Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Allāhumma innaka 'afuwwun karīmun tuhibbul 'afwa, fa'fu 'annī.
"Tuhanku, sesungguhnya Kau Maha pengampun lagi pemurah. Kau menyukai keampunan, oleh kerananya ampunilah aku."
FROM THE RIVER TO THE SEA PALESTINE WILL BE FREE.
PUDING CUSTARD PISANG PEACH
Anak soleh balik cuti NUZUL QURAN. Favorite dia KUIH KETAYAP. Alhamdulillah ada kelapa parut frozen. Senang je kuih ni.
Dia tolong gulung.
MEE REBUS SIMPLE KAMI. Guna sos tomato dan sos cili. Favorite keluarga kami.
Sabtu pagi lepas Subuh sepi'e. Lebuhraya Pantai Timur kami berdua.
Subhanallah cantiknya.
Hubby hantar pickup truck untuk servis di Shah Alam. Drop cik puan dia di SACC MALL. Ya lah kan buat apa ikut ke service center. Dekat je pun. Baik ke SACC MALL atau PKNS. Hehe. Biar lah menunggu dari pukul 9. Tapi rupanya 9.30 pagi dah banyak bukak dalam PKNS.
Dah jalan2 di PKNS, masuk SACC MALL pula. Yeah, terrrr-jumpa satu yang berkenan. Raya nanti baru boleh tunjuk :). Masa awal sampai memang tak ramai. pukul 11 ke atas berduyun datang nya.
Beli sebekas KEK LAPIS. Macam2 perisa. Makan lepas Iftar, sedap.
Bagusnya, ada tempat lepak menunggu di luar SACC MALL. Alhamdulillah ngam2 je masa sambil tunggu hubby di service center, sambil ma'am dia jalan2 dalam mall.
Sabtu malam, hubby ada majlis iftar dengan geng sekolah. Alhamdulillah adik no2 ada di USJ, baru sampai dari KB dengan gegirl nya. Ajak adik no3 di Klang, buka sama2 di USJ, dia sempat singgah ambil anak solehah. Kami young ladies je berlima malam tu. Adik no4 one and only gentleman balik Kuantan buka puasa dengan mak. Semua tapau je dan order je. Adik no3 ajak ke MITEC lepas terawih. Uisshh, along dia pukul 10 malam, mata dah macam kena gam, mengantuk tak tahan berjaga. Dia pergi juga malam tu dengan sepupu tapi tak boleh masuk parking langsung sebab traffic jammed, sesak jalan.
Ahad pagi, ambil anak solehah nak balik Kuantan, cuti semester. Ajak hubby ke MITEC. Dia ok je lagipun baru pukul 10 pagi. Memang tak ramai, parking banyak kosong. First time untuk kami yang tak duduk KL/Selangor, pergi ke festival raya macam ni.
Tak ada CHE TA, staff je.
Macam2 ada, baju seluar telekung makanan tudung dll.
Ada performance dari artist jemputan juga.
Tauke nya tak ada.
Patut la ramai bersesak pergi sebab harga memang runtuh, murah gila.
Kalau ada lah semua adik beradik ni, mau riuh rendah kan.
Untuk si bulus pun ada wowww.
Baru tau artis2 punya bisnes sendiri, macam2 produk dikeluarkan. Bagus sangat, jangan concentrate untuk satu bidang lakonan saja.
Ada kawan yang pakai. Instant senang katanya. First time tengok harganya dulu, woww nasib baik kurang berkenan.
Tak kenal langsung si manis ni sebelum ni.
Yeyy dapat apa yang nak.
Saja snap foto, lama tak tengok kebaya2 macam ni.
Anak solehah balik sebab cuti semester. Memang dia akan minta lah favorite dia ni.
Sedap makan sejuk2. Masam manis. Resepi pernah share dulu. Nanti nak cari semula.
3 Ramadhan dulu lepas Subuh sepi'e, kami ke KL, hubby ada meeting. Sempat masuk JAKEL sebab meeting pukul 12. JAKEL pun belum buka. Hubby dan anak soleh dah bertukar saiz. Maka mencari lah sepasang seorang. Boys punya je. Alhamdulillah jumpa, dan murah lagi sebab design lama tapi kami berkenan warna nya. Janji sedap pakai.
First time ke sini.
Cantik. Besar betul JAKEL KL ni.
rasa sedih tengok kompleks PKNS tu
ReplyDeletekhabarnya bakal dirobohkan
waaaaaa
byk kenangan sy kat situuuu
selain shopping raya...
tlg la kerajaan selangor
jgn robohkan bangunan ni...
