Monday, April 08, 2024

RAMADHAN HAMPIR PERGI. DESSERT RINGKAS TERKINI.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Allāhumma innaka 'afuwwun karīmun tuhibbul 'afwa, fa'fu 'annī.
"Tuhanku, sesungguhnya Kau Maha pengampun lagi pemurah. Kau menyukai keampunan, oleh kerananya ampunilah aku."

 FROM THE RIVER TO THE SEA PALESTINE WILL BE FREE.

***********************************************

AGAR- AGAR SIRAP PEACH. SAGU SUSU GULA MELAKA.

Antara dessert yang mudah. Ada balance peach dalam tin. Rebus agar2 serbuk, campur sirap Ros, gula (ikut arahan pada paket agar2) dan last nya letak peach. Sejukkan dalam fridge.

Sagu pula, rendam 1 cawan selama 30 minit, tapis. Masak dengan 1 cawan air sampai jernih, api sederhana. Letak pewarna merah, 1/2 sudu vanilla, 1 sudubesar gula saja (sebab nak makan dengan air gula melaka), kacau dan letak dalam acuan. Sejukkan dalam fridge. Dimakan dengan susu cair dan air gula melaka + ais. Yumm sedap.

Sagu ni kalau nak makan dengan kelapa parut, boleh ditambah sukatan gula nya.


BUTIR NANGKA
Berbuih tu maybe galak sangat kacau dalam periuk :) semangkuk kecil terakhir. 


Butir Nangka selepas direbus. 
Masak air dalam periuk. Uli sedikit tepung pulut dengan air, jadikan doh. Bahagikan ikut warna yang disukai. Bentuk kan macam torpedo kecil2. Masukkan dalam periuk air yang menggelegak. Angkat bila timbul. Letakkan dalam mangkuk berisi air biasa. Masak SANTAN cair dengan daun pandan, sedikit halba, gula secukup rasa + bancuhan sedikit  air dengan tepung jagung untuk memekatkan kuah. 


RESEPI PUDING PISANG PEACH

6-8 Pisang Emas belah 2 memanjang
(boleh guna Pisang lain eg Berangan, bajet2 sama besar potongnya)
Goreng sekejap dengan api yang agak panas, hanya untuk bagi Pisang masak keemasan di luarnya. Jangan sampai lembik lenjun dengan minyak. Angkat, tos minyak dengan kitchen towel roll atau apa2 lah. Susun dalam acuan/bekas dessert.

1 tin kecil peach dalam tin, tos peach, simpan sirapnya
1/2 tin susu cair 
1/2 tin air
1 telur dipukul
2 sudu besar gula
1 sudu teh vanilla
Sirap dari peach, dimasak semua, api kecil sederhana. Kacau selalu.
1/2 cawan air + 2 sudu besar tepung custard, dibancuh, dimasuk dalam susu. 
Bila masak likat, curah atas Pisang. Susun peach atas custard. Sejukkan.


Sarat peti di bulan puasa. Sedaya upaya untuk habiskan leftover tiap hari.


Sebak bila membacanya. Moga kita diketemukan dengan Ramadhan yang akan datang.


Anak solehah snap petang kelmarin.


Copy-paste dari FACEBOOK. Malam2 terakhir Ramadhan.


Meronta2 perasaan nak ke sana lagi. 


Indahnya suasana.


Ya Allah. Izinkan kami semua ke Tanah Suci lagi. Aamiin.


Juga copy-paste dari FACEBOOK. Suasana sejak Jumaat malam. Meriahnya lebuhraya.


Moga selamat sampai ke destinasi.


Walau di mana, moga gembira bersama keluarga tercinta.


Apa lah sangat nya bersesak2, bila perasaan nak jumpa mak ayah membuak2.

Tiap kali balik beraya, suasana begini memang dah biasa. 

Dah buat kuih, kek, rendang ke :)

34 comments:

  1. Semoga ramadhan depan masih bisa berjumpa lagi, amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin. Terima kasih singgah di blog saya

      Delete
  2. Pemanis-pemanis mulut yang sedap. Saya selalu failed nak masak sagu tu. Rupanya kena rendam dulu ye baru masak. Terima kasih share cara dan resipinya. Kejap betul rasa Ramadan kali ni.
    Betul tu kak, tak kisah bersesak asalkan dapat balik kampung jumpa mak abah dan keluarga di kampung. Selagi mereka ada, baliklah kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi arwah mak sedara Alhamdulillah mmg jadi.
      Betul kan yang hadap jammed semua dah biasa macam kami di Pantai Timur ni

      Delete
  3. Rasa sebak nak tinggalkan Ramadan..
    Hari ni sempat lagi nak buat agar-agar peach tu.
    Esok baru nak merendang dan bakar lemang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan. Senang je agar2 peach tu. Selamat merendang :)

      Delete
  4. tersusun rapi je peti ais dia... kita punya macam tongkang pecah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb duduk dalam bakul nampak rapi. Yg dalam bakul tu mcm tongkang pecah haha. Ni bahagain office kita sejak jadi domestic goddess ni haha satgi tak jumpa barang, takut naik angin hehe. Pastu tak jumpa, pi beli. Padahal ada je dalam peti.

