Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira & dimurahkan rezeki sentiasa.
🇵🇸 🇵🇸 DOA BUAT PALESTINE 🇵🇸 🇵🇸
Breakfast tepi pantai tapi tak nampak pantai.
Sabtu pukul 7 pagi hujan renyai2 tapi ok je lah naik Bukit Pelindung lagi pelan2. Exercise sebelum stress test nanti. Breakfast dulu di ROTI BAKAR BESERAH lagi. Tak snap foto dah sebab makan ROTI BAKAR KAYA je. Hiking sambil pegang payung sebab hujan tak renyai2 tak lebat.
Sabtu keluar lunch, nak try NASI GANJA BERDENGUNG yang viral ni.
Pukul 12 kami sampai.
Ayam goreng berempah panas2.
Hhmmm.
Semua nampak sedap. Betul kata Blogger NOHAS, memang macam NASI KANDAR. Umpama NASI GANJA IPOH tu.
KARI KEPALA IKAN.
Penuh rak dengan air botol.
Saya punya. Nak ambil lauk lain, tapi bau ayam goreng berempah yang panas2 tu, tak tahan sangat. Kuah campur2. Memang sedap.
Hubby ambil TELUR SOTONG. Kami kongsi2 lauk. Memang sedap. Nak ambik lauk lain perut dah kenyang. Boleh datang lagi next time try lauk lain.
Simple je set up kedai ni. Yang penting sedap.
Ahad pagi kena kerah keluar untuk morning walk lagi. Makan dulu. Ajak hubby ke sini. WARUNG ACHIK PATTA di TANJUNG LUMPUR. First time untuk hubby. Saya second time, selepas 2 tahun.
Best sangat kalau kedai banyak kuih muih. Yeyyy ada KOLEH LEMOK yang putih tu ada sambal nyior ikan. Kuih tradisional Terengganu.
Pagi2 dah banyak kuih kan best.
Lauk pun dah banyak.
Roti canai memang sedap.
Ok next time kena try menu lain.
Hubby order NASI KERABU. Memang sedap. Cuma tak ada keropok keping goreng.
Ma'am punya ROTI CANAI BANJIR. Memang sedap Alhamdulillah.
Sunrise tepi laut. Tapi ada hoarding so tak nampak laut.
Pukul 7 tak ramai lagi.
Dah habis makan, kuih HASIDAH & PULUT SAMBAL baru keluar. Tapau HASIDAH yang kuning tu sebab lama tak makan.
View dari atas JAMBATAN TANJUNG LUMPUR.
Siap makan, hubby kata morning walk di BENTENG SUNGAI KUANTAN je lah.
Park kereta di belakang McDonald's dekat MBK & JETI CRUISE.
Sang Mentari belum keluar.
Alhamdulillah langit biru.
Penghujung nya dari MBK adalah di JAMBATAN LAUT KUANTAN. Berdekatan jeti untuk bot dan kapal kecil nelayan.
Macam event place, ada dewan, macam ada bilik2 jugak. Best ni, mengadap SUNGAI KUANTAN dapat view sunrise.
Settle 1.7km, kita patah balik.
Ambik laluan jalan besar lah sebab dah panas sikit. Seberang jalan tu, KUANTAN PICKERS.
Oh baru tau jalan dah ditutip. Ada macam FUN RIDE & RUN. Kosong jalan tak ada kereta. Maka jalanraya macam kami punya. Hehe.
Patut masa lalu jalan ni, ada meja2 penuh dengan air botol mineral. Di belakang kami dah nampak peserta2 larian.
Best kedai ni. Belum buka. Banyak barang lama.
Bergantungan semuanya.
Run and ride. Scooter pun ada.
Kami belok masuk ke parking lot belakang McDonald's sebelah MBK. Penghujung belah sini.
1.7km kali 2. Pergi balik 3.4km morning walk nya. Alhamdulillah.
On the way balik rumah, singgah PASAR TANI. Cari JERING REBUS hehe. KOLEH LEMOK & HASIDAH tu tapau dari WARUNG ACHIK PATTA. Yumm yumm.