Betul dulu2 suka pergi PKNS sebab macam2 ada, banyak kenangan walaupun tak duduk Selangor. Nak dironohkan ke? Kenapa.
Deletenak buat apartment/kondo katanya
Deletetak sesuai langsung sy rasa kalau buat penempatan kat situ
tgh2 bandar kot?
walaupun dkt dgn pusat beli belah dan office
tapi apa salahnya kekalkan kompleks tu
ramai je kot yg dtg situ nak membeli
walaupun tak serancak mcm sblm PKP...
ramai share psl event kt MITEC ni
ReplyDeletetp last2 sy g event kat PWTC...
kat situ kosong lengang
walaupun masa tu weekend
rasa kesian pula tgk vendor2 kat situ...
nak buat mcm mana kan...
pd mggu sm kat KLCC pun ada buat event sama jg...
Bila event serentak, kesian vendor2 kan. Tapi kalau lama 2-3 hari maybe pengunjung boleh pergi lain2 masa. Moga banyak jualan vendor semua. Betul KLCC pun ada minggu yg sama.
Deletetu laa...
Deletemmg rasa kesian
kalau sy sbg organizer
sy bincang dgn organizer lain terlebih dahulu
supaya tak bertembung tarikh
tambah pula ekonomi agak suram
last2 org ramai pilih yg mudah dan murah
mana lagi kalau bkn jln TAR...
dah lama Sa x pergi tempat2 macam ni..ada 3-4 tahun rasanya...
ReplyDeleteBest jugak jalan2 cuci mata, lagipun murah harga nya. First time kami pergi festival Bazar Raya ni. Dulu pernah malam Raya ke JALAN TAR. Meriah jugak diorang lelong harga murah. Tapi dah ada baju, jalan2 je tengok suasana.
DeleteKuih ketayap tu saya sukaaa. Kalo di sini sebutnya dadar gulung. Biasa banyak dijual saat ramadhan. Jadi teringin beli kue ini buat buka puasa 😄.
ReplyDeleteRamaaaai yg belanja di sana ya kak 😄. Saya dah belanja juga akhirnya utk baju lebaran. Tapi online saja. Tak suka pergi ke mall atau pusat belanja lain, Krn ramaaaaaai 🤣🤣. Kemarin lihat di berita tv, tanah Abang pusat belanja besar, macam dah tak bisa lewat. Kepala saya langsung pening 😂.
Dah paling betul saya belanja online. Tapi beli di tempat yg sudah biasa lah, jadi tahu size saya pastinya 😄
Ya betul Fanny ada yang panggil kuih dadar. Favorite anak soleh, maka dia volunteer nak tolong gulung,
DeleteFestival Bazar Raya ni kalau mau pergi, better di sebelah pagi memang tak ramai orang. Kalau selepas pukul 11 pagi, lagi2 sebelah petang memang sesak.
Beli online pun senang kalau boleh tukar. Ini lengannya besar kadang ketat di bahu 😆😆
Sedapnya custard pisang peach. Kalau saya pun akan request yang favourite. hihi...Rajin anak bujang membantu di dapur. Elok jugalah kita shopping dari menunggu service kereta siap kan. Kenangan sungguh bangunan PKNS ni. Dulu study di UiTM SA situ je lah tempat shopping selain AEON Bukit Tinggi.
ReplyDeleteMeriah betul MITEC ni. Ramai booth artis yang keluarkan produk masing-masing. Ini kalau ada owner masing-masing lagilah meriah.
Memang sedap, ada kawan yg ajar dan jadi favorite kami especially anak solehah ni. Anak2 ni memang dikerah dari kecil, tolong di dapur. Jangan pandai nak makan je.
DeletePKNS memang tumpuan legend dari dulu2 kan, macam2 ada dijual di situ.
First time kami ke festival Bazar Raya ni, syok jugak tengok diorang lelong baju dll.
Kitorang pun tak sampai lagi ni.....
ReplyDeleteHabis dah pun uncle, tahun depan lah. Atau weekend ni, cari mana lagi ada buat Bazar Raya
DeleteSuka tgk dapur Akk, cantik!
ReplyDeleteSy dari awal puasa hingga hujung ni tak buat² lagi kuih ketayap ni. Dok peram resepi je :D
Mitec tu mmg ramai yg serbu dengarnya, esp sblh malam
Terima kasih alaa rumah lama. Kuih ketayap fav anak soleh ni, senang je nak buat.