      Delete
  5. cantiknye kuih bulat2 warna warni tu...

    sagu gula melaka tu favourite lady..

    semoga doa2 Mulan dimakbulkan oleh Allah.. ameeeennnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kuih BUTIR NANGKA, sedap. Sama lah kita suka sagu gula Melaka.

      Aamiin moga doa kita semua dimakbul kan Allah

      Delete
  6. lama tk mkn butir nangka...sagu gula melaka tu fav mkn sejuk2222

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dessert yang senang, yang anak2 makan. Sagu gula melaka memang favorite ramai kan.

      Delete
  7. Memag meriah Mekah bulan ramadan ya......tak pernah makan butir nangka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan tengok suasana di Mekah. Sedap kuih butir nangka tu :)

      Delete
  8. Boleh tiru agar agar sirap peach tu, ganti buah lain ikut apa ada stok. Mudah dan sedap ni makan time panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul boleh ganti peach dengan laici, nenas, fruit cocktail atau lain2. Memang senang.

      Delete
  9. cantik betul view ! sedih sangat ramadhan nak pergi.. semoga berkesempatan jumpa ramadhan lagi !! selamat hari raya sis mulan !! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan view. Sekejap je rasa Ramadhan ni kan. Dah penghujung.
      Selamat Hari Raya untuk Zaty Rose jugak.

      Delete
  10. Satu Syawal menjelang tiba,
    Saudara Palestin jangan dilupa,
    Sekiranya ada silap dan dosa,
    Ampun dipinta di hari mulia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syawal juga ucapannya,
      Ampun dan maaf kami pinta,
      Terus berdoa jangan dilupa,
      Moga Palestine bebas akhirnya.

      Delete
  11. semua pencuci mulut tu sedap2 je. selamat memandu pulang ke kg ye...

    ReplyDelete
  12. Kak Mulan, selamat idul Fitri yaaa. Minal Aidin wal Faizin. Saya mohon maaf jika ada Kata2 saya yg tak baik selama berkomentar di sini. 🙏

    Saya tak pulang, di jakarta saja. Apalagi papa mama mertua dah tak ada, jadi tak bisa balik solo. Mama papa saya di Medan, cuma Krn 28 june kami nak jumpa di KL, jadi tak balik ke Medan lah. Nanti saja jumpa semua keluarga di KL 😄.sekalian berlibur.

    Sedaaap semua puding. Menu yg burit nangka saya baru dengar pula. Di sini ada masakan dessert namanya biji salak. Karena bulat2 macam biji salak. Tapi kuahnya coklat Krn dari gula aren. Di sana lebih putih dan biji nya juga warna warni yaa. Penasaran nak coba 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin buat Fanny juga.

      Ohh nanti Fanny dan keluarga akan berlibur di KL ya. Seronok nanti.

      Puding dan agar2 dessert yang senang untuk dibuat. Kesukaan anak2 juga. Oh di sana panggil biji salak ya. Mesti sedap.

      Delete
  13. dessert smple tapi sedapppp
    makan time panas2 mcm ni

    ReplyDelete
  14. 2 pupu sy buat umrah akhir ramadan
    jeles sy dibuatnya sebab dia
    dapat beraya kat sana
    teringinnn nak raya kat sana
    sebab puasa dah penah buat sekali
    dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan puasa di Mekah Madinah. Insyaa Allah moga diizinkan nanti.

      Delete
  15. dh hujung2 puasa mmg selera nak makan dessert je kan. sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pulak cuaca agak panas.

      Delete
  16. Cantiknya butir nangka warna hijau merah tu.
    Lama juga saya berangan untuk berada di tanah suci terutamanya pada akhir Ramadan. Semoga niat mulia kita akan dikabulkan jua oleh-Nya suatu ketika nanti. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja nak bagi warna warni, kalau rajin boleh buat kuning biru dll
      Aamiin moga niat kita dimakbulkan Allah.

      Delete
  17. sedapnya dessert...sejuk segar...kita balik hari Isnin...x brp jem, toll free...semoga bertemu lg Ramadan tahun depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin moga bertemu Ramadhan lagi. Dessert memang sedap makan sejuk2 masa panas kan.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com