Monday, April 22, 2024

CERITA 3 & 4 SYAWAL - SELAMA-TAIPING-MANONG, PERAK

Taqabbalallahu minna waminkum. 
Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

 FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

Lebuhraya Utara Selatan. Terowong Menora. 
Alhamdulillah smooth je perjalanan Subuh sepi'e jam 6.15am ke Selamat, Perak, Jumaat pagi RAYA ketiga. 

Kisah sebenarnya, kami bermalam di Putrajaya dulu Khamis malam, petang Raya kedua gerak dari Kuantan. Bukan meneruskan perjalanan ke Perak terus dari Kuantan. Banyak sangat makan Rendang dll, lupa sungguh itinerary sendiri.


Dah plan roger2  dengan kakak ipar yang gerak dari Taiping, kami semua akan berjumpa di Sg. Bayur dalam jam 10.30am. Alhamdulillah syukur. Kami beraya di rumah Chu Sirah, ipar arwah mak mertua. Arwah suami Chu Sirah ni, abang arwah mak mertua. Moga roh semuanya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiin.


Next ke rumah Makteh. Adik beradik arwah pak mertua. Memang wajib ke sini tiap kali Raya.


Cantiknya suasana kampung kan.


Rumah Makteh. Adik beradik arwah pak mertua tinggal Makteh dengan Poknor je.


Time kami nak dari rumah Makteh, sepupu2 hubby anak arwah Maklong sampai. Bergambar lah kami. Bukan selalu jumpa.



Dari rumah Makteh kami jalan kaki ke rumah arwah Tokchey. 


Cantik kan rumah arwah Tokchey kami ni.


Sepupu2 hubby yang duduk dan jaga rumah ni, Alhamdulillah terjaga elok. Memang wajib singgah. 


Wajib posing jugak hehe.


Jalan lagi ke rumah Maklang. Panas nak snap foto banyak2. Jalan cepat2 nak sampai rumah. Memang panas litlit tapi ok seronok je beraya. Selesai beraya di rumah Maklang, kami drive balik Taiping. Tukar passenger. Boys satu kereta ke masjid untuk solat Jumaat. Saya drive dengan kakak/adik ipar & anak solehah balik rumah SIL di Taiping. Lepak2 makan2 kemudian balik hotel. Macam biasa kami check in BARRACK STREET HOTEL. 


Sabtu pagi Raya ke 4, Subuh sepi'e hubby kerah brisk walk ke TAMAN TASIK TAIPING. Macam biasa la sepersalinan travel kena ada baju dan kasut sukan.


Mungkin cuaca yang panas dan kering, air tasik surut sikit dan berkeladak sikit.


Tapi tetap cantik.


Kena lalu pokok legend ni.


Raya beberapa tahun dulu, kereta masih boleh lalu di sini. Kami dapat bergambar Raya di sini. Sekarang jalan ditutup untuk kereta. Dibuka untuk pejalan kaki saja. Mungkin pada masa2 tertentu.





Kesayangan saya.


Siap brisk walk, kami breakfast ringan tosei dan roti bakar. Pukul 11 kami beraya dah hadir untuk wedding anak tunggal Poknor. Poknor ni adik bongsu arwah pak mertua. Seronok dapat jumpa saudara mara lain.


Bila jemputan makin ramai, kami minta diri. Masih ada masa untuk beraya, kami ke Manong. Alhamdulillah smooth, tak ada jem.


Ke rumah Kak Su, jiran belakang rumah di Kerteh dulu. Geng tingkap. Walaupun dapur kami jauh2 tapi masih boleh berborak ikut tingkap  sebab jiran lain kerja (mostly bujang2 weekend husband). Kadang kami angkut meja ke belakang laman, makan pagi sama2. Yes, rindu sangat memori di Kerteh. Kak Su pindah KL, suami nya pencen. Buat rumah di Manong, kampung suami. Tapi ada juga rumah di Ipoh. Cantik sangat rumah ni, tak besar tapi finishing and deco memang lawa.


Kak Su dengan suami memang suka English style. 


Impressive sangat.


Tour luar rumah. Tapi kami pernah sampai 2 tahun lepas, rumah baru siap. Pokok2 tiada lagi. 


Banyak Instagramable spot untuk bergambar.


Moga ukhuwah kami berkekalan.


Memori kami.


Suami Kak Su panggil rumah ni THE WHITE HOUSE. Memang putih je.


Kami singgah PAU MANONG. Sedap ada banyak pilihan intinya, tapi Raya kan, banyak habis. Kami beli inti kelapa, kaya dan kacang. 


KEDAI PAU MANONG.


3 plastik dekat 20 biji.


Ahad pagi2 Subuh sepi'e pukul 6.20 kami drive balik ke Putrajaya. First time waze suruh ikut WCE. Banyak juga kereta tapi smooth laju jugak. Sampai Putrajaya anak soleh rehat sekejap, kemudian drive balik ke Kerteh. Kami stay dulu sebab hubby ada meeting dan kerja di KL. Begitu lah kisah Raya Aidil Fitri kami, memang tiap tahun beraya di Kuantan dan Taiping. 

