kena pulak ikan mancing sendiri huhuu.. ada pesta bot dia sungai kuantan.. terbaik ini.. mcm nak kena ke kuantan nampak nya.. burung dgn kuda di dinding tu baru ke nape mcm tak pernah perasan huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat masak kari kepala ikan yang hubby tangkap sendiri. Pesta Kuantan ni tak sure bila mula nya. Burung dgn kuda tu, dekat dengan KUANTAN PICKERS.

      Delete
  15. Udang kat kabonara cam la perfect... Oren cantik. Kalau kat setengah kedai pucat lesi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah oh ya ke perfect warna oren tu, tak pernah tau pun haha.

      Delete
  16. buat sy kecur air liur je menengokkan makanan yg sedap2 kat entri ni. yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & terima kasih AK singgah sini

      Delete
  17. Kenyang mata datang blog Akak ni :D
    Daging unta Akk beli mana haha... Terliur tengok airtangan Akk dari menu2 kedai tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe anak ada rumah, Alhamdulillah mood tu mencanak sikit. Daging unta tu cer gugel beli mana hahaaaa kat Arab je kot.

      Delete
  18. Kuantan tak pernah lengang dengan event kan kak...boleh kata tiap minggu penuh sesak jln
    bila anak balik rasa nak masak macam2 untuk dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dah macam tiap weekend ada event. Sesak sungguh dah bandar.

      Ya Afzan, bila anak balik, macam2 nak masak untuk diorang kan.

      Delete
  19. dasat muralnya... dah 3D...
    kat KL pun belum ada macam tu😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Central Market ads kot. Kat KL ada banyak lagi rasanya 3D mural tu.

      Delete
  20. apa isi dalam choux tu?
    nampak menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cream, flavor coconut tapi light je, tak muak dan sedap.

      Delete
  21. Mostly menu favourite ni. Seronok tu luangkan masa brisk walk di tempat menarik tepi sungai. Kalau ada peluang tengok pameran boat tu best jugak. Kreatif betul mereka yang berseni reka cipta di dinding tu kan. Biasanya street art dipenuhi dengan mural je tapi ini rare sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best brisk walk tepi sungai, dapat tengok sunrise jugak. Tu lah kami ada hal, tak dapat tengok power boat beraksi. Memang kreatif kan kuda dan burung di dinding.

      Delete
  22. mi kari suka ada kerang....thn ni tkde mkn bubur asyura..suka yg versi klate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap mi kari ada Kerang. Bubur asyura Kelantan pun sedap.

      Delete
  23. Sedap2 sangaaaat menu dj kuantan pickers itu yaaa 😍😍😍😉. Roti jala dah lama tak makan. Biasa saya pesan dari teman yg pandai buat nya, pakai kari kambing.

    Jadi pengen lihat juga pesta 188 kuantan. Pertandingan boat nampaknya seruuuu.

    Saya juga suka bentuk2 creativity di dinding bangunan kuantan. Yg patung kuda tuh cantiiik sangat. ❤️

    Mash kitchen pula menggoda aneka pastry dia 😍😍😍. Saya penyuka pastry soalnya. Jadi memang pasti senang sangat kalo bisa makan di tempat seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap menu nya di KUANTAN PICKERS. Roti Jala senang buat nya Fanny 😍😍
      Pesta 188 Kuantan memang macam2 acara, power boat pun menarik.
      Betul Fanny, cantik kan kuda dan burung di dinding bangunan.
      Kalau pencinta dessert mesti ke kedai Mash Kitchen ni.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com