Balik rumah, basuh lain. Mendung. Bawa ke dobi untuk kering. Hantar kereta cuci. Basuh porch. Basuh lantai belakang dapur. Penat. Ajak hubby cari ROJAK AYAM TAMAN GELORA. Lama tak makan. Tempat dating kami dulu2 haha. Sebelum tu tempat lepak & makan dengan kawan2 masa study di ITM KUANTAN.
Dalam proses upgrading ni, tempat makan mengadap pantai ditutup. Dibuka sementara di depan, dekat parking lot.
ROJAK AYAM & LAICIKANG. Memang sedap sangat.
Ramai order NASI AYAM. Tapi kami suka ROJAK AYAM.
Lauk nasi ganja mcm lauk nasi kandar...sedap² semuanya..
ReplyDeleteBetul, macam first time makan NASI GANJA IPOH. Time tu perasan macam Nasi Kandar. Sedap2.
Deletesedap2nya gambar makanan..sib baik Cuya dah kenyang.. ehhehe
ReplyDeleteMemang sedappppp tau Cuya hehe.
DeleteNasi ganja berdengung kuantan tu pernah sampai lagi.. Boleh try lagi next trip ke kuantan..
ReplyDeleteNanti try memang sedap tau.
Deletehari Ahad haritu memang elok je kan kak cuaca di Kuantan,kalau hari sebelum2nya tu kemain hujan...musim ni kain baju jemuran memang semua kena masuk dryer...
ReplyDeleteYa Alhamdulillah Ahad cerah sikit cuaca. Musim ni memang kain kena hantar kedai, baru kain kering betul.
Deletenasi ganja tu dpt ayam goreng panas2 sedap tu...biasa tgk kuih kole kacang ..yg ni kole lemak
ReplyDeleteAyam goreng panas2 memang sedap kan. Betul sebelum ni tau kole kacang je, sekarang baru kenal kole lemak.
Deletesaya mampu tengok dgn telan air liur jer la..tengok gambar makanan..hehehehehe
ReplyDeleteNi hujung minggu kira cheatday la konon tapi portion yg berhemah hehe
DeletePernah sekali makan nasi ganja..penangan dia x leh buka mata selepas tu..kedai alat perkakas dapur tu kalau buka dan SA ada..memang berjam- jam la SA kat dalam tu
ReplyDeleteKami first time makan nasi ganja di Ipoh memang sedap. Kedai perkakas tu memang lah, kalau masuk mesti payah nak keluar.
DeleteAlaaa... belanja la satu foto zaman dating2 dulu....
ReplyDeleteZaman dulu dating tak bergambar lah uncle haha
Deletesaya tak pernah mkn nasi ganja tu wpun ada satu restoran nasi ganja kat prima gombak ni...hasidah tu mcm cute dan sedap..pun tak pernah mkn dan tak tau pun kewujudan kuih tu hehehhe
ReplyDeleteNasi ganja ni mcm nasi kandar jugak rasanya. Tak sure apa beza. Hasidah ni antara kuih tradisional di pantai timur. Sedap manis lemak ada bawang goreng
DeleteMakin banyak rasanya trmpat2 yg saya nak datangi kalo ke Malaysia lagi 😂😂. Tiap ke blog kakak, baca kuliner story nya, langsung lah teringiiin makan menu2 tuh 😍😍😁. Nasi ganja Ipoh saja saya blm coba lagi. Tapi rasanya lebih menarik nasi ganja yg ini kak 😄👍.
ReplyDeleteAneka kuih muih tuh pun kliatan enaaak. Saya suka kalo kue khas tradisional begini drpd yg modern 😅. Apalagi dah susah carinya...
Ya Fanny kena datang lagi ke Malaysia. Boleh jalan2 sambil makan2. Kalau ada rezeki, mana tau kita boleh jumpa kan. Ya saya juga suka kuih tradisional. Agak susah untuk buat, tapi sedap.
DeleteTak sabar tunggu cuti seminggu lagi.
ReplyDeleteMana tahu ada rezeki dapat JJCM. Macam terbau-bau aroma nasi ganja sudah ni.
Namti try la memang sedap nasi ganja ni.
Deletetu dia, lepas makan berdengung tak hihi..
ReplyDeleteMemang sedap berdengung gitu hehe
Delete