DeleteBetul malam memang sesak di MITEC tu sebab adik no3 pun tak lepas masuk. Alih2 Ahad tengahari baru dapat pergi.
Dulu bila nak raya je selalu singgah Kompleks PKNS Shah Alam sebab tailor saya kat situ. Dah lama tak pergi pun sebab tailor dekat dengan rumah dah.
ReplyDeleteBetul PKNS memang tumpuan ramai dari dulu2 kan. Dari tailor ke baju yang dah siap macam baju melayu, kurung, songkok, samping, dll senang nak cari di PKNS
DeleteMZ dh lama tak gi festival jualan..utk raya, setakat beli baju kat website ajer. dan kat mall (utk boys and mr hubby)
ReplyDeleteKali ni sebab ada di KL & terasa nak pergi hehe, terjah sekejap. Tengok suasana festival.
DeleteCuya susah la nak merasa event raya macam ni sebab takde sape nak bawak.
ReplyDeleteSo Cuya pergi JAKEL Melaka je beli kain pastu tempah. Kebetulan haritu ada baju raya yang murah, terus grab juga baju yg dh siap.
Festival Raya ngam2 masa kami di KL, so singgah lah sekejap nak tengok macamana festival nya. Meriah jugak.
Deletepuding custard peach tu sedapnya....org pi mitec tu mlm2 rmi ckp nk jmpa retis ..shopping tu ada yg mhl ada yg murah baca komen netizen tp tula sesak btul..bertabah la ...jakel kl yg besar tu tk smp lg
ReplyDeleteMakan sejuk2 memang sedap puding custard peach tu.
DeleteOhhh patut lah ramai sebab time tu ada artist. Time kami pergi memang tak ada langsung artisnya,
Jakel KL memang first time pergi jugak tu. Besar betul.
Puding custard pisang peach tu nampak menarik, nak kena carik resepinya ni.. :)
ReplyDeleteHampir setiap tahun kami akan ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk shopping raya tapi biasa kami akan pergi hari biasa, tenang tak ramai orang berbanding hujung minggu.
Festival raya kami tak pergi sebab en. Hb bukan kaki jalan ke tempat macam tu.. hehehe..
Tak pernah masuk Jakel KL lagi.
Nanti ya nak cari resepi puding tu memang sedap makan sejuk2.
DeletePKNS memang tempat legend kan cari baju melayu, kurung dll, betul pergi hari biasa tak ramai.
Kami pun first time pergi, Alhamdulillah pagi Ahad tu tak ramai langsung.
Jakel KL pun first time hehe.
Jarang nak pergi festival2 ni sbb tau takde saiz. Dulu la..hehehehehe..Sekarang dah ada jer size..tapi busy benda lain la pulak...
ReplyDeleteSekarang ni macam2 ada kan, first time kami ke festival Bazar Raya ni Alhamdulillah tak ramai orang, parking pun banyak.
Deletewah! Meriahnya bazar raya di shah alam tu. mcm x caya je kata jualan slow. 2-3 hari sebelum raya pasti laku keras la tu semua pakaian...
ReplyDeleteMemang meriah AK. Agaknya mula2 slow, Insyaa Allah laju dekat2 nak Raya ni.
DeleteBanyak pilihan untuk persediaan raya di ibu kota
ReplyDeleteBetul Wak di Ibu kota memang pilihan lebih banyak pilihan kan
Deletebagus anak soleh tolong mak di dapur
ReplyDeleteMemang kena suruh hehe
DeleteDulu-dulu Kak Amie kalau balik kampung mesti singgah di Kompleks PKNS. Rasanya dah lama sangat tak singgah situ sejak kakak yang tukang bawa kami jalan-jalan ke situ sudah pindah kerja di Kuala Selangor. Macam-macam ada di situ. Selalu beli baju kurung siap, harga berpatutan dan jenis kain pun selesa dipakai.
ReplyDeleteKek lapis tu memang berbaloi beli pelbagai jenis dalam satu bekas. Dapat merasa pelbagai perisa.
PKNS memang best kan, macam2 ada, senang nak cari barang. Betul Kak Amie, beli sebekas kek lapis dapat macam2 jenis.
Deletetengok dlm TT, MITEC sesak sungguh..ramai pelanggan..kita gi Jln TAR je..ramai jg...meriahhh..
ReplyDeleteFirst time pergi tapi masa kami pergi tak ramai sangat. Jln TAR pun meriah kan, kami pernah pergi 2016 betul2 malam Raya.
Delete