30 comments:

  1. kadang tu setahun sekali je dapat jumpa sedara-mara yang jauh ni kan kak....time raya,time ada kenduri ni la dapat berkumpul ramai2,hari lain masing2 dah busy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, time Raya dan kenduri kawin saudara terdekat lah dapat berkumpul dan berjumpa

      Delete
  2. Kalau ke Perak,. Lady selalu singgah di Tasik Taiping.. pokok2 di sana memang cantik.. besar2 dan tua2.. kerusi bawah salah satu pokok tu yg tempat sellau lady lepak masih ada di situ.. :D.. kenangan sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami kalau balik Tepen memang wajib la kena brisk walk keliling tasik tu, tapi memang best

      Delete
  3. Cantik rumah kampung..view cantik pokok2 kt tasik tu..umh english style mmg menarik,mcm kt overseas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kampung memang cantik kalau terjaga kan. Ya betul pokok kat Taman Tasik Taiping memang cantik dan lama2. Rumah kawan tu memang lawa very the English style.

      Delete
  4. Seronoknya jalan² raya... Kadang tu kalau tak raya, tak kenduri mmg susah nak berjumpa kan...
    Cantiknya rumah arwah Tokchey tu. Alhamdulillah ada orang duduk dan jaga, Semoga terus dipelihara dgn baik.
    Rumah Kaksu pun cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok meriah beraya balik kampung jumpa saudara mara. Alhamdulillah rumah arwah Tokchey elok terjaga. Rumah Kak Su di Manong tu memang cantik very English style

      Delete
  5. Cantik sungguh deko rumah kak Su.

    Seronok jugak ya kampung jauh-jauh. Boleh beraya sambil jalan-jalan. Kami pusing-pusing Johor je lah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik rumah Kak Su yg English style tu. Putih bersih kan,

      Alhamdulillah memang seronok meriah beraya balik kampung. Pusing2 Johor pun best.

      Delete
  6. Lake Garden Tepen mmg legend...dari dulu, kini & selamanya InshaaAllah...cantiknya rumah Kak Su..suka 'barn door' kt kitchen tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tepen Lake Garden memang legend. Barn door tu memang idaman kan.

      Delete
  7. Cantiknya rumah hitam tu...!

    Percaya tak? Uncle tak pernah samapi tasik tepen tu... 🤦🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, lepas touch up baru. Hehe ni kalau kak ipar tak beli rumah kat Tepen, entah sampai ke tak 🙂

      Delete
  8. Pokok legend tu memang unik sungguhlah Mulan.
    Rumah hitam arwah Tokchey cantik, rumah putih gaya Inggeris itu pun menarik!
    Seronoknya kenangan raya 1445H.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok Raya 1445H ni. Pokok legend tu ada label, sangat terjaga.
      Alhamdulillah rumah arwah Tokchey juga dijaga elok sepupu2 suami.
      Betul Kak Amie rumah English style tu memang cantik.

      Delete
  9. Replies
    1. Memang cantik Alhamdulillah terjaga elok.

      Delete
  10. Lama tak pergi Taman Tasik Taiping. Pokok kat Taman ni ada kat UPM jugak. Teduh dan besar macam tu jugak. Rumah English Style tu lawa la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tiap kali balik Tepen memang akan round brisk walk Insya Allah. Di UPM memang banyak pokok macam2 spesis kan. Memang lawa kan rumah English style tu.

      Delete
  11. seruuu sekali kak ^o^.. bagi saya yg tidak bisa mudik sejak ada anak2 bulu, terhibur bacanya :D. mudik itu selalu buat senang. walaupun jammed tapi apapun tak bikin marah2 hahahaha.

    suasana kampungnya tak jauh beda dengan kampung papa saya. rumah kayu... terlihat cozy dan warm , saya sukaaaaa.

    itu pepohonan di taman, unik2 sangat bentuknya yaaa :D. membayangkan piknik atau duduk2 dekat batang kayunya, seruu sepertinya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny balik kampung ketika Raya memang akan jammed tapi sudah biasa, tak boleh marah2 hehe.

      Rumah dan suasana kampung kita memang tak banyak beza kan, rumah kayu dan design nya, ada yang hampir serupa di sebahagian tempat.

      Pokok2 kayu di Taman Tasik Taiping itu memang sangat tua tapi tidak dibenarkan picnic rasanya, hanya untuk riadah, mungkin atas sebab kebersihan dan alam sekitar.

      Delete
  12. cantiknya rumah kak su! i likeee...white can't never go wrong! nampak nice sgt2!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan very English dan putih bersih.

      Delete
  13. kalau tak boleh jumpa di rumah paknor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi wedding anak Paknor jugak ke?

      Delete
  14. dah sampai taiping wajib tengok pokok yg pemes tu...

    wadugggg pau manong niiiii
    terus rasa lapar dah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kena brisk walk situ kan, wajib la lalu say hello ke dia hehe. Pau Manong memang sedap, macam pau lama.

      Delete
  15. Seronok dapat ziarah raya rumah saudara mara yang masih ada. Kalau dah berjumpa tu wajib bergambar. hihi..cantik rumah arwah Tokchey. Baguslah terjaga elok. Berkenan juga dengan rumah white house english style tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang seronok beraya ziarah saudara mara dan sahabat. Rumah arwah Tokchey Alhamdulillah ada sepupu yang jaga. White house tu memang ramai berkenan, English style kan